Bab 39 - Baru sikit
Atikah sedang berbual dengan rakan-rakannya tersenyum apabila melihat Qi dan kawan-kawannya menghampiri dia yang sedang berkumpul dibawah pondok.
"Hai Qi. Jadi tak petang ni?" Dengan lenggok manja Atikah menyoal. Qi membuat muka manakala kawan-kawannya yang lain berpeluk tubuh.
"Tak. Aku datang sini cuma nak ingatkan kau satu perkara." Atikah membuat muka pelik.
"Ingatkan i apa? Ingatkan i yang you cintakan i?" Atikah menyoal dengan tersenyum gedik.
"Oh pleaselah Tikah. Aku tak ada masa nak main cinta dengan kau. Aku datang sini cuma nak ingatkan kau. Jangan pernah dekati Elina lagi. Lagi sekali aku tahu kau cakap macam-macam dekat dia, siap kau." Hilang senyum gedik yang terukir di bibir Atikah. Kawan-kawan Qi sudah tersenyum mengejek. Qi terus melangkah tanpa sempat Atikah menghalang.
Melihat Qi dan kawan-kawannya sudah hilang dari pandangan, Atikah mendengus geram. Natalia, Farhana dan Gina berpandangan.
"Ika, sudahlah tu... Dah setahun lebih tau you kejar Qi. Qi tak pernah pun pandang you." Nasihat Gina.
"Banyak tau lelaki dekat universiti ni. Bukan Qi seorang je. You janganlah obses sangat dengan Qi tu. Qi kan suami Elina. Tak baik tau runtuhkan rumah tangga orang." Pujuk Natalia.
"Korang tak faham apa i rasa! I cintakan Qi. I takkan lepaskan dia sampai bila-bila walaupun sekarang dia suami Elina sekalipun." Bentak Atikah.
"Kalau dia bukan jodoh you, you buat macam mana sekalipun korang tetap takkan bersama. Sebab apa? Sebab dia bukan ditakdirkan untuk you. Cubalah you dengar cakap kita orang ni. Please Ika." Farhana merayu namun langsung tak dihiraukan oleh Atikah. Atikah bangun dan terus meninggalkan mereka bertiga.
"Macam mana ni?" Soal Gina.
"Kita kena lakukan sesuatu. Jangan biar Ika lakukan sesuatu yang boleh merosakkan hidup dia." Ujar Natalia.
"I setuju dengan Nata. Kita kena rancang sesuatu. Jangan biar Ika bertindak bodoh. You Gina, rapatkan diri you dengan Ika. Ambil tahu setiap apa rancangan dia. Jangan biar dia lakukan seorang diri. Kami dua pulak akan pikirkan jalan untuk rosakkan setiap rancangan Ika. So you dengan Nata faham?" Soal Farhana. Gina dan Natalia mengangguk yakin.
*****
"Eh perempuan." Terus Atikah menolak kuat bahu Elina sampai Elina tersandar pada dinding.
"Aduh! Kau ni kenapa Tikah? Sakit tahu tak?" Sudahlah tangan dia yang berbalut masih tak membaik sekarang dah tambah satu lagi sakit. Diusap bahu kirinya yang terhentak pada dinding.
"I nak you minta cerai dengan Qi!" Bulat mata Elina apabila Atikah menunding jari dihadapan mukanya. Ewah perempuan ni!
"Aku? Minta cerai? Kau serius ni Tikah? Aku tak ada sebab tau nak minta cerai. Jangan jadi gila Tikah. Banyak lagi lelaki yang nak kau tapi kau je yang buta." Sembur Elina. Dia cuba untuk menahan emosi. Jangan sampai dia hilang kawalan. Karang dah tak cantik muka perempuan depan dia nanti.
"Aku peduli apa? Aku nak kau minta cerai dengan Qi! Qi milik aku! Bukan milik kau!" Kasar saja bahasa Atikah membuatkan Elina berkerut-kerut dahi menahan emosi.
"Qi bukan milik kau! Dia milik aku lah sial!" Elina menjerit kuat. Tergamam Atikah dengan jerkahan Elina. Pertama kali melihat Elina yang kasar seperti ini.
"Berambus dari sini sebelum muka kau pecah aku tumbuk!" Elina mengetap gigi. Cuba menahan sabar.
"Kau tumbuk aku? Berani ke perempuan? Test lah." Atikah dengan riak tidak takut menunjuk pipi kanannya.
"Berambus Tikah. Jangan buat aku hilang sabar." Tangan kanan digenggam berbentuk penumbuk.
"Aku peduli apa kau hilang sabar ke tak? Eh perempuan dengar sini eh! Aku nak kau minta cerai dengan Qi! Sebab apa? Sebab Qi aku-" buk! Penumbuk kanan hinggap dipipi Atikah membuatkan belakang kepala Atikah terhantuk pada dinding. Atikah memegang lembut pipi kirinya sambil merenung tajam kearah Elina.
"Jangan biadap sial!" Atikah bangun dan berlari cuba untuk menampar Elina namun Elina mengelak. Ditumbuk perut Atikah tiga kali dan Atikah melutut sambil memegang perutnya. Baru saja Elina mahu menghantukkan kepala Atikah, seseorang menahan tangannya.
"Sayang! Sudah!" Dada Elina berdegup laju. Dipandang tajam kearah Atikah yang masih melutut. Gina, Natalia dan Farhana membantu Atikah bangun. Qi terus memeluk pinggang Elina dan mereka bergerak pergi.
"Tu baru sikit Tikah oi! Kau tengok je Elina lembut macam tu. Jangan bagi dia baik hangin weyh! Silap haribulan kau masuk icu." Sempat Laina mengingatkan Atikah sebelum melangkah mengikuti Qi dari belakang.
Tadi dia terserempak dengan Qi waktu nak ke kafe universiti dan baru saja mahu memesan makanan, seorang budak bisnes berlari mendekati mereka lalu memaklumkan yang Elina bergaduh dengan Atikah berkedekatan dewan tertutup. Mereka berdua apa lagi? Berlari tak cukup tanah ke dewan tertutup.
Sampai je sana, mereka terkejut melihat Atikah sudah melutut memegang perut. Mujur sempat menahan Elina, kalau tidak mesti makin bahaya. Malam tadi, Elina sudah memaklumkan Qi apa yang terjadi dan memberitahu Qi punca dia mengamuk. Tegang jugalah situasi masa tu.
"Sayang... jangan macam tu, tu nasib baik yang nampak cuma Iman dengan Laina dan kawan-kawan Tikah je. Kalau pengajar dekat sini?" Elina diam. Qi tersenyum nipis dan menggosak perlahan rambut Elina. Ditarik lembut kepala Elina lalu disandarkan pada dadanya.
Laina datang semula menatang sedulang berisi makanan. Tiga biji burger, Keropok lekor tiga set dan tiga botol kecil air bergas. Laina mengagihkan makanan dan dia duduk dihadapan Elina. Qi membuka penutup botol dan menyuakan muncung botol ke mulut Elina. Elina hanya diam dan minum dengan perlahan.
"Sayang isi perut okay? Nak Iman suap?" Terkebil-kebil muka Elina memandang Qi. Hampir saja Qi tertawa melihat wajah yang terpinga-pinga itu. Laina cuma tersenyum dan menggeleng kepala.
Elina tunduk dan memandang tangannya sendiri. Qi meletakkan tanggannya diatas tangan Elina. Mujur lukanya tak berdarah lagi.
"Nak Iman suap?" Soal Qi sambil tersenyum mengusik. Elina yang seakan baru tersedar sudah tersipu malu. Diambil bungkusan burger yang dihulurkan Qi. Kalau dekat rumah bolehlah bersuap? Dekat luar macam ni? Malu lah! Hehe.
{DONE}
Please vote and comment! ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top