Bab 23 - Kotak
Elina duduk memeluk lutut dibalkoni biliknya. Bibir bawah digigit lembut. Iphone 5 ditepi kaki dipandang sepi. Selalunya waktu begini pasti Rayyan akan call dia melalui whatsapp call. Jam 9 malam dengan keadaan sunyi membuatkan Elina leka melayan perasaannya sendiri.
"Sayang!" Rayyan menerjah tanpa memberi salam ketika Elina mengangkat panggilan.
"Awak apa ni? Salam mana?" Rayyan ketawa kecil kerana dapat mengenakan Elina.
"Assalamualaikum cinta hati Rayyan." Elina tersipu malu walaupun cuma Rayyan hanya membuat panggilan telefon.
"Waalaikumussalam. Awak dah makan?" Rayyan berpusing-pusing diatas katil sambil tersenyum bahagia. Bahagia dia dapat dengar suara kekasih hati.
"Dah. Kau dah makan? Sekarang buat apa je?" Soal Rayyan.
'Nanti mesti aku rindu suara dia.' Bisik hati Rayyan.
"Dah. Saya tengah buat homework ni." Jarinya terhenti dari menulis dan badan disandarkan pada kerusi.
"Lah... aku kacau lah ni?" Mendengar soalan itu Elina tertawa kecil.
"Mana ada. Awak tak buat homework?" Rayyan tersengih suka mendengar suara Elina yang sedang ketawa.
"Tak. Aku dah siapkan petang tadi. Hm... aku rindu kaulah sayang." Rayyan lebih suka jujur apa yang dia rasa sekarang. Elina menggaru pipi mendengar pengakuan jujur Rayyan.
"Kita kan dah jumpa dekat sekolah tadi. Rindu lagi?" Dengan teragak-agak Elina menyoal. Malu woi!
"Mestilah rindu. Sayang..." suara meleret membuatkan pipi Elina merona merah. Maklumlah yang panggil sayang tu buah hati.
"Ye?"
"Aku teringin nak makan tomyam." Elina tersengih.
"Nak makan dekat kedai ke atau saya yang buatkan?" Rayyan tersenyum lebar. Saja dia bagi ayat macam tu. Dia tahu Elina akan tanya soalan macam ni. Setiap kali Elina masak pasti Elina yang memberinya sedikit. Sampai sekarang dia dah tergila-gila masakan Elina. Sedap weyh! Sampai menjilat jari.
"Aku nak kau masak. Boleh?"
"Boleh je. Esok malam saya buatkan. Ke awak nak malam ni?" Pensil tekan ditangan, Elina letakkan diatas meja.
"Esoklah. Malam ni aku dah kenyang. Okaylah, kau buatlah kerja sekolah tu. Aku nak masuk tidur ni. Good night, baby."
"Selamat malam, awak." Terus Rayyan mematikan panggilan setelah mendapat balasan dari Elina. Dia baring menghadap siling sambil menggigit bawah bibir.
"Macam mana ye bila aku dah meninggal nanti? Aku harap Elina akan baik-baik saja." Rayyan berbisik sendiri dan akhirnya dia menarik selimut hingga keparas dada. Selepas membaca doa tidur, doa memejamkan mata. Elina meletakkan handphone ditepi meja dan kembali menulis.
Elina mengesat air matanya yang mengalir dan tersenyum nipis. Kenangan dia bersama Rayyan takkan pernah hilang dari ingatannya. Semakin hari, dia semakin rindu dengan arwah Rayyan.
Tapi mengapa dia merahsiakan penyakitnya? Sampai kini dia tidak pernah tahu sebabnya. Elina teringat kotak bersaiz sederhana yang pernah diberi oleh Raihana, kakak kepada Rayyan. Dia bangun dan menghampiri katil lalu dia mencangkung. Tangan dihulurkan kebawah katil setelah dia dapat menyentuh kotak itu, dia menarik keluar dan dia duduk bersila dihadapan kotak itu.
'Buka sekarang ke? Ke nanti je aku buka?' Bisik hati Elina. Kotak pemberian Rayyan. Macam mana kalau dia menangis teruk nanti?
'Buka sekarang, kalau tak buka sekarang kau takkan tahu apa isi dalam kotak ni.' Balas isi hati Elina.
"Baik aku akan buka." Elina menarik nafas dan menghembus nafas. Lalu dia menarik hujung reben itu dan ditarik perlahan. Reben yang telah dibuka diletakkan ditepi dengan teragak-agak dia membuka penutup kotak. Dia terdiam memandang isi kotak itu. Tangannya mencapai sehelai gaun yang cantik lalu dibawa keluar. Dia berdiri dan melihat gaun itu.
'Cantiknya' puji Elina didalam hati.
Dia kembali meletakkan gaun itu diatas katil dan kembali bersila. Dia menarik sepasang baju dan seluar dari kotak.
Baju dan seluar itu sepadan sangat dengan gaun tadi. Dia meletakkan diatas gaun tadi. Lalu dia mencapai dua kotak kecil lalu dibukanya. Kotak pertama dibuka dan dia menekup mulut melihat cincin itu.
'Cantiknya. Cincin untuk apa ni?'
Diambil cincin itu dan disarungkan dijarinya.
'Eh muatlah.' Bisik hati Elina sambil tersenyum.
Dibuka pula kotak lagi satu dan dia menarik keluar salah satu cincin lalu dibelek.
'RAYSYGEL' perkataan itu terukir di bahagian dalam cincin. Dia menarik satu lagi cincin yang bersiaz agak besar dari cincin tadi. Perkataan 'ELSYGRAY' pula yang terukir dibahagian dalam cincin.
👆bayangkan tukar perkataan je👆
Lalu cincin yang terukir 'RAYSYGEL' dipakai dijari manis tangan kiri. Elina tersenyum nipis. Sambil memandang kedua-dua cincin yang tersarung dikedua-dua jari manisnya.
Apa makna cincin ni? Atau arwah Rayyan cuma bagi sebagai kenangan? Cincin yang bersaiz agak besar itu diletakkan diatas katil. Tangannya mula masuk kedalam kotak dan menarik sepucuk surat lalu surat itu ditarik keluar. Elina menarik nafas dan dilepaskan sebelum dia membaca surat tersebut.
Assalamualaikum cinta hati Rayyan ❤. Jika kau menerima surat ni, aku sudah tiada didunia ini. Aku harap kau dapat terima semua ini dengan redha. Aku sayangkan kau. Aku cintakan kau. Sangat-sangat. Tapi kita tak ada jodoh. Jodoh aku dengan maut lebih awal dan aku harap kau baik-baik saja bila aku dah tinggalkan kau.
Maafkan aku kerana merahsiakan penyakit aku dari kau. Aku menghidap kanser otak sejak aku berumur 13 tahun. Aku tak ada niat nak sembunyikan semua ni tapi aku terpaksa. Aku taknak kau sedih bila kau tahu aku akan tinggalkan kau. Aku tak sanggup tengok kau menangis kerana aku. Aku sayangkan kau, sayang. Aku cintakan kau dan cinta aku takkan pernah terpadam. Biar mati memisahkan raga kita tapi bukan cinta kita.
Kau dah pernah berjanji dengan aku yang kau akan cari seseorang selepas aku tak ada kan? Aku harap kau tunaikan janji kau. Aku nak kau bahagia dengan lelaki lain. Aku cuma dapat bahagia kau sekejap saja. Kau kena cari lelaki yang macam pernah kau katakan dekat aku dulu. Dan aku percaya dia mampu jaga kau.
Cincin single tu cincin tunang. Maaf kita tak sempat nak bertunang. Cincin couple tu aku nak buat sebagai anniversary kita, tapi aku rasa tak sempat jadi aku tempah awal-awal. Gaun tu sebenarnya untuk kau pakai masa hari pertunangan kita. Maaf sekali lagi kita tak dapat bertunang.
Gaun, baju dan seluar tu, kau simpanlah buat kenangan. Aku tak tahu nak bagi kau apa dah. Tu je mampu aku bagi sebagai kenangan antara kita. Akhir sekali, aku mohon maaf kerana merahsiakan penyakit aku dan aku memohon maaf kerana kita tak sempat bertunang seperti aku janjikan sebelum ni.
Salam sayang dari Rayyan bin Rizman.
Kekasihmu... ❤
{DONE}
Please vote and comment! ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top