Bab 32 - Manja
"El! Dengar dulu apa aku nak cakap." Aryan cuba menahan Elina. Elina menepis tangan Aryan.
"Awak nak apa lagi? Cukuplah. Saya malas nak layan awak." Aryan memandang orang yang memakai helmet full yang duduk diatas motor superbike. Dia sendiri tak tahu orang itu lelaki ke perempuan.
'Macam kenal.' Bisik hati Aryan.
"Please El. Dengar dulu apa aku nak cakap." Aryan cuba memujuk. Helmet yang dihulurkan orang diatas motor disambut selamba Elina. Dia terus menyarung helmet dikepalanya.
"El-"
"Stop!" Aryan terdiam.
"Dengar baik-baik saya nak cakap ni. Pertama, tolong jangan hidup saya lagi. Kedua, jangan dekati saya lagi. Jangan ingat muka awak sama dengan arwah Rayyan, awak ambil kesempatan untuk dekati saya. Ketiga, jangan call ataupun mesej saya lagi. Saya tak minat."
"Iman. Jom." Orang yang dipanggil Iman itu mengangguk kepala dan terus mengidupkan enjin motor. Bila Elina sudah duduk dibelakang Iman, terus dipeluk tubuh Iman dan Iman terus memecut laju meninggal Aryan yang terkebil-kebil menghadam apa yang dikatakan Elina. Orang yang dipanggil Iman itu tersenyum disebalik cermin helmet melihat tangan Elina melingkari pinggangnya. Suka, bahagia, itu yang dia rasakan sekarang.
"Okay dah sampai." Iman menanggalkan helmet lalu menolong Elina turun dari superbikenya.
"Tak apa ke kau buat dia macam tu El?" Soal Iman apabila Elina berdiri dihadapannya. Elina mendekatkan diri dengan lelaki dihadapannya itu. Iman terkaku apabila wajah Elina hanya beberapa inci saja dengan wajahnya. Elina yang pendek itu terpaksa menjengket kaki.
"Kenapa? Kau fikir aku akan layan dia baik? Aku cuma tak nak kau cemburu je. Macam aku tak tahu kau cemburu bila aku dekat dengan lelaki lain. Kan Qi Iman?" Soal Elina sinis. Dicium pipi Qi sekilas lalu dia memperbetulkan baju dan melangkah ke lif. Ye, Iman itu adalah nama kedua selepas Qi. Cuma Elina saja yang memanggilnya begitu. Qi masih berdiri kaku. Dia seolah patung. Elina yang melihat itu mengeluh lalu berpatah balik.
"Cepatlah Iman!" Ditarik tangan Qi. Qi yang tak bersedia terkial-kial menyusun langkah. Tanpa sedar Elina tersenyum terkenang Qi yang tak bergerak apabila dia mendekatkan diri dan mencium pipi lelaki itu.
Qi yang baru dapat proses apa yang terjadi terus tersenyum bahagia apabila melihat Elina memegang tangannya. Mereka seperti sepasang kekasih. Mereka berhenti dihadapan restoran kfc dan Elina memandang Qi sambil tersengih.
"Nak makan kfc lah tu." Qi memutar bebola mata keatas membuatkan Elina ketawa. Dipeluk tangan Qi dengan manja.
"Bolehkan Iman?" Melihat Elina yang tersenyum manja membuatkan Qi menelan air liur beberapa kali. Qi mengangguk kepala.
"Yeah! Sayang Iman!" Dicium pipi Qi dan terus ditarik tangan lelaki itu masuk kedalam restoran kfc. Qi menarik nafas sedalam mungkin lalu dilepaskan perlahan. Boleh pecah dada dia tengok Elina yang versi manja dan mengada ni.
Elina memakai seluar jeans hitam, kasut sarung biru dan baju tanpa lengan berwarna biru. Tangan yang berbalut dibiar tanpa ditutup dengan mana-mana kain. Tangan kiri masih setia memegang tangan Qi dan senyuman manis dihadiahkan buat si kakak yang menjaga kaunter.
Selepas mendapat makanan yang dipesan, Qi menatang dulang lalu kaki melangkah kehujung restoran manakala Elina setia memegang lengan kanannya. Elina duduk sambil memerhati Qi melangkah mengambil sos untuk mereka.
'Kenapa eh aku rasa selesa bila dekat dengan Qi? Rasa bahagia bila tengok dia senyum. Aku suka dia ke? Tak mungkinlah.' Kata Elina didalam hati. Dia membalas senyuman Qi yang sedang melangkah kemeja yang mereka huni.
"Makanlah." Kata Qi membuatkan Elina tersenyum manja. Digulung hujung rambutnya. Berkerut-kerut dahi Qi melihat kelakuan Elina. Manja kemain perempuan ni. Nasib bukan bini aku.
"Kenapa tak makan lagi?" Soal Qi pelik. Dia melihat Elina masih menggulung-gulung rambut dengan hujung jari sambil tersenyum manja kearahnya. Glup! Qi menelan air liur yang terasa pahit. Aduh, kuatkanlah iman dia. Comel betul perempuan depan dia ni.
"Suapkan boleh? Tangan sakit." Dengan nada manja Elina menyoal. Dush! Macam ada orang bagi penampar je dekat muka Qi bila tengok Elina versi manja nak mati ni.
"Taknak sudah." Dipaling wajah keluar tingkap memandang orang lalu lalang dihadapan restoran kfc. Bibir dimuncung tak puas hati. Qi menggeleng kepala perlahan sambil tersengih.
'Ray, macam manalah kau tak jatuh cinta dengan perempuan depan aku ni. Buat aksi manja macam ni je dah buat jantung aku berdegup laju. Untung kau Ray, kau dapat miliki hati dia. Tapi aku? Aku cuma mampu jadi kawan dia je.' Bisik Qi didalam hati.
Diambil kentang lalu dicolek dengan sos. Disuakan kemulut Elina. Elina yang melihat itu terus membuka mulut dan mengunyah kentang dengan perasaan gembira.
Mulalah sesi menyuap Elina yang manja macam budak-budak 3 tahun. Qi yang melihat beberapa pasang mata memandang mereka cuma diam dan mengabaikan. Selesai saja makan, mereka berjalan-jalan didalam pusat beli-belah itu. Tangan kiri Elina setia memegang tangan Qi sesekali dia memeluk lengan Qi.
"Eh El? Baru sampai ke?" Soal lelaki dan Qi merenung tajam kearah lelaki itu.
"Dah lama sampai sebenarnya, Kamarul." Kamarul memandang sebelah Elina dan dia tersenyum sinis.
"Lah Qi pun ada? Erm... date ke ni?" Elina ketawa kecil dan menjawab malu-malu.
"Kalau ye kenapa?" Kamarul tersenyum senget.
"Awek Rayyan pun kau nak try ke, Qi? Yelahkan, dulu tak dapat, sekarang dah dapat." Elina tersentak manakala muka Qi mula tegang.
"Kau tak payah sibuk hal kami lah." Balas Qi kasar. Kamarul ketawa sinis.
"Erm... arwahkan dah tak ada, mestilah kau ada can nak dapatkan Elina. Betulkan Qi?" Terus Qi mencekak kolar baju Kamarul. Elina yang melihat itu terkejut.
"Kau tak tahu apa-apa, jadi jangan nak buat cerita dekat sini. Berambuslah sial." Terus dilepaskan kolar baju Kamarul dengan kasar dan ditarik tangan Elina. Kamarul tersenyum senget melihat wajah tegang Qi tadi. Dia hanya memandang langkah Qi dan Elina meninggalkan dia disitu. Orang yang memerhati mereka tadi, Kamarul abaikan lalu turut melangkah pergi.
"Iman. Iman. Iman. Janganlah jalan laju sangat. El penat!" Terus Qi berhenti melangkah dan hampir saja wajah Elina tersembam pada belakang badan Qi namun sempat ditahan dengan sebelah lagi tangan. Bila Qi membalikkan badan, Elina memuncungkan bibir. Tak puas hati dengan Qi. Qi mengusap tekuk sambil tersengih.
"Sorry." Makin panjang muncung Elina apabila Qi meminta maaf. Qi ketawa kecil melihat muncung panjang Elina.
"Muncung-muncung ni nak aku cium ke? Hmm?" Bulat mata Elina dan terus hilang muncung panjang Elina. Ditampar dada Qi yang diselaputi baju t-shirt nipis yang agak fit pada badan Qi yang sado itu. Qi cuma ketawa. Tahu takut kena cium. Tadi kemain cium pipi orang. Digeleng kepala beberapa kali.
"Jomlah balik. Tak ada nak beli apa kan?" Elina tersenyum manja. Jari dimainkan diatas dada Qi. Qi yang melihat itu menelan air liur. Halkum Qi bergerak-gerak membuatkan Elina makin mendekatkan dirinya pada qi.
"Erm... kalau El beli Iman boleh? Jadi bantal peluk El dekat rumah." Selesai saja dia berkata terus terlepas tawanya. Tak tahan tengok muka Qi tadi. Hilang terus tawa Elina apabila Qi memeluk pinggang Elina dan ditarik rapat badan Elina kearahnya.
"Tak payah beli sayang... Iman bagi free. Tapi dengan satu syarat." Ujar Qi sambil mengangkat sebelah kening. Elina meletakkan kedua-dua tangan didada Qi untuk menahan badannya makin mendekatkan dengan badan Qi.
"Sya-syaratnya apa?" Soal Elina. Niat nak usik, sekarang dia yang gabra.
"Jadi isteri aku dulu." Cup! Terbuntang mata Elina apabila melihat muka selamba Qi yang baru saja mencium dahinya. Disebam mukanya pada dada Qi kerana malu. Qi cuma ketawa, bahagia pula rasanya tengok Elina yang malu-malu ni.
{DONE}
Please vote and comment! ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top