Bab 4
Suasana di dalam kereta Aryana sunyi sepi bagai tiada orang yang bernyawa di dalam kereta itu. Tiba-tiba Aryana bersuara
"Diaz, Yana nak tanya boleh?" Soal Aryana sambil matanya menumpukan perhatian kepada pemanduan.
"Boleh, kau nak tanya apa?" Balas Diaz.
"Diaz ni sebenarnya manusia ke jin? Diaz asal mana? Rumah Diaz yang sebenar di mana? Kenapa Diaz boleh ada di sini?" Ujar Aryana. Bertalu-talu soalan yang di utarakan.
"Kau ni macam Polis lah, tanyalah satu-satu, kau ingat aku robot nak jawab laju-laju?" Seloroh Diaz.
"Ok ok, jangan marah ea?"
"Aku ni manusia lah, takkan jin pula. Aku berasal dari Kerajaan Aria. Di sana, aky memegang jawatan sebagai ketua senjata perperangan di mana semua senjata yang di gunakan dalam perperangan aku yang uruskan. Aku tiada rumah, Aku hanya tinggal di bawah sepohon pokok yang besar. Kenapa aku boleh ada di sini? Dahulu, Kerajaan Aria aman damai, walaupun ada perperangan dan pembunuhan, hidup kami teratur. Kerajaan Aria di perintah oleh Raja Chulan, raja yang sangat adil. Raja Chulan mempunyai banyak empayar. Empayar Raja Chulan sangat maju. Lumrah kehidupan, bila kita maju, pasti ada orang yang ingin menjatuhkan kita. Sultan Rithik, pemerintah Kerajaan Thunder berniat jahat terhadap Kerajaan Aria, jadi Kerajaan Thunder ni nak perang dengan Kerajaan Aria. Kerajaan Aria tak duduk diam. Raja Chulan hantar Dharma, sebagai perisik. Dharma di tugaskan untuk mencuri rahsia strategi perperangan yang akan di gunakan oleh Kerajaan Thunder" jelas Diaz dengan panjang lebar. Aryana mencelah,
"Hah lepastu apa jadi?".
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top