CINTA, GADIS DAN AYAM
"Mama tolong...."Pekik Fikri. Tiba-tiba sahaja Jalak menerjah. Terasa cakar haiwan itu di kepalanya. Fikri rebahkan badannya ke tanah. Peluh mula mengalir laju sama laju dengan jantungnya. Kesakitan mula terasa. Tangannya cuba melindungi muka dan pada masa yang sama menolak Jalak. Namun apalah dayanya. Haiwan itu bagaikan memusuhinya seolah-olah mereka berseteru.
Fikri terus menjerit. Darah merah mula memancut keluar dari dahinya. Kesan dari taji di kaki Jalak amat menyakitkan. Air mata mula mengalir diiringi tangisan yang kuat. Hampir perit tekaknya akibat menjerit. Badannya mulai lemah. Kudratnya makin kurang.
"Ya Allah cucu aku." Nek Jah menarik Jalak dan menyerahkannya pada Tok Jalil. Nek Jah memapah Fikri yang sudah lemah tak bermaya. Darah mengalir dari dahinya.
"Apa kena dengan Si Jalak ni. Tak pernah pulak dia bermusuh dengan manusia. Nampak gayanya terpaksalah aku sembelih kau Jalak." Tok Jalil mengusap kepala Jalak. Dia sayang Jalak tapi oleh kerana haiwan itu mula mencederakan manusia terpaksalah Jalak dihapuskan.
***********
PERTEMUAN PERTAMA
"Subhanallah... Cantiknya ciptaan Allah yang Maha Esa." Fikri terpaku melihat seorang gadis manis sedang duduk bersendirian di atas bangku bersebelahan tasik.
"Mana? Yang mana satu?" Azlan memanjangkan leher. Jarang dia mendengar sahabat baiknya memuji seorang gadis. Ini bermakna gadis tersebut memang cantik.
Azlan masih mencari-cari siapakah gerangannya gadis yang dipuji Fikri. Maklumlah taman tasik Ampang ni bukan sikit pengunjung yang datang.
"Aku punya jangan kacau." Fikri memberi amaran. Sungguh memang dia jatuh cinta pandang pertama pada gadis itu. Pertama kali dirinya terkena panahan asmara. Jantungnya berdegup kencang. Matanya asyik melihat sang gadis.
"Memang cantiklah. Tapi biasanya orang cantik di dah berpunya." Akhirnya Azlan ternampak jua gerangan gadis cantik yang dimaksudkan sahabatnya. Memang cantik. Kalaulah dia yang ternampak gadis ni dulu dah tentu dia pergi ngorat.
"Aku dapat rasakan yang dia memang dicipta untuk aku..." Fikri senyum meleret. Panahan asmara membuatkan dia terbuai.
Tiba-tiba Fikri terpandang sesuatu yang dipegang gadis itu. Jantungnya berdenyut lebih laju dari tadi. Seakan-akan mahu melompat dari sangkar rusuknya. Peluh menitik deras secara tiba-tiba. Oksigen yang dia hidup terasa tak sampai ke paru-paru. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia terkaku di situ dan pucat.
"Bulu ayam..."ujar Fikri sebelum rebah di sebelah Azlan.
***
"Kesian mamat ni muda-muda dah sakit jantung. Badan ok sado, rupa pun hensem tapi sakit jantung pulak." Ariana membelek-belek keychain bulu ayam buatannya.
Sebentar tadi dia melihat sebuah ambulan datang mengambil pesakit yang tiba-tiba pengsan. Kata orang pemuda tu sakit jantung. Sempat pulak dia menjeling ke arah pemuda yang sakit tu. Hensem jugak. Kalau tak sakit dah tentu dia cuba ngorat. Ariana sengih sendiri. Berani pulak nak ngorat anak teruna orang. Kang ada yang kena penampar.
Telefon bimbitnya berbunyi.
"Aku dah berakar tunggu kau kat taman ni. Setiap lima minit kau lambat aku caj sepuluh ringgit. Cepat sikit. Aku pun dah lapar ni."Ariana menamatkan perbulannya.
Inilah dia janji melayu. Janji pukul empat petang tapi pukul lima pun belum muncul lagi. Masa amat berharga bagi dia pembuat kraftangan kecil-kecilan. Banyak lagi tempahan lain yang perlu diasiapkan. Kalau tak kerana sepupu dah tentu dia tak akan berurusan dengan prang macam ni.
*************
PERTEMUAN KEDUA
"Fikri... Tolong mama sekejap." Puan Sri Halimah memanggil anaknya. Sejak pengsan di taman tempoh hari Fikri masih belum mahu keluar rumah. Puan Sri Halimah tak kisah yang penting anaknya sihat sepenuhnya.
" Kejap ma. Fikri datang ni" Fikri yang sedang mengusik Mak Kiah di dapur segera mendapatkan mamanya. Pasti mama membeli barang untuk persediaan kenduri.
"Tolong Cik Nana ni angkat kotak-kotak ni masuk dalam rumah."
"Apa benda dalam kotak ni mama. Fikri pelik melihat kotak-kotak yang banyak memenuhi kereta kancil berwarna merah milik Cik Nana.
"Mama tempah cenderamata dari Cik Nana ni untuk kenduri esok. Tasbih mini, sejadah muka dengan surah yasin. Nak buat sendiri tak daya. Tempah ajelah. Fikri angkat bawak masuk bilik tamu ye."pesan Puan Sri Halimah. Alhamdulillah Fikri sudah bertambah pulih.
Fikri mendekat pada Cik Nana yang sedang mengeluarkan kotak dari kereta. Fikri terkejut bila Cik Nana berpusing untuk menyerahkan kotak kepadanya. Bulan jatuh ke riba. Rezeki dari Allah. Jodoh sehidup semati. Bermacam-macam lagi ayat berlegar di kepalanya. Gadis tempoh hari. Gadis cantik manis yang dia temui di taman.
"Assalamualaikum Cik Nana" Fikri melemparkan sebuah senyuman indah buat gadis di hadapannya. Sambil itu matanya mencari-cari sesuatu. 'Alhamdulillah' benda yang dicarinya tak ada. Dia senyum nakal. Bolehlah dia jual minyak nanti. Yang penting Cik Nana harus sangkut.
"Waalaikumsalam." Jawab Ariana. Dia sedikit pelik melihat anak Puan Sri Halimah yang sekejap tersengih sekejap tersenyum. Lupa makan ubat ke apa. Dia rasa macam pernah jumpa manusia bernama Fikri ni tapi dia tak ingat. Maklumlah usahawan berjaya macam dia dah ramai orang dia jumpa.
"Hai Cik Nana nama saya Fikri. Boleh kita berkenalan. Nama Cik Nana apa?" Fikri sengih macam kerang busuk. Langkah pertama dia dah ambik.
"Awak panggil saya Cik Nana tadi so nama saya Cik Nana lah. Dah tau buat apa tanya lagi." Dah sah mamat ni memang dalam proses mengurat dia. Ariana senyum dalam hati. Ada jugak orang minat dia. Minah sengal yang cukup gilakan kraftangan. Itu gelaran abangnya. Anak Puan Sri ngorat dia. Kalau bagitau abang dah tentu tak percaya.
"Saya nak tahu nama awak. Senang nak practice jabat salam tok kadi. Boleh kan."Fikri sengih lagi. Tak sangka dia seberani itu. Straight to the point. Harap-harap Cik Nana faham.
"Awak nak jabat tangan tok kadi apa kena mengena dengan nama penuh saya. Saya tak terlibat dalam urusan awak dengan tok kadi" Ariana jual mahal. Padahal dalam hati sudah berbunga riang. Bukan setakat rama-rama berkepak, cengkerik pun dah buat bising. Tapi sebagai gadis sunti yang dibesarkan penuh adab dia harus jual mahal.
"Kalau saya tak tau nama penuh awak macam mana saya nak sebut nama pengantin perempuan. Boleh je sebut aku terima nikahnya Cik Nana tapi nanti tak sedap pulak..." Bersungguh betul Fikri nak mengorat. Dah tak ada selindung lagi. Ariana jeling.
"Siapa pulak nak jadi pengantin perempuan dia. Perasan sungguh. Tak malu ke."
"Cik Nana saya ni serius tau bukan main-main. Kalau Cik Nana setuju besok juga saya hantar rombongan."
"Baru first time jumpa takkan nak kahwin kot." Ariana mula kecut perut. Mamat ni betul ke. Entah-entah betul dia ni biul tak makan ubat. Buat penat je dia suka dalam hati.
"Silap tu Cik Nana. Ini pertemuan kita kali kedua. Lepas pertemuan pertama hari tu saya dah janji dengan diri saya kalau kita jumpa lagi saya akan pinang Cik Nana. So Cik Nana saya harap awak setuju..."
"Maaflah cerita awak ni tak masuk dalam jiwa saya, so jangan mimpi ye."
Sedar tak sedar kotak sudah pun habis diangkut. Ariana bersalaman dengan Puan Sri Halimah. Fikri terkaku sekejap melihat kereta Cik Nana meluncur pergi. Apa lagi yang tak kena rasanya dia sudah membuang malunya untuk melamar Cik Nana. Tak pernah dibuat orang jumpa terus ajak kahwin. Dia je yang tergila-gila agaknya. Tapi memang pun dia yang gatal lebih. Cik Nana tak layan pun. Jangankan no telefon nama penuh pun tak dapat.
"Mama... Nak mintak no phone Cik Nana."
"Mama tak nak masuk campur ye. Kalau betul minat sila usaha sendiri. Dah jadi baru bagi tau mama. Nanti mama dengan daddy masuk meminang" Puan Sri Halimah kelakar melihat anaknya mengorat. Tak kena gaya. Macam gelojoh pun ada. Patutlah awek lari.
Fikri mengeluh hampa.
******
PERTEMUAN KETIGA
"Ini kali ketiga kita jumpa. Kali ni saya confirm Cik Nana memang soulmate saya." Fikri melonjak riang bila terlihat Ariana. Selepas sebulan dia di temukan kembali dengan gadis yang menghiasi mimpi tidurnya. Solat istikharah pun sudah di buat memang petanda semuanya menjurus kepada Ariana.
"Kenapa pulak saya. Tak ada orang lain ke. Saya tak minatlah orang macam awak ni. Sawan kot. Jumpa je ajak kahwin." Ariana tak sangka sebesar-besar Mid Valley ni terjumpa pulak dengan mamat tak makan ubat. Soulmate konon. Tak makan ubat pagi tadi kot. Terbantut selera nak tengok wayang.
"Tolonglah jangan kecewakan saya Cik Nana. Saya betul-betul jatuh hati pada Cik Nana."Hilang rasa malu. Azlan di sebelah sudah merah muka menahan malu. Rakan-rakan Ariana berbisik-bisik sambil tersenyum. Mengumpat agaknya. Tapi bagi Fikri inilah peluang yang ada. Bila lagi nak jumpa Cik Nana pujaan hati.
"Saya bagi cabaran kat awak. Nama saya Ariana Karim. Kalau awak boleh cari kat mana saya tinggal awak boleh hantar rombongan meminang. Saya akan anggap serius bila awak menghadap sendiri Haji Karim. Full Stop.K Bye." Ariana menarik lengan Maria dan Suhaila. Budak berdua ni pantang tengok pakwe hensem. Fikri limited untuk dia. Kalau Fikri meminta izin dari ayahnya dah tentu dia terima. Bukan senang nak jumpa orang yang tergila-gilakan kita.
"Alhamdulillah..." Fikri mengucapkan syukur. Akhirnya lampu hijau dari Cik Nana atau Ariana. Bukan susah nak cari Cik Nana. Dia kenal Suhaila kawan baik Cik Nana. Sepupu jauh Azlan. Mudahlah rancangan dia nanti. Harapan untuk hidup berdua dengan Cik Nana meningkat lapan puluh peratus. Dia nak cepat-cepat balik bagitau mama dan papa.
*****
MISI MERISIK CIK NANA
"Tujuan kami datang ni memang nak merisik dan meminang anak Tuan Haji ni tapi melihat suasana persekitaran rumah ni kami rasa anak kami memang tak layak untuk anak Tuan Haji." Tan Sri Faizul berbicara dengan berat hati. Lebih baik dia berterus terang dari awal.
Setibanya tadi Tan Sri Faizul kagum dengan seni binaan rumah Haji Karim. Bercirikan tradisional. Material pun dari kayu yang mahal. Haji Karim adalah bekas pengetua. Tan Sri Faizul pernal berbual di telefon dengan Haji Karim. Bakal besannya memang peramah dan baik. Namun dia perasan sesuatu. Papan tanda yang terpacak di pagar membuatkan dia dan isterinya terkedu sebentar.
'PERUSAHAAN AYAM KAMPUNG HAJI KARIM'
"Kenapa tak sesuai pulak Tan Sri. Anak kita kata anak Tan Sri yang tergila-gilakan dia. Kalau tak sesuai kenapa datang merisik dan meminang. Baik di halang sahaja hubungan budak-budak ni."Haji Karim agak berang. Namun nada suaranya dikawal dengan sebaiknya. Takut nanti dia salah sangka. Kadang-kadang Ariana pun ada sengalnya jugak.
"Fikri anak saya memang suka sangat dengan anak Tuan Haji. Cinta gila kata budak-budak sekarang. Anak Tuan Haji pun baik orangnya. Sopan santun, ramah dan pandai hormat orang tua. Tapi anak saya memang tak mungkin boleh hidup dengan anak Tuan Haji. Anak Tuan Haji je boleh hidup dengan anak saya..." Puan Sri Halimah pun serba salah. Bagaimana hendak menerangkan hal sebenarnya. Sampai sahaja di rumah Ariana baru dia tahu yang anaknya tak mungkin boleh hidup dengan gadis manis itu.
"Anak kita sakit Tuan Haji..."
******
"Macam mana mama. Tuan Haji tu terima tak?" Fikri tak sabar. Mamanya belum pun keluar dari kereta. Sebaik sahaja rombongan sampai tadi Fikri terus serbu kereta mamanya.
"Fikri cari je perempuan lain sayang. Fikri takkan mampu hidup dengan dia."
"Ma... Fikri nak dia jugak. Fikri dah buat solat istikharah ma. Dia memang jodoh Fikri." Fikri tak puas hati. Sebulan lebih dia berusaha memujuk Maria untuk memberitahu di mana tempat tinggal Ariana. Selepas berkali-kali sesi pujuk rayu dan upah yang lumayan baru Maria membuka rahsia.
Mama dan papa pun gembira ketika dia menyampaikan hasrat untuk menjadikan Ariana isteri. Mama pun terlebih kenal Ariana. Sekarang Ariana sudah jadi geng kamceng mama. Dan juga guru kraftangan persatuan puan sri-puan sri a.k.a kawan-kawan baik mama. Kenapa sekarang mama berubah hati. Adakah Ariana tak cukup Baik untuk jadi menantu mama.
"Mama, Fikri cintakan dia ma. Hati Fikri hanya untuk. Kalau tak dapat kahwin dengan Cik Yana biar Fikri membujang sampai tua." Fikri sudah hilang akal agaknya. Jodoh kan ketentuan Allah.
"Amboi... Sedapnya bahasa. Mama pun nak bercucu jugak. Masalahnya sekarang ni bakal bapak mertua kamu tu tauke ayam kampung..." Puan Sri Halimah hilang sabar. Datang degil Fikri ibarat bongkah batu yang besar susah nak ketuk.
"Tauke ayam." Fikri terus menggigil. Dia rebah di pangkuan Azlan.
"Baru sebut tauke ayam dah pengsan. Macam mana pulak dia nak duduk rumah pak mentua dia nanti. Nasiblah kamu Fikri jatuh cinta kat anak tauke ayam kampung." Tan Sri Faizul hanya mampu menggeleng. Pelik betul penyakit anaknya. Di suruh berubat memanjang takut. Sekarang say bye-bye lah kat Ariana.
****
"Saya minta maaf sebab sejak dari hari merisik tu lagi saya dengan abang saya asyik gelak je. Seumur hidup saya tak pernah jumpa orang yang fobia kat ayam. Saya dah cari info kat internet dan memang ada walaupun pelik. Alektrophobia nama saintifik dia." Ariana memulakan bicara. Rasa nak gelak masih ada namun demi untuk tidak mengaibkan Fikri tawanya disimpan dalam perut.
Rasa janggal pula bercakap berdua dengan Fikri. Tambah janggal lagi bila Fikri diam sahaja. Tak merayunya seperti biasa. Rindu pulak dengan rayuan dan kata-kata manis Fikri. Abangnya Arman duduk di meja sebelah sambil main game COC. Arahan ayah keluar mesti bertiga.
"Saya tak tipu tentang cinta saya pada awak. Pertama kali saya jumpa awak memang saya jatuh hati. Saya memang nak hidup dengan awak. Tapi saya fobia kat ayam. Kalau kita kahwin nanti jadi tak adil pulak. Dah tentu saya tak akan balik rumah family awak sebab saya takut dengan ayam. Bulu ayam pun boleh buat saya pengsan apatah lagi sekor ayam."
Memang hati Fikri pedih. Memang mustahil untuk mereka bersama. Ariana tak akan kahwin dengan orang yang tak mampu jejak kaki ke rumah orang tuanya. Dia pun bukan seorang yang kejam menghalang isterinya melawat keluarga sendiri. Fikri hanya mampu menangis dalam hati. Punyalah susah untuk dia jatuh cinta. Bila kenal erti cinta terpaksa dilupakan. Hanya kerana haiwan bernama ayam dia hilang cinta.
"Fikri saya hargai cinta awak. Dan awak memang berani sebab berterus terang dengan saya. Saya suka kat awak sebab keberanian awak. Tapi sakit awak boleh diubati. Daripada apa yang saya baca sakit awak ni boleh diubati. Diri awak sendiri penawar bagi sakit awak ni. Mana pergi keberanian awak. Kenapa awak mengalah sebelum berjuang"
"Susah Cik Nana. Saya tak kuat. Berjuang dan berlawan dengan seekor haiwan memang saya tak berani."
"Saya bagi awak cabaran kedua. Ini cabaran anak Haji Karim.Kalau awak berjaya hilangkan fobia awak dalam masa empat puluh hari dari sekarang hari yang ke enam puluh kita akan nikah. Awak kena tinggal kat rumah saya dalam tempuh tu. Saya dan keluarga saya akan bantu awak hilangkan fobia tu."
Setelah mengetahui alasan sebenar kenapa Puan Sri Halimah membatalkan niat merisik hari tu, rasa kasihan muncul. Baru Ariana teringat bila kali pertama mereka berjumpa. Fikri adalah pemuda yang dia nampak diusung masuk ke dalam ambulan di Taman Tasik Ampang. Dia sangkakan sakit jantung rupanya fobia melihat bulu ayam yang dia pegang. Semuanya dia dapat tahu dari Azlan. Memang pelik bila dengar tentang sakit Fikri tapi ini semua ujian Allah. Siapalah dia untuk menghukum.
"Tapi saya rasa susahlah. Saya takut sangat tengok ayam. Bila saya berhadapan dengan ayam terasa saiz badan saya sebesar semut je. Ayam tu saya nampak macam godzilla je. Saya takut, tak mampu."
"Anggaplah ini cabaran awak nak memiliki cinta saya. Takkan awak sanggup tengok saya berdampingan dengan kawan baik awak. Azlan tunggu lampu hijau je nak masuk meminang. Ayah saya setuju untuk tolong awak. Tapi kalau awak tak nak tolong diri awak memang dia akan suruh Azlan masuk meminang" sengaja dia membakar perasaan Fikri. Dia mahu Fikri sahut cabarannya. Dia tahu hanya dengan ini sahaja penyakit Fikri boleh dipulihkan. Puan Sri Halimah juga ada bertemu doktor. Cuma Fikri je yang enggan berubat.
"Ada hati Azlan nak rampas Cik Nana dari saya. Tak guna punya kawan sanggup tikam belakang." Fikri naik angin. Sanggup Azlan menikam dia. Tak mungkin dia akan membiarkan gadis idamannya jatuh ke tangan Azlan.
"Kenapa pulak Azlan yang salah. Dah awak yang tak sanggup sahut cabaran saya. Saya ni ikut apa kat ayah saya. Takkan sebab awak tak jadi merisik saya kena membujang sampai ke tua. Azlan pun ada hati kat saya. Kalau dah arahan ayah kahwin dengan Azlan saya ikut je"
"Tapi..."
"Tak apalah Encik Fikri mungkin memang bukan jodoh kita. Biar saya bagitau ayah yang awak memang tak nak kat saya. Tapi jangan risau nanti kita akan selalu jumpa. Awak kan kawan baik bakal suami saya."
Fikri diam. Mana mungkin dia akan hidup tenteram melihat gadis idaman jadi milik orang. Apa yang lebih menyakitkan hati kawan baik sendiri yang jadi pemilik gadis idamannya. Ini semua tak boleh dibiarkan. Demi cinta suci kepada Cik Nana segala jenis ayam pun sanggup dia langgar.
"Baik Cik Nana saya setuju..." Kata Fikri penuh bersemangat. Ajaibnya dia sudah boleh menyebut nama binatang 'itu' tanpa rasa takut dan menggigil. Itu satu petanda baik.
Ariana senyum. Dia jeling Arman di meja sebelah. Fikri sudah termakan umpannya. Ini semua rancangan Puan Sri Halimah dan ayahnya. Nama Azlan memang sengaja dipetik untuk membuatkan Fikri cemburu. Biarlah kali ini Fikri sendiri yang mahu berubat. Dipujuk secara baik tak boleh sekarang cara penuh tipu muslihat.
****
HARI PERTAMA
"Mana budak Fikri tu. Tak ajak sarapan sekali ke." Haji Karim bertanya. Ariana yang sedang menyenduk nasi lemak mula ketawa.
"Bergulung dalam selimut. Terjerit-jerit panggil mak dia masa dengar ayam berkok tadi. Ni mesti tengah menggigil dalam selimut." Jawab Arman selamba. Bagi dia memang lawak melihat Fikri pagi tadi.
"Ya Allah. Bertuah punya anak. Pergi tengok budak tu. Kang mati kejung dia dalam selimut tu tak ada siapa perasan... Kamu berdua tengok. Nana pujuk dia elok-elok. Sekarang ni cakap kamu je dia nak dengar."
Mendengar bebelan Haji Karim dengan pantas Ariana dan Arman masuk ke bilik Fikri. Betul kata Arman, Fikri sedang mengigil sambil memabalut dirinya dengan selimut. Sebijik banyak menutup kepalanya. Arman sudah tersengih. Ariana menyiku abangnya. Tak prihatin langsung.
"Awak bangunlah. Hari dah siang ni. Takkan nak tidur lagi." Ariana bersuara lemah lembut. Lebih lembut dari tofu. Arman ketawa mengekek tanpa mengeluarkan bunyi. Adik yang spesis gangster jadi perempuan melayu terakhir.
Fikri menarik sedikit selimut. Hanya kepalanya yang muncul. Wajah Fikri nampak sangat pucat dan matanya merah. Tawa Arman mati tiba-tiba. Kesian pulak melihat Fikri yang terlebih pucat dari mayat. Berat sungguh derita fikri.
"Awak bangun tau. Mandi lepas tu kita sarapan sama-sama. Saya ada masak nasi lemak sambal sotong. Mama awak cakap awak suka sambal sotong. Sebab tu saya belajar masak. Kalau sedap nanti lepas kahwin boleh saya masak selalu.." Ariana memancing Fikri dengan masakannya. Puan Sri Halimah sudah menyiapkan senarai yang panjang kegemaran dan pantang larang Fikri. Dia hanya perlu mengikut rancangan yang disusun oleh Puan Sri Halimah dan Doktor Chin.
"Saya takutlah awak. Macam mana kalau nanti ayam masuk dalam rumah. Saya tak berani..." Rasa terputus nyawanya mendengar kokokan ayam yang bersahut-sahutan subuh tadi. Puas dia menjerit memanggil mama. Dia lupa yang dia di rumah Cik Nana.
"Kalau takut takpelah. Pergi je tukar baju. Saya call mama awak suruh hantar driver. Musnahlah impian mama awak nak jadikan saya menantu." Ariana bangun. Dia buat-buat kecewa dan merajuk. Fikri ni bukan nak berusaha. Semuanya takut. Arman angkat kening. Pandai betul adiknya berlakon.
"Awak tunggu dulu. Bagi saya masa kejap bersiap." Fikri menarik lengan Ariana. Mujur berlapik kalau tidak Arman dah sedia nak ketuk kepala Fikri. Suka-suka sentuh bukan muhrim.
"Ok. Tapi tolong lepas lengan saya. Tak baik tau anak dara tengok aurat orang lelaki." Ariana berpaling. Arman hanya berseluar boxer. Dia pulak yang malu. Fikri sengih. Tengok Cik Nana merajuk lupa pulak aurat dia tak bertutup. Nampak pusat.
"Maaf Cik Nana. Saya pergi mandi dulu. Nanti kita sarapan sama-sama ye..." Fikri senyum. Memang dia takut tapi Cik Nana punya pasal dia kena kuat.
"Cik Nana... Boleh tak tunggu saya kat depan bilik air. Takut nanti pengsan dengar bunyi ayam." Fikri mula menggatal. Dia berharap Cik Nana akan teman kan dia.
"Jangan risau nanti Haji Karim teman awak..."
Sengih Fikri mati. Arman tak dapat menahan tawanya. Dia sudah berguling di ruang tamu.
**********
HARI KETUJUH
"Fikri apa khabar?" Tanya Haji Karim. Hari permata Fikri duduk semeja semasa sarapan.
"Alhamdulillah. Saya sihat pakcik" jawab Fikri perlahan. Wajahnya agak sedikit pucat. Hari ini dia gagahkan juga diri untuk bangun dan bersiap awal pagi. Sudah seminggu subuhnya terlewat. Itupun buat ala kadar dan penuh ketakutan. Semoga Allah mengampuninya nanti.
"Setakat ni macam mana Fikri. Boleh bertahan lagi ke? Kalau nak mengalah lagi cepat lagi bagus. Semalam ada dengar ura-ura kerabat raja nak datang merisik Si Ariana ni. Pak cik pun tak tau nak tolak atau nak terima." Haji Karim menghirup sisa-sisa kopi di cawan.
Fikri terdiam. Ramainya orang yang minat Cik Nana ni. Kalau dia lepas dia yang rugi. Tapi dia pun tak Pasti boleh ke tak dia bertahan. Selepas seminggu barulah telinganya lali dengan bunyi ayam. Ketakutan yang ada beransur hilang. Sekarang dia boleh tenang mendengar kokokan ayam. Dan juga bunyi bising ayam di belakang rumah.
"Saya yakin Cik Nana jodoh saya pakcik. Jangan risau saya pasti boleh bertahan." Fikri penuh ke azaman.
Dia perhatikan Cik Nana yang sedang menyendukkan bihun untuknya. Cik Nana memang cantik. Memasak pun pandai. Sambal sotong Cik Nana pun tak kurang sedapnya dari sambal sotong mama. Tak Mungkin dia akan lepaskan gadis sebaik ini.
"Awak makan dulu ye. Saya ada hal kejap. Nanti tunggu saya kat ruang tamu. Arman akan temankan awak." Nana senyum.
****
Fikri berpusing-pusing di ruang tamu. Baru hari ini dia berpeluang meninjau keseluruhan rumah Haji Karim terutamanya ruang tamu. Kalau tak dunianya hanya selimut dan bilik. Ruang tamu rumah Haji Karim agak luas juga. Satu set kerusi yang diperbuat dari kayu jati di letakkan di tengah ruang tamu.
"Assalamualaikum..." Ariana muncul dengan kotak di tangan. Arman yang sedang duduk mendekati Ariana.
Hari ini fasa baru dalam pemulihan Fikri. Dipanggil abreaksi. Pesakit akan diminta menyentuh gambar ayam atau barang yang berkaitan dengan ayam.
"Awak duduk sini kat depan saya. Abang Arman duduk kat belakang Fikri ye."
Fikri dan Arman mengambil tempat sebagaimana yang diarahkan oleh Ariana. Fikri tertanya-tanya apa aktiviti mereka hari ini. Kenapa Arman di suruh duduk di belakangnya. Ariana senyum.
"Ini ada gambar. Saya nak awak terbalikkan dan tengok. Kalau dapat sentuh gambar tu..." Ariana mengeluarkan beberapa keping gambar dari kotak. Diletakkan secara terbalik di hadapan Fikri.
"Gambar apa ni." Fikri membalikkan gambar dihadapannya. Secara spontan dia mencampakkan gambar itu. Tangannya mengigil. Dia berundur ke belakang. Namun Arman ada di belakangnya untuk menghalang dia lari.
"Boleh tak awak alihkan gambar tu. Buang jauh-jauh. Ayam tu kejar saya." Jerit Fikri. Dia lihat ayam gergasi melompat keluar dari gambar dan cuba mengajarnya. Fikri sudah jadi tak tentu arah.
Gambar yang di tunjukkan kepada Fikri adalah gambar seekor ayam serama. Ayam yang pernah menjadi peliharaan Arman. Pernah menjurai beberapa pertandingan ayam serama tercantik. Sebelum Arman menyambung pelajaran ke luar negara.
"Fikri... Awak dengar tak suara saya ni. Boleh tak awak tenang sekejap." Ariana menangkap tangan Fikri. Dia tahu hal ini akan terjadi. Memang dua sudah siap sedia dengan sarung tangan panjang.
Fikri diam. Walaupun berlapik dia terasa aura positif mengalir dari tangan Ariana. Membuatkan dia damai dan tenang. Seketika dia dibuai perasaan. Arman memberikan isyarat agar Ariana melepaskan pegangannya. Kurang manis jika orang terlihat mereka bersentuhan.
"Awak pandang saya. Dan bagitau saya dengan ikhlas ada tak makhluk lain selain dari saya dengan abang saya kat sini..."
Fikri geleng. Godzilla ayam yang menggangu tadi sudah tiada. Bila dia fokus pada suara Ariana semua gangguan telah hilang. Tanpa sedar dia selamba mengambil gambar di tangan Ariana. Ariana senyum gembira. Ternyata helahnya berjaya. Di tangan Fikri ialah gambar ayam yang tadi.
"Sekarang tengok gambar tu balik. Tapi janji dengan saya jangan lompat."
Fikri pandang gambar di tangannya. Gambar ayam. Dia yang tadi tenang mula gelisah. Nafasnya juga kembali tak teratur. Dia cuba untuk bertenang namun bayangan Jalak masih kuat terpamer di kepalanya. Patukan Jalak yang bertalu-talu di dahinya masih lagi terasa.
"Noooo.... Tidakkkkk..." Fikri menjerit. Kali ini dia terus bangun dan lari ke bilik.
"Apa lah budak ni nampak macho tapi hancur. Godzilla ayam pun ada ke." Arman mengomel. Mujur juga upah yang diberikan Puan Sri Halimah lumayan. Bolehlah dia bersabar dengan kerenah Fikri. Arman bangun untuk meninjau Fikri di bilik. Risau juga andainya terjadi apa-apa kepada Fikri.
"Susah jugak nak tolong kalau macam ni." Ariana garu kepala. Usahanya hari ini gagal. Dia berharap esok atau lusa akan bertukar menjadi lebih baik.
HARI KESEBELAS
"Akhirnya awak berjaya jugak pegang gambar ayam ni. Saya bangga dengan awak." Ariana lega. Selama empat hari dia dan Arman main kejar-kejar dengan Fikri. Main lari-lari dari ruang tamu ke bilik.
"Dah hilang dah Godzilla ayam tu" tanya Arman. Mahu memastikan yang Fikri betul-betul okey. Dia pun penat menjadi penjaga tak bertauliah Fikri.
Fikri angguk. Betul kata Cik Nana. Mana ada Godzilla Ayam. Dia sahaja yang membayangkan ayam melompat keluar dari gambar. Sebenarnya dia yang terlalu takut. Alhamdulillah dia sudah berjaya mengharungi cabaran kedua.
Hampir dua minggu dia berkampung di sini. Kadang-kadang dia rasa gila pula rasanya hanya kerana seorang perempuan dia sanggup lakukan semua ni. Menyiksa diri sendiri dengan kaedah rawatan yang membuatkan dia lelah. Tapi cukup berbaloi bila setiap hari dapat lihat Cik Nana.
"Kalau macam tu saya nak awak buktikan. Ambil ni..."
Fikri pandang objek di tangan Cik Nana. Hatinya berbelah bagi. Memang pada zahirnya dia sudah punya sedikit keberanian untuk melawan fobianya. Tapi dalam hati masih terselit rasa takut jika Godzilla Ayam muncul lagi. Namun dia harus beranikan diri. Dengan perasaan bercampur baur Fikri mengambil keychain Bulu ayam dari tangan Cik Nana.
"Alhamdulillah. Awak dah berjaya jugak menghilangkan takut awak pada ayam. Cukupkan pada permulaan ni awak setakat berani pegang gambar. InsyaAllah besok kita akan cuba berinteraksi dengan ayam hidup..."
Fikri telan air liur.
HARI KE LAPAN BELAS.
"Tolong...."
"Dah seminggu ni jejak tanah je menjerit mintak tolong. Asal jejak tanah je menjerit. Rasanya dah 50 kali dia tawaf kita. Dengan anak ayam pun takut."Arman megusap kepala anak ayam yang dipegangnya.
Arman dan Ariana duduk bersila di pankin sebelah pokok jambu. Sudah seminggu mereka cuba mendekatkan Fikri dangan anak ayam. Namun tiada hasilnya. Fikri akan buka langkah seribu sebaik sahaja anak ayam yang baru berusia seminggu di dekatkan padanya. Ariana Buntu. Fikirnya Fikri sudah agak berani namun dia salah.
"Awak cukup-cukuplah tu berlari. Ayam tu kat abang saya tak pernah pun kejar awak."
Fikri behenti. Dia melihat sekeliling. Memang betul kata Cik Nana. Tak ada ayam pun yang mengejarnya. Dia hanya takutkan batang-batang. Lagipun anak ayam di tangan Arman belum mampu berlari.
"Abang tolong call Puan Sri suruh hantar driver ambik anak dia ni." Ariana berlalu dengan perasaan sebal. Susah hatinya melihat Fikri. Dan juga dia kasihankan Fikri. Menangung siksa jiwa akibat berperang dengan ketakutan sendiri.
Fikri hanya mampu memandang Cik Nana berlalu pergi. Kalaulah dia punya kekuatan yang lebih untuk menahan cinta hatinya pasti dia akan lakukan.
"Aku rasa lebih baik kau cari perempuan lain. Penyakit kau ni susah nak ubat. Nah ambik ayam ni aku nak telefon Puan Sri." Arman menyerahkan anak ayam berwarna kuning kepada Fikri.
Fikri terkejut. Menyentuh ayam hidup dengan menyentuh gambar lain rasanya. Gambar kaku tak begerak memang mudah baginya. Ini ayam sebenar. Ayam yang boleh bergerak. Anak ayam juga ada paruh kecil yang membuatkan dia seram.
Fikri nampak bayangan Jalak di depan matanya. Nafasnya mula tak tetatur. Peluh mula mengalir. Tangannya menggigil. Paruh kecil anak ayam menyucuk tangannya. Mahu sahaja dia campak anak ayam tu ke tanah. Tapi wajah kecewa Cik Nana tadi membuatkan dia berasa serba salah. Fikri menarik nafas panjang. Dia mengatur nafasnya.
Dia perlahan-lahan membelai ayam di tangannya. Demi cinta Cik Nana tengok ayam harus diruntuhkan. Dia belum bersedia melepaskan Cik Nana ke tangan orang lain. Dia akan pastikan Cik Nana akan jadi miliknya. Setakat ayam saja takkan dia tak boleh atasi. Rupanya belai anak ayam lebih kurang sama macam kucing je.
"Cik Nana saya dah boleh pegang anak ayam ni. Tengoklah..."Fikri girang. Ariana dan Arman tersenyum dari jauh melihat Fikri. Berjaya juga plan mereka. Ariana buat-buat merajuk dengan Fikri. Betul kata Puan Sri Halimah, Fikri akan buat apa sahaja untuk Ariana.
*****
HARI KE DUA PULUH LIMA
"Hari ni kita ada tugas baru. Bagi ayam makan..." Ariana membawa Fikri ke kawasan reban ayam yang terletak di belakang rumahnya. Rumah dan reban ayam dipisahkan dengan sebuah kolam ikan dan kebun kecil.
"Ayam tu gigit orang tak?" Soal Fikri. Sambil itu otaknya mengusir imej Jalak dari pemikirannya.
"Ayam mana ada gigi." Jawab Ariana. Fikri tersengih. Salah soalan pulak. Arman ketawa mengekek. Belajar tinggi-tinggi tapi fakta pasal ayam pun tak tahu.
"Sekarang kita bagi makan ayam-ayam kat luar reban ni. Hari ni kita bagi makan kat luar pagar ni je. Lusa awak kena masuk dalam pagar dengan abang Arman."
Fikri menarik nafas dalam-dalam. Anak ayam dia dah harungi. Tinggal mak dengan bapak ayam je. Sekarang dia dengan ayam dewasa hanya dipisahkan dengan pagar dawai besi sahaja. Mahu sahaja dia cabut lari dari situ. Tapi dia harus kuat demi Cik Nana. Sikit saja lagi laluan yang perlu dia tempuh untuk menjadikan Cik Nana miliknya.
"Nah ambik ni. Tabur je kat tanah tu. Pandailah ayam tu makan." Ariana menghulurkan sebuah bekas berisi biji-biji jagung.
"Campak aje ke..."
"Ambik segenggam pastu tabur je. Senang kan tak susah pun." Ariana mengambil sedikit biji jagung dan ditaburkan ke dalam pagar. Serentak itu puluhan ekor ayam berasak-asak mematuk biji jagung di tanah.
Fikri berundur setapak ke belakang. Namun digagahkan juga untuk memberi ayam makan. Bukan susah. Ambik segengam lepas tu campak ke arah ayam yang sedang berkerumun di tapi pagar. Fikri senyum puas. Dia sudah berajaya. Ariana di sebelahnya turut senyum.
HARI KE TIGA PULUH LIMA
"Alhamdulillah... Anak kita dah pulih abang." Puan Sri Halimah menitiskan air mata. Fikri sedang memberi ayam makan dengan ditemani Arman. Dia di dalam pagar di kelilingi ayam-ayam yang sedang lapar. Fikri kelihatan gembira.
"Alhamdulillah Imah. Abang bersyukur sebab Allah kirimkan Cik Nana untuk ubati dia. Terima kasih Tuan Haji sebab dah bantu anak kami." Tan Sri Faizul juga terbaru melihat perubahan anaknya. Dia melambai ke arah Fikri.
"Saya bantu setakat yang mampu je Tan Sri, Puan Sri. Ariana dengan Arman yang banyak bersabar dengan kerenah Fikri tu. Itu pun dengan kuasa Allah juga yang mengizinkan anak saya bantu anak Tan Sri." Tuan Haji Karim merendah diri.
"Tuan Haji ni apa pulak panggil Tan Sri. Panggil Zul je. Kita pun bukan orang lain bakal berbesan." Tan Sri Faizul tergelak. Bukan sahaja fobia Fikri sudah pulih dapat pula menantu yang cantik manis. Apa yang paling penting lepas ni dia tak perlu lagi makan diluar untuk menikmati ayam kampung masak lemak Cili api kegemarannya.
HARI KE ENAM PULUH
Fikri tersenyum dan melambai ke arah Cik Nana yang sedang melayan tetamu di bawah khemah. Cik Nana begitu cantik dalam persalinan pengantin berwarna merah jambu. Dia sudah jatuh cinta entah ke berapa kali pada Cik Nana.
"Tak payah tenung macam tu sekali. Dah jadi milik kau pun. Kalau nak sekarang pun kau boleh tarik dia masuk bilik."
"Tak senonoh betullah kau ni. Tak nampak ke tetamu ramai lagi ni" Fikri menumbuk bahu Azlan. Gilalah nak buat perangai saat ni. Gelojoh sangat.
"Tahniah Fikri. Untung tiga kali ganda kau hari ni."
"Janganlah berkias macam ni bukan aku faham pun. Cuba kau cakap je apa yang kau nak cakap." Fikri kurang faham. Apa pula yang Azlan cuba sampaikan. Pening dia memikirkan.
"Cinta,gadis dan ayam. Hari ni kau dapat cinta dari gadis yang kau impikan. Dan yang paling best kau dah tak takut ayam. Lepas ni boleh aku ajak kau makan ayam penyet. Atau KFC atau Nandos. Kenny Roogers Rooster pun boleh. Tak sabar aku nak bagi kau rasa menu ayam yang best."
Fikri tergelak. Memang dia beruntung hari ini. Cik Nana tersenyum manis dari khemah. Dia sedang berbual-bual dengan kawan sekolahnya. Cintanya kepada Cik Nana membuatkan dia bertekad untuk mengusir bayangan Godzilla ayam yang menghambat dirinya. Kini dia bebas. Dan sekarang dia geng dengan papanya, peminat ayam kampung masak lemak cili api. Dia lihat mama dan papanya senyum lebar. Mereka pun gembira dengan perubahan dirinya.
"Berapa ekor ayam kampung yang pak mertua kau sembelih hari ni. Aku nak tapau ayam masak lemak cili api bawak balik..."
Fikri bersyukur kepada Allah atas segala kurnianya. Kehadiran Cik Nana benar-benarengubah hidupnya. Fikri bergerak ke arah Cik Nana bersama Azlan. Sebuah senyuman manis dilemparkan buat isteri tersayang. Fikri berdoa agar rumah tangga yang baru dibina akan kekal hingga ke Jannah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top