Bab 11
Seluruh perkarangan Istana di penuhi oleh semua rakyat jelata. Sungguh riuh bagaikan di pasar malam.
"Perhatian kepada seluruh rakyat Kerajaan Aria, sebentar lagi, Yang Berbahagia Tengku Nadect, akan membuat beberapa pengumuman, di minta rakyat jelata bersedia" kata Zeyhan dengan kuat dan lantang. Tiba-tiba, Diaz di lempar keluar dari Istana. Mujur penduduk di Aria sempat menyelamatkan Diaz.
"Wahai penduduk Kerajaan Aria, hari ini, Beta murka dengan salah seorang dari kamu yang bernama Dary Diaz, dia telah berkata kasar kepada Beta, dia telah menghina keturunan Beta. Dia juga telah meninggikan suara kepada Beta, untuk pengetahuan kamu semua, Dary Diaz telah kembali setelah 7 tahun menghilang tanpa khabar berita, dia telah pergi ke dunia manusia! Mengikut akta 119 Kerajaan Aria, mana-mana penduduk yang berkata kasar, menghina kerabat di raja, dan menghilangkan diri melebihi 3 tahun tanpa arahan di raja akan di buang Kerajaan selama-lamanya. Ini lah hukuman yang akan Beta kenakan pada Dary Diaz!" Kata Tengku Nadect sengaja menambah cerita. Tengku Nadect mahu menyingkirkan Dary Diaz dari Kerajaan itu.
"Dary Diaz! Kau dengar ni! Mulai dari saat ini, kau, akan Beta buang dari Kerajaan ini, kau tidak boleh menjejakkan kaki lagi di sini, kau juga tidak boleh berjumpa dengan mana-mana rakyat di Kerajaan ini secara umum mahupun secara sulit! Kepada rakyat semua! Ingat jika kamu semua berbuat kesalahan yang sama! Kamu juga akan mendapat nasib yang sama seperti Dary Diaz! Sekarang, kau boleh keluar dari sini!" Kata Tengku Nadect. Tengku Nadect juga memberi peringatan keras buat rakyatnya. Tanpa berlengah lagi, Diaz terus mengangkat kaki dan mengatur langkah menuju keluar dari perkarangan Istana tanpa sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Air matanya jatuh juga akhirnya apabila matanya terpandang ke ara seorang lelaki berdada bidang . Rupa lelaki itu amat di kenali Diaz. Dia ialah Dharma. Tetapi, Diaz hanya mampu melihat sahaja kerana Dharma sudah berada dalam kurungan besi yang penuh dengan duri akibat kesalahannya. Diaz sendiri tidak mengetahui kesalahan apa yang di buat oleh Dharma. Diaz meneruskan langkah dengan hati yang sedih, matanya sudah tidak mampu untuk menahan air mata. Setelah kaki Diaz berada di anak tangga yang terakhir dia berpusing ke arah belakang dan berkata.
"Di sini tempat aku lahir, di sini juga aku membesar, di sini juga jalan aku keluar dari Kerjaan ini, selamat tinggal Aria"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top