Bab 8

Tepat pada pukul 7:00 malam, Aryana, Puan Nina dan Diaz sudah berada di ruang tamu. Diaz sudah bersiap sedia untuk memberitahu hasratnya.
"Ha Diaz, apahal ni? " tanya Puan Nina bersahaja.
"Sebenarnya, aku dah nak balik ke dunia aku"
"Dah nak balik? Kau gila ke? Ni dah malam, bahayalah" balas Puan Nina tegas.
"Ye betul ni memang dah malam, tapi ni dunia aku, waktu ini adalah waktu pagi" Diaz menerangkan tentang sistem waktu du Kerajaan Aria.
"Ooo. Jadi kau memang betul laj nak balik? Kalau betul, pergilah, aku tiada hak untuk menghalang kau" Puan Nina merelakan Diaz untuk pulang ke dunianya.
"Tapi, aku nak mintak tolong boleh?" Soal Diaz.
"Tolong apa" jawab Aryana dan Puan Nina serentak.
"Aku nak minta tolong hantarkan aku ke tempat di mana aku di jumpai"
"Ooo boleh-boleh. Jom" kat Aryana sambil mengambil kunci keretanya di atas meja.
"Mak nak ikut?" Tanya Aryana
"Ha boleh lah. Jom"
Mereka pun pergi bersama-sama untuk menghantar Diaz.

****************************
Sesampainya mereka ke lokasi di mana Diaz di jumpai,
"Sebelum aku pergi, aku nak minta maaf kalau aku ada buat salah atau melukakan hati kamu berdua. Yana , aku nak mintak maaf kalau aku ada menyusahkan kau, Puan Nina, aku nak minta maaf pada kau, dan aku harap kau tak ambil hati bila aku cakap kasar dengan kau" kata Diaz, jelas sekali kata-kata Diaz memimbulkan rasa sebak di dada Puan Nina, begitu juga dengan Aryana.
"Takpe lah, aku tak ambil hati pun" balas Puan Nina. Aryana hanya membisu.
"Yana, kau dengar apa aku nak cakap ni, lepas aku pergi, aku harap, kau lupakan semua kenangan kita, aku tak pasti sama ada aku akan selamat atau tidak, aku tak nak bagi kau harapan yang terlalu tinggi, selepas aku pergi, kau baliklah, jangan tunggu, teruskanlah kehidupan kau sebagai Aryana Zafrina dan aku nak kau lupakan aku. Hapuskan aku dalam kisah hidup kau" kata-kata Diaz mengundang kesedihan kepada Aryana.
"Diaz, jujur Yana cakap, janganlah pergi, Yana.. Yana tak nak Diaz pergi"kata Aryana. Kelihatan air matanya membasahi pipinya.
"Yana, jangan nangis okey, oh ya, aku ada benda nak bagi kau" kata Diaz. Lalu Diaz mengeluarkan sekeping kayu yang terukir nama Aryana Zafrina.
"Nah, kau ambil ni, simpan sebagai kenangan okey" kata Diaz.
"Bila Diaz buat ni?" Soal Aryana.
"Sebenarnya malam semalam aku tak tidur pun, aku ukir benda ni khas untuk kau" balas Diaz. Sekali lagi air mata Aryana mengalir.
"Ok lah, aku perlu pergi, kalau ada rezeki, kita jumpa lagi" kata Diaz sambil berlalu pergi meninggalkan Aryana dan Puan Nina.
"Dary Diaz!! Jaga diri" jerit Aryana. Jelaslah bahawa petermuan yang singkat boleh mengundang seribu satu makna buat diri seseorang.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top