Bab 23

-

Aku merebahkan badan ke atas katil. Rasa penat menguasai diri. Apalagi kesegaran lepas mandi boleh buat aku terlena terus.

Siling bilik aku renung.

Kadang tertanya-tanya juga aku, jahat sangatkah aku pada Aqram sekarang? Betul ke aku ikhlas maafkan dia?

Hubungan kami yang masih tak okey sampai sekarang semua sebab aku. Aku yang tak sudah pandang buruk pada dia.

Am..

Tolonglah jujur dengan saya. Rahsia apa yang awak simpan? Kenapa susah sangat nak beritahu saya?

Kalau ia mendatangkan kebaikan untuk awak, kenapa awak enggan berterus-terang?

Bila ingat balik kata-kata yang aku dah lempar pada dia, terasa diri ini bodoh sangat. Kau pun manusia Fira. Juga terus berbuat dosa.

Kenapa kau tak henti menghukum Aqram?

Kau dah jahat. Kau lah.

Tok tok !

Bunyi ketukan tersebut mematikan lamunanku. Malas betul rasa nak angkat badan ni lagi.

Eh

Makan malam belum dimasak kan? Putera tiga orang tu mesti lapar.

Segera aku bangun dari katil lalu memulas tombol pintu. Terlihat sosok tubuh Dani yang tegap sedang berdiri di hadapan bilik ini.

"Awak lapar ke?"

Dia kemudiannya menghulurkan sebuah beg kotak kepadaku. "Barang kau."

Huh

Bila masa barang aku ada pada dia? Beg kotak itu aku ambil dan cuba melihat isi di dalamnya.

Yelah barang penting aku yang abang Nizam hantar kat aku haritu. Dia rampas beg ni dari tangan aku dan lupa pula aku nak ambil balik.

"Thank you. Awak lapar tak? Nak saya masak? Awak ngan Rish belum dinner lagi kan? Abang Rin dah balik? Mama?" sekaligus aku menyoal.

"Kau tahu kan aku jenis yang tak suka jawab soalan orang." ujarnya dingin. Asal boleh cool semacam gaya dia malam ni?

Kat luar sana hujan ke? haha

"Fira.." aku menoleh ke arah suara Darwish yang memanggil.

"Ye Rish?"

"Kawan awak call."

Mira ni nak apa kacau orang malam malam haa? Dah kena lempang siang tadi baik rehatkan diri je lahh.

*

"Hello makcik Mira." ucapku acuh tak acuh sebaik mengangkat gagang telefon.

"Hello babe. Kau kat mana sekarang? Buat apa je?"

"Aku kat pasar sekarang tengah mandi." kura-kura dalam perahu betul dia ni.

"Eleh mentanglah ada abang kacak kat sana, macam tak nak ey layan aku."

"Kau tu makcik, soalan apa kau tanya? Malam malam macam ni aku kat mana je? Confirm lah dekat rumah."

"Mana lah tahu kalau kalau kau lagi keluar dengan family ke kan?"

"Heh? Tak adanya aku sekarang lah jawab call kau kalau aku tengah keluar." makcik ni suka kena bising. "Kau kenapa call? Ingatkan kau demam ke lepas terima "kejutan" daripada Am siang tadi." sengaja aku memerli.

"Sampai hati ey cakap macam tu. Geram aku tak habis lagi tau dengan jantan taik ayam tu. Kau jangan nak sebut sebut nama dia. Ni abang kacak kau tu mana?"

Heh tu hujungnya?

"Abang kacak, abang kacak, meluat tahu tak aku dengar?"

"Kalau macam tu bagitahu lah nama dia."

"Nenek Mira, boleh kawal tak kau punya miang tu? Ngada betul."

"Eleh dengan Dazrin haritu senang senang je kau intro dekat aku. Kau ada hati kat abang kacak kau tu ey? Mentanglah dia kacak."

"Kacak kacak kacak. Eh berlambaklah laki kacak kat luar sana. Sibuk nak tanya pasal abang angkat aku malam malam ni dah kenapa?"

"Cinta pandang pertama lah wei." dia mengeluarkan suara gedik.

"Tak kuasa aku nak melayan kau. Kalau call aku sebab nak tanya pasal abang kacak tu, lebih baik tak payah."

Mira ni kalau ada kat depan aku sekarang, dah lama kepala dia aku ketuk guna kuali.

"Gurau je lah. Tapi Fira mana abang kacak kau tu?"

"Ada ni ha kat sebelah." selamba aku menjawab.

"Betul ke wei? Tengah buat apa tu?"

"Tengah curi-curi dengar perbualan korang."
Hampir nak jatuh telefon ni dari tangan aku dengan kemunculan Dani yang tiba tiba di sebelah.

Masin mulut kau Fira. Kan betul-betul dia ada kat sebelah.

Serta-merta kaku aku melihatnya. Aduh dia dah lama ada kat sini ke ? Rasanya dia tahu ke yang "abang kacak" tu dia?

Mira ni memalukan lah.

"Hello Fira?"

"Ah? Ha .. ye?"

"Kenapa dengan kau? Apa jadi? Suara tadi tu suara siapa?"

"Err Mira nanti lah kau call aku lagi. Aku ada hal ni. Bye." terus aku meletak gagang telefon. Wajah Dani aku kerling.

"Ada orang cari aku ke tadi?" soalnya dengan wajah beku.

"Taklah mana ada. Saya berbual dengan kawan saya tadi. Kenapa dia nak cari awak pula?"

"Habistu siapa "abang kacak" yang dia cari?"

Terus aku mengecilkan mata seketika, heish memang terus nak perasan ye?

"Abang kacak tu nama awak ke? Jangan perasan ye Ammar Danial. Dahlah curi dengar cakap orang." aku sempat menghadiahkan jelingan.

"Cakap orang bukan cakap kau. Pergi masak sana, aku lapar." arahnya seperti dia boss besar dan aku pula maid dia.

Senang betul hidup orang bujang macam ni.

"Angah, Fira." celah Darwish sekali lagi. Kali ini datang dengan wajah nampak dalam kerisauan.

"Mama call bagitahu uncle Ghaz masuk hospital."

Siapa pula tu? Pakcik diorang?

"Bila?" Dani bertanya.

"Baru je sebab serangan jantung. So Rish nak pergi sana sekarang. Along terus pergi sana tadi. Fira nak ikut? Angah?"

"Biar Fira ikut angah."

"Okey ngah. Pergi dulu." tergesa-gesa Darwish membawa diri beredar.

"Siapa uncle Ghaz awak?"

"Aku lapar." Dani berlalu ke dapur begitu sahaja.

Darwish nampak cemas tadi dia pula selamba badak macam tu? Tak ada hati ke apa?

"Dani saya tanya ni. Rish nampak betul-betul risau tadi awak boleh relax macam ni.."

Dia membuka peti ais lalu mengeluarkan beberapa ikan di dalam mangkuk plastik.

"Tolong masak untuk aku dulu boleh? Aku teringin nak makan asam pedas."

Astaghfirullah mamat ni. Dah kebulur sangat ke apa?

"Siapa uncle Ghaz?" aku takkan berhenti tanya selagi kau tak jawab.

Dia menghela nafas.

"Ayah Geisha."

Ha pakcik dia sendiri tu. Memang langsung tak kesah ke apa keluarga sendiri sakit masuk hospital?

"So apa awak buat kat sini? Jomlah pergi jenguk."

"Kalau aku datang sana dia terus sihat ke apa?"

Ya Allah hati batu betul Dani ni kalau ada benda berkaitan Geisha.

"Dani, apa yang Geisha dah buat sampai sikap awak macam ni sekali ha?" aku tahu lah Geisha tu tak lah baik sangat.

Tapi seburuk-buruk perangai dia, rasa simpati tu masih ada dalam diri aku pada dia. Takkan Dani tak ada rasa macam tu kot?

Kerusi di bawah meja ditarik. Dia duduk di atasnya dengan wajah sungul.

🎈

Okla sampai di sini saja untuk bab kali ni.

Ruang komen sentiasa terbuka tau.

Komen dan vote anda menaikkan semangat author.🌹

Gomawo!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top