Bab 19 - Bertunang

"Kakak kenapa ni?" Elina memandang puan Nadhia dengan perasaan sedih. Elina memandang sekeliling sebelum matanya memandang tangannya sendiri.

"Tak ada apa-apa, mama." Puan Nadhia memandang curiga dengan sikap anaknya itu.

"Assalamualaikum." Sapa seorang perempuan sambil menolak pintu wad yang menempatkan Elina.

"Eh, Raihana. Masuklah." Gadis yang dipanggil Raihana itu melangkah menghampiri mereka bertiga dan menyalam tangan puan Nadhia dan encik Nazmi.

"Saya Raihana." Raihana menghulurkan tangan dan lambat-lambat Elina menyambut huluran tangan itu.

"Saya-" belum sempat Elina mahu memperkenalkan diri, Raihana sudah memintas.

"Elina Ayzrina. Betulkan?" Dengan teragak dia mengangguk kepala.

"Saya kakak arwah Rayyan. Arwah banyak cerita dekat saya tentang Elina. Sebulan sebelum dia meninggal dunia." Elina terdiam lama sambil memandang wajah Raihana. Ye, wajah Raihana ada iras wajah Rayyan.

"Saya ada belikan bubur untuk awak. Makanlah." Elina cuma diam.

"Terima kasih Raihana. Buat susah-susah je." Ucap puan Nadhia. Huluran bubur itu disambut oleh puan Nadhia dan dibuka penutupnya lalu dikacau dengan sudu yang tersedia. Mata Elina tertumpu kearah sebuah kotak sederhana besar yang diikat dengan sebuah reben.

"Sama-sama aunty. Tak susah pun." Raihana yang melihat itu sudah tersenyum.

"Oh ye, ini kotak untuk awak, Elina. Erm... arwah suruh saya bagi kotak ni jika saya bertemu dengan awak." Elina hanya memandang saja kotak bersaiz sederhana besar itu. Lidahnya kelu dari berbicara. Raihana tersenyum nipis melihat Elina yang hanya diam.

"Aunty, uncle, Elina, saya minta diri dulu. Suami dan anak saya ada dekat kantin bawah."

"Terima kasih sebab datang." Kata encik Nazmi.

"Terima kasih Raihana sebab datang ziarah Elina." Ucap puan Nadhia.

"Sama-sama uncle, aunty. Elina, saya harap awak tabah dengan semua ni. Saya minta diri dulu. Semoga cepat sembuh." Raihana terus melangkah kearah pintu wad dan Elina hanya memandang dengan perasaan berbaur. Kemunculan Raihana membuatkan rindu terhadap arwah Rayyan makin mencengkam dadanya.

"Kakak... tak baik tau buat Raihana macam tu." Ujar puan Nadhia. Elina langsung tidak membalas, dia mengambil keputusan untuk tidak membuat mulut. Puan Nadhia mengeluh apabila Elina langsung tidak memberi respon.

"Erm... kakak makan ye? Jangan biar perut kosong." Puan Nadhia mengambil bekas berisi bubur lalu sudu yang sudah berisi bubur disuakan kemulut Elina.

Perlahan-lahan mengunyah bubur itu walaupun agak susah kerana dia tiada selera makan. Matanya berkaca setelah bubur itu habis ditelannya. Sudu yang berisi bubur yang kedua mahu disuakan kemulut Elina tetapi Elina menggeleng kepala membuatkan puan Nadhia meletakkan semula sudu itu kedalam bekas bubur.

"Sikitnya makan, kakak kena makan banyak. Baru cepat sembuh." Pujuk encik Nazmi pula. Tiba-tiba saja Elina menangis dan itu membuatkan encik Nazmi terkejut dan puan Nadhia kalut. Diletakkan bekas bubur diatas meja dan dipeluk tubuh Elina yang bahunya terhenjut-henjut menangis.

"Kakak, kenapa ni?" Soal puan Nadhia sambil mengusap perlahan rambut Elina.

"Ka-kakak te-teringat Rayyan. Bu-bubur tu... Rayyan pernah su-suap kakak bubur masa kakak demam haritu." Sebak puan Nadhia rasa apabila Elina berkata begitu. Encik Nazmi tersenyum kelat melihat Elina menangis dibahu isterinya. Dipaling wajah dari melihat mereka berdua. Sebak. Itu yang dia rasa apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Elina.

"Kakak kena kuat, redha dengan semua ni. Ini takdir yang Allah tetapkan buat arwah. Dia meninggal awal. Kita yang masih bernafas ni kena teruskan hidup." Dalam berkata, puan Nadhia cuba menahan sebak.

"Ka-kakak tak mampu ma... Ra-Rayyan dah janji yang lepas ambil keputusan SPM, di-dia nak bertunang dengan kakak." Makin sebak puan Nadhia rasa. Encik Nazmi bangun dari duduk dan menghampiri tingkap wad lalu memandang keluar. Dikesat air mata yang hampir jatuh mengalir dipipi. Walaupun Elina bukan anak kandungnya, tapi dia boleh rasakan sakit yang Elina rasa sekarang ni. Dia sudah menganggap Elina seperti anak kandungnya sendiri.

"Ka-kakak kena redha dengan semua ni. Allah uji kakak sebab dia tahu kakak mampu. Kakak tak boleh putus asa. Mama, papa sokong kakak. Mama, papa taknak tengok kakak sedih macam ni." Hampir saja puan Nadhia menangis ketika menuturkan kata-kata semangat untuk anaknya itu.

"Kakak makan lagi ye? Lepas makan bubur, baru makan ubat." Sebelum melepaskan pelukan, puan Nadhia mengesat mata untuk menghilangkan air mata yang bertakung dikelopak mata. Dia kena kuat dihadapan Elina, dia tahu Elina perlukan sokongan. Sokongan dari orang sekeliling, dia dan suaminya.

Puan Nadhia tersenyum melihat Elina menerima suapan dan hampir setengah bubur dimakan. Selepas Elina makan ubat, dia menyuruh Elina berehat untuk mengelakkan Elina berfikir tentang arwah Rayyan lagi. Dia tak sanggup melihat anaknya sedih. Dipandang suaminya yang berdiri ditepi tingkap sambil memandangnya dan Elina yang sudah baring mengiring ke kanan.

"Kakak dah tidur?" Soal encik Nazmi perlahan. Tidak mahu mengganggu Elina yang sedang berehat.

"Dah. Abang belum makan kan? Jom kita turun makan, biar kakak rehatkan diri." Encik Nazmi mengangguk kepala. Sebelum keluar, dia dan isterinya mencium dahi Elina. Dia betul-betul sudah jatuh sayang terhadap Elina. Dipeluk bahu isterinya sebelum menutup pintu wad yang menempatkan Elina.

"Mata abang merah. Abang nangis ye?" Usik puan Nadhia.

"Eh mana ada. Habuk masuk mata tadi." Encik Nazmi cuba menafikan. Jatuhlah saham dia kalau mengaku. Bukan dia tidak tahu yang isterinya suka mengusik.

"Iyeke ni? Cakap jelah abang nangis."

"Tak, sayang. Dah awak jangan nak usik abang. Abang terkam awak dekat sini, tahulah nasib awak." Kata encik Nazmi sambil tersenyum nakal.

"Hish abang ni! Dah tua-tua pun nak menggatal." Ditepuk perlahan bahu suaminya. Pipinya merona merah bila suaminya berkata begitu.

"Tua tak tua, sayang lawa sangat. Macam masa kita mula-mula kahwin dulu." Dipeluk mesra bahu isterinya sambil kaki melangkah dikoridor hospital.

"Eee... dah tua dah. Tak sama macam dulu."

"Apa pula tak sama? Sama je abang rasa. Cuma rasa cinta abang dekat sayang makin bertambah. Itu je." Ketika puan Nadhia mendongak memandang suaminya, sempat encik Nazmi mengenyit mata sambil tersenyum nakal. Puan Nadhia ketawa manja.

{DONE}

Please vote and comment!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top