Bab 4 - Kawan
Selesai saja majlis didalam dewan, puan Nadhia memberitahu supaya Elina makan dikantin kerana dia perlu bermesyuarat dengan guru-guru yang terlibat dengan aktiviti sukan. Elina cuma mampu menggaru kening dan mengangguk kepala. Nak tak nak dia kena pergi kantin juga kerana perut dia sudah lapar.
"Hai. Anak pengetua kan?" Elina memandang gadis yang menegurnya.
"Hai. Haah." Elina masih ingat yang puan Nadhia memberitahunya jika ada orang menanyakan status dirinya, cakap saja yang dia anak kepada puan Nadhia dan encik Nazmi.
"Aku Suhaila. Boleh panggil aku, Su."
"Elina. Boleh panggil aku, El."
"Nak pergi kantin kan? Jomlah makan sekali dengan aku." Ujar Suhaila.
"Boleh gak. Aku bukan ada kawan pun dekat sini." Lalu mereka berdua berjalan beriringan ke kantin.
"Kenapa kau pakai baju biasa? Kau sekolah mana?"
"Mama tak bagi duduk rumah sendiri jadi mama suruh aku ikut. Mama kata aku akan pindah sekolah kat sini." Suhaila mengangguk kepala.
"Kau tingkatan berapa?"
"Tingkatan 4."
"Oh kiranya sama dengan akulah. Aku harap nanti kau masuk kelas aku." Selepas membeli makanan, Elina dan Suhaila beriringan menuju ke meja hujung dikantin itu.
"Kau tak rehat dengan kawan kau?" Suhaila yang mahu menyuap nasi kedalam mulut terhenti sebelum tersenyum.
"Dia tak datang harini, dia demam." Elina cuma meng-oh-kan saja. Mereka berbual sehingga loceng waktu rehat tamat dibunyikan. Elina kembali ke pejabat puan Nadhia manakala Suhaila kembali ke kelas.
*****
"Macam mana seronok tak kalau kakak sekolah kat sana?" Soal puan Nadhia ketika duduk menonton televisyen selepas makan malam bersama.
"Seronoklah mama. Kakak dah ada seorang kawan. Sekolah tu pulak besar, cantik pula tu." Puan Nadhia tersenyum.
"Siapa nama kawan kakak? Lelaki ke perempuan?" Puan Nadhia mengusap rambut Elina yang sedang baring diribanya. Encik Nazmi tersenyum melihat telatah Elina dan puan Nadhia.
"Perempuan, mama. Nama dia Suhaila." Puan Nadhia mengangguk kepala.
*****
"Okay kelas.. harini kamu semua akan dapat seorang kawan baru. Silakan masuk." Elina yang berada diluar terus masuk kedalam kelas setelah mendengar apa yang dikatakan oleh puan Zubaidah, guru kelas 4 gigih. Semua murid tingkatan 4 gigih memandang Elina yang berdiri dihadapan kelas.
"Kenalkan diri kamu." Ujar puan Zubaidah.
"Assalamualaikum semua."
"Waalaikumussalam." Sahut semua murid dan puan Zubaidah.
"Nama aku Elina Ayzrina. Kau orang semua boleh panggil aku, El." Elina mengangguk kepala kepada puan Zubaidah.
"Okay.. ada sesiapa nak tanya soalan? Angkat tangan." Pelajar perempuan ditepi pintu masuk mengangkat tangan.
"Kenapa pindah sini?"
"Pindah sini sebab dekat sikit dengan rumah." Kata Elina sambil tersenyum.
"Kau budak yang semalam tu kan? Yang tak pakai tudung tu." Elina tersengih.
"Haah. Akulah tu."
"Kau anak puan Nadhia ke?"
"Ye, aku anak puan Nadhia."
"Dulu sekolah mana?"
"SMK Jalan Hujung."
"Instagram kau apa?" Berkerut-kerut dahi elina sebelum dia menggaru-garu keningnya.
"Maaf. Aku tak ada instagram. Aku cuma ada whatsapp."
"Kenapa tak ada? Kau lawa kot. Mana tahu boleh jadi instafamous ke?"
"Nantilah aku install."
"Pindah sini sampai habis spm ke?"
"Ye, aku pindah sini sampai habis spm."
"Okay.. soalan yang lain boleh tanya nanti. Elina kamu duduk sebelah Suhaila. Suhaila angkat tangan." Suhaila mengangkat tangan dan Elina membuka langkah menuju kearah gadis itu.
"Hai, El."
"Hai, Su. Tak sangka kita sekelas." Elina mengambil tempat ditepi tingkap.
"Haha.. aku tahu kau akan masuk sini sebab cikgu dah maklumkan masa hari yang aku jumpa kau tu. Cikgu cakap akan ada murid baru masuk kelas ni."
"Oh. Subjek apa sekarang ni?"
"Bahasa melayu. Bawa tak buku teks? Kalau tak bawa, kongsi je dengan aku."
"Memang tak bawak pun. Mama kata harini takyah bawak buku sebab tak tahu lagi jadual apa."
"Dah dapat jadual? Kalau belum, masa rehat nanti fotostat aku punya jadual je."
"Belum. Okay.."
*****
Elina meletakkan tangan dikoridor kelas sambil matanya memerhati pelajar yang berada ditingkat bawah. Matanya terpandang seorang lelaki yang sedang berbual bersama beberapa rakan dan sesekali lelaki itu ketawa.
"Kau pandang lelaki yang mana satu?" Elina menoleh ke sebelah kanan dimana Suhaila berdiri sambil memandang ke arah sekumpulan lelaki itu.
"Lelaki yang bersandar dekat dinding tu."
"Rayyan?" Elina mengangkat bahu. Manalah dia tahu nama lelaki tu.
"Tingkatan 5 bestari dan dia kekasih Laina." Elina hanya memandang Rayyan tanpa ada niat untuk membalas kata-kata Suhaila.
"Carilah lain lah, el. Dia mana pandang budak kelas bawah macam kita."
"Aku cuma pandang dia, tak cakap pun aku suka dia. Dah jangan nak mengarut." Suhaila ketawa.
"Qi!" Jerit Suhaila. Qi yang sedang berborak bersama kawan-kawannya terus memandang ke atas apabila mendengar namanya dipanggil. Suhaila melambai dari tingkat atas manakala Elina terasa mahu menghempuk kepala Suhaila kerana menjerit.
"Qi bagitahu Rayyan, El suka dia."
"Woi!" Terus Suhaila berlari masuk kedalam kelas. Elina sempat memandang kearah bawah sebelum turut berlari kedalam kelas kerana ingin mengejar Suhaila.
"Weyh! Apa ni? Kau malukan aku." Suhaila cuma ketawa dan berlari mengeliling kelas mereka. Elina yang sudah penat mengejar, membongkokkan sedikit badannya sambil memegang lutut.
"Dahlah, takyah lari dah. Aku penat nak kejar." Suhaila tersengih saja.
*****
"Siapa yang panggil kau tadi tu, Qi?" Soal Zafran.
"Su.. sepupu aku belah mak aku." yang lain cuma meng-oh-kan saja.
"Amboi Ray. Dah ada peminat dah sekarang." Rayyan memutarkan bebola matanya tanda menyampah.
"Kenal dia pun tidak." Ujar Rayyan.
"Tak kenal, maka tak cinta.." usik Badrul.
"Dah kenal, maka celaka.." balas Zackri selamba sebelum ketawa mereka bersatu. Rayyan cuma diam dan hatinya masih memikirkan siapa yang dimaksudkan oleh Suhaila, sepupu Qi. Gadis bersama sepupu Qi itukah?
{DONE}
Please vote and comment! ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top