Bab 20

Unedited...

Rumah yang tersergam indah aku pandang dari dalam kereta. Dalam diam aku rasa bersalah. Sekali lagi aku meninggalkan Damien dan anak buah aku yang lain tanpa mengucapkan selamat tinggal.

Aku mengeluh perlahan. Mereka bukan di bawah aku lagi, nak tak nak aku perlu lepaskan mereka juga. Apa guna 2 tahun yang aku dah lalui kalau masa ni aku mengada nak attached dengan mereka.

Aku menoleh ke kiri. King yang menongkat dagu menggunakan tangan kirinya hanya memandang ke arah aku tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Ni nak buat staring contest ke apa? Terus aku menolak dahinya perlahan. Walaupun aku hanya dapat melihat sepasang mata milik King pun dah kira bagus. Kali ni dia hantar aku dengan cara yang baik, terubat juga hati aku.

Apabila terasa tangan King mengusap kepala aku perlahan, aku terus tersenyum. Sama macam 3 tahun dulu, saat dia pertama kali berjumpa dengan aku. Kehangatannya masih sama dan aku bersyukur benda itu tak berubah.

"Kau tahu. Rumah aku sentiasa terbuka untuk kau. Kalau kau rasa nak musnahkan tempat ni, inform aku awal. Aku sentiasa ada untuk kau."

"Eleh, dulu dia juga yang buang aku dari rumah tu. Dahlah tengah hujan."

Mendengar kata-kata aku, King terus mengalih matanya ke tempat lain. Aku kekal tersenyum. Sebagai antara orang yang terapat dengan King, aku faham dia rasa bersalah. Tapi memang mustahilahlah kalau mulut laki tu nak cakap sorry. Jadi semestinya aku tak akan menunggu kata-kata itu keluar dari bibir King.

"Aku gurau jelah. Thanks, sebab jadi abang aku untuk 2 tahun. Aku still akan simpan earpiece Arielle sebab tu aku punya, ok?"

Sebaik saja berkata begitu, aku terus membuka pintu kereta. Baru saja kaki aku mahu melagkah keluar, King menarik tangan aku lembut.

"I'm glad that you change a lot, positively."

"Me too, King."kata aku sebelum menghadiahkan senyuman tipis

Serentak itu, pintu kereta mula ditutup. Terus kereta yang menghantar aku ke sini bergerak meninggalkan aku seakan-akan aku langsung tak wujud. Well, itulah King. Dia tak pernah akan pandang belakang. 

Aku menarik nafas lemah sebelum mula masuk ke dalam. Baru saja aku mahu memegang gagang pintu, aku terasa sepucuk pistol di belakang kepala aku.

Haih, aku malas nak main-main ni. Dahlah baru lepas emo-emo dengan King, cari pasal betul.

Terus aku memusingkan tangan orang di belakang aku sebelum merampas pistolnya. Aku terus menghentakkkan pistol tadi ke leher lelaki tadi.

"Roti John, roti John. Aku tak ada mood, kita main hari lain ok?"kata aku sambil menepuk perlahan pipi John yang sudah pengsan sebelum meninggalkannya.

Sebaik saja masuk ke dalam, mata aku disapa dengan wajah Dayn yang turut memandang ke arah aku. Melihat abang aku yang mendepakan tangan, aku terus lari ke dalam pelukannya.

'Apa-apa pun, dia masih abang aku. Sini tempat yang selayaknya aku berada."

Selepas beberapa saat, aku meleraikan pelukan. Senyuman tipis aku hadiahkan.

"El ok ke kat sana? Mereka tak ada buat apa-apa kat El kan?"kata Dayn sambil membelek-belek badanku.

"El oklah abang. Tak ada apa jadi. El nak masuk bilik dululah. Nak rehat."kata aku sebelum menolak tangan Dayn perlahan.

"El.."

Aku yang baru sahaja ingin melangkah, berhenti menoleh.

"Hmmm?"

"Ada nampak Ian tak? Bukan dia ada kat luar ke?"

Aku mengerutkan kening, berpura-pura seakan-akan aku sedang berfikir.

"Tak ada pun El tengok dia. Dia pergi tempat lain kot."kata aku sebelum cepat-cepat meninggalkan tempat itu.

Kalau ada satu benda aku tak mahir, aku tak pandai menipu lainlah kalau orang itu bukannya orang yang aku sayang.

//Ting!//

Aku kembali tersedar daripada lamunan apabila mendengar bunyi lif terbuka. Nafas dihela lemah sebelum mula mengorak langkah.

Baru setapak kaki aku melangkah ke dalam bilik, tangan aku ditarik sebelum badan aku dihempas perlahan. Aku hanya mampu mengeluh perlahan.

Apa lagi ni? Aku dahlah emotionally belum ok lagi.

Wajah Izz hanya ditatap dengan pandangan kosong. Malas nak melawan. Cepat dia cakap apa dia nak, cepat aku masuk bilik.

Tapi apa yang kata-kata yang terkeluar dari mulutnya membuatkan aku terkedu.

"Kau ok? Kenapa kau nampak sedih? Mereka ada buat apa-apa ke dekat kau?"kata Izz sambil mencekup kedua-kedua belah pipiku.

Aku memandangnya hairan sebelum menolak tangan Izz. Eww dIsGuStING shAT.

"Apa kau ni? Kau tak nampak ke aku yang tengah selamat berdiri kat depan kau tanpa sebarang cacat cela ni? Mata kau belah mana yang tak nampak? Ke dua-dua tak boleh berfungsi?"aku membalas sebelum mendengus marah.

Terus aku masuk ke dalam bilik tanpa memandang ke arah Izz. Buat pening kepala aku je lelaki ni.

Izz yang berada di luar hanya mengeluh lemah.

'Haih. Bodohlah kau Izz. Nasib dia tak perasan.'

..............................................

Wajah Dayn yang sedang bersantai di hadapan tv dipandang sekilas sebelum Izz mengambil tempat di sofa single. Baru beberapa saat dia duduk di situ, Dayn mula bersuara.

"Farish."

"Hmm?"

"Ada tengok adik aku tak? Dah pukul berapa ni, dia tak turun-turun lagi. Tak lapar ke budak tu?"

Terus Izz memandang jam digital di dinding.

'20:30 pm'

"Nak aku pergi tengok dia tak?"

"Bolehlah"

Terus Izz bangun sebaik saja mendengar kata-kata Dayn.

"Farish."

Izz yang mendengar terus berhenti melangkah, menanti Dayn meruskan kata-katanya.

"Aku tahu perasaan kau dekat adik aku. Aku tau perasaan tak boleh dihalang, tapi still aku harap kau dapat jaga batas kau."

Tanpa membalas, Izz terus berjalan seakan-akan dia langsung tak mendengar apa-apa.

Sampai saja dia di hadapan pintu bilik kepunyaan El, tangan yang ingin mengetuk pintu berhenti setengah jalan. Nafas ditarik sebelum dihembus perlahan sebelum tangannya kembali menyambung perbuatannya yang tergendala tadi.

Tiada balasan. Tanpa berfikir panjang, dia terus membuka pintu bilik menggunakan smart card milik Dayn yang diambil senyap-senyap.

Sunyi. Tambahan lagi dengan keadaan bilik yang gelap gelita membuatkan dia resah.

'King culik dia lagi ke?'

Dia menghembus nafas lega sebaik saja dia melihat seseorang sedang duduk di balkoni sambil merenung langit. Pintu ditutup sebelum mengambil tempat di sebelah El. Mereka masing-masing mendiamkan diri sehinggalah Izz mula bersuara.

"Kenapa tak turun makan?"mendengar suara Izz, El terus memandang kearahnya manusia di sebelahnya

'Patutlah minyak wangi bau lain macam. Aku ingat abang aku tadi.'

"Aku ada makanan spare dalam bilik ni."kata El sebelum kembali memandang langit. 

"Oh, aku ingat kenapalah kau tak turun tadi. Mana tahu kau nak kuruskan badan kau tu."

Kata-kata Izz mengundang jelingan tajam daripada El. Belum sempat dia ingin membalas, kepalanya ditolak perlahan ke arah bahu Izz.

"Rehatlah. Jangan nak serabutkan fikiran kau tu. Aku tak nak budak yang aku latih lembik macam perempuan."

El hanya mencebik sebelum mula menyelesakan kedudukan kepalanya di bahu Izz.  

"Kau jangan salah faham. Aku memang benci kau sangat-sangat. Aku just penat sekarang."

"Whatever makes your sleep tight, princess."

Mereka  masing-masing mendiamkan diri sambil menikmati langit yang indah dipenuhi bintang-bintang. Seakan-akan dunia ini aman damai dan dipenuhi dengan keindahan.

Izz menunduk sedikit apabila mendengar dengkuran kecil dari sebelahnya. Dia hanya tersenyum tipis.

Dah tidur dah budak ni.

Perlahan-lahan dia mula mengendong El yang sedang nyenyak tidur sambil menutup pintu jendela. Perlahan-perlahan dia membaringkan tubuh kecil itu di atas katil. Selimut diperkemaskan sebelum lampu tidur dipasang.

Perlahan-lahan dia mendekati raut wajah El yang tampak suci sebelum dia berhenti. Satu keluhan terlepas dari bibirnya.

One day I will make you mine princess. But not now.

Dia mula mengorak langkah ke arah pintu. Wajah El ditatap buat kali terakhir sebelum button pintu ditekan.

Sebaik sahaja dia keluar, dia bertentang mata dengan Dayn yang sedang bersandar di pintu miliknya. Tajam.

"Dia dah tidur ke?"

Izz hanya membalas dengan anggukan. Tiba-tiba Dayn menghulurkan tangannya seakan-akan meminta sesuatu. Melihat respon Izz yang pasif itu, Dayn hanya mampu mengeluh perlahan.

"My smart card. Kau ingin aku ni lembap sangat ke sampai tak perasan benda tu tak ada dekat aku."

Izz menyerahkan card itu dalam keadaan yang terpaksa. Raut wajahnya yang kosong tetap dikekalkan.

Tak apa. Aku ada banyak cara nak masuk bilik adik kau.

Baru saja Izz mahu menapak pergi, kata-kata Dayn membuatkan langkahnya terhenti.

"Aku tahu apa yang kau rancangkan Farish. Tapi kau kena ingat. El yang kita kenal bukan perempuan yang sama aku suruh kau intip 4 tahun yang lalu. Dia lain and aku yakin kau perasan. Kalau tak disebabkan King pecah masuk bilik dia hari tu, aku tak rasa even smart card aku pun dapat diguna untuk masuk bilik dia."

Izz hanya terdiam. Dia tidak mampu menyangkal kerana setiap patah yang keluar dari mulut Dayn semuanya benar.

"I'm afraid she's more than what we can handle, Farish. And when the time comes, I'm afraid no one can control her except for King himself. Remember, dalam badan dia masih ada cip tu. Selagi kita tak keluarkan cip tu, selagi tu dia dalam bahaya"

Mata Dayn yang sudah berkaca ditatap lemah. Izz hanya mampu mengeluh lemah. Dayn menepuk bahu adik angkatnya perlahan sebelum kembali ke biliknya.

Sebagai seorang yang sentiasa berada di sisi Dayn sudah cukup untuk dia kenal apa saja yang membelenggu pemikiran abang angkatnya. Sesalan yang dirasai pasti acap kali bermain di minda Dayn.

One day I'll make sure the last day you bear this burden would be the beginning of your own life, Dayn.

Tbc~

P/s- I'll try to update another chapter soon semua. Thank you sebab masih bersabar. Saya sayang reader saya yang setia ni.💜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top