Bab 26 - Lawat
"Macam ni... pakcik nak tanya dari mana kamu tahu Elina dekat sini?" Aryan sudah menarik nafas lega mendengar soalan encik Nazmi.
"Saya cikgu sementara disekolah Elina jadi saya tahu Elina masuk hospital dari guru kelas Elina. Saya kebetulan lalu situ dan dengar dia berbual dengan pakcik melalui telefon." Encik Nazmi mengangguk kepala.
"Betul kamu nak lawat anak pakcik?"
"Betul pakcik, tapi kalau pakcik tak bagi tak apa. Saya tahu saya tak patut datang sini." Ujar Aryan sambil menunduk kepala.
"Pakcik bukan apa... anak pakcik masuk hospital sebab stress lepastu dia pengsan. Muka kamu pula serupa dengan muka arwah kekasih anak pakcik." Dipegang bahu Aryan. Taknaklah Aryan berkecil hati dengan percakapannya.
"Pakcik cuma taknak anak pakcik sakit lagi. Kalau betul kamu datang nak lawat, masuklah. Tapi kalau boleh jangan tanya apa-apa perkenaan arwah ye?"
"Baik pakcik. Terima kasih pakcik sebab bagi saya lawat Elina." Aryan berdiri diikuti encik Nazmi.
"Pakcik dapat rasakan kamu ikhlas lawat Elina. Masuklah, pakcik nak kebawah sekejap." Aryan mengangguk dan menolak perlahan pintu wad.
'Saya memang ikhlas lawat Elina, pakcik. Tapi dalam pada masa yang sama saya nak laksanakan amanat yang arwah bagi pada saya.' Kata Aryan didalam hati. Elina yang sedang memandang keluar tingkap itu dipandang Aryan.
"Assalamualaikum." Elina berpaling kearah pintu dan dia terdiam.
"Tak baik tau kalau tak jawab salam."
"Waalaikumussalam." Jawab Elina perlahan. Aryan duduk dikerusi sebelah katil dan menyeluk tangan kedalam sweater dan menarik keluar seplastik coklat yang dibeli dari kedai tadi.
"Nah. Saya tak tahu nak beli apa sebagai buah tangan. Awak suka coklat tak?" Elina memandang huluran Aryan dan menyambut sambil mengangguk kepala.
"Terima kasih."
"Kasih diterima." Pipi Elina merona merah apabila Aryan berkata begitu dan cepat-cepat dia mengoyak bungkusan plastik coklat. Dipatahkan coklat menggunakan jarinya, satu dimasukkan kedalam mulut satu lagi dihulurkan ke Aryan.
"Untuk saya?" Elina mengangguk kepala.
"Terima kasih." Sekali lagi Elina cuma mengangguk kepala. Melihat Elina yang leka mengunyah coklat, Aryan mengambil beberapa keping gambar Elina tanpa disedari oleh tuan punya badan.
"Bila boleh keluar?" Soal Aryan. Tak mahu suasana sepi menemani mereka berdua.
"Tak tahu. Papa kata mungkin dalam tiga empat hari macam tu." Aryan mengangguk kepala.
"Jadi boleh saya lawat awak lagilah lepas ni?" Elina mengangguk kepala dan tersenyum manis. Aryan terpana melihat senyuman itu. Senyuman ikhlas.
"Boleh asalkan esok awak belikan sepotong kek coklat, satu balang popia horlicks." Aryan tersengih mendengar berkata begitu.
"Anything for you." Terhenti Elina yang mahu mematahkan coklat sebelum dia tersipu malu. Seolah dihadapannya itu Rayyan dan bukannya Aryan. Aryan berbual dengan Elina setelah melihat Elina selesa dengan kehadirannya. Dia bersyukur kerana dia tidak dihalau oleh Elina sendiri.
*****
Selepas Aryan pulang, Elina duduk tersenyum-senyum sedari tadi. Puan Nadhia menyiku pinggang encik Nazmi membuatkan tablet yang dipegang hampir jatuh.
"Aduh awak ni sayang. Kenapa siku abang? Jatuh tablet ni naya je kena beli baru." Puan Nadhia tersengih.
"Abangkan kaya, beli jelah baru tablet tu kalau jatuh. Ni saya nak tanya, masa saya tak ada tadi apa jadi?" Encik Nazmi mencebik bibir mendengar jawapan dari puan Nadhia.
"Abang kaya, abang nak simpan duit untuk anak awak yang sorang tu. Kan membazir beli tablet baru. Lagipun, abang simpan duit nak bawa kita pergi umrah. Mana ada jadi apa-apa sayang oi." Puan Nadhia terus memeluk lengan encik Nazmi setelah mendengar perkataan umrah.
"Serius bang? Tak tipu? Tapikan abang, saya perasan anak abang tu asyik senyum je dari tadi, sebab tu saya tanya."
"Serius sayangku isteri tercinta. Oh pasal tu ke? Sayang ingat Aryan?" Tablet ditangan diletakkan ditepi, mahu menumpukan perhatiannya terhadap isteri disebelah.
"Aryan? Hm... lelaki yang muka serupa dengan arwah Rayyan tu ke bang? Yang selamatkan anak kita tu?" Encik Nazmi mengangguk kepala.
"Tadi dia datang. Katanya sekarang dia kerja sebagai cikgu sementara disekolah kakak dan dia tahu kakak masuk hospital dari perbualan abang dengan guru kelas kakak melalui telefon."
"Jadi kakak senyum sebab ni lah?" Lagi sekali encik Nazmi mengangguk kepala.
"Baguslah kakak senyum macam tu, kan dia dah macam kembali dia yang dulu?" Puan Nadhia cuma mengangguk kepala. Dalam hati dia bersyukur kerana dapat melihat senyuman yang terukir dibibir Elina.
*****
Aryan duduk dibirai katil. Dia teringat perbualannya antara arwah Rayyan dengannya 2 minggu sebelum arwah meninggal.
"Weyh Yan!" Aryan yang sedang bermain game mobile legends hanya memandang sekilas ke arah lelaki disebelahnya.
"Weyh! Aku nak cakap sikit ni." Terus dirampas handphone milik Aryan lalu disimpan didalam poket. Ternganga Aryan melihat handphonenya selamat masuk kedalam poket seluar Rayyan.
"Aduh! Bagilah balik. Aku nak main game." Rayyan menggeleng kepala dan tersenyum mengejek.
"Dengar dulu apa aku cakap baru aku bagi balik handphone kau." Dengan keterpaksaan Aryan mengangguk.
"Hah, apa dia?"
"Kau ingat tak aku selalu cerita pasal girlfriend aku?"
"El? Perempuan yang kau selalu cerita kat aku sampai naik bosan aku dengar?" Terus Rayyan menumbuk bahu Aryan.
"Amik kau! Eee... aku serius ni." Aryan mengusap bahu yang ditumbuk Rayyan. Aryan adalah abang sepupu Rayyan. Jadi sebab itu dia mengenali Rayyan dan Rayyan selalu menceritakan kepadanya tentang Elina. Ketika ini Aryan cuma mengetahui nama panggilan Elina saja.
"Yelah... apa dia?"
"Kau tahukan masa aku tak lama?" Aryan yang sedang melihat kasutnya terus memandang Rayyan.
"Aku tahu kau akan lama. Jangan ikut sangat cakap doktor kononnya kau cuma ada lagi dua minggu. Dia bukan tuhan nak tahu segalanya." Bidas Aryan. Dia agak rapat dengan Rayyan jadi dia tak sedia untuk kehilangan adik sepupu tersayang dia ni.
"Aku tahu dan aku dapat rasa memang aku akan pergi. Aku cuma nak kau janji dengan aku sesuatu. Boleh?" Aryan mengerut dahi.
"Boleh je tapi janganlah minta yang mengarut. Kau bukan betul pun, nanti benda mengarut kau suruh aku janji." Rayyan ketawa melihat Aryan berkata begitu. Dah selalu sangat Rayyan mengenakan Aryan.
"Aku cuma nak kau jaga El. Aku nak kau kahwin dengan dia." Bulat mata Aryan mendengar ayat yang keluar dari mulut Rayyan.
"Gila kau? Takkan aku. El tu kau punya bukan aku punya. Dah kau jangan nak mengarut." Rayyan memegang bahu Aryan.
"Please Yan. Aku percayakan kau. Aku tahu kau mampu bahagiakan dia. Aku tak lama dekat dunia ni. Kau dah janjikan tadi?" Aryan terdiam. Direnung mata Rayyan dan dia mengeluh perlahan.
"Aku tak gila lagi nak kahwin dengan perempuan yang aku tak cinta, Ray. Kau tak pernah tunjuk gambar El pun dekat aku, aku cuma tahu kau banyak cerita pasal dia je. Dan sekarang kau nak aku jaga dia? Kahwin dengan dia? Aku takkan kahwin dengan dia. Full stop!" Terus Aryan berdiri dan berlalu pergi. Dia taknak Rayyan mengarut seperti tadi.
"Aku cintakan dia! Aku nak dia bahagia dengan lelaki yang mampu jaga dia! Dan aku percaya kau mampu jaga dia, cintakan dia macam aku cintakan dia! Pasal gambar kau jangan risau, satu hari nanti kau pasti akan jumpa dia." Terhenti langkah Aryan. Aryan menggenggam penumbuk lalu dia menghela nafas lemah.
"Fine! Aku akan ikut cakap kau, tapi untuk kahwin dengan dia, aku tak janji. Jodoh ditangan tuhan. Kalau betul dia jodoh aku, aku akan kahwin dengan dia." Kata-kata Aryan disambut dengan senyuman manis. Aryan tiba-tiba melutut dan memegang kawasan tulang rusuk kanannya.
"Yan kau kenapa?" Rayyan berlari mendekati Aryan sedang melutut sebelah kaki.
"Tulang rusuk aku Ray... sakit..." Rayyan terkejut.
"Kita pergi hospital... jom..." terus dipapah Aryan kekereta disebelah jalan. Kereta itu dipandu laju oleh Rayyan sendiri.
{DONE}
Please vote and comment! ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top