Bab 6
Tepat pada pukul 5:30 petang, Aryana telah pun bersiap sedia untuk menolong ibunya. Tiba-tiba Aryana di sapa dari belakang
"Yana, aku.. aku nak tolong kau boleh? " Tanya Diaz.
"Nak tolong? Hahahahaha boleh je takde masalah" balas Aryana sambil mengupas bawang merah.
"Tapi aku tak tahu"
"Tak tahu boleh belajarkan, mari sini Yana ajar Diaz kupas bawang." Kata Aryana sambil mengambil sebilah pisau lalu di berikan kepada Diaz.
"Kau bagi aku pedang buat apa? Tapi, kenapa pedang ni pendek, ringan pulak tu" kata Diaz sambil melambung-lambung pisau itu.
"Ehh jangan lah lambung pisau tu, bahayalah, ni bukan pedang lah Diaz, ni pisau, kita gunakan dia untuk memotong atau mengupas buah-buahan, sayur-sayuran" terang Aryana.
"Ooo aku baru tahu". Setelah itu, Mereka berdua pun saling bantu-membantu di dapur. Puan Nina pula sengaja tidak turun ke bawah kerana dia mahu melihat bagaimana cara Diaz membuat kerja yang dia tidak pernah lakukan.
****************************
"Haa dah siap" kata Aryana setelah dia selesai menghidangkan makanan yang di masak olehnya bersama Diaz.
"Diaz tunggu sini, Yana nak panggil mak jap ea" arah Aryana kepada Diaz
"Eh takpe, biar aku yang panggil, kau duduk sini. Oh ya, bilik mak kau kat mana?" Tanya Diaz.
"Ook, tingkat atas bilik nombor 2" jawab Aryana sambil menuang air anggur yang di buatnya tadi. Diaz terus menuju ke arah bilik Puan Nina. Puan Nina yang berada di luar biliknya itu segera turun.
"Kau nak panggil aku makan?" Tanya Puan Nina sambil mengangkat sedikit alis keningnya.
"Ye mak cik"
"Hei hello, jangan panggil aku mak cik okey, aku ni bukannys tua sangat pun, baru nak masuk 37 tahun tau, panggil akak" balas Puan Nina.
"Ermm ok" .
Setibanya Puan Nina dan Diaz di meja makan,
"Haa jom makan, Yana dah lapar dah ni, nah mak" ujar Aryana sambil menghulurkan sepinggan nasi putih kepada Puan Nina.
"Diaz, ambil ni" sepinggan nasi putih juga di hulurkan oleh Aryana kepada Diaz.
Mereka bertiga pun menjamu selera sambil menikmati air tangan Aryana.
****************************
Setelah mereka selesai menjamu selera,
"Diaz, Yana, lepas kau basuh pinggan ni semua, tunggu di ruang tamu, aku ada benda sikit nak tanya" kata Puan Nina. Diaz dan Aryana mengangguk tanda faham dengan araham yang di berikan oleh Puan Nina.
10 minit kemudian,
Diaz, Aryana dan Puan Nina sudah berada di ruang tamu. Muka Puan Nina kelihatan sedikit tegas.
"Diaz, aku nak kau cerita sikit latar belakang kau" Puan Nins bersuara menyuruh Diaz menceritakan latar belakang nya.
"Ok, tadi masa dalam kereta aku dah cerita sikit pada Aryana tentang kerajaan aku dan Kerajaan Thunder berperang, ni sebagai sabungan dia sahaja okey?" Balas Diaz.
"Okey"
"Baik, selepas Dharma mendapat arahan dari Raja Chulan, dia terus bergegas menuju ke markas tenteranya. Aku pula telah menyiapkan segala peralatan yang akan di gunakan semasa perperangan. Dharma mengatakan bahawa Kerajaan Thunder akan melakukan serangan pada malam itu juga, tetapi Raja Chulan membuat keputusan untuk melancarkan serangan yang pertama. Dengan kekuatan 899 999 tentera berkuda, sekelip mata sahaja empayar Kerajaan Thunder di hancurkan. Pihak Kerajaan Thunder juga terkejut dengan serangan itu, mereka tidak menyangka bahawa secepat itu serangan yang di lancarkan oleh Kerajaan Aria. Semua menjadi kucar-kacir. Bala tentera Kerajaan Thunder tidak sempat berbuat apa-apa, mereka hanya berlawan dengan menggunakan kudrat mereka sahaja, mereka hanya berbekalkan tombak dan 500 peluru besi. Satu persatu benteng pertahanan Kerajaan Thunder telah musnah. Sultan Rithik terkejut dengan serangan yang di buat dari belakang istana. Ini membuatkan Sultan Rithik murka. Sultan Rithik juga telah turun padang. Tanpa beliau sedari, Raja Chulan juga mengikuti perperangan itu. Maka, bermulalah perperangan yang sangat dahsyat dan menjadi sejarah hitam bagi kedua-dua belah pihak. Tidak lama selepas itu, perperangan pun berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada Kerajaan Thunder. Sebulan berlalu, Sultan Rithik jatuh sakit, beliau menghidap penyakit yang mistik. Keadaan Sultan Rithik bertambah tenat dari hari-ke hari. Maka, beliau pun bertitah"
"Bertitah apa?" Tanya Puan Nina dan Aryana serentak.
"Sabarlah, nak cerita lah ni" balas Diaz
"Beliau bertitah agar kesemua rakyat Kerajaan Thunder yang masih hidup menyerah diri kepada Kerajaan Aria, kesemua empayar akan di tutup dan Kerajaan Thunder juga akan di tutup. Mendengar titah baginda, semua rakyat Kerajaan Thunder akur. Sejurus baginda bertitah, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Pada hari itu juga rakyat jelata Kerajaan Aria menyerah diri kepada Raja Chulan. Raja Chulan menerima mereka dengan hati yang terbuka. 3 tahun telah berlalu, kini usia Raja Chulan mencecah 79 tahun. Baginda pula jatuh sakit secara tiba-tiba, tabib istana mengatakan bahawa seseorang telah memberi racun kepada Raja Chulan. Tetapi, nama orang itu di rahsiakan oleh tabib istana, Raja Chulan juga hanya mampu bertahan selama 30 minit sahaja. Dengan segera Raja Chulan membuat pengumuman bahawa tahkta beliau akan di ganti dengan anakndanya, Tengku Nadect. Pengumuman itu telah mengejutkan seluruh warga Kerajaam Aria. Seluruh empayar Kerajaan Aria juga akan di beri kepada Tengku Nadect. Tengku Nadect berasa sangat gembira. Berbaki 5 saat, Raja Chulan pun menghembuskan nafas yang terakhir. Kini, Tengku Nadect adalah pemerintah baharu kami, seluruh rakyat jelata tidak menyukai Tengku Nadect kerana sikap angkuh beliau. Beliau juga bersikap sombong dan tamak. Hari-hari yang di lalui oleh rakyat jelata di penuhi dengan seksaan dan sengsara. Pembunuhan berlaku setiap saat. Tengku Nadect juga tidak adil. Satu hari, Tengku Nadect ingin berjumpa dengan semua ketua termasuklah aku dan Dharma. Dharma telah di turunkan pangkat dari Ketu Angkatan Tentera kepada hulubalang istana. Aku, yang dahulunya Ketua Senjata Perperangan kini telah menjadi rakyat biasa. Ketua Keselamatan Kerajaan juga telah menjadi pengawal keselamatan. Dengan sikap kejam yang di miliki oleh Tengku Nadect, ini membuatkan aku terseksa. Mana-mana rakyat yang melanggar peraturan yang di buat oleh pihal istana akan di bunuh dengan kejam sama ada anggota badannya di potong atau di bakar hidup-hidup. Itulah yang berlaku setiap saat di Kerajaan kami, kerana tidak tahan dengan keadaan itu, aku telah melarikan diri ke dalam hutan. Aku hanya mengikut sahaja kemana langkah ku. sedar atau tidak, ak telah berada di dunia manusia yang sangat asing bagiku.
Aku terbaring di sebatang pohon yang besar. Entah kenapa, aku berasa badan ku seolah-olah lemah. Aku tidak berdaya untuk berdiri. Aku mengharapkan ada seseorang yang sudi menolong aku dan akhirnya aku bertemu dengan Aryana. Aryana lah yang tolong aku" ujar Diaz dengan panjar lebar. Puan Nina terkedu mendengar kisah yang di ceritakan oleh Diaz lalu dia bertanya,
"Habis tu, kau nak terus tinggal di sini atau kau nak balik ke dunia asal kau?"
"Aku perlu balik ke kerajaan Aria kerana aku masih rakyat asal Kerajaan itu. Tapi aku tak pasti, sama ada aku masih di terima lagi atau tidak kerana aku sudah berada di dunis manusia ini terlalu lama" kata Diaz.
"Oh macam tu, kesian kau Diaz, tak pelah, kau duduk lah sini selama mana kau mahu. Nantu bila kau dah sedia untuk pulang ke tempat asal kau, kau pergilah" kata Puan Nina kerana dia berasa kasihan kepada Diaz
"Kau takde ibu bapa ke?" Soal Puan Nina.
"Takde, ibu ayah aku telah lama pergi, aku hidup sebatang kara, aku hanys di temani oleh sahabat karib aku, Dharma" jawab Diaz.
"Ooh Dharma tu kawan baik Diaz, baru tahu" Aryana bersuara.
"Ya, dialah yang banyak tolong aku. Tapi, aku tak tahu dia masih hidup lagi atau tidak, kerana dia telah menjadi hulubalang istana, kerja hulubalang istana di Kerajaan Aria sangat-sangat berat dan terlalu bahaya. Aku risau akam keadaan dia" ujar Diaz dengan nada suara yang sedikit sedih.
"Oo tak pelah, dah kau tidurlah dulu, ni ada bantal dan selimut, takpe ke kau tidur atas sofa ni?" Tanya Puan Nina.
"Takpe, aku dah biasa, di Kerajaan Aria, aku hanya tidur bertilamkan tanah"
"Lah kesian kau, dah tidur, nanti kalau ada apa-apa, kau panggil je Yana atau aku"
"Baiklah"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top