Bab 27
-
Mataku merenung ke arah sejadah usai selesai berdoa. Hati rasa semakin tenang sangat selepas luahkan segala perasaan kepada sang pencipta.
Terima kasih ya Allah. Kali ini Kau bantu aku untuk kuat. Kau bantu aku untuk terus bangkit. Kau bantu aku untuk terus melangkah.
Aku dah tak nak jadi perempuan yang lemah. Apalagi saat berhadapan dengan ujian yang bergelar kematian.
Aku kena tetap kuat! Tak kisah apa lagi ujian yang datang lepas ni! Aku akan hadap tanpa perlu mengeluh.
Ting
Telinga aku menangkap bunyi tersebut. Seperti bunyi notification dalam phone masuk. Handphone siapa? Takkan notification dari phone Dani sampai ke sini dengar.
Segera aku bangun mencari dari arah mana datangnya bunyi tadi.
Ting
Mata aku terhenti di beg kotak kepunyaan aku yang terletak di bahagian bawah meja solek. Rasanya bunyi tu memang datang dari situ.
Beg kotak itu lantas aku capai dan terus memeriksa isinya.
Wehh
Memang ada iphone 11 pro lah kat dalam beg ni. Siapa punya? Sejak bila iphone ni boleh bermalam dalam beg aku?
Ting
Sekali lagi mesej masuk.
From: MY Prince Charming
Hey bunny?
From: MY Prince Charming
Kau okey tak tu?
From: MY Prince Charming.
Orang dah bagi phone tu balaslah.
Eh siapa pula prince charming ni? Phone ni aku punya? Biar betul phone mahal mahal macam ni bagi kat orang semudah satu dua tiga.
To: MY Prince Charming
Siapa ni?
Cuba aku membalas.
From: MY Prince Charming
Pura-pura tak tahu pula. I am Your Prince Charming.
Your?
Setahu aku Dani je yang aku pernah gelar "prince charming".. so tak lain tak bukan ini dia lah.
Aku menyengih. Dia mimpi apa ni? Bahasakan diri dia prince charming bagai. Dahlah boleh panggil aku "bunny"? Boleh angau aku tahu.
Ting
From: MY Prince Charming
Keluar lah bilik. Kau tak nak jumpa aku ke?
Ya Allah rasa nak berguling-guling lah sekarang! Ni Dani ke orang lain? Tak pernah pernah dia buat aku berdebar lain macam sangat sekarang.
Fira take a chill pill. Jangan teruja sangat. Entah entah dia just nak ceriakan kau.
Telekung aku tanggalkan. Sejadah aku lipat terlebih dahulu.
"Fira?" suara Dani memanggil di luar seraya mengetuk pintu bilik.
Okay Fira. Calm down. Kawal kau punya keterujaan ni.
Pintu bilik aku dekati. Tombol pintu aku pulas perlahan. Figura Dani yang berpakaian kurta hitam bersama seluar hitam hairyls sedang berdiri di hadapanku.
Cukup tampan!
"Dah solat?" soalnya.
Aku membalas dengan anggukan.
"Kau okey tak ni?"
"Okey. Saya okey." kenapa boleh rasa kekok pula ni?
"Darwish mesej aku tadi, beritahu yang malam ni pun diorang tak balik. Keadaan uncle Ghaz makin teruk."
Allahu.
"Mesti semua orang tengah risau sekarang awak. Jom pergi sana? Kesian Geisha." dah tentu tentu hati dia cukup luluh sekarang.
"Esok boleh? Yang kau kena risau sekarang adalah diri kau tu. Memandangkan dah lama kita berdua je duduk dalam rumah ni, aku ada ajak orang lain tidur sini supaya tak jadi fitnah."
"Siapa?"
"Aku beritahu kau awal awal ni supaya kau tak terkejut nanti. Aku ajak Aqram dengan bini dia."
What ?!
Dani kenapa Sara?? Aku boleh je ajak Mira datang sini teman.
"Tak payah buat muka. Aku cuma nak tolong betulkan balik hubungan kau dengan Aqram. Malam ni Aqram akan jelaskan kesalahfahaman yang berlaku. Kau juga nak tahu kan?"
Enggan aku membalas.
"Aku tak kisah kalau kau masih benci dengan isteri Am sebab dah memang salah dia hancurkan hubungan kau dan Am. Tapi yang aku kisah kau terus pandang Am buruk, Fira.."
"Dia pun dah tak sanggup kau pandang hina pada dia. Dia pun ada hati dan perasaan. Selama ni dia betul betul terguris dengan kata-kata dan sikap kau. Sebab tu malam ni juga dia akan cerita hal sebenar pada kau Fira."
Aku masih mengunci mulut. Betul ke apa yang Dani nak buat ni?
"Kau percaya aku kan bunny?"
Alahai ni aku tak boleh ni.
"Kenapa panggil orang bunny?"
"Sebab gigi depan kau tu macam rabbit. And kau pendek. Ha tengoklah saiz kau dengan Dayana sama. Badan masih macam budak 17 tahun."
Eleh pandai lah tu.
"Buy the way terima kasih sebab belikan phone untuk saya. Bila masa phone tu boleh ada dalam beg saya?"
"Baru tadi masa kau tengah mandi. Aku ceroboh masuk sebab pintu bilik tak kunci. Kau ni memang cuai kan? Kalau tengah mandi tu kunci lah bilik. Kalau perompak masuk baru tahu."
Betul juga. Aku memang selalu macam tu. Lupa nak kunci pintu. Kadang malam malam bila nak tidur pun aku tak ingat nak kunci.
"Dalam rumah ni ada detektif kan? Apa nak risau?"
Bunyi loceng pintu pagar kedengaran.
"Rasanya mereka dah sampai."
Semangatku mula down balik.
*
Aku masih menundukkan wajah. Kenapa ego aku mesti tinggi bila dah bersua muka dengan Aqram? Sedangkan aku nak sangat masalah antara aku dan dia selesai.
Bagi peluang untuk mereka jelaskan semuanya Fira.
"Fira awak mesti dah tahu kan sebab kedatangan kami?" Aqram membuka bicara. "Penting awak kena tahu kat sini kami datang bukan nak huru-harakan keadaan. Saya tahu sekarang awak masih bersedih dengan kematian Nizam."
Tak boleh ke straight to the point terus?
"Fira.." giliran Sara menyeru namaku. "Kami datang bukan sekadar nak pulihkan keadaan, kami juga nak bersihkan nama Am. Biar I yang explain semuanya."
Dekat mall dulu bukan main macam setan marah marah aku. Sekarang nak jadi malaikat pula tolong bersihkan nama Am? Permainan apa ni Sara?
Aku tabahkan diri memandang mereka. Tengah duduk bersebelahan. Rapat rapat pula tu.
Mereka dah HALAL Fira. Am dah jadi milik Sara.
"Anak yang sedang I kandung sekarang bukan anak Am."
Huh ?
"Ye Fira. I dah fitnah Am. I nak you benci Am supaya pertunangan korang boleh putus. I nak Am kahwin dengan I supaya I boleh tutup aib I yang dah tercalar."
Dasarr
"I diperkosa Fira. Lepas lelaki tu puaskan nafsu dia, dia larikan diri tak tahu pergi mana. I pernah terfikir nak gugurkan kandungan I tapi I tak sanggup. Bayi ni tak salah."
Sempat aku mengerling ke arah perut Sara. Kandungan dia dah nampak membesar.
"Sebenarnya I pun dah lama pendam perasaan pada Am. Antara ramai pilot di syarikat kami, I tertarik pada dia. Tapi I tak berani dekat sebab I tahu dia dah jadi tunang orang,"
"I letak ubat tidur dalam air Am. Dengan keadaan yang tak sedar diri, I bawa Am masuk bilik I. I ambil keputusan untuk lemparkan tuduhan pada dia sebab I tak ada pilihan Fira. I tak sanggup nak besarkan anak ni seorang diri. I takut I tak mampu hadap sorang sorang."
Tak ada pilihan? Kau jadikan Aqram pak sanggup. Kau penyebab retaknya hubungan aku dan Aqram.
Wajah Sara Marissa mula berlinangan air mata. Entah mengapa hati aku tak terkesan langsung dengan air mata dia. Seolah-olah itu hanya sebuah drama daripada dia.
"Fira I dah sedar salah I Fira. I tahu perbuatan I salah. Cuma masa tu I dah tak boleh fikir. I terpaksa buat jahat untuk kepentingan I. I minta maaf."
Sumpah kata-kata kau makin buat hati aku panas. Boleh pula kau cakap "terpaksa buat jahat untuk kepentingan kau" ?
What the hell?
Kaki aku mula bangun untuk beredar. Aku tak tahan dengan pengakuan Sara. Jiwa aku bagai dirobek-robek olehnya.
"Fira wait." dia menghalangku.
Terasa tanganku ditahannya. Tak semena-mena aku terus hadiahkan dia satu penampar.
"Kau memang iblis!"
🎈
Ehem
Vote ya anak-anak
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top