Bab 11 - Bahagia
"Apa patut aku buat?" Kata Rayyan antara dengar dan tidak dengar. Apa yang dilihatnya tadi sudah membuktikan segalanya. Dia pernah melihat kejadian seperti itu sebelum ini tapi mereka memberi alasan sekadar berteman tapi sekarang adakah mereka memberi alasan yang sama? Rayyan menyerabutkan rambut sebelum mengambil telefon bimbitnya dan didail nombor Elina.
Tut.. tut..
"Assalamualaikum." Elina memberi salam.
"Waalaikumussalam. El, kau sibuk tak sekarang ni?"
"Er.. siapa ni ye?" Rayyan menepuk dahi. Lupa pula nak kenalkan diri.
"Rayyan." Elina terdiam.
'Mana dia dapat nombor aku?' Bisik hati Elina.
"El?"
"Hah ye ye.. saya tak sibuk pun sekarang. Kenapa eh?" Rayyan tersenyum.
"Jom keluar? Aku lapar, teringin nak makan sate minang." Rayyan mengusap perutnya. Sejak dia melihat kejadian itu, dia balik kerumah dan berkurung didalam bilik.
"Saya bukan taknak tapi saya tak biasa keluar malam-malam macam ni." Sekali lagi Rayyan tersenyum.
"Bagi alamat rumah, aku datang sekarang." Tut. Rayyan mematikan panggilan dan berlalu keluar dari bilik dan menuruni tangga.
"Ray nak kemana?" Langkah Rayyan terhenti apabila ditegur oleh ibunya, puan Firna.
"Keluar."
"Dah malam ni, esok saja kamu keluar." Ujar encik Rizman.
"Ray nak keluar makan dengan kawan. Ray pergi dulu." Langkah diatur semula. Deruman motor superbike Rayyan meninggalkan kawasan rumah membuatkan puan Firna dan encik Rizman berpandangan.
"Kenapa Ray berubah, bang? Apa salah kita, bang?" Soal puan Firna dan kepala ditunduk. Encik Rizman yang duduk disebelah isterinya, mengusap bahu puan Firna.
"Abang tak tahu sayang. Kita doa Ray berubah jadi macam dulu balik ye?" Puan Firna mengangguk kepala perlahan.
*****
Pin! Pin! Rayyan menekan hon lalu mematikan enjin superbikenya. Elina keluar dari pintu rumah dan mendekati pintu pagar.
"Awak masuk dulu. Saya tak bersiap lagi." Ujar Elina lalu dibuka pintu pagar rumah. Rayyan menyalam tangan encik Nazmi dan puan Nadhia.
"Puan, saya nak minta izin bawa Elina keluar sekejap." Puan Nadhia dan encik Nazmi berpandangan sambil tersenyum.
"Kakak ada bagitahu tadi, tapi kena jaga elok-elok anak saya tu. Dia tak biasa keluar malam-malam macam ni. Balik sebelum pukul 10 malam, ye?" Kata Puan Nadhia dan Rayyan mengangguk kepala.
"Baik puan. Saya akan hantar Elina sebelum pukul 10 malam."
"Tak payah berpuan dengan saya. Kita bukan dekat sekolah."
"Tak apa ke?" Rayyan tersenyum kekok.
"Tak apa." Elina menuruni tangga terus menyalam tangan puan Nadhia dan encik Nazmi.
"Hati-hati keluar tu. Kakak jangan jalan sendiri, ikut je kemana Rayyan pergi ye?" Kata encik Nazmi. Dia tidak ragu-ragu membenarkan anaknya itu keluar bersama Rayyan kerana dia kenal ibu bapa Rayyan.
"Ye pa.. kakak pergi dulu ye?" Selepas encik Nazmi mengangguk kepala, Rayyan menyalam tangan ibu bapa angkat Elina. Rayyan memakaikan Elina helmet kerana melihat Elina terkial-kial. Elina tersenyum malu ketika Rayyan membantu Elina membonceng superbikenya yang agak tinggi. Rayyan membawa superbikenya dengan kelajuan agak laju menyebabkan Elina terpaksa memeluk Rayyan dari belakang dan Rayyan cuma tersenyum.
"Nak jugak ke?" Soal Rayyan ketika mereka sudah duduk dikedai yang menjual sate minang.
"Nak. Lama tak makan sate minang. Nak sate minang campur dengan milo ais." Mata Elina meliar memandang keadaan kedai makan yang ramai orang. Rayyan mengangguk dan berdiri mendekati pakcik yang sedang membakar sate.
*****
Sekumpulan lelaki yang selang dua meja dari meja yang diduduki Rayyan dan Elina memandang pelik ke arah mereka berdua.
"Weyh. Tu bukan Rayyan ke?" Soal Hirqi.
"Haah do. Tapi siapa awek tu? Awek tu bukan Laina." Ujar Rafael pula.
"Awek baru kot." Ujar Wahid dengan nada acuh tak acuh.
"Tapikan, awek tu lagi lawa dari Laina." Kata Hirqi sambil mengangkat sebelah keningnya. Rafael tersengih sambil menggeleng kepala.
"Tapi tak dengar cerita pun yang Laina tu putus dengan Rayyan." Wahid mencelah.
"Dia orang memang tak putus punlah. Adoi kau ni." Rafael menjeling Wahid yang sudah tersengih seperti kerang busuk.
*****
Rayyan mengambil tempat dihadapan Elina lalu mengeluarkan handphonenya dari poket seluar. Dia mengambil gambar Elina yang sedang leka menatap handphone.
"Erm.. El." Panggil Rayyan. Elina mengangkat muka dan meletakkan telefon diatas meja.
"Ye?" Rayyan yang seolah hilang kata-kata melihat senyuman yang diberikan oleh Elina.
"Awak?? Awak!" Elina memegang tangan kiri Rayyan yang berada diatas meja. Rayyan mengusap belakang tengkuknya menggunakan tangan kanannya. Dipandang tangan Elina yang memegang tangannya dengan senyuman bahagia.
'Kenapa aku rasa bahagia bila dekat dengan Elina?' Bisik hati Rayyan. Elina yang tersedar dia sedang memegang tangan Rayyan terus menarik tanggannya semula namun sempat ditahan oleh Rayyan.
"Kenapa tarik? Malu?" Soal Rayyan berbaur usikan. Elina menunduk kepala, pipinya mula merona merah. Rayyan ketawa kecil dan menyebabkan Elina mengangkat muka semula.
"Kenapa ketawa?" Soal Elina pelik.
"Kau nampak comel bila malu macam tu." Makin merah pipi Elina dipuji oleh Rayyan.
"Lepas ni boleh tak kalau aku ajak kau keluar macam sekarang ni?" Elina memandang tangannya yang dipegang oleh Rayyan. Hatinya berbunga.
'Adakah Rayyan mempunyai perasaan terhadap diri aku sama seperti aku?' Bisik hati Elina.
"Erm.. boleh tapi kalau boleh kita keluar waktu siang. Saya tak biasa keluar malam-malam macam ni."
"Okay. No problem." Ketika pakcik yang membakar sate itu meletakkan dia pinggan sate, Rayyan melepaskan pegangan tangannya pada tangan Elina. Mereka makan dengan senyap dan sesekali mereka berdua mencuri pandang. Tepat pukul 9:30 malam, mereka sampai dihadapan rumah elina.
"Jumpa esok dekat sekolah." Kata Rayyan ketika Elina sedang menutup pagar rumah.
"Hati-hati bawak motor tu." Ujar Elina. Rayyan mengangguk kepala.
"Bye sayang." Merona merah muka Elina mendengar panggilan sayang itu. Rayyan ketawa kecil.
"Masuklah. Baru aku gerak." Elina mengangguk kepala dan masuk kedalam rumah. Setelah melihat Elina menutup pintu rumah, superbike Rayyan perlahan-lahan meninggalkan kawasan rumah Elina.
'Aku betul-betul bahagia bila dekat dengan Elina. Perasaan bahagia yang tak pernah aku rasa bila dekat dengan Laina. Jadi betul kata Qi, aku dah jatuh hati dengan Elina dan perasaan aku pada Laina dah berkurang. Tapi nak bagi alasan apa kalau Laina tanya kenapa aku nak minta putus? Beritahu perkara sebenar?' Bisik hati Rayyan sebelum dia mematikan enjin ketika dia dan motornya selamat tiba digaraj rumah.
{DONE}
Please vote and comment! ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top