Bab 15
-
Masuk saja ke dalam rumah, namaku dan Dani diseru. Darwish di ruang tamu yang memanggil kami. Yang turut ada di sana, Dazrin dan
perempuan hari tu lah.
"Kau pergilah layan mereka. Aku malas." lantas Dani beredar ke tingkat atas.
"Fira marilah sini." panggil Darwish pula. Aku menurut. Ruang kosong di sebelah Darwish aku ambil.
"Kenapa muka awak macam baru lepas nangis ni Fira?" soal Darwish sejurus memandang wajahku.
Tu lah kau Fira. Nangis tak ingat dunia. Siapa je tak perasan mata sembab kau ni.
"Eh tak lah. Fira tertidur dalam kereta tadi." tipuku.
Tipu sunat.
"Awak dan angah pergi mana?"
Panggil aku ni sebab nak soal siasat ke apa? Wajah perempuan di sebelah Dazrin aku kerling. Kenapa tengok dari mimik muka dia, macam tak suka aku ey?
"Tak pergi mana pun." enggan aku berterus-terang.
Tapi perempuan tu ke girlfriend Dani? Muka dia camtu sebab kat atas kepala aku ni ada shawl dia.
Hmm dia dan Dani gaduh sebab tu Dani tak nak jumpa dia. Biasalah dalam hubungan mesti adanya masam manis.
Pandai kau buat kesimpulan Fira.
"Ada nak beritahu something ke ni?" aku cuba bertanya.
"Sebelum tu Fira, ni Geisha, sepupu kami." ujar Dazrin.
Sel-sel otak aku mula berhubung. Dia lah perempuan yang Dazrin mention dalam pertengkaran dia dan Dani semalam.
Ada apa sebenarnya yang terjadi antara dia dan Dani?
"Abang Rin, Darwish, aunty Dahlia dah fikir masak-masak ke?" perempuan tersebut bersuara sambil memandang aku 'sebelah mata'.
Dahi aku berkerut hairan.
"Kenapa Sha?" tanya Darwish.
"Untuk ambil dia sebagai anak angkat?"
Aku terus memalingkan wajah. Kenapa lah kau straight sangat Geisha?
"Yelah macam apa yang abang Rin and Darwish cerita, kita tak tahu asal-usul sebenar dia. Kenapa korang terus setuju dengan keputusan aunty?"
Sungguh aku benar benar terasa. Belum pernah aku rasa kecik hati yang teramat begini.
"Aku tahu asal-usul dia." suara Dani menyahut dari arah tangga.
Semua mata lalu beralih ke arah nya.
"Tak tahu apa apa pasal keluarga orang. Lebih baik diam." dah keluar dah sisi dingin Dani. Sangat jelas yang dia tak suka Geisha berbicara sebegitu.
"Sha tak bermaksud pun--"
"Sha, sekarang bukan masa kita nak bercakap tentang hal ni." Dazrin cuba meleraikan keadaan yang kian tegang.
"Betul. Kita kan nak bincang tentang birthday suprise for mama," celah Darwish.
"Harini birthday mama?" soalku pada Darwish. Aku tak tahu langsung.
"Ye Fira. Barang perhiasan and barang makanan semua dah ready, sekarang nak discuss how it will work."
Sedikit sebanyak aku dan Darwish dah larikan kami dari topik tadi. Takut takut kalau dibiarkan boleh bawa gaduh. Dah lah harini hari special mama.
"Jom lah ngah join sekali." ajak Darwish.
"Dalam mimpi." lantaran itu Dani pun beredar ke dapur.
"Just ignore him." Dazrin cuba menenangkan Geisha yang terus membisu. Muka dia nampak pucat sedikit.
Siapa suruh mulut celupar sangat. Ye pun nak mengata tentang aku, belakang belakang lah.
Ni tak, terburu nak mengguriskan hati aku last last hati dia yang terasa perihnya.
Padanlahh
*
Darwish berdiri berhampiran suis lampu. Semua lampu dah dipadamkan. So kami dalam keadaan gelap gelita sekarang.
Honestly aku tak teruja langsung dengan plan mereka. Dah lah tak sediakan hadiah untuk mama, tadi baru lepas dikecikkan hati oleh Geisha, sekarang pula Dani tak ada kat sini.
Tak ada nya dia nak join kalau dengan Dazrin pun tak ngam.
Rasa alone juga tak ada dia. Tapi apa boleh buat, surprise ni untuk mama.
Pintu rumah terkuak. Nampaknya mama dah balik.
"Eh kenapa gelap ni. Blackout ke? Darwish? Fira?" nama aku dan Darwish dipanggil. Aku tersengih kecil.
Lampu pun diketik.
"Surprise!" ujar Darwish riang.
"Ya Allah.." mama kelihatan betul-betul terkejut bercampur terharu tika ini.
Kemudian mereka mula menyanyikan lagu "happy birthday" sambil bertepuk tangan. Aku tak ikut nyanyi hanya bertepuk tangan.
Selesai sahaja Darwish lantas memeluk mama.
"Happy birthday mama. May Allah bless you always. Thank you for being a great mom ever. You are my only hero." ucap Darwish penuh keikhlasan.
"Thank you so much sayang." rambut Darwish mama kelus perlahan.
Then turn Dazrin pula yang datang memeluk mama. "Happy birthday mama. May Allah take good care of you always. Hope you love this ma." kata Dazrin.
"Of course dear. I love it so much. Thank you." wajah mama betul-betul terlihat gembira. Seronok aku tengok.
"Happy birthday aunty." Geisha bersuara.
"Sha pun ada. Thank you Sha."
"Birthday suprise ni Geisha yang plan semua. Makanan malam ni pun Sha yang sediakan semua." beritahu Darwish.
Sebab apa Geisha yang sediakan semua? Dia dah masak awal dari rumah. Dan aku tak sempat nak buat apa apa untuk party ni.
"Everything untuk aunty."
"Wow. Thanks again Sha. Aunty appreciate it so much. Fira, come here sayang."
Perlahan-lahan aku menghampiri mama. Aku pun berdiri tepat di hadapannya.
"Happy birthday mama. Terima kasih sebab sudi ambil Fira-" mama segera memintas ayatku. "Mama tak nak dengar Fira cakap macam tu lagi. Boleh?"
Aku melakarkan senyuman tawar. Aku jenis sedar diri. Bukan terus jadi macam kacang lupakan kulit.
"Meh sini." mama lalu merangkul badanku ke dalam dakapannya.
Bibir semua orang di situ masing-masing terukir senyuman kecuali bibir Geisha. Tidak dinafikan, dia cemburu.
Sejurus pelukan lerai, suasana tiba tiba beku semacam. Seakan ada malaikat lalu.
Rupanya 'malaikat dunia' aku yang datang. Mata aku menangkap kotak hadiah kecil di tangannya.
Patutlah singgah kedai bagai nak beli benda tu, ingatkan nak beli untuk makwe, rupanya untuk birthday present mama.
"Happy birthday ma." ucap Dani seraya memeluk mamanya. "I love you."
Oww. Such a sweet son. Sejuk hati aku memandang.
"I love you more honey." balas mama kemudian menghadiahkan anaknya itu satu kucupan di dahi.
Dani menghulurkan kotak hadiah tadi kepada mamanya. "For you."
"Thank you so much love."
"Jom lah makan." Darwish memecahkan suasana romantik itu.
"Dani makan sekali ye?" minta mama.
"Dani nak pergi dapur jap," segera Dani melangkah meninggalkan kami.
"Ma jom makan. Ada favourite food mama ni."
Sedih pula aku tengok Dani dari belakang macam tu. Mata aku mampu melihat beribu masalah yang sedang dia pikul sekarang.
Awak..
🎈
Vote?
hehe
mekasyeh ..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top