Prolog

Dunia Aria adalah tempat yang sangat kejam bagi sesetengah makhluk. Ianya juga di panggail Kerajaan Aria. Di mana perperangan sering berlaku, pembunuhan berleluasa, dan pelbagai kejahatan berlaku. Dunia Aria mempunyai seorang raja yang sangat kejam yang bernama Raja Chulan. Raja Chulan sangat kejam terhadap rakyat jelatanya. Rakyat di Dunia Aria sudah lali dengan kekejaman itu. Raja Chulan juga telah membuka banyak empayar. Dengan hasil yang lumayan daripada pembukaan empayar itu, banyak kerajaan yang ingin menjatuhkan Raja Chulan dan merampas kesemua empayarnya. Antara kerajaan yang ingin menjatuhkan Raja Chulan adalah Kerajaan Thunder. Kerajaan Thunder berhasrat untuk menyerang Kerajaan Aria. Raja Chulan melantik Dharma, ketua bagi Angkatan Tentera di Kerajaan Aria sebagai perisik. Dharma di hantar ke Kerajaan Thunder dengan tujuan untuk mengetahui strategi perperangan yang akan di gunakan oleh Kerajaan Thunder untuk menjatuhkan Raja Chulan. Setelah beberapa bulan Dharma menjalankan risikan, pihak istana Kerajaan Thunder mendapat berita tentang penyamaran Dharma, lalu Dharma di buang oleh Kerajaan Thunder, walau bagaimanapun, strategi perang yang akan di gunakan oleh Kerajaan Thunder sudah berada di dalam genggaman Dharma. Raja Chulan mengarahkan semua rakyatnya terlibat sama dalam perperangan yang akan diadakan. Dary Diaz, ketua senjata perperangan telah bersiap sedia. Kerajaan Aria telah melancarkan serangan pendahuluan secara mengejut. Kerajaan Thunder tidak sempat berbuat apa-apa, lalu mereka hanya berbalas serangan menggunakan pedang, tombak, anak panah dan peluru besi sahaja. Angkatan Tentera Kerajaan Thunder hanya menggunakan kudrat mereka sahaja serta berbekalkan dengan peluru besi. Hanya beberapa benteng pertahanan sahaja yang sempat di bina oleh Angkatan Tentera Thunder. Kerajaan Aria telah melancarkan serangan demi serangan. Satu per satu benteng musnah. Darah membasahi tanah Kerajaan Thunder, mayat-mayat bergelimpangan di sana sini. Kerajaan Thunder akhirnya menyerah kalah. Sultan Kerajaan Thunder, Sultan Rithik cedera parah di bahagian bahu, kepala, dan kaki. Sultan Rithik tahu yang di sudah tidak lama lagi, lalu dia mengarahkan semua empayarnya di tutup, pelabuhan-pelabuhan juga di tutup, rakyat jelata yang masih hidup di arahkan untuk menyerah diri kepada Raja Chulan. Rakyat jelata hanya menurut sahaja. Setelah beberapa bulan, Sultan Rithik mangkat. Kini, tiada lagi Kerajaan Thunder. Tidak lama selepas itu, Raja Chulan pula jatuh sakit. Tabib istana mengatakan bahawa Raja Chulan terminum racun tikus. Raja Chulan hanya mampu bertahan selama 30 minit sahaja, lalu dia mengarahkan anakndanya, Tengku Nadect untuk menaiki tahta. Tidak lama selepas itu, Raja Chulan mangkat. Tengku Nadect memerintah Kerajaan Aria dengan sangat kejam, malah lebih kejam daripada ayahndanya. Pembunuham berlaku setiap masa. Rakyat yang melanggar peraturan yang di buat akan di dera dengan kejam. Ketua-ketua menteri juga telah di tukar. Dharma juga telah di turunkan pangkatnya menjadi hulubalang istana. Dary Diaz, yang dahulunya Ketua Senjata Perperangan sudah menjadi rakyat biasa. Diaz tidak bersetuju dengan keputusan yang di buat oleh Tengku Nadect. Lalu dia melarikan diri ke dalam hutan. Lalu Diaz termasuk ke alam manusia. Diaz telah di temui oleh seorang gadis yang bernama Aryana Zafrina. Aryana telah merawat Diaz. Aryana memberitahu Diaz bahawa dia berada di dunia manusia.
------------------------------------------------
P/s haaa macam mana prolognya? Ok tak? Harap-harap ok lah, nanti sambung yek😊. Jangan lupa vote dan komen ya😊🌷

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top