Bab 12
-
"Awak kenapa ni?" tanyaku hairan.
Dia mula mencari sesuatu di dalam beg tersebut. Asal kelakuan dia pelik benar ni?
Setelah itu dia mengeluarkan handphone ku dan diserahkan kepada abang Nizam semula.
"Itu Fira tak perlu lagi."
Hah? Suka hati dia aje kata aku tak perlu lagi. Handphone itu lah kesayangan aku.
"Apa awak buat ni?"
"Ambil simpan kalau tak nak aku buang." dia tidak mengendahkan aku.
"Dani!" bentakku.
"Apa Fira? Kalau kau dan dia dah selesai, suruh dia balik." dia betul-betul tunjuk yang dia tak suka abang Nizam.
"Takpa lah dik. Biar abang pergi dulu. Ingat pesan abang."
"Pesan aku pula jangan bagitahu sesiapa tentang alamat rumah ni." sahut Dani tegas.
Abang Nizam mengangguk. "Jangan risau. Jaga Fira baik-baik untuk kami. Terima kasih." seraya itu dia lalu menyusun langkah pergi.
Air mata aku mengiring kepergiaan dia. Lihat abang begitu memori masa kecil kita bermain di mata adik. Sungguh sekarang adik rindu benar dengan suasana keluarga kita yang dulu.
Jaga diri juga abang.
"Masuk Fira." arah Dani.
Aku lalu memandangnya tajam. "Awak tak patut layan abang saya macam tu."
"Habis kau nak aku layan dia macam mana? Bentang karpet merah bawa dia masuk rumah. Macam tu?"
"Serious lah Dani."
"Aku tak suka dia datang sini. Kau pun tak payah nak tunjuk baik dengan dia. Kau lupa apa dia pernah buat dekat kau?"
"So awak tahu?" bila dan bagaimana dia dapat tahu ni?
"Ya! Jangan sesekali berhubung dengan dia lagi. Aku tak suka."
"Itu abang saya lah. Saya tak kisah kalau awak tak suka dia. Tapi awak tak berhak suruh saya turut benci dia."
"Abang angkat je Fira."
"Awak pandang rendah dengan gelaran 'anak angkat'? Macam tu?" aku tak sangka.
Jadi dia anggap aku apa sejak aku jadi anak angkat mama dia? Cuma seorang penumpang?
Dia terdiam sambil merenung tepat ke arah mataku. Dengan sedikit kerutan kecil di dahi.
"Kalau dengan awak semua benda orang buat salah. Awak je betul." segera aku berlalu ke dalam rumah.
Rasa kecewa menguasai diri.
*
Aku terduduk di sisi katil. Sedih teramat menekan jiwa. Luluh hati aku.
Mama papa. Adik rindu. Kenapa ini bukan cuma satu mimpi?
Adik rasa kosong sekarang. Kenapa pengakhiran keluarga kita macam ni? Bila adik boleh bahagia lagi seperti di masa lalu?
Sekarang senyum adik tak lama.
Tawa adik kurang.
Bahagia seakan enggan setia dengan adik lagi.
Aku menangis semahu-mahunya. Mengapa aku dirindung rasa yang teramat duka saat ni? Aku benar benar kesepian mengenangkan mama papa.
Ya Allah tempatkan lah mereka di tempat golongan yang beriman.
Mama papa.. adik rindu.
Lantas aku mengesat air mata saat telinga menangkap bunyi pergaduhan kecil di luar bilik. Apa pula tu?
Pintu bilik aku dekati.
"Kenapa hati kau keras sangat ni?"
Suara Dazrin.
"Dan kau? Kenapa suka paksa aku?"
Eh. Itu pula suara Dani. Sebab apa pula mereka ni bertekak?
Segera aku keluar dari bilik. Mereka berada di hadapan bilik Dani. Darwish pun ada?
Aku cuba menyaksikan dari jarak jauh dahulu. Macam tak elok orang luar masuk campur terus.
"Perkara tu dah 16 tahun berlalu dan kau masih simpan dendam yang tak datangkan untung pun. Buka lah mata kau ngah. Buang rasa benci kau tu lah." marah Dazrin.
"Kau yang patut buka mata. Selalu nak tengok salah aku. Orang luar kau menangkan. Bagus lah tu." Dani menjawab.
"Siapa orang luar? Tu sepupu kita sendiri."
"Sepupu macam tu? Tuduh aku ikut suka hati dia! Kau je lah anggap dia sepupu. Aku tak ingin."
"Eh angah, tu zaman kanak-kanak lah ngah. Korang masih mentah. Tak faham apa apa lagi."
Darwish aku tengok di situ hanya membisu. Tak berani juga bersuara kali.
"Belajar maafkan orang lah. Hargai orang sekeliling." ujar Dazrin.
"Kalau kau pandai sangat hargai orang, ambil benda tu dan hadam!"
Aku mula kerisauan. Takut keadaan bertambah parah. Cuba lah salah seorang mengalah.
"Jaga lah sikit hati orang!" Dazrin membentak
"Jaga hati orang?" sempat Dani tersengih sinis, "Siapa dia aku kena jaga hati?"
Dazrin seakan hendak mengambil langkah lebih dekat ke arah Dani tetapi Darwish yang dalam kebuntuan menahan tangannya.
"Along please?"
Kesian Darwish. Aku pun kena cuba hentikan mereka. Lantak lah apa pun. Aku lajukan kaki menghampiri.
"Geisha dah akui salah dia. Dah merayu minta maaf dengan kau pun. Kau nak apa lagi? Kesian sikitlah."
"Dia dulu pun tak kesiankan aku long. Jadi kenapa aku perlu?"
"Kau memang tak faham bahasaa"
"Kau lah yang tak faham bahasa! Sampai bila kita perlu gaduh untuk benda bodoh ni? Aku penat lah nak hadap."
"Kau ingat aku suka gaduh macam ni dengan kau? Kau ingat aku tak penat? Buang lah ego kau tu."
Apa aku nak cakap ni? Takut takut sampai ke larut malam pun tak akan habis mereka ni.
"Aku yang lalui. Aku yang hadap. Kau tak di tempat aku. Kau tak rasa apa aku rasa lah! Jadi tak payah berlagak kau betul!"
Terkesima. Dani pun nampaknya ada memori hitam?
Kau lupa. Bukan kau seorang saja yang diuji Fira.
"Dani, awak--" belum sempat apa lagi aku mengeluarkan kata, Dani terus membawa dirinya masuk ke dalam bilik.
Keluhan aku lepaskan.
"Sorry Fira. Tak pasal pasal awak terganggu dengan pergaduhan kami ni." tutur Dazrin perlahan.
Aku mendiamkan diri.
Dia pun beredar meninggalkan kami dengan wajah kusut.
"Fira okey?" Darwish bertanya.
Aku anggukan saja.
"Jom lah. Jangan ganggu angah dulu buat masa sekarang. Tengah badmood tu."
"Kenapa mereka boleh gaduh ni?"
"Siang tadi Geisha ada datang rumah hantarkan cupcake yang dia buat. Dia suruh saya sampaikan pada angah. Jadi bila tengok angah dah balik tadi saya pun berilah cupcake tu pada angah. Tapi angah tak nak dan dia suruh saya buang,"
"Along terdengar perbualan kami jadi along pun naik angin lah dengan angah. Along memang tak suka dengan sikap angah pada Geisha. Angah mengamuk macam tu pun sebab dia memang tak sukakan Geisha." terang Darwish.
"Awak tahu kan Dani tak suka jadi tak payahlah bagi. Kan tak pasal pasal along dan angah awak dah bertengkar."
"Yeah that's my fault." Darwish nampak bersalah dah kecewa.
Aku mula teringat akan si Dani yang annoying. Sekarang aku lebih memilih sisi dia yang annoying berbanding dia yang tadi.
Menyesal pula gaduh dengan dia tadi. Mata aku tak lepas memandang ke arah bilik Dani.
Saya nak jumpa awak Dani. Awak okey ke?
Cop.
Siapa Geisha?
Perempuan yang aku jumpa depan rumah siang tadi ke?
🎈
Yg sudi read and vote, makasih kamu!
\(^o^)/
byeeeeee
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top