Bab 7
"Ubah?"
Adrian hanya menganggukkan kepalanya sebelum memberi arahan kepada kuli-kuli mereka (yang jadi pelakon tadi) untuk beredar.
Eliana kagum,dinding yang seakan-akan kosong tiba-tiba muncul pintu. Tak ke unik tu?
Adrian,Elliot dan Izz terus bangkit dari tempat duduk mereka sebelum menuju ke arah El.
"Now,ikut kami pergi tingkat 4. Tempat tu dapat tolong kami ubah adik."
Tingkat 4? Serius ahh...
"Serius ke ni? Hari tu bukan main tak bagi. Apa yang abang cakap hari tu, 'dont even dare'.. ni apa cerita"
Aku mengangkat-angkat kening,cuba mengusik.
Elliot hanya menggeleng kecil,nasiblah ada adik perangai macam ni. Pintu dia buka sebelum bahu adiknya ditarik sekali mengikut langkahnya.
"Adik ingat kalau abang halang pun adik nak ke dengar? Baru pergi warning pagi semalam pun adik tetap juga pergi tingkat ni malam tadi. Kalau abang tak ketatkan sikit kawalan malam tadi entah sampai ke tingkat 4 pun adik pergi."
Ha..ambik kau. Panjang dia reply,soalan punya pendek. Dia hanya mampu tersengih.
El yang perasan akan kelibat dave dan chris terus menghentikan langkahnya. Tangan abangnya yang dari tadi melekat di bahunya,dia alih.
Dia berhadapan dengan mereka berdua.
'Asal si El ni tenung kami berdua macam nak ngap'
"Dave...."
Segera dave menumpukan perhatiannya kepada El.
"Awak bukannya guard pun kan?"
Dave mengerling ke arah Izz.
'Wei brader,tolonglah support member kau ni'
Tapi apa malangnya nasib, Izz seakan-akan tidak sedar akan permintaan kawannya.
Dave menarik nafasnya seketika sebelum melepaskan rasa gelisahnya. Dia tersenyum.
"Memang bukan pun. Saya ni disuruh berlakon je oleh 3 malaun tu. Yang malaun bisu tu kawan saya"
El mengangkat sebelah keningnya;hairan. Kemudian dia tersenyum.
'Patutlah lain semacam aku rasa dia ni.'
El menghulurkan tangannya.
"Kalau macam tu bolehlah awak panggil saya El. Salam perkenalan dave"
El tersenyum lebar,terdapat pelbagai rancangan bermain di dalam otaknya. Dave menyambut dengan senyuman terpapar di mukanya.
"And how about you Chris?"
"Aku pun sama je dengan Dave ni. Jadi mangsa untuk berlakon"
"So kau pun kawan si Izz ni ke?"
Chris memandang Izz seketika sebelum mengangukkan kepalanya.
"Good. So korang dua pun akan ikut kami pergi tingkat 4"
El terus mencapai tangan kanan abangnya sebelum dipeluk erat. Mereka berdua mula berjalan beriringan.
Elliot menoleh kejap,menunjukkan muka simpati. Chris dan dave terus memandang satu sama lain.
'Mereka dah buat pilihan yang salah ke?'
Mereka semua memasuki lif sebelum no. 4 ditekan oleh Adrian. Cap jari terus discan.
Tingkat 4,here we come...
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Eliana's p.o.v
Aku menahan rasa teruja yang bermain-main dengan aku. Agak-agaknya macam mana rupa tingkat 4 ni eh? Cantik ke tak? Tempat latihan ke apa?
'Ting'
Bunyi lif dibuka membuatkan dia semakin teruja tapi...
Kosong. Tingkat ni lapang tanpa ada perabot. Dia mengeluh,kecewa. Dia harapkan sesuatu yang menarik berada di tingkat ni tapi harapan hanya tinggal harapan.
Aku mengikuti langkah abangku bila tangan aku ditariknya perlahan.
"Oi budak. Nilah tingkat yang kau nak sangat pergi tu. Amacam?"
Aku hanya menjeling tajam ke arahnya. Ada juga aku kerat 8 roti john ni.
"Dah. Jangan dilayan sangat John tu. Tingkat 4 ni memang kosong tapi sebenarnya tingkat ni tempat pusat keselamatan dan laluan untuk pergi markas kami."
Kalau boleh di describe macam mana rupa aku kan, korang boleh imagine mata aku besar lepas tu ada bintang yang shining-shining tu. Amacam,dapat imagine tak?
"Tapi mana dia?"
Aku cuba mencari keberadaan tempat2 yang abang aku sebut tadi. Malangnya,aku gagal. Tak jumpa,invisible ke apa?
Abang aku hanya tersenyum sebelum dia mengerling ke arah Chris. Seakan-akan mendapat kebenaran, chris mengeluarkan tabletnya.
Memang dari tadi ke dia pegang tablet tu? Aku tak perasan pun.
Aku hanya memerhati jari jemari Chris yang menari dia atas tabletnya.
'Klik.."
Aku yang dari tadi melekat dengan abang aku tadi terus melepaskan tangannya.
Sekeliling aku seakan-akan dikelilingi skrin yang besar yang terangkat perlahan-lahan.
Wth, yang aku fikir kosong tadi skrin besar ni rupanya. Aku je fikir tempat ni memang kosong. Hampeh.
"Now, ni baru lah tingkat 4"
Adrian yang muncul di sebelah aku hanya pandang sekilas. Jangan kacau aku,aku tengah fokus tengok tempat ni.
Tempat ni seakan-akan restoran ft cafe siber. Dapat imagine? Kalau tak dapat pandai-pandai koranglah.
Aku memandang abang aku dengan wajah bingung.
"Ssriously? Siap ada restoran kat atas ni,abang?"
Dia hanya tersengih melihat aku.
"Well,kat mana pekerja abang nak makan. Takkan kat kita punya dapur tu juga."
Gua rela. Abang aku ni memang penuh dengan idea gila sebab tu adik dia pun dua kali lima jadi sepuluh.
"Chris,kau nak ikut kami pergi markas or kau nak stay sine."
Asal dia nak stay sini pula? Dia lapar ke? Tak kot,macam tipu je. Ke dia punya kerja kat sini?
"Aku tak rajinlah hari ni Dayn,aku ikut korang je lah."
Aik..apa ni.. aku bingung,takde orang nak cakap apa-apa dengan aku ke? Tak boleh jadi ni, semua benda aku nak tahu aku wajib tahu.
"Dah jom, kita pergi markas."
Adrian yang sedang sibuk berbual dengan abang aku, aku guna sebagai peluang. Aku memperlahankan langkah aku supaya aku dapat berjalan beriringan dengan Chris.
"Kau kerja kat tingkat sini ke?"
Dia mengerling ke arah aku sekilas sebelum mengangguk kecil
"Aku ketua kat sini."
"Abang aku tipukan bila dia cakap ni tempat pusat keselamatan?"
Aku memandang wajah Chris,cuba membaca reaksinya sebaik dia mendengar soalan aku tadi. Ada sedikit perubahan tapi dia bijak mengawal perubahan yang berlaku.
Dia hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya sebelum berjalan meninggalkan aku.
Chris..chris.. kulit macam orang asia tapi muka macam ada iras orang putih. Rambut dia warna blonde. Hensemlah juga,hehe. Kau akan jadi sasaran aku seterusnya.
"Kalau kau sesat nanti aku harap kau survive lah."
Lelaki yang berjalan melepasi aku aku pandang tajam. Ada aku baling dengan kasut aku ni. Sekali tak buat aku sakit hati memang tak sah.
"Hish,ye lah. Sibuk je."
Aku mengejar langkah abangku sebelum tangannya aku peluk erat. Izz yang berada di belakang aku jeling sebelum kembali memandang ke depan.
Cantik jugalah tingkat ni, tingkap kaca kat sini lut sinar. Cantik semcam bila tingkat ni dipenuhi dengan pokok-pokok kat luar. Langkah kamibmula terhenti.
"El,buka cermin mata."
Aku menurut tanpa membantah.
"Dah"
"Ok good. Now,close your eyes"
Ok..aku tetap mengikut arahannya. Dan...
Ahhhhh.....
To be continue...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top