Bab 7

Setelah seminggu Diaz berada di dunia manusia, dia berhasrat untuk pulang ke tempat asal nya. Namun, niat nya itu belum di ketahui oleh Puan Nina dan Aryana. Diaz mahu betul-betul bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan di harunginya.
"Haih, bila aku nak balik ni, dah lama sangat aku di dunia manusia ni, adakah aku di terima semula sebagai rakyat Kerajaan Aria, atau aku akan di buag dari Kerajaan itu?" Gumam Diaz sendirian. Tiba-tiba ada suara lembut yang menyapanya dari belakang.
"Hai, jauh termenung. Ingat siapa tu?" Gurau Aryana.
"Aku tak ingat siapa-siapa selain Dharma. Aku rasa, dah sampai masanya untuk aku balik ke dunia aku" kata Diaz.
"Diaz dah nak balik? Betul ke? Fikir masak-masak dulu. Jangan buat keputusan dalam keadaan terburu-buru Diaz, buruk padahnya nanti" nasihat Aryana kepada Diaz.
"Ye aku dah fikir masak-masak dah. Mungkin aku akan pergi malam ini juga" balas Diaz.
"Malam ni juga? Jangan main-main. Bahayalah Diaz, tunggu lah pagi esok." Kata Aryana dengan nada yang sedikit kuat.
"Tak bolej Yana, kau tak faham, 1 hari aku di sini, 1 tahun di dunia aku Yana" terang Diaz
"Hah! Jadinya dah 7 tahun kau tak balik"
"Ye, faham pun. Aku pun tak nak buat keputusan terburu-buru ni Yana, tapi keadaan memaksa aku. Malam nanti aku nak jumpa kau dengan Puan Nina, aku ada benda nak cakap " Kata Diaz dengan suara yang bergetar.
"Ok takde masalah Diaz"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top