Bab 1
Pada petang yang indah ketika Aryana berjalan di sekitar Hutan Hujan Air Panas.
"Cantiknya pokok ni" monolognya sambil menangkap gambar pokok periuk kera di hutan itu.
"Hmm, nak balik awal lagi, jap lagi lah" Aryana mengatur langkah menuju ke pokok besar yang di kenali sebagai Pokok Akasia. Tiba-tiba di sebalik pokok itu terdapat seorang lelaki lengkap berpakaian seperti orang baru habis perang, baju besi, pedang, cukup untuk membuatkan Aryana takut. Tetapi di gagahkan diri juga untuk menyapa lelaki itu.
"Er encik? Encik? Encik ok tak? Encik ni siapa?" Kata Aryana.
"Hah! Siapakah kau! Jangan berani dekat dengan aku!" Kata Diaz dengam suara yang lantang sambil mengacukan pedangnya ke arah Aryana. Mujur Aryana tidak terkena libasan pedang itu.
"Eh encik sabar-sabar, jangan main pedang ni encik bahaya, bawa bertenang. Ok, saya Aryana Zafrina, boleh panggil Aryana, encik ni siapa? Macam mana boleh ada kat sini? Kenapa pakai baju besi, pedang semua ni? Encik nak ambil madu lebah ke?" Aryana bersuara mengenalkan dirinya.
"Kau! Kau jangan nak tipu aku, kau orang suruhan Tengku Nadect kan!" Balas Diaz
"Tengku Nadect? Siapa pulak dah aduh.. apa mamat ni merepek. Parah ni" desir hati Aryana
"Tak bukan, haih.. tak pelah, mari saya bawak encik balik ke rumah saya.. nanti encik berehat ya" balas Aryana lalu memapah Diaz.
"Eh, tak perlu tolong aku! Aku boleh jalan sendiri lah!" Bentak Diaz lalu dia cuba untuk berdiri.
"Hish! Dah la pelik, sombong pulak tu!" Getus hati Aryana.
"Aaaaaahh!!" Diaz jatuh. Dia tidak mampu untuk berdiri. Aryana hanya melihat saja sambil berpeluk tubuh.
"Woi! tengok je ke! Tolonglah!!" Teriak Diaz.
"Eleh, tadi sombong sangat, ni minta tolong pulak" lalu Aryana menolong Diaz seperti mahu tidak mahu saja.
"Ikhlas ke tak ni?" Tanya Diaz sambil memandang ke arah Aryana.
"Ikhlas lah" jawab Aryana.
"Jangan tipu, hati kata lain, mulut kata lain" kata Diaz sambil membuat senyuman yang sinis.
"Eh dah lah, makin di layan makin menjadi-jadi perangai pelik kau ni, cepatlah!" Kata Aryana geram.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top