Bab 3
-
"She will be okay."
Entah siapa empunya suara yang membuatkan aku tersedar dari alam yang gelap gelita. Aku membukakan mata perlahan-lahan. Berat. Sungguh berat rasa kepala ini.
Aku melihat segenap ruang perbaringanku di ketika ini.
Huh.
Hospital.
"Dear?" suara wanita tadi memanggil.
Pandangan aku alihkan ke sisi katil. Seorang doktor wanita sedang berdiri bersama lelaki...
tadi?
Ya!
Encik boss kat mall tu. Lupa pula namanya.
Dia ke yang bawa aku ke sini?
"Awak mengalami tekanan yang serious. Kerana itu badan awak terlalu lemah buat masa sekarang."
Aku mengunci mulut. Siapa siapa yang kat tempat aku mesti akan stress teruk lah. Nasib aku kuat. Kalau tak dapat depression terus.
"Aafira teruskan rehat ye? Jangan banyak berfikir. Doktor nak jumpa patient lain."
Aafira?
Yelah nama aku tu. Tapi macam mana doktor ni boleh tahu?
Kad pengenalan aku? Tak ada pula dekat aku.
Selepas doktor itu beredar, suasana kat sini makin awkward. Yelah dah mamat ni perhati aku semacam je.
Nak tengok muka dia pun aku takut. Aku mula menyandarkan badan di kepala katil beralaskan dengan bantal.
"Awak ke yang bawa saya ke sini?" cuba aku menyoal.
"Apa masalah kau sebenarnya?" terdengar dingin nada lelaki itu.
Aku tanya jawab lah dulu. Orang tanya sibuk nak tanya juga.
"Ada lah masalah sikit."
"Sikit?"
Ha yelah. Bukan sikit pun sebenarnya. Banyak encik awak oii. Tapi tu lah takkan aku nak bagitahu pula kan?
Rasanya dia masih marah dekat aku ke pasal kejadian kat mall tadi?
Pintu bilik kedengaran ditolak. Tercengul figura seseorang yang mematahkan lagi semangat aku ketika ini.
"Fira,"
Ya. Aqram. Dia lah Aqram Mukris. Menyeru namaku dengan suara penuh kelembutan. Kelembutan yang membuatkan telinga ini hampir bernanah.
Wajahnya enggan aku tatap. Sakit. Kecewa. Benci? Tak. Aku tak boleh terus membenci dia.
"Tolong percayakan Am, Fira. Fira kenal Am dah lama. Fira tahu Am macam mana kan? Am takkan buat dan dekat pun benda dosa tu. Please Fira.. I beg you."
Ya Allah, perit tahu tak hati aku ni?
Sumpah aku pun keliru dengan hati aku. Aku nak percayakan kau Am. Tapi bila teringatkan perempuan tu yang aku sendiri yakin dia kau aniaya, aku tak boleh.
Tak boleh terima kau lagi.
"Saya akan buktikan Fira. Saya tak salah."
"Stop it Am!" aku menggunakan nada keras. "Saya dah cakap kan saya tak nak tengok muka awak selagi awak tak kahwin dengan dia."
"Fira.."
"Pergi." air mata aku bertakung lagi.
Haih memang tak dapat berehatlah mata ni harini. Asyik nak keluarkan air mata je kerjanya.
"How could you Fira.."
Aku tersengih sinis. How could kau cakap? Yang kau kenapa tega khianat aku macam ni Aqram?
"Awak sangat kenal saya Fira tapi hari di mana saya perlukan kepercayaan awak tu, awak pergi macam tu je. Awak terus berpaling daripada saya Fira."
Mata aku pejamkan. Menahan sebak di hati. Terasa serba salah ada juga.
"You are my fiance Fira,"
"No!" suaraku sudah naik ke oktaf. Aku rasa mesti Aqram terkilan mendengarnya.
Cukup lah sampai sini.
"Not anymore. Saya tak nak dan tak akan teruskan hubungan kita. Pergi." usirku lagi.
"Fira.."
"I said get out Aqram!" bentakku.
"Bro," suara encik boss tadi mula kedengaran setelah lama membisu melihat pertelingkahan kami berdua.
"Lebih baik kau balik dulu. Dia kan sakit. Kau tak patut tegangkan suasana."
Beberapa minit ruang bilik ini sepi, tapak kaki seseorang kedengaran melangkah keluar.
Aqram.
Aku yakin dia mula melangkah pergi.
Kepala lantas aku tundukkan. Melepaskan tangisan yang dari tadi ditahan. Aku rasa diri aku dah terlalu jahat pada Aqram.
Maafkan aku.
-
Aku masih bersandar di kepala katil. Memalingkan muka ke arah di mana tingkap berada. Terlihat jelas gelap suasana di luar tingkap. Mana taknya, dah malam. Langsir dibiarkan terbuka saja.
Suasana malam yang kelam.
Seperti hidup aku sekarang. Aku telah hilang segalanya hari ini juga. Di mana lagi aku nak halakan hidup ini?
Bagaimana aku nak padamkan peristiwa-peristiwa pahit hari ini? Tiada siapa lagi yang nak bawa kemanisan untuk hilangkan kepahitan ini.
Encik tunang, satu-satunya orang yang tinggal untuk aku bergantung dan berharap, betul-betul telah menjatuhkan semangat aku untuk kembali bangun dari kesedihan setelah kehilangan orang tua.
Kenapa mama papa pergi tak bawa aku sekali? Kenapa ditinggalnya aku sendirian begini? Kenapa dibiarnya Kamil, Nizam dan Aqram buat aku begini?
Aku tersengih.
Apa kau merepek ni Fira? Kau seakan sedang mempersalahkan takdir Tuhan.
Allahu.
Jam dinding yang tepat tergantung di hadapan katil, aku dongak. Pukul 8:50. Aku alihkan pula mata ke pintu bilik. Aku termenung seketika.
Kau tunggu siapa Fira? Kau harapkan siapa je datang jenguk kau? Kau dah tak ada sesiapa lah.
Terasa panas pula mata ni. Alahai. Lantas aku menundukkan wajah. Stop lah wahai diri. Biarkan mata kau ni berehat sekejap.
Beberapa saat berlalu, terdengar seseorang masuk. Jernihan air di tubir mata laju aku kesat lalu melihat siapa yang datang.
Dan dia lagi.
Bukan Aqram. Tapi encik Dani. Ya. Aku dah ingat namanya. Dia pun berdiri di sisi katil.
Bila diperhati betul-betul, badan dia ni sangat tegap. Sesuai sangat ni kalau kerja polis.
Dia berdehem. Mungkin perasan aku sedang tertarik dengan tubuh badannya. Haha
"Awak pergi mana tadi?" soalan yang entah apa apa aku tanya.
Confirm lah dia pergi kerja kan? Takkan nak tercongok kat sini.
Selepas Aqram beredar siang tadi, tak lama lepas tu dia ikut jejak Aqram. Tinggalkan aku yang tengah nangis sorang sorang. Tak prihatin langsung.
Okey. Soalan aku tadi masih tak dijawabnya. Cari topik lain.
"Tuan Dani, saya minta maaf sebab dah jatuhkan barang di kedai awak."
Ya. Topik yang bagus lah sangat.
"Dalam keadaan macam ni sempat lagi nak minta maaf?" ujarnya.
Aku diam.
"Apa yang jadi dengan kau sebenarnya? Mana keluarga kau? Parents kau?"
Terus diam.
"Nombor telefon diorang? Ingat?"
Dan diam.
"Berilah kerjasama sikit."
Kali ni dah macam gaya polis soal siasat orang pula.
"Kau beruntung ada orang nak bantu. Dahlah keluar tak bawa sepatah barang." bebelnya.
Sempat lagi. Tapi barang memang sepatah eh? Lucu juga dia ni.
"Saya tak bawa sepatah barang kan, macam mana pihak hospital tahu nama saya?"
"Tunang kau beritahu."
Aqram..
"Dia ke yang bawa saya ke sini?"
"Tak."
"Habistu awak?"
"Banyak tanya kau. Soalan aku tak jawab."
Aku membisu lagi. Menundukkan wajah. Janganlah tanya aku tentang tu. Aku boleh cengeng dengan soalan soalan kau.
"Masa Ikha panggil aku, kau dah rebah pengsan atas lantai.."
Ikha, pekerja dia yang aku langgar siang tadi. Dia mula nak bercerita.
"..aku pun cepat cepat lah patah balik ke situ, bawa kau pergi hospital."
Caring juga eh??
"Sebab depan khalayak ramai juga kau nak buat drama."
Oh memang tak caring.
"Datang tunang kau entah dari mana. Nampak jelas muka dia cemas."
Perlu ke nak sebut kata "cemas" tu? Tapi aku silap. Aku kira Aqram tak kejar aku, rupanya dia kejar.
Huh
Apa bezanya sekalipun?
"Dia nak bawa kau pergi hospital. Tapi aku tawarkan diri untuk bawa sebab mama aku doktor. Lagipun aku tak percaya dia sangat. Entah entah orang jahat nak culik kau. Takut nanti belum sempat kau kumpul bekalan ke akhirat, dah mati kena bunuh."
Uish mulutt
"Jadi doktor siang tadi, mama awak lah?"
"Hm. Turn kau pula."
Aku terdiam.
"Turn kau pula cerita."
Ni aku tak boleh ni. Aku tak mampu lagi nak cerita. Aku tak kuat.
Kedengaran dia mengeluh. Bukan aku tak sudi berkongsi cerita, tapi biarlah luka di hati aku reda sedikit.
Aku lihat dia hendak mengatur langkah pergi. Segera aku menghentikannya, "Awak nak pergi lagi?"
"Kau nak aku buat apa kat sini?"
Alah dia nii
"Nanti datang lagi boleh?"
Dia cuma hadiahkan satu jelingan dekat aku then blah.
Annoying.
Mataku melihat sekeliling bilik. Rasa sunyi menerpa selepas perginya dia.
🌹
Help me vote ok? hehe
Thankie~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top