Bab 7 - Rahsia apa?

"Sampai bila kau nak rahsiakan benda ni dari Ray?" Soal Qi dengan nada bengang.

"Aku.. aku tak sedia Qi." Qi tertawa sinis mendengar alasan Zafran.

"Kau kena terus terang Zaf. Kalau dia tahu sendiri nanti makin teruk. Kau nak ke sampai putus kawan?"

"Terus terang apa?" Tersentak Zafran dan Qi lalu menoleh ke arah Rayyan yang sedang berjalan masuk kedalam kelas. Kedua-dua lelaki itu menelan air liur kerana tidak tahu mahu memberi alasan apa.

"Aaa.. tak ada apa-apa, Ray." Ujar Zafran.

"Ray.. kita orang nak gerak gi kantin. Kau dah makan? Kalau belum jomlah sarapan sekali." Qi menyoal dengan gaya selamba. Cuba menutup gugupnya.

"Aku dah sarapan kat rumah. Kau orang jelah pergi kantin. Aku nak duduk dalam kelas."

"Oh ok.. kita orang pergi dulu." Rayyan mengangguk kepala dan meletakkan beg sekolahnya disebelah kerusi Qi. Qi memberi isyarat mana ke arah Zafran dan mereka berdua keluar dari kelas dan menuju ke kantin.

"Kenapa dengan mereka eh? Nampak pelik." Rayyan hanya memandang mereka berdua yang sedang berjalan keluar dari kelas.

*****

"Sayang.. kita kena terus terang dengan Ray. Nanti kalau dia tahu sendiri lagi teruk." Kata Zafran kepada Laina. Laina yang duduk dihadapan Zafran merenung wajah Zafran. Keluhan dilepaskan kerana sesal dengan tindakannya dahulu.

"Tapi Zaf.. kalau Ray tahu nanti mesti Zaf dengan dia putus kawan. Na taknak benda tu berlaku." Zafran meraup muka dan keluhan dilepaskan. Bukan mudah dia mahu beritahu benda sebenar kepada Rayyan. Dia takut Rayyan akan mengamuk dan mengambil keputusan untuk memutuskan pertalian kawan antara mereka.

"Kita kena juga Na. Zaf tak sanggup nak tipu Ray lagi." Laina menunduk kepala apabila Zafran mengusap tangannya.

"Kita terus terang masa hari terakhir kita spm. Boleh?" Dengan teragak-agak Zafran mengangguk kepala. Mampukah dia menyorok lagi rahsia itu dari pengetahuan Rayyan?

*****

Elina mengecilkan mata dari tingkat atas. Dia rasa dia tak salah lihat. Itu Zafran dan Laina. Kenapa Zafran pegang tangan Laina? Bukan ke Laina itu kekasih Rayyan? Diusap dagunya dengan soalan yang bermain dimindanya.

"El.." Elina menoleh kebelakang melihat Suhaila dan beberapa kawan sekelas mereka mendekatinya.

"Kenapa?"

"Cikgu nak kau wakil lari 4×100 meter." Kata Wahidah selaku penolong kelas 4 gigih.

"Ah taknak aku. Malas ah beb."

"Tolonglah El.. ini demi Viva." Wahidah memegang tangan Elina. Elina memandang muka mengharap mereka sebelum mengeluh perlahan.

"Okay, okay.. aku masuk." Terus mereka semua bersorak gembira apabila mendengar kata persetujuan dari Elina. Elina tersenyum melihat telatah mereka. Ketika Elina memandang kebawah semula dimana meja batu yang diduduki oleh Zafran dan Laina, dia mengerut dahi.

'Tak ada? Mana mereka pergi?'

"Weyh jom gerak kantin. Dah waktu rehat."

"Jom." Suhaila menarik tangan Elina dan mereka semua beriringan menuju ke kantin sambil berborak-borak.

*****

"El tengok tu." Suhaila menunjukkan ke arah Rayyan dan Laina yang berada ditepi padang. Selepas tamat waktu sekolah, pelajar yang memasuki acara kena berlatih. Elina pula buat larian nak tak nak je dari tadi. Elina mengecilkan mata sambil memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Suhaila. Tanpa sedar dia mengeluh.

"Kau pahal tetiba mengeluh? Kata tak suka Rayyan?" Elina terus mencabut rumput yang berada dihadapannya itu.

"Kau nak jadi tukang kebun sekolah ke?" Perli Suhaila setelah melihat apa yang Elina sedang buat.

"Asal? Nak turut serta ke?" Soal Elina selamba. Pap! Suhaila menampar bahu Elina dengan geramnya.

"Sakitlah biawak." Elina menjeling suhaila yang sudah tersengih-sengih. Elina kalau marah semua binatang dia sebut. Selalunya dia sebut binatang yang bernama biawak.

"Dahlah. Tu cikgu panggil." Elina dan Suhaila mendekati guru rumah sukan viva.

"Elina saya nak tengok rekod larian awak." Ujar cikgu Farid.

"Rekod masa hari pertandingan tu tak boleh ke cikgu?" Soal Elina selamba.

"Kamu nak lari ke tak ni? Jangan main-main. Cikgu denda kamu kejap lagi." Elina mencebik bibir.

"Yelah-yelah. Saya tak main-main."

"Okay semua, peserta larian 4×100 meter sila bersedia digarisan." Enam orang perempuan bersedia digarisan.

"1.. 2.. 3.. prit!!" Elina hanya bersahaja berjoging manakala yang lain sudah memecut laju. Suhaila sudah menepuk dahi.

"Larilah woi!! El!" Suhaila dan beberapa pelajar menjerit nama Elina dengan nada geram. Rayyan yang melihat Elina berjoging sudah tersenyum. Baru pusingan kedua, tiga perempuan sudah pancit. Elina pula dengan selamba masih berjoging dan melepasi peserta lain. Dua lagi perempuan hampir pancit dan masih meneruskan larian. Masuk pusingan keempat, Elina terus memecut laju. Peserta rumah wira yang hampir mendekati garisan penamat terkejut sebelum dia kerahkan sepenuh tenaganya dan turut mengejar Elina dari belakang.

"Yeahhh!!" Elina melompat suka setelah dia berjaya sampai kegarisan penamat sebagai peserta pertama. Pasukan viva bersorak gembira walaupun cuma latihan. Rayyan ketawa kecil melihat Elina yang sedang melompat gembira. Laina memandang gadis itu dengan senyuman yang menghiasi bibirnya. Belum pernah dia melihat Rayyan ketawa melihat telatah gadis lain selain dirinya.

"Awak.." Rayyan menoleh ke kanan.

"Sebelum ni saya tak pernah tengok awak gelak bila tengok perempuan lain."

"Kenapa? Budak tu lawaklah. Boleh pula dia selamba je bila kawan-kawan dia jerit nama dia." Kata Rayyan sambil tersenyum dan memandang Elina sedang berpelukan dengan pasukan perempuan rumah sukan viva.

"Saya ingat awak suka dia." Kata Laina perlahan.

"Hah apa dia awak cakap? Saya tak dengar." Soal Rayyan dengan dahi yang berkerut.

"Sa-saya tak cakap apa-apa punlah." Rayyan cuma mengangguk kepala. Elina memandang Rayyan dan Laina yang sedang berbual dengan perasaan yang berbaur.

'Aku suka dia ke?' Bisik hati Elina.

{DONE}

Please vote and comment!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top