Bab 33 - Reject ke dia keliru?

Hari ini adalah hari terakhir SPM. Cepatnya masa berlalu. Dan hampir setahun Rayyan meninggalkan dia.

"El!" Elina tersenyum melihat Qi berjalan mendekatinya dan beberapa pelajar melihat Qi sudah tersenyum. Siapa tak kenal? Ex senior hensem kot. Sampai saja dihadapan Elina, Qi menghulurkan coklat yang diubahsuai seperti jambangan bunga yang disorok dibelakang badannya. Elina ketawa kecil.

"Kenapa beli? Baru habis SPM bukan ambil result SPM." Qi tersengih.

"Hadiah sebab kau dah habis jawab kertas soalan. Erm... nak ke tak ni? Taknak aku bagi Su je." Suhaila yang berdiri disebelah Elina sudah tersengih. Dari mata Suhaila, dia tahu abang sepupunya mencintai Elina. Tapi taknak luahkan dekat Elina.

"Eh mestilah nak. Gila tak nak? Coklat ni!" Terus dirampas jambangan coklat dari tangan Qi lalu cium seolah itu bunga. Suhaila mengangkat sebelah keningnya sambil memandang Qi. Terselit juga senyum sinisnya. Qi melihat itu cuma mengusap tengkuknya. Aduh! Malulah. Suhaila ketawa. Elina memandang pelik apabila Suhaila ketawa.

"Kau kenapa tetiba ketawa?" Terhenti tawa Suhaila. Kali ni Qi pula yang tersenyum senget sambil mengangkat kening beberapa kali.

"Aku ketawa sebab lelaki depan kita ni taknak jujur yang dia sukakan kau. Buat malu je jadi lelaki." Bulat mata Qi, terus dia memeluk leher Suhaila dengan geram.

"Ah El! Tolong aku! Lepaslah Qi! Rosak tudung aku woi!" Elina yang melihat itu sudah ketawa. Digeleng kepala beberapa kali. Dia tahu Qi mencintainya tapi dia tak dapat balas perasaan tu jadi dia mengambil keputusan untuk senyap saja.

"Amik kau! Buat malu aku jelah." Setelah puas dirosakkan tudung adik sepupunya, dia tersenyum puas. Suhaila mencebik bibir sambil membetulkan tudung yang sudah sedikit senget kerana perbuatan Qi.

"Betul apa? Werk!" Dijelir lidah dihadapan Qi dan terus menyorok dibelakang Elina. Sekejap Elina ke kanan, sekejap ke kiri.

"Weyh korang dah lah tu! Pening woi!" Terjerit Elina melihat telatah mereka berdua. Comel je dia tengok Qi yang tahan geram dengan karenah Suhaila. Terus Elina memeluk lengan Qi dan pergerakan Qi terhenti. Direnung tajam Suhaila yang sedang tersenyum mengejek.

"Siap kau kalau aku dapat kau!" Suhaila ketawa sambil dia berjoget sedikit. Nak ejek Qi dan beberapa melihat kejadian itu turut ketawa melihat suhaila berjoget.

"Dah Iman. Kau macam tak tahu Su macam mana." Diusap lengan Qi yang berlapik dengan baju kemeja lengan panjang.

"Sebab dah tahulah aku nak ajar budak kecil tu. Hish geramnya aku." Elina makin erat memeluk lengan Qi. Kang dikejarnya Suhaila tu pulak kalau terlepas. Aryan mengetap gigi melihat adegan Elina memeluk lengan Qi.

'Apa muslihat kau Qi? Kau suka Elina juga ke?' Soal Aryan didalam hati. Panas hatinya melihat Elina yang cuba memujuk Qi. Apa lebihnya Qi dari aku? Kerana tidak tahan melihat kejadian itu, Aryan melangkah masuk kedalam bilik guru.

*****

Qi menongkat dagu sambil memandang Elina yang leka menyuap kek cheese ke mulut. Comel. Elina terlampau kusyuk dengan keknya dan langsung tak menghiraukan Qi dihadapannya.

Habis saja kek yang berada dipinggan terus Elina mengangkat muka dan matanya bertembung dengan mata Qi. Habis merah pipinya melihat senyuman manis yang terukir dibibir lelaki itu. Qi mengusap tangan Elina yang berada diatas meja itu.

"El..." Elina cuma diam bila Qi memanggilnya. Dengan suara lembut dari lelaki itu membuatkan Elina malu mengangkat muka. Makin lebar senyuman dibibir Qi melihat wajah malu-malu Elina itu. Diusap cincin pemberian Rayyan.

'Nak je aku cakap yang cincin Rayyan bagi ni pilihan aku. Aku yang pilih cincin ni untuk kau. Tapi aku tak mampu nak jujur El. Sebab aku tahu aku cuma kawan dan bukannya kekasih kau.' Bisik Qi didalam hati.

"Erm El..." kali ni Elina memandang Qi. Elina cuma diam dan menanti Qi menyambung bicara.

"Aku... aku nak hantar rombongan meminang kau minggu depan." Terus berdiri Elina dibuatnya dan beberapa pelanggan menoleh kearah mereka. Qi terkejut dengan riaksi Elina.

"Ke-kenapa?" Qi tergagap. Dia tahu Elina tidak pernah menyukainya. Dia takut jika dia luah apa yang dia rasa sekarang ni, hati dia akan terluka. Dan sedia ke dia dengan kata tolakan dari mulut Elina sekarang ni?

"Maaf Iman. Tapi..." air mata Elina bergenang dikelopak mata. Mana mungkin dia mengkianati cinta Rayyan.

"Kau takkan terima? Itu yang kau nak cakap kan?" Qi turut berdiri dan dia tersenyum kelat. Dia tahu itu jawapan yang bakal dia terima. Elina diam dan memandang wajah Qi yang nampak sangat kecewa dengan dia.

"Maafkan aku. Tapi aku masih tak sedia nak ada apa-apa hubungan serius dengan mana-mana lelaki dan hati aku masih pada arwah. Aku minta maaf, Iman." Qi mendongak sedikit sambil menarik nafas lalu dilepaskan perlahan. Dia tersenyum sedikit.

"Aku tahu tapi aku minta maaf sebab tak bagitahu kau awal-awal tentang hal ni dan tentang perasaan aku dekat kau. Pasal rombongan meminang tu, ia tetap akan berlaku. Kalau kau tolak pun aku tak kesah. Janji aku dah usaha nak tunjukkan yang aku ikhlas cintakan kau." Elina terdiam. Dia melihat mata Qi bergenang dengan air jernih. Qi nak nangis ke? Sebab dia tolak Qi? Beberapa orang sekitar mereka seperti sedang memasang telinga mendengar apa mereka bualkan.

"Maafkan aku, Iman. Aku minta diri dulu." Terus Elina mengambil beg tangannya lalu disangkut pada bahu kanannya. Dia melangkah meninggal kafe itu tanpa berpaling. Kenapa hati dia sakit melihat Qi yang begitu?

Qi yang melihat Elina berlalu pergi terduduk lalu diraup mukanya. Air mata yang bakal mengalir dikesat, dia tidak mahu digelar lemah kerana menangis kerana seseorang perempuan. Bahu yang ditepuk dari belakang, Qi menoleh dan dia melihat seorang lelaki sedang mendukung seorang kanak-kanak lelaki berusia dua hingga tiga tahun bersama seorang perempuan disebelahnya.

"Boleh kami duduk sini?" Qi mengangguk kepala. Dia dan perempuan itu duduk dikerusi kosong dihadapannya.

"Nama aku Sufian. Ini anak aku. Nama dia Mikael, ni isteri aku. Marianna."

"Qi." Pendek saja salam perkenalan dari Qi.

"Kau sedih? Hati kau hancur dengar dia cakap macam tu?" Terus Marianna disebelahnya menyiku pinggang suaminya sambil menjengilkan mata. Sufian tersengih.

"Itu normal bro bila kau suka seseorang tapi dia tak dapat terima kau." Qi hanya memandang Sufian tanpa sebarang kata.

"Dia tak cakap dia tak terima kau. Dia cuma cakap dia taknak ada apa-apa hubungan serius dengan mana-mana lelaki sebab hati dia ada pada arwah." Qi mengerut dahi.

"Kau fikir dia reject kau ke?" Dengan teragak-agak Qi mengangguk dan Sufian ketawa. Terhenti tawanya apabila isterinya menampar bahunya.

"Aduh yang, sakitlah." Adu Sufian.

"Orang tengah kecewa boleh pula abang ketawa. Saya gigit abang tahulah nanti." Sufian tersengih. Dipandang wajah Qi yang duduk berhadapan dengannya.

"Dia tak reject kau sebenarnya. Dia-" belum sempat dia nak sambung cakap, isterinya sudah memintas.

"Dia keliru." Berkerut-kerut dahi dia mendengar apa yang dikatakan Marianna.

"Kenapa sayang cakap girl tu keliru?" Soal sufian. Dia pun naik pelik bila isterinya berkata begitu.

"Saya tahulah. Sayakan perempuan. Dari cara girl tadi cakap, dan takkan abang tak perasan girl tadi nak menangis?" Sufian dan Qi berpandangan sebelum dua-dua menggeleng kepala. Marianna terus tepuk dahi.

"Asallah lelaki ni lembab sangat pasal hal hati ni?" Ujar marianna.

"Eh sayang ni. Sedapnya mulut dia kata lelaki lembab. Kalau lembab tak adanya keluar si Mikael ni tau." Merona merah pipi Marianna manakala Qi tersengih. Maksud tersirat betul ayat akhir yang diucapkan Sufian.

"Apa abang ni. Malulah saya." Ditepuk bahu suaminya dengan geram. Sufian tersengih seperti kerang busuk.

"Lain kali jangan cakap lelaki lembab. Perempuan ni yang complicated sangat. Susah nak faham." Marianna mencebik bibir mendengar apa yang dikatakan suaminya.

"Apa-apa jelah bang. Ni... girl tadi keliru dengan perasaan dia sendiri. Dia tak tahu apa perasaan sebenar dia pada Qi. Sebagai kawan atau lebih dari tu." Tumpuan Qi kini pada Marianna. Sufian yang melihat itu sudah membuat muka.

"Jangan pandang muka bini aku lama sangat, laki dia dekat sebelah ni." Terus Qi ketawa mendengar apa yang dikatakan Sufian. Marianna turut ketawa.

"Apa abang ni? Dengan Qi pun nak jeles. Dia baru umur berapa. Rasanya lagi bawah dari umur kita." Sufian hanya menjuih bibir.

"Biasalah tu kalau lelaki cemburu tengok lelaki lain pandang muka orang yang dia sayang lama sangat. Sorry bro." Sufian cuma mengangguk kepala mendengar kata maaf dari Qi.

"Dia tak reject Qi, cuma dia keliru. Qi bagi dia masa dan jangan terlalu mendesak sangat sebab orang perempuan ni tak suka didesak. Faham?" Qi mengangguk kepala.

"Lagi satu jangan kecewa sangat, kalau betul dia jodoh Qi... dia tetap akan jadi jodoh Qi. Kan bang?" Ditepuk peha kanan suaminya. Suaminya terus mengangguk kepala tanda setuju.

"Macam kita kan sayang?" Marianna tersipu malu.

"Dulu aku tak suka dengan bini aku. Dia ni pelik, suka sangat menggedik melekat dekat aku masa dekat sekolah dulu. Naik rimas aku dibuatnya.

Aku asyik marah dia sampailah lepas SPM tu dia tinggalkan aku tanpa satu berita pun. Waktulah aku menggelabah cari bini aku. Masa datang rumah parents dia, aku dapat tahu yang sebenarnya dia dah pergi luar negara sambung belajar.

4 tahun merana weyh rindu dengan dia ni. Dulu mengaku tak suka dia, rimas dengan sikap dia. Last-last balik je dari luar negara aku terus masuk meminang dia. Kami bertunang setahun dan lepas tu kahwin. Lepas setahun, lahirnya si comel Mikael ni." Qi tersenyum mendengar cerita dari Sufian.

"Kalau betul dia jodoh kau, dia lari jauh mana pun dan berapa lama dia pergi, dia tetap akan jadi jodoh kau. Jadi jangan sedih sangat. Selagi dia bukan isteri orang, janganlah meroyan tak tentu pasal." Sempat lagi dihujung ayat dia mengusik Qi. Selepas itu Sufian, Marianna dan Mikael meninggalkan Qi seorang diri duduk disitu.

{DONE}

Please vote and comment!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top