Bab 16

Aku duduk di kerusi yang sudah 2 tahun aku tinggalkan. Tempat ni langsung tak berubah. Bersih. Style aku langsung tak diganggu dan itu menenangkan aku. Aku berhenti dari menganalisis bilik ni dan kembali memandang ke arah Damien yang setia berdiri di tepi.

"Damien?"

Hairan. Damien hanya mendiamkan diri sambil merenung lantai. Cantik sangat ke lantai tu? Aku rasa aku cantik lagi. Sekali lagi aku memanggil namanya dan pemandangan yang aku lihat membuatkan aku tergamam.

Damien.. menangis. Tapi kenapa?

"2 tahun kau tinggalkan kami Arielle. Tapi sepanjang 2 tahun tu aku tak berputus asa cari kau. Beribu kali aku melutut di depan King, semata-mata untuk tahu mana keberadaan kau. Dan dia tak pernah jawab pertanyaan aku and guess what? You're here like nothing happen.

Macam 2 tahun ni tak beri apa-apa kesan pun dengan kau! Kau tahu tak betapa risaunya aku? Kau tak tahu betapa luruhnya hati aku bila tengok kau menangis dalam hujan, merayu-merayu dengan lelaki tu! Aku dah anggap kau macam adik aku, Elle. King bukannya sebarangan orang."

Aku hanya tersenyum kelat. Sejujurnya aku tak sangka Damien menyaksikan sketsa air mata aku dua tahun dulu. But past is past. Tak ada apa yang aku boleh ubah sekarang.

"Aku yakin aku lebih tahu tentang tu dari kau Damien, sebab aku antara pemangkin untuk dia sampai tahap yang sekarang. 2 tahun dulu, hati aku sakit sangat bila King tiba-tiba buang aku. Kau fikir aku nak semua ini? Kau sendiri tengok betapa teruknya aku menangis. Tapi King ada sebab dia sendiri. Aku dah jumpa abang aku balik, Damien."

"After 2 freaking years?! Heh."kata-katanya membuatkan aku terdiam.

Sejujurnya aku memang tak dapat sangkal kata-kata Damien. Aku pun tertanya-tanya. Kenapa selepas 2 tahun? Kenapa tak selepas aku dibuang? Jawapannya hanya King yang tahu, dan mustahil aku akan peroleh jawapan dari mulutnya sendiri.

Kadang-kadang aku pun rasa nak ketawa. Betapa mudahnya aku memaafkan King selepas dia buang aku tanpa sebab. Siap bergurau lagi tu. Tapi aku tak boleh tolak hakikat dia penyelamat aku and dia selalu ada ketika aku susah. Mungkin.. mungkin itu sebabnya aku senang memaafkan lelaki jahat itu. Mafia kan?

Aku hanya menghela nafas perlahan. Sejahat-jahat King, hanya kami bertiga yang faham diri dia yang sebenarnya jadi aku tak boleh salahkan Damien untuk marahkan King. 

Aku berdiri sebelum melangkah ke arah Damien. Satu pelukan erat aku berikan kepadanya. Dia tersentak.

"Sibling's hug. Only for this time."akhirnya Damien membalas kembali pelukan aku.

"Damien?"

"Hmm."

"Aku cuma ada kat sini sampai esok. Then, aku akan balik. Balik ke pangkuan abang aku."

Senyap. Damien hanya mengeluh perlahan. Aku faham dia ingin membantah tapi aku tahu dia sedar tiada apa yang boleh dia lakukan. Aku meleraikan pelukan/

"So sepanjang masa yang aku ada hari ni, aku nak berus sikit budak-budak kat sini. Kalau boleh budak-budak bawah si Sophiel pun aku nak berus. Apa dah jadi selam 2 tahun ni pun aku tak tahu. Now, aku nak kau kumpulkan budak-budak yang bawah aku dulu."

Damien mengangguk,patuh akan arahan aku. Belum sempat dia memegang tombol pintu,suara aku menghalang.

"Damien."dia menoleh.

"Kalau boleh bawa snack sekali." kata aku sambil tersenyum nampak gigi. Ya, aku tahu aku comel. Jangan jealous.

Damien hanya tersenyum kecil sebelum menggelengkan kepala. Maaflah Damien, 2 tahun belum cukup untuk ubah sifat aku yang memang azali macam ni.

................................

Aku mengetuk-ngetuk meja perlahan sambil mata memandang satu-satu muka yang pernah dilatih oleh aku 2 tahun yang dulu. Rasa bangga mengisi hati aku apabila semuanya berpangkat master. Tak adalah bendul sangat mereka ni rupanya. Dulu bukan main bendul sampai buat aku rasa nak baling dalam gaung. Mata aku terhenti apabila terlihat Farhan.

"Eh, baby Farhan pun ada kat sini."kata-kata aku mengundang sengihan sesetengah orang di situ. Mungkin terimbau kenangan dulu.

Maklumlah Farhan merupakan mangsa gurauan aku. Dengan pangkat dia yang baru Baby campur pula sifatnya yang agak cengeng, memang menjadi mangsa yang sempurna.

Farhan hanya mencebik, menyampahlah tu. Aku kisah apa. Damien pun tumpang sekaki, tersengih mendengar pernyataan aku. Aku mula menjadi serius memandangkan masa aku tak banyak jadi better aku manfaatkan sebaik mungkin masa aku.

"Aku yakin korang tahu kenapa aku suruh berkumpul. So before kita start ada apa-apa soalan?"

Semua menunduk. Aku sudah membuat muka malas. Mengada-ngada pula mereka ni tak nak tanya padahal dalam hati.. nak kata budak-budak hampir majoriti mereka ni tua lagi dari aku. I'm 20 okay.

Aku kekal diam. Mahu melihat betapa lama mereka ingin memendam rasa tertanya-tanya tentang keberadaan aku 2 tahun ni.

"Arielle."

Aku memandang ke arah Farhan. Si Baby ni juga yang berani tanya. Buat malu betul.

"Kenapa.. kau hilang tiba-tiba 2 tahun ni? Damien langsung tak cakap apa-apa."

Aku menyandarkan badanku di kerusi. Aku memandang wajahnya buat seketika sebelum menjawab.

"King buang aku."tenang aku menjawab.

Mereka terdiam. Ya, aku yakin mereka pun tak sangka. Aku,manusia yang dilihat paling rapat dengan King dibuang macam tu saja tanpa sebarang notis. Dan kalau mereka tak sangka, aku lagilah tak sangka. Tapi macam apa yang aku katakan tadi, past is past.

"But kalau betul King buang kau, how can kau boleh ada kat sini balik?"

"Let's just say that King throws me away for a reason. Lagipun aku ada kat sini sampai esok then aku balik ke tempat aku balik."

Aku senyum. Di sini mereka hanya kenali aku sebagai Arielle,bukannya Dianne dan semestinya bukan El.

"Now, aku nak beruskan sikit akhlak budak-budak bawahan kat sini. Korang ni baik hati sangat. Jom ikut aku."

Aku berdiri. Yang lain sudah tersengih. Meh tengok Ariell beraksi.

................................

 Aku berjalan menuju ke tengah-tengah kawasan berlatih diiringi budak-budak aku. Rasa macam artislah pula. Almaklumlah aku seorang perempuan manakala yang lain semua lelaki.

Melihat pandangan tajam Damien, mereka mengikuti kami ke tengah kawasan latihan. Setelah memastikan semua orang ada, aku mara sedikit ke hadapan.

"Hi, I'm Arielle. Your long-lost irresponsible leader."kata-kata aku membuatkan mereka terdiam. Sengaja aku berkata begitu. Aku belum cukup pekak untuk tak dengar kutukan mereka terhadap aku.

"So before I start anything, I want to remind you guys something. Rule no. 2, kalau tak puas hati, gelanggang. So, anyone? "

Semua memandang ke tempat lain. Aik, aku ingat berani sangat. Belum sempat aku ingin kembali bercakap, ada yang memotong.

"Saya tak puas hati."serta merta gerangan yang membantah tadi menjadi tumpuan.

Tapi tak lama sebelum belakang kepalanya ditampar perlahan oleh Damien.

"I appreciate that Damien. Farhan,kalau nak mengada pergi tempat lain. Tak serik betul budak ni, kau patut bersyukur Raziel jadi penonton tadi kalau tak lagi teruk aku buat dekat kau."

Farhan hanya tersengih. Naik lemak budak ni. Tapi aku tak kisah asalkan dia tahu jaga batas dengan aku. Mata aku kembali memandang ke hadapan. Aku tersengih. Dah lama aku tak buli orang.

"So, kids. Shall we start?"


To be continued... 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top