Bab 24
-
"Kau dah rosakkan mood makan malam aku." ujar Dani dingin.
Huh apa?
"Keluarga sendiri sakit sampai masuk hospital, awak masih boleh fikir pasal makan?" boleh naik juga darah aku dengan dia ni.
"Biar aku tanya kau Fira, apa perasaan kau bila dituduh sebagai pembunuh?"
Hah
"Ya. Geisha pernah tuduh aku pembunuh."
Aku terpana. Teruk sangat tuduhan Geisha tu.
Aku perasan air wajah Dani saat ini menggambarkan yang dia sedang menahan geram di hati.
"Dia tuduh aku bunuh abang dia. Kalau kau kat tempat aku apa yang kau akan rasa?"
What ??
"Apa alasan dia buat macam tu? Kenapa dia yang awak tuduh?" apalah si Sha ni main tuduh bunuh membunuh pula. Bunuh bunuh mana boleh buat main sesuka hati.
"Itulah peristiwa paling pahit dalam hidup aku Fira. Kematian papa dan adik aku tak mampu mengalahkan pahitnya hari itu dalam hati aku."
Terkesima. Perkara ni betul-betul di luar jangkaan aku. Aku ingatkan hubungan dia dan Geisha tak ngam sebab hal biasa saja tapi ni..
Allahu
"Kalau ia dah pahit untuk aku, macam mana aku nak kongsi kisah ni dengan orang yang bergelar kau Fira?"
Dahiku mengerut.
'Orang bergelar aku'?
Apa maksud tu.. adakah mungkin kerana aku orang luar?
"Aku sangat benci bercakap tentang benda ni. Kau sendiri tengok kan, aku dan along aku boleh bergaduh sebab benda ni? Jadi minta aku, jangan sesekali tanya lagi tentang ni kalau bukan aku sendiri yang sudi berkongsi."
Tapi takkan tak nak langsung jenguk uncle Ghaz? Uncle Ghaz cuma ayah Geisha. Dia tak salah pun.
"Awak.. tapi uncle Ghaz tetap keluarga awak. Dia tengah sakit sekarang. Dia perlukan kekuatan. Awak tak boleh jadikan isu antara awak dan Sha jadi asbab awak tak jumpa uncle Ghaz, iaitu pakcik awak sendiri." aku cuba memberi secebis nasihat.
Dani mengunci mulut.
"Dani, saya yakin walau hati awak beku macam mana pun, mesti ada sikit rasa simpati dalam diri awak. Kalau tak macam mana saya boleh ada kat sini sekarang kan?"
"Saya takkan boleh bercakap macam ni sekarang depan awak kalau dulu awak tak tolong saya. Jadi tolonglah.. jangan libatkan orang lain dalam masalah awak dan Geisha." pujukku lembut.
Aku tahu kau orang yang baik Dani. Kau datang dari keluarga yang berdarah mulia. Kalau tak aku mungkin tak wujud dalam keluarga ni sekarang.
Kau beri aku kehidupan baru bahkan keluarga baru. Betapa aku terhutang budi dengan kau.
Diri kau cuma punya sedikit keegoan. Itu yang menjadikan sikap kau dingin.
"Esok je lah pergi."
Muncul segaris senyuman di bibirku. Syukur dia tak terlalu terpedaya dengan permainan ego.
"Alright. Sebagai hadiahnya saya akan masakkan asam pedas untuk awak." ujarku riang.
"Kenapa asam pedas boleh jadi hadiah pula?"
"Sebab awak dah berjaya pecahkan sedikit batu dalam hati awak." sempat aku berseloroh.
"Kau pandai masak asam pedas?"
"Excuse me, saya pandai masak apa apa je lah. Just cakap awak nak makan apa."
"Berlagak." kutuknya.
Aku hanya menyengih. Kau sinar menuju bahagia aku Dani. Aku harap kau takkan pernah tinggalkan aku.
Bahkan kau nanti lah yang akan memimpin aku di atas jalan menuju bahagia.
🥀🥀🥀
Dani menghentikan keretanya di hadapan mall miliknya. Kata nak pergi hospital terus, ni nak menyinggah pula.
"Awak nak buat apa datang sini?"
Tali pinggang keledarnya dilepaskan. "Aku nak jumpa staf aku kejap."
Aku lalu memuramkan muka. Mestilah banyak kerenah.
"Fira aku jumpa mereka bukan saja saja nak melambatkan perjalanan kita pergi hospital. Tapi mereka ada benda nak bincang dengan aku. Dan itu mustahak. Aku dah lama tak jenguk sana." terangnya kali ini dengan hemah.
Kepala aku anggukan saja.
"Kalau kau dah tak sabar sangat pergi lah naik teksi."
Ishh sampai hati betul!
"Saya tunggu awak." mana mahunya naik teksi. Kalau datang dengan Dani tak awkward sangat nanti.
"Kau nak tunggu mana?"
"Kat dalam boleh?" bolehlah aku tengok tengok barang dalam sana.
"Sukahati kau lah." balasnya lalu mematikan enjin kemudian keluar dari perut kereta.
Sempat aku membetulkan rambut sebelum melangkah keluar.
*
Setengah jam berlalu Dani masih tak muncul muncul. Tadi kata kejap je. Kejap bagi dia lah. Dah habis tingkat satu mall ni aku pusing.
Heishh
Tapi aku pelik juga. Sesetengah pekerja dekat sini pandang aku pelik semacam. Nak kata tak pernah tengok manusia hari-hari diorang hadap pelanggan.
Pakaian aku pelik ke?
Tak pun. Aku guna blouse putih dengan tailored pants sama warna. Tak nampak selekeh tu kan?
Rambut aku serabai?
Tak mungkin. Aku dah atur tadi dalam kereta.
Make up aku rosak?
Halah. Aku guna pelembab bibir warna pink and foundation je. Tak ada yang pelik.
Ah lantaklah.
Sekali-sekala mata aku meninjau ke arah tangga menuju tingkat dua. Masih tak ada bayangan dia pun. Kalau tahu tadi baik tunggu dalam kereta je. Penatlah macam ni.
Eh jap.
Ke sebab accident dulu orang tengok aku semacam sekarang? Masa first time aku datang sini lepastu ada drama aku pengsan tu.
Diorang cam muka aku lagi ke?
Tapi kau lawak lah masa tu Fira. Ada ke frust pergi tempat bernama mall. Cuba pergi taman ke, menangis dalam tandas awam ke, kena sikit.
Kalau macam tu aku takkan dapat jumpa Dani. Aku tak bergaya macam ni sekarang. Entah entah dah jadi pengemis tak pun arwah Aafira Khalisya dah sekarang.
Aturan Allah itu memang hebat.
Tidak lama kemudian mata aku menangkap figura Dani menuruni tangga bersama seorang lelaki.
Ha dah turun pun tuan boss tu. Segera aku mendapatkannya.
-
"Aku rasa kalau tak hire orang baru pun takpa. Masih ramai lagi pekerja." ujar Dani memang seperti boss besar.
Lelaki tadi kelihatan menganggukan kepala.
"Awak.." celahku.
Mereka sama-sama berpaling kepadaku.
"Aku ingatkan kau dah blah naik teksi."
"Takkan lah saya nak pergi tanpa awak." ke dia ni memang nak aku naik teksi je sebab tak nak nampakkan batang hidung dia dekat sana?
Macam tu?
"Siapa ni Am? Dah lain ey kau sekarang.." lelaki tadi menegur.
"Kau jangan mengarut."
Lelaki ni panggil Dani 'Am' sahaja? Dia kawan Dani ke staf kat sini? Maybe dua dua.
Terdengar handphone Dani berdering. Matanya melihat nama yang tertera di telefon sebelum menjawab.
Aku mengerling lelaki tadi yang menghadiahkan aku senyuman.
"Hairan saya panggil encik boss ni dengan nama? Actually saya bff dia a.k.a manager kat sini. Nama saya Iqbal." dia mula bersuara.
Patutlah. Best friend~ Ingatkan perangan cool macam tu takda kawan baik.
"Saya Fira." balasku pendek. Kami tak berjabat tangan. HARAM.
"Aku ada hal sekarang. Maybe dalam setengah jam lagi aku sampai, boleh?" telinga aku menangkap ayat Dani tersebut.
"Okey." perbualan dalam telefonnya pun ditamatkan.
"Aku ada hal urgent. So aku hantar kau kat depan pintu hospital je. Jom." dia pun melangkah pantas.
Kenapa dia nampak cemas semacam?
🎈
Vote ✔
Comment [terpulang kepada anda]
Ada jodoh jumpa lagi muahhhh
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top