Bab 24 - Demam rindu

Elina teresak-esak menangis dan digenggam hujung bajunya.

"Awak jahat Ray... kenapa awak rahsiakan penyakit awak? Awak tanggung sorang-sorang sakit awak. Saya minta maaf... saya sebagai kekasih awak langsung tak tahu yang awak sakit. Hiks." Tiba-tiba kepalanya berpinar. Sebelum semuanya gelap dan apa yang terakhir dia dengar adalah puan Nadhia menjerit namanya.

"Elina! Ya Allah! Elina bangun sayang!" Puan Nadhia mengoncang tubuh Elina.

"Abang! Abang!" Encik Nazmi yang mahu menaiki tangga terkejut dengan jeritan isterinya dan cepat saja dia melajukan langkah.

"Kenapa sayang?" Encik Nazmi yang baru sampai dihadapan pintu bilik terkejut melihat isterinya memangku kepala Elina.

"Ya Allah! Kenapa ni sayang? Kakak kenapa?" Soal encik Nazmi bertalu-talu.

"Tak tahu, bang. Dia pengsan masa saya nak panggil dia makan tadi." Puan Nadhia mengelap air mata Elina yang bersisa dipipi Elina.

"Kita bawa dia ke hospital. Sayang ambil barang penting, abang tunggu dalam kereta." Terus encik Nazmi mencempung tubuh Elina. Dengan berhati-hati dia menuruni tangga. Silap langkah dua-dua masuk hospital. Sampai dikereta, dengan sebelah tangan dia membuka pintu kereta bahagian belakang dan dibaringkan Elina disitu. Puan Nadhia mengunci pintu dan pagar lalu kereta yang dipandu encik Nazmi meluncur laju.

*****

"Macam mana ni bang? Saya risau dengan keadaan kakak." Kata puan Nadhia. Digigit hujung kuku jari telunjuk. Tanda resah. Encik Nazmi memeluk bahu puan Nadhia dan dia mencium dahi isterinya itu.

"Inshaallah semuanya akan baik-baik saja. Awak jangan risau sangat. Pening kepala saya tengok awak kejap kesana kejap kesini." Puan Nadhia menyandar kepalanya didada suaminya.

"Saya risau kalau apa-apa jadi dekat kakak. Apa saya nak jawab dekat Shah?" Encik Nazmi hanya tersenyum melihat isterinya. Kalau risau, semua benda yang isteri dia buat semuanya kelam kabut.

"Dah tak payah risau. Esok awak kerjakan? Tidurlah." Kini mereka berada diluar wad dan doktor masih belum keluar.

"Tak boleh tidurlah bang. Saya kena tahu keadaan kakak dulu."

"Yelah." Ketika itu seorang doktor lelaki keluar dari wad Elina dan terus encik Nazmi, puan Nadhia berdiri.

"Anak saya macam mana doktor?" Laju saja soalan diajukan kedoktor. Doktor itu cuma tersenyum.

"Anak puan okay cuma dia mengalami sedikit tekanan membuatkan badan dia lemah. Saya nasihatkan supaya jangan bagi dia stress. Elakkan perkara yang membuatkan dia stress." Puan Nadhia dan encik Nazmi mengangguk kepala.

"Boleh saya lawat anak saya?" Doktor Ilham mengangguk kepala.

"Boleh. Tapi jangan buat bising ye? Pesakit sedang berehat."

"Terima kasih, doktor."

"Sama-sama. Saya minta diri dulu."

"Baiklah." Selepas saya doktor Ilham berlalu, puan Nadhia menarik tangan encik Nazmi dan mereka berdua masuk kedalam wad yang menempatkan Elina. Elina yang sedang tidur dipandang oleh puan Nadhia dan encik Nazmi. Puan Nadhia menghampiri katil dan mengusap rambut Elina. Dicium dahi Elina dan dia berbisik.

"Selamat malam, anak mama." Encik Nazmi pula menghampiri Elina dan mencium dahi gadis itu. Selepas dia melawat Elina, dia mengambil keputusan untuk balik dan sempat meninggalkan nota buat si anak.

"Tak apa ke bang kita balik ni?" Soal puan Nadhia ketika dalam perjalanan ke parking kereta hospital.

"Tak apa sayang. Kakak kena rehat, awak pun kena rehat. Esok kerja kan? Biar abang je yang jaga kakak esok."

"Ambil cuti tak boleh ke?" Soal puan Nadhia bersahaja. Encik Nazmi mencuit hidung si isteri.

"Jangan mengada. Balik kerja baru awak lawat kakak." Dengan keterpaksaan puan Nadhia mengangguk kepala. Baru ingat nak cuti, boleh jaga kakak dekat hospital.

*****

"Assalamualaikum." Ucap encik Nazmi ketika menolak pintu wad. Elina yang baru keluar dari tandas tersenyum nipis kearah encik Nazmi. Encik nazmi menghampiri Elina, Elina menyalam tangan encik Nazmi.

"Waalaikumussalam. Mama kerja ke?" Encik Nazmi mengangguk kepala.

"Haah. Ni papa bawa bubur jagung. Mama buat pagi tadi." Elina duduk diatas katil sambil bersila.

"Bila kakak boleh balik?" Encik Nazmi yang sedang membuka penutup bekas makanan mengangkat muka memandang Elina.

"Baru masuk malam tadi dah tanya bila boleh balik? Tak best ke hospital ni?" Soal encik Nazmi dan dia menyambung buka penutup bekas makanan. Dicedok sedikit bubur jagung dan disuakan kemulut Elina. Elina menelan bubur itu dengan dahi berkerut-kerut.

"Kakak okay?" Soal encik Nazmi. Risau tengok Elina berkerut-kerut dahi telan bubur.

"Susah nak telan." Encik Nazmi mengangguk kepala dan diletakkan belakang tapak tangannya pada dahi Elina.

"Ya Allah kakak! Kakak demam ni. Kejap papa panggil doktor." Encik Nazmi meletakkan bekas bubur dan terus keluar dari wad mencari doktor. Elina terpinga-pinga.

"Patutlah badan aku kejap panas kejap sejuk. Demam rupanya." Ujar Elina sebelum dia membaringkan diri.

"Kalau aku demam, mesti Rayyan akan cakap aku demam rindu dia." Ujar Elina sambil ketawa kecil.

"Awak... saya tengah demam rindu awak ni." Elina mengiring kekanan, kedua tangannya diletakkan dibawah kepala. Baru saja memejam mata, bunyi pintu wad ditolak membuatkan Elina membuka matanya semula. Selepas diperiksa oleh doktor, Elina dipaksa makan untuk beberapa suap lagi sebelum menelan ubat yang diberi doktor. Akhirnya Elina tertidur, penangan ubat barangkali.

Encik Nazmi duduk dikerusi sebelah katil mengusap rambut Elina.

'Macam manalah kakak boleh demam. Demam rindu arwah ke?' Bisik hati encik Nazmi. Akhirnya encik Nazmi keluar dari wad setelah memastikan Elina tidur.

{DONE}

Please vote and comment!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top