06 | CIMMERIAN

Farrel memandang Marco melalui skop yang terdapat pada sniper jenis SPR-2 itu. Derick di tepi pula sejak tadi sedang sibuk mengunyah biskut.

Mereka berdua sekarang sedang berada di salah satu bumbung bangunan untuk menyelesaikan sebuah misi.

"Bila kau nak berhenti makan?" soal Farrel perlahan.

Sejak tadi Derick seperti tidak berguna saja di situ. Disuruhnya memerhatikan sekeliling takut-takut jikalau target mereka sudah memunculkan diri tetapi lelaki itu sibuk dengan dunianya sendiri.

"Aku lapar tahu, tak? Aku minta mee segera tapi kau beli biskut. Aku dah kata yang aku lapar sejak petang tadi tapi kau bukan nak layan pun. Selepas itu, kau nak complain pula." bentak Derick tidak puas hati.

Wajahnya cemberut apabila ditegur sahabatnya itu.

"Sekarang ini kita ada kerja nak buat. Kau pula sibuk fikir pasal makan. Fokus boleh, tak?" marah Farrel dan dijeling Derick yang duduk bersandar pada tembok itu.

Dia kembali memerhati sekeliling menggunakan skop. Dia dapat melihat jelas Marco yang sedang berdiri di salah sebuah lorong.

Hanya Kayla saja dia tidak kelihatan sejak tadi. Entah ke mana gadis itu pergi.

Kali ini hanya empat orang saja ahli Vittoria yang menjalankan misi.

"Marco."

"Apa dia? Kau ada nampak sesiapa yang mencurigakan, ke?"

"Tak ada. Aku cuma nak tanya mana Kayla. Aku tak nampak dia."

"Aku tak pasti tapi dia kata jangan hiraukan dia. Teruskan misi."

"Okey."

Farrel menoleh ke sisi saat Derick bangkit berdiri secara tiba-tiba itu.

"Kau nak pergi mana?" tanya Farrel kehairanan.

"Aku nak turun bawah."

Wajah Farrel sudah berubah bengang.

Derick ini masa-masa inilah nak buat masalah. Kalau Kayla tahu ini, mahu separuh mati Derick dikerjakan.

Tak pernah-pernah nak buat hal dan hari ini tiba-tiba saja buat perangai. Pening dia mahu melayan.

"Kau nak buat apa?" Bersama kerutan di dahinya, Farrel menyoal sekali lagi.

"Aku nak buang sampah. Dekat sini tak ada tong sampah." balas Derick sambil menunjukkan bungkusan biskut yang sudah pun kosong.

Wajah tidak bersalahnya ditayang.

"Buang sajalah dekat tepi itu. Sekarang ini tengah kerja tahu, tak?" Farrel memarahi lelaki itu dengan geram.

Nanti-nanti sajalah hendak buang sampah itu. Tak menyempat langsung.

"Inilah sikap manusia sekarang. Suka buang sampah merata-rata. Tahu tak buang sampah merata-rata menyebabkan pencemaran?"

Farrel memejamkan matanya.

Masa genting beginilah Derick mahu merepek entah apa-apa. Tangan diangkat membuat gaya pergi. Dia malas hendak mendengar Derick merepek lagi.

"Cepat sikit." pesan Farrel.

Derick mengangkat ibu jarinya dengan senyuman yang terpalit pada dua ulas bibirnya. Farrel memerhati Derick yang sudah berlalu pergi.

Kepala digeleng perlahan sebelum dia kembali melakukan kerjanya.

Kepala dialihkan ke tepi saat dia melihat seseorang yang dicari mereka. Senyuman senget terhias di bibirnya.  Dia memerhati gerangan tersebut menggunakan skop agar terlihat lebih jelas.

"Aku dah nampak. Dia pakai baju biru gelap dengan jaket denim biru gelap. Dia pakai kasut Nike hitam. Dari arah Barat menuju ke Timur." tutur Farrel memberi informasi secara terperinci.

"Okey. Noted."

Farrel dapat melihat Marco yang sudah keluar dari tempat persembunyiannya.

Marco mengikuti langkah lelaki itu masuk ke dalam sebuah bangunan berhadapan dengan bangunan tempatnya berada sekarang.

Kerja mereka begitu mudah sekali. Mereka perlu membunuh lelaki tersebut seperti yang diarahkan Lorenzo.

"Farrel. Kalau ada peluang, terus buat kerja kau."

"Okey."

Topinya dibetulkan sedikit.

Sarung tangan dipakai lalu dia memegang kemas pemegang sniper tersebut. Tersenyum lebar dia dibuatnya saat melihat lelaki itu berdiri di tepi tingkap bersama seseorang.

Bertambah mudah kerjanya dibuatnya. Tidak perlu Marco bertindak sendiri.

"Biar aku buat kerja aku, Marco. Kau boleh tengok dan perhati betul-betul The Master of Head Hunter ini buat kerja."

"Bisinglah kau. Cepat sikit buat kerja itu. Aku nak balik."

Tergelak Farrel dibuatnya mendengar nada menyampah Marco itu. Dia suka meloyar buruk seperti itu.

"Aim and shoot." bisik Farrel perlahan.

Beberapa das tembakan dilepaskan menembusi kaca tingkap bangunan di hadapannya itu dan tepat terkena pada mangsanya.

Dia tergelak kecil saat melihat lelaki itu sudah terbaring tidak bernyawa.

"Perfect." ujar Farrel dengan bangga.

Suasana di dalam bangunan itu mula menjadi huru-hara apabila melihat seorang lelaki yang sudah tidak bernyawa berlumuran dengan darah.

Dengan tenang Marco melangkah keluar dari dalam bangunan itu. Nampaknya hari ini bolehlah dia balik awal. Kerja mereka sudah selesai awal.

"Mana Derick ini?" bisik Farrel perlahan sambil menyimpan sniper miliknya itu ke dalam beg khas.

Dia merasakan bimbang saat Derick masih lagi tidak memunculkan diri. Ke mana agaknya sahabatnya pergi?

"Marco. Kau ada nampak Derick dan Kayla?"

"Tak pula."

"Dia orang tak ada sejak tadi. Derick masih lagi tak balik-balik sejak dia kata nak buang sampah. Kayla pula sejak tadi langsung tak nampak batang hidung." bicara Farrel dengan bimbang.

Dia mula melangkah turun dari bumbung bangunan itu. Langkah diatur laju menuju ke arah kereta Marco.

"Mana dia orang pergi ini?" soal Marco sambil memandang sekeliling dari dalam kereta di bahagian pemandu itu.

Dia mengerling ke arah Farrel yang memboloskan diri di sebelahnya.

"Tunggu atau cari?"

Setiap bangunan itu diperhatinya, kalau-kalau Kayla mahupun Derick keluar dari salah satu bangunan itu.

Wajah bimbang Farrel jelas kelihatan sejak tadi.

"Tunggu. Aku takut kalau-kalau ada musuh yang tak sepatutnya dekat-dekat sini. Lagipun sekejap lagi mesti polis akan datang dekat bangunan tadi itu." bicara Marco serius.

"Okey." balas Farrel ringkas bersetuju dengan arahan lelaki itu.

Marco lebih peka dan teliti dalam segala hal. Dia perlu mengikut kata lelaki itu kerana setiap perkara yang ditebak Marco pasti akan terjadi.

Bagaikan lelaki itu mempunyai deria keenam.

Dalam kerisauan, Farrel tetap jua menghubungi Lorenzo untuk memberitahu bahawa misi mereka sudah pun selesai. Namun, tentang kehilangan dua orang sahabatnya itu sama sekali tidak dimaklumkannya.

"Aku dah bagitahu Lorenzo yang kerja kita dah selesai."

Tangannya bergerak menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar. Badannya disandarkan melepaskan lelah.

"Dia kata apa-apa, tak?"

"Dia cuma kata kita dah boleh balik."

Marco menganggukkan kepalanya sebagai balasan.

Selagi Kayla dan Derick tidak muncul, terpaksalah mereka berdua menunggu. Entah ke mana budak dua orang itu pergi. Dia cuba hubungi tetapi tidak dapat.

"Kau rasa dia orang dalam bahaya, ke?" tanya Farrel saja berteka-teki.

Jika mereka berdua tidak dalam bahaya, ke mana lagi Kayla dan Derick pergi?

"Aku pun tak pasti. Kalau lagi 15 minit tak muncul juga, kita memang kena cari dia orang." Marco memberi kata putus dan mendapat persetujuan daripada Farrel.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top