Bab 6

Eliana's p.o.v

Aku masuk ke dalam bilik tadi selepas mengetuk pintu sebanyak 3 kali.

Aku fikir hanya ada Adrian,Izz dan abang aku je kat dalam ni tapi sangkaan aku meleset. Ada ramai orang kat dalam ni di mana aku sangatlah yakin mereka ni orang - orang 3 mafia.

Senyuman yang terlakar di bibir aku serta merta lenyap.

O..kay.. apa yang aku patut buat sekarang ni?

Aku tak kisah sangat dengan si Izz tu tapi masalahnya roti john tu dengan abang aku sekali serius nak mati.

Halamak..seram beb..inikah yang orang panggil profesional sebab kalau betul I hate it.

Dia ubah abang aku yang hensem jadi seram kot. Chopp.. kalau aku sambung lagi mahu makin mengarut aku nanti.

Aku berdiri tegak sambil memandang ketiga-tiga mafia di hadapanku. Anak-anak buah mereka yang ada di kiri dan kanan aku,aku anggap macam patung.

Tak lah aku nervous sangat. Mereka pun hensem juga macam mana aku tak cair. Ok joke,adalah juga yang macam muka pecah jamban.

"ELIANA DIANNE!"

Yea...itu bukan suara si roti john or si Izz but milik abang aku. And i hate it everytime dia macam ni.

"Yes,brother"

Wait for it....

"Call me Mr. Dayn,please,"and that's it.

Aku tak pasti sama ada aku ada cakap tentang ni atau tak. My brother,Elliot Dayn.

He is sporting,loving,kind-hearted and most caring person in my life. But dia boleh jadi orang paling annoying dan menyakitkan hati kat dunia ni. Faham?

"Okay,Mr. Dayn. Boleh saya tahu tujuan saya kat sini?"

Aku yang dah diberikan kerusi terus duduk,tak de nya aku nak mengada jadi budak baik acah-acah tak nak duduk.

Nanti aku yang merana berdiri lama-lama. Lebih-lebih lagi kalau kena semut.

"Ehem.."

Aku yang dah puas scan satu kerusi tadi kembali pandang ke hadapan.

Tiba-tiba kedua-dua belah tangan aku ditarik ke belakang sebelum diikat.

"Hey."

Aku memandang tajam ketiga-tiga lelaki yang berhadapan denganku..

"Not this again."

Aku memandang Adrian malas.

"Mr. Adrian John,kau tahu ikatan ni sangatlah useless untuk aku"

Adrian hanya mengangkat bahunya.

"Abang ni,kalau nak cakap cakap je lah. Tak perlu nak ikat apa segala. Rimas tahu tak."

Ikatan tadi aku buka tak sampai seminit. Aku rasa budak kecil pun dapat ikat macam ni.

Lagipun aku dah rimas sekarang.

No more rasa takut. Yang pasti aku just nak tahu apa yang abang aku nak. Aku ni bukannya penyabar sangat sebenarnya.

"Come on El."

Aku memandang Adrian tajam.

"Adrian,shut up. Now,brother. Apa yang abang nak sampai nak ikat El? Don't even mention about the way i called you or im going to explode."

Elliot memandang aku sebelum mengeluh kecil.

"Fine. Abang nak tanya, adik ada pergi tingkat 1 tak malam tadi. Sorry,pembetulan. Pagi tadi."

Shit. Aku dah agak dia nak tanya pasal benda ni. Tarik nafas..hembus.. tarik lagi,tengok muka abang lau yang hensem tu.. then hembus.

"Adik jujur sajalah bang. Memang adik ada pergi tingkat ni pagi tadi. Happy?"

"Adik tahu kesan perbuatan adik ni?"

Kesan? Hahahahahaha..ya aku ketawa. Wajah 3 orang mafia yang kononnya ditakuti tu aku pandang. Sebelum aku berjalan betul di hadapan 3 orang lelaki tu.

"Memandangkan abang adik yang adik kenal selama ni pandai dah jadi lembab sikit meh adik terangkan."

"Abang dah tahu yang adik akan pergi sini kalau tak abang tak akan ketatkan security.

Abang even upah guard yang lemah. Worry your little sister going to be hurt eh?"

"Adik,that's enough."

"No. Abang perlu dengar. Yang kes tembak menembak tu,El sangat yakin abang tak akan perbesarkan hal tu.

Sebab peluru tu bukan peluru asli,tapi peluru pelali. El perasan masa tu cuma sorang yang try tembak El while yang lain macam bayi baru nak belajar.

Semua aim suka hati. Oh,El tahu yang orang-orang korang tiga kat kiri and kanan El ni bukannya ahli mafia,am I right?"

Dan aku berjaya buat mereka bertiga terkedu. Maaf,mereka berdua sebab semestinya si Izz beku tu tak ada respon.

"Oh,mesti abang pelikkan macam mana adik tahu semua ni. Kehilangan abang selama 7 tahun ni dah cukup untuk El belajar apa yang perlu."

Aku kembali duduk di kerusi tadi. Rasa haus lah pula bila terlebih guna suara hari ni. Alang-alang yang mafia kat sini cuma 3 mangkuk tu better aku ambil kesempatan.

"Dave!"

Serta merta lelaki yang bermata coklat tadi masuk ke dalam. Dia bingung sebelum kaku melihat 3 orang mafia tu aka boss besar.

"Dave,mintak tolong boleh. Ambilkan air mineral kat atas,jangan kisahkan 3 patung kat depan tu. Anggap je tu patung mannequin dari Paris."

Riak Dave yang blur membuatkan aku tergelak kecil. Now,kita kembali berhadapan dengan 3 orang raja ni.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Elliot's pov

Wow. Adik aku dah besar tapi jujurlah hati aku berdarah sikit bila mendengar ayat El yang terakhir.

"Dayn,aku dah cakap dia power."

Aku hanya tersenyum kecil mendengar balasan Ian. Aku hanya memerhati El yang suka hati dia suruh Dave ambil air.

Kasihan budak tu,dahlah kawan si Izz. Tak pasal-pasal kena berlakon. Nasib kaulah budak.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Eliana's p.o.v

Aku mengucapkan terima kasih kepada Dave sebelum minum air mineral yang penat dia bawa.

Naik turun lif je pun.

"Now,kita sambung. El cuma ada satu soalan je sekarang. El tak nak tanya tentang tingkat ni or tingkat 4."

Aku mengambil nafas. Cuba menenangkan rasa debar bila mata aku tertembung dengan mata Izz

Alah biasalah tu perempuan. Tertembung dengan lelaki hensem memanglah rasa macam nak tercabut je jantung.

"Siapa Iqa?"

Aku memandang mereka satu persatu. Semua diam,aku rasa kalau aku terkentut kat sini dapat dengar tak.

Al-maklumlah,aku ada dengar rumor orang cakap perempuan tak kentut sebab tak dengar bunyi.

Apalah yang aku mengarut ni.

End eliana's p.o.v
........................................................................

Elliot memandang muka adiknya yang penuh tanda tanya.

Eliana memang seorang gadis yang cantik. Rambutnya ada natural curl dihujung dan bewarna perang. Matanya bewarna hazel. Memang cantik.

Iqa,dia menyerupai El. Sebab itu dia buat pilihan untuk menjaga budak tu,walaupun dia sendiri yang bunuh kedua-dua ibu bapanya. Tapi lebih baik El tak tahu perkara yang sebenar.

"Iqa.. budak yang abang selamatkan. Lagipun dia ada iras-iras adik. At least abang dapat hilangkan rindu."

El memerhati wajah abangnya,cuba mencari kebenaran. Akhirnya dia hanya melepaskan keluhan kecil.

"Okay,El. Kau ikut aku,ada sesuatu yang kami perlu ubah kau."

Adrian yang sudah bosan menonton drama jejak kasih akhirnya berbunyi.

Eliana memandang wajahnya hairan.

"Ubah?...."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top