Bab 45

-

"Kau betul ke nak balik terus ni? Tak nak breakfast dulu ke sebelum pergi?"

"Tak dapatlah Fira. Aku kena kejar masa. Sampai je rumah nanti aku terus siap siap nak masuk sekolah. Budak-budak exam harini. Itu sebab kena gerak awal." jelas Mira yang tengah menyarung kasut.

Tugas seorang guru katakan. Guru pun kena berdisiplin. Kena bijak susun masa.

"Barang hantaran dan hadiah semua masih dalam bilik Dayana. Ada satu hamper makanan tu aku buka semalam. Aku terliur tengok so aku makan lah. Kau tak kisah kan? Coklat je pun. Kau boleh suruh lah suami kau beli yang lagi banyak punya."

Bertuah punya kawann

"Kau ada masa jangan lupa jumpa aku tau. Itu pun kalau ada masa lah. Cikgu kan busy memanjang."

"Don't worry lah. Kau tu dah ada suami jangan lupa aku. Lama kelamaan aku dipinggirkan saja nanti.." dia menjuihkan bibirnya.

Drama.

"Tak ada masa lah aku nak amnesia bagai."

"Fira dengar pesan aku ni, jaga suami kau elok-elok. Aku tengok Eliya tu lain macam bila dekat dengan Dani. Takut takut je dia dah lama syok kat laki kau."

Hurm

Ada betul juga minah ni cakap. Nampak cerdik sikit akal tu.

"Aku pun dah lama rasa macam tu. Tapi kau kenal kan perangai Dani macam mana? Bukan seperti mamat buaya kat luar sana. Eliya pun masih mentah. Belum mampu pass lagi bab percintaan."

Aku tahu Dani bukannya lelaki yang peramah sangat dengan perempuan. Dan Eliya, takkan mampu menggoda Dani. Manakan gadis secantik Geisha pun tak berjaya melembutkan hati lelaki itu.

Syukur sangat wanita berpenampilan sederhana seperti aku juga menjadi pilihan Dani. Walaupun tidak berdasarkan cinta.

"Ewah yakin nampak? Mentah mentah juga, pengajaran di masa lalu usah dilupa kawan. Manusia boleh jadi tak waras disebabkan cinta. Macam Sara Marissa tu.."

Sebut tentang Sara Marissa, cerita dia terus tenggelam macam tu je eh? Seperti sudah tiada khabar daripadanya.

Biarlah.

Aku tak ingin tahu pun khabar dia.

"Mujurlah dia tak ikut Am pergi wedding kau kan? Kalau tak tentu muka kau macam nenek je atas pelamin tengok dia berkepit dengan Am."

"I don't care lah Mira. Kenapa aku kena ambil hati apa yang dia nak buat dengan Am? Aku dah tak ada kaitan. Mereka suami isteri dan aku juga sudah ada rumahtangga sendiri. Kami masing-masing dah punya kehidupan baru."

Aqram dan aku bukan berjodohan. Ini bukan kisah cinta aku bersama dia tapi bersama Dani. Tuhan dah hapuskan rasa cinta dalam hati aku untuk orang yang salah.

Dan kini hati aku telahpun dimiliki oleh lelaki yang halal bagiku.

"Fira, aku happy untuk kau lah. Aku tak nak kau sakit lagi babe. Aku gembira yang kau mampu move on dengan kisah lalu. Semoga jodoh kau dan Dani kekal hingga akhir hayat."
Mira bertutur dengan suara yang mendatar.

Pandai buat aku tersentuh dia ni. "Thanks babe."

"Ni jangan lupa juga doakan aku jumpa jodoh cepat cepat. Aku nak kahwin sebelum kau dan Dani dapat anak. Boleh kita pregnant sama sama."

Aku tertawa kecil. Entah apa-apa punya perancangan.

"Dani minta maaf sebab tak dapat tengok kau balik. Dia tak berapa sihat."

"I don't mind lah. Aku gerak dulu."

"Drive safe weh."

"Alright bye."

"Bye,"

Rasa sunyi pula tengok si akak joyah tu balik. Yelah mulut dia kan selalu bising. Tak pokpek sana sini tak sah.

*

Menapak masuk ke ruangan bilik, Dani nampaknya masih dibuai mimpi. Selepas solat Subuh tadi dia berehat semula. Kepala masih sakit katanya. Aku biar jelah memandangkan harini di masuk kerja.

Aku berdiri di tepi katil.

"Hubby bangun.."

Dia hanya meng"em"kan saja panggilan aku.

"Hubby bangunlah. Kata nak masuk kerja pukul lapan,"

Dahiku berkerut melihat segaris senyuman terukir di bibirnya. Sakit kepala sampai rosak ke wayar dalam otak tu? Dengan mata yang masih terpejamnya. Aku tak ada buat lawak tadi kan?

"Bangunlah hubby. Nanti terlajak masa Fira tak tanggung.."

"Hubby suka dengar Fira panggil hubby "hubby". Mendayu-dayu je suara tu kat telinga ni."

Eleh

"Fira pergi buat sarapan dulu lah,"

Ketika kaki hendak membuka langkah, tak semena-mena pergelangan tanganku ditarik. Aku terduduk di sisi katil.

"Panggilah hubby lagi. Hubby nak dengar.."

Ha sudah. Tersekat di sini saja lah aku jikalau begini gayanya.

"Malas lah saya nak layan awak."

Segera matanya terbuka. Dia mula bangun dari perbaringan dan menghadapku.

"Hubby tak suka tau perkataan 'hubby' tu diganti dengan 'awak'. Tolong jangan sesekali hilangkan perkataan tu dari bibir sayang. Boleh?"

Mekar senyuman di bibirku. "Ye baiklah hubby."

"Good girl. Sayang hubby minta maaf sekali lagi sebab terpaksa masuk kerja harini. Sepatutnya hubby kena ambil cuti lagi bawa isteri pergi honeymoon."

"No it's okay lah. Tapi hubby betul larat ke nak kerja ni?"

"Hubby sayang ni kuatlah orangnya." ujarnya penuh megah.

Cewahh

Jam loceng di atas meja dicapainya.

"Awal lagi ni sayang. Luanglah masa dengan hubby dulu. Hubby dah pergi kerja nanti rindu pula sayang,"

"Fira nak buat breakfast untuk hubby lah.." tak sudah sudah mengada dia ni .

"Tak penting lah." wajahnya mula didekatkan ke arah wajahku. "Hubby tak puas lagi nak.."

"Lepas kahwin makin gatal ey?" aku menolak perlahan bahunya.

"Apa salahnya? Dah halal kan?"

Baik tak payah bagi ubat je. Biar terbaring sakit sepanjang hari baru tahu. Gatal mengalahkan ulat bulu!

Aku perasan juga, setelah kami diijabkabul ni dimples dia tak lekang dari pipinya. Puas mata aku menikmati lesung pipitnya yang semanis madu itu.

Mampu ke aku hadirkan rasa cinta dalam hatinya untuk aku? Mampu ke dia jatuh cinta pada aku?

"Sayang?"

Mata kami saling menatap.

"Hubby minta maaf atas perangai buruk hubby pada sayang selama ni. Hubby banyak buat sayang tersinggung dengan kata-kata hubby. Hubby banyak berkasar dengan sayang. Boleh maafkan hubby?"

Ini Ammar Danial yang baru! Aku tak sangka mr. annoying aku yang dulu boleh berubah sejauh ini. Berbeza sungguh!

"Fira tak ambil hati pun. Fira tahan je hadap perangai cool hubby dulu. Cool plus annoying habiss"

Tanganku yang sudah lama berada dalam genggamannya diusap.

"Ada satu perkara yang hubby teringin sangat nak jujur pada Fira. Tapi bukan sekarang, bukan di sini. Hubby cuba cari masa dan tempat yang sesuai. So selama tu sayang kena tunggu hubby."

Sampai bila-bila pun Fira sanggup tunggu hubby. Sedetik pun Fira tak mampu nak menjauh daripada hubby apalagi pergi tinggalkan hubby.

"Terima kasih sayang terima lamaran hubby dulu. Kalau sayang reject hubby masa tu, mahu hilang macho hubby."

Aku menyengih.

Tok tok !

Huh

Siapa lah yang menganggu moment sweet kami ni?

"Hubby bangun mandi. Fira nak kemas katil sekali." aku berdiri lalu menyusun langkah untuk membuka pintu bilik.

Tercengul wajah Eliya di hadapan bilik. Nak apa perempuan ni? Kepalanya kelihatan tertinjau-tinjau ke dalam bilik.

"Ye Iya? Nak apa?"

"Saya dengar abang Am demam, betul ke?"

"Haah. Tapi dah okey sikit tu."

"Boleh tepi sikit? Saya nak masuk tengok abang."

Siapa abang kau? Sejak bila mama lahirkan kau? eee

"Tak payah kot. Dia dah okey dah pun. Lagipula dia ada saya kan? Ada isteri untuk jaga dia sekarang." sibuk nak masuk bilik orang, jumpa laki orang dah pahal?

"Okeylah. Kalau abang Am perlu apa-apa bagitahulah saya. Saya dah biasa jaga dia masa masa dia demam dulu." katanya sinis seraya berlalu pergi.

Well ada aku kesah?

Gedik nak mati.

Perangai tak serupa labuhnya tudung!

🎈

Help me

Vote✔

Tenkiu sygkuhh

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top