Bab 2

Sebaik sahaja Aryana sampai di rumah, kelihatan ibunya sedang duduk di beranda rumahnya sambil memakan mi segera. Aryana keluar dari kereta dengan tenang sambil memapah Diaz. Tiada siapa yang tahu bahawa jauh di sudut hatinya terdapat ribut taufan yang melanda.
"Lambat kau balik? Aku dah lapar ni tau tak! Terpaksa makan mi segera. Kalau mi ni pun tak ada, makan pasir agaknya aku ni!" Kata Puan Nina dengan selamba.
"Ni kau bawak balik sape ni!? Kau ingat rumah aku ni hotel boleh bawak masuk orang?" Tanya Puan Nina lagi.
"Mak sabarlah, Aryana minta maaf sebab balik lambat, macam ni lah, kejap lagi Yana pergi pasar raya beli bahan untuk masak ya mak? Oh ya, ni Yana jumpa encik ni kat hutan tadi, Yana pun tak tahu dia dari mana" jelas Aryana menerangkan tentang situasi sebenar.
"Kalau kau tak tahu dia dari mana yang kau bawak balik apahal?" Puan Nina bersuara geram.
"Tapi Yana kesian dengan dia ni, mak, boleh tak dia bermalam kat sini?" Tanya Aryana.
"Bermalam kat sini!! Haih macam-macam lah kau ni, ha ye lah!! Tapi rumah ni ada 2 bilik je, dia nak tidur mana?" Tanya Puan Nina sambil memakan kuaci.
"Ruang tamu ada mak rileks laa" balas Aryana sempoi.
"Haih kau ni, aku pantang betul kalau anak aku sempoi-sempoi ni tau, ha yelah"balas Puan Nina. Lalu Aryana membawa Diaz masuk ke rumah.
"Encik duduk di sini, saya ambilkan baju untuk encik" kata Aryana lalu menyusun langkah untuk pergi ke tingkat atas. Tetapi langkahnya terhenti.
"Hei, tak perlu panggil aku encik, nama aku Dary Diaz, panggil aku Diaz, Nama kau Aryana Zafrina kan?" Tanya Diaz
"Ya, Diaz boleh panggil saya Yana" balas Aryana lalu pergi menuju ke tingkat atas rumahnya.

"Ni baju untuk awak, saya tak tahu lah awak boleh pakai  ke tak baju ni sebab ni baju ayah saya. Nanti baju besi Diaz ni letak kat belakang  ea" Aryana bersuara sambil memberikan sehelai baju kemeja bersama seluar panjang.
"Ok, nak salin baju kat mana?" Tanya Diaz kerana dia masih baru di dunia manusia ini.
"Haduh tu pun nak tanya, tu tandas ada" Aryana mengeluarkan jari telunjuknya menunjukkan ke arah tandas. Lalu Diaz pergi meninggalkan Aryana.

"Mak, Yana dah nak pergi ni, mak ada nak kirim apa-apa tak?" Tanya Aryana.
"Ada-ada, aku nak aiskrim coklat, nak yang mangkuk besar tau" Puan Nina menyatakan kehendaknya.
"Ok mak"
"Kau pergi seorang ke" tanya Puan Nina.
"Tak, Yana bawak Diaz sekali"
"Diaz?"
"Ya, nama dia Dary Diaz"
"Peliknya nama" balas Puan Nina.
"Hahaha, malam nanti kita soal siasat dia dari mana dia datang, jeng jeng" Kata Aryana.
"Ada-ada saja kau ni, kau bawak dia pergi pasar raya tu hati-hati, dia tu macam pelik je" ujar Puan Nina.
"Ye mak". Diaz pun keluar dengan pakaian yang di berikan oleh Aryana.
"Amboi handsome jugak Diaz ni" kata hati Aryana.
"Nak cakap aku ni kacak cakap la depan-depan, jangan cakap dalam hati" ujar Diaz selamba sambil mengukir senyuman yang sinis buat kali ke 3.
"Eh dah jom, nanti lambat  pulak" kata Aryana lalu menghidupkan enjin keretanya.
"Haih macam-macam budak ni" monolog Puan Nina pula.
"Pergi dulu mak" jerit Aryana dari dalam kereta.
"Ye, take care" kata Puan Nina.
"Amboi speaking".

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top