Bab 12
Ketika Aryana sedang mengisi minyak kereta, matanya tertumpu ke arah stesen bas, kelihatan seorang lelaki yang duduk di situ. Badannya, rupanya mirip dengan Diaz
"Aik, siapa tu? Takkan Diaz? Tak mungkin, Diaz dah balik ke tempat asalnya. Hmm, aku " gumamnya sendirian. Setelah selesai mengisi minyak, Aryana menghidupkan enjin keretanya lalu pergi dari situ. Setibannya di rumah. Kedengaran suara ibunya sedang berbual dengan seseorang.
"Mak berbual dengan siapa ni?" Kata hati Aryana. Tombol pintu di pulas, kelihatan seseorang sedang memandang Aryana sambil tersenyum.
"Diaz!!!" Jerit Aryana. Dia tidak menyangka bahawa dia dapat bertemu kembali dengan Diaz setelah sebulan terpisah.
"Yaa aku, Diaz, rindu Diaz tak? Mestilah rindu kan? Hahahaha" kata Diaz sambil memerli Aryana.
"Isy mana ada rindu.."
"Haa tu dah merah dah muka tu, hahaha, tak perlu temberanglah dengan aku, mak kau dah cerita semua pada aku, setiap hari kau akan tenung ukiran kayu yang aku bagi tu kan? Dengan harapan, aku akan kembali, betul tak" kata Diaz sambil mengangkat keningnya.
"Isy mak, kenape bagi tahu, malu Yana"
"Hahahaha tak pelah, aku tak kisah" balas Diaz.
"Ni maca mana Diaz boleh ada di sini, bukan Diaz dah balik ke?" Soal Aryana.
"Aku kene buang dari Kerajaan aku, jadi, hari ini, aku, secara rasminya menjadi penduduk di bumi ini, dan, kalau kau nak bercinta dengan aku pun boleh, hahahah" kata Diaz sambil ketawa.
"Eh eh, hello, kau jangan lupa, mak dia kat sini, jangan buat macam tunggul pulak ea, kang dengan kau sekali libas dengan penyapu" kata Puan Nina. Mereka bergelak ketawa bersama.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top