Bab 29 - Mengamuk
Elina mengerut dahi mengingatkan sikapnya terhadap Aryan. Kenapa dia seolah suka Aryan mendekatinya? Kenapa dia suka melihat Aryan tersenyum?
Sudah genap 8 bulan Rayyan meninggalkan dia. Dia sudah boleh move on dari Rayyan ataupun dia masih menganggap Aryan adalah Rayyan? Elina mengusutkan rambut yang sedikit basah dan dia memandang wajahnya dihadapan cermin. Dia memakai singlet putih, berkain sekolah rambut panjangnya pula separa kering.
"Kakak dah bangun ke?" Suara puan Nadhia di luar bilik menyentak lamunan Elina.
"Kakak dah bangun, ma." Elina menguatkan sedikit suaranya. Takut puan Nadhia diluar tidak mendengar suaranya.
"Dah siap terus turun sarapan."
"Baik, ma." Mendengar bunyi kaki puan Nadhia melangkah pergi membuatkan Elina melepaskan keluhan lega. Dia mengambil pengering rambut lalu mengeringkan rambutnya yang separa kering itu. Selepas rambutnya dikeringkan, dia menyikat rambut dan memakai baju sekolah.
Rambut sudah disanggul, lalu anak tudung dipakai dan tudung pula disarungnya. Dia mengambil telefon bimbitnya yang sedang dicas lalu dimasukkan kedalam poket baju kurung sekolah. Dompet turut dimasukkan kedalam poket dan dia menyangkut beg sekolah dibahu kanannya.
"Selamat pagi mama, papa." Tegur Elina.
"Selamat pagi, kakak." Balas puan Nadhia dan encik Nazmi serentak. Elina meletakkan beg sekolah dikerusi kosong disebelahnya. Encik Nazmi membaca doa makan dan mereka makan sesekali mereka ketawa mendengar jenaka dari encik Nazmi.
*****
"Argh!" Jerit Elina dihadapan cermin tandas sekolah. Pelajar yang berada didalam tandas terkejut dengan jeritan itu dan terus berlari keluar dari tandas.
"Weyh perempuan murah! Pakwe kau dah mati tapi masih nak menggatalkan dengan cikgu Aryan!"
Buk! Dinding sebelah cermin ditumbuk.
"Dasar perempuan tak cukup satu. Baik kau mati jelah dengan pakwe kau tu sekali."
Buk! Krak! Cermin tandas dihadapannya ditumbuk dengan perasaan berbaur. Marah, geram, sedih menjadi satu. Cermin yang ditumbuknya retak.
"Dahlah rampas Rayyan dari Laina sekarang kau nak rampas cikgu Aryan dari kami pula?"
Buk! Krak! Prangg! Tumbukan kali kedua membuatkan cermin itu pecah berderai dan jatuh kelantai.
"Elina!" Jerit puan Nadhia. Dibelakang puan Nadhia, cikgu Aryan dan Suhaila turut ada. Pelajar yang berlari keluar dari tandas tadi yang memberitahu Suhaila dan terus Suhaila memanggil puan Nadhia, kebetulan Aryan turut berada disitu.
Puan Nadhia cuba menenangkan Elina namun sia-sia apabila Elina memberontak dengan menumbuk satu lagi cermin yang berada didalam tandas itu. Dengan satu tumbukkan cermin itu pecah berderai lalu jatuh diatas lantai.
"Elina, cuba kau bertenang." Pujuk Aryan. Tangan Elina yang berdarah, Elina abaikan. Darah dari tangan Elina jatuh menitik diatas lantai.
"Pergi matilah! Berambuslah, bodoh!" Jerit Elina. Dia sendiri susah untuk mengawal dirinya yang sekarang.
"El... jangan macam ni, kita pergi bilik kesihatan. Tangan kau berdarah teruk tu." Buk! Krak! Prangg! Cermin ketiga menjadi sasaran Elina. Puan Nadhia, Aryan, Suhaila, beberapa pelajar dan juga beberapa cikgu yang berada disitu terkejut melihat Elina yang sekarang.
Dengan air mata mengalir dan tangan berdarah membuatkan mereka pelik. Kenapa dengan Elina? Kenapa sampai mengamuk macam ni?
"Sayang... jangan macam ni... Elina kena tenang. Bagitahu mama apa jadi..." puan Nadhia cuba memujuk. Dia cuba mendekati Elina namum dia tergamam apabila Elina menjerit.
"Jangan dekat! Kalau tak aku kelar tangan aku! Berambuslah sial!" Semua yang berada disitu tergamam, terkejut dan terpana melihat satu kaca bersaiz sederhana berada ditangan kiri Elina.
"Sayang. Kakak sayang mama kan? Jangan macam ni ye?" Makin deras air mata Elina mengalir. Dia menunduk dan bahunya terhenjut-henjut menahan tangis namun apabila dia menyedari puan Nadhia dan Aryan cuba mendekati dia, dia mengangkat muka lalu mendekatkan kaca dengan kulit pergelangan tangannya.
"Aku cakap jangan dekat! Tak faham bahasa ke? Dasar bodoh!" Jerit Elina. Jeritan itu bergema dalam tandas itu. Semakin ramai berkumpul dihadapan tandas untuk melihat apa yang terjadi. Aryan membuat isyarat mata pada puan Nadhia. Puan nadhia yang seakan memahami isyarat mata itu terus mengangguk kepala.
"Kakak... cuba bagitahu mama apa jadi? Kenapa sampai macam ni?" Pujuk puan Nadhia kali ni dengan suara yang sangat lembut. Elina seakan terpujuk terus membuka mulut.
"Ta-tadi ada orang marah ka-kakak. Di-dia kata, ka-kakak perempuan murah. Hiks... dia ca-cakap, kakak rampas Rayyan da-dari Laina. Hiks." Puan Nadhia tersenyum kelat. Elina yang baru menyedari Aryan yang sudah mendekatinya terus menjerit.
"Jangan dekatlah! Argh!" Aryan terus memukul leher belakang Elina dan Elina terkulai layu namun Aryan sempat memeluk pinggang Elina. Kaca yang berada ditangan kiri Elina tadi sempat menghiris tangan kanannya sendiri. Darah makin menitik jatuh diatas lantai.
"Aryan! Cepat bawa Elina ke bilik kesihatan." Terus Aryan mencempung tubuh Elina dan pelajar, guru yang berkerumun dihadapan tandas memberi laluan buat Aryan berlari ke bilik kesihatan.
"Kamu yang pakai tudung hitam tu." Panggil puan Nadhia.
"Saya ke puan?" Perempuan yang memakai baju sukan bertudung hitam itu menyoal.
"Ye kamu, nama siapa?" Soal puan Nadhia.
"Kaisarah, puan." Puan Nadhia mengangguk kepala.
"Kaisarah, boleh kamu panggil cleaner sekolah? Suruh dia bersihkan kaca-kaca ni. Dan selagi semua kaca ni tak dibersihkan, jangan ada seorang murid perempuan gunakan tandas ini. Guna tandas di blok tingkatan 3. Faham?"
"Faham, puan." Murid yang berada disitu mengangguk kepala.
"Dan lagi satu, kalau saya dapat siapa yang tahu siapa yang cakap sesuatu yang mengganggu emosi Elina... saya akan panggil dia dan jumpa saya dibilik disiplin. Kamu semua tahu Elina masih tak dapat terima tentang arwah Rayyan tinggalkan dia, jadi jangan nak keruhkan keadaan anak saya. Awak semua tak tahu apa yang dia alami, jadi jangan hasut anak saya dengan ayat-ayat tak betul kamu tu. Ingat apa yang saya cakap ni."
Terus puan Nadhia melangkah kebilik kesihatan. Risau dengan keadaan anaknya itu dan sebelum masuk kedalam bilik kesihatan, dia sempat menelefon suaminya memaklumkan apa yang berlaku. Pelajar mula berbisik-bisik sesama sendiri setelah puan Nadhia meninggalkan kawasan tandas blok tingkatan 5.
Sekumpulan pelajar yang berada dalam kelompok berkumpul dihadapan tandas itu berpandangan. Masing-masing menunjukkan muka cuak dengar apa yang dikatakan guru besar mereka. Siapa tak cuak kena panggil masuk bilik disiplin. Lagi-lagi kena jumpa guru besar sekolah. Silap hari bulan, ibu bapa kena panggil sekali.
{DONE}
Please vote and comment! ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top