BAB 3
"Kak Eton dah sedia ke nak jumpa abang?" tanya Salina sebaik saja mereka tiba di rumah Mak Ani.
"Bertahun Kak Eton tunggu dia. Mestilah Kak Eton tak sabar nak jumpa Abang Syakir. Jomlah Kita naik cepat. Kak Eton tak sabar ni. Eton tarik tangan Salina tapi Salina mengeraskan dirinya.
"Kenapa ni Ina?" Berkerut wajah Eton melihat wajah serba salah Salina.
"Err… Sebenarnya kan kak… Erm.. Abang Syakir…" Teragak-agak Salina mahu memberitahu cerita tentang abangnya pada Eton. Kasihan pula dia tengok wajah teruja Eton. Sedangkan abangnya tu kalau boleh tengok muka Eton pun tak mahu. Siap pesan pada Mak Ani supaya merahsiakan kepulangannya ke sini.
"Ada apa-apa yang tak kena ke dengan Abang Syakir? Kenapa Ina macam ada rahsiakan sesuatu dari Kak Eton ni?"
"Sebenarnya Abang Syakir dah…"
Belum sempat Salina habiskan ayatnya, Mak Ani menjerit memanggil Salina dan Eton dari beranda rumah.
Eton meninggalkan Salina dan terus berjalan laju mendekati Mak Ani di beranda rumah.
"Kenapa ni Mak Ani? tanya Eton pada Mak Ani. Dia boleh lihat ketegangan pada wajah Mak Ani.
"Sia-sia saja kamu tunggu dia Eton. Sia-sia semuanya Eton." Mak Ani mendengus. Riak kemarahan jelas terpancar di wajahnya.
Eton mula berasa tidak sedap hati. Matanya mencari kelibat Syakir tapi tak nampaklah pula.
"Mana Abang Syakir? Ina kata dia dah balik."
"Tak guna dia balik sini lagi Eton. Semuanya dah hancur. Dah hancur." Mak Ani meraup wajahnya. Dadanya diusap. Rasa amarahnya pada Syakir masih belum reda lagi. Anak yang disangka menjadi harapan padanya selama ini, telah melempar tahi ke wajahnya. Mana dia nak sorokkan wajahnya terutama daripada Eton di atas kecurangan anaknya terhadap Eton. Satu kampung tahu Eton tu bakal menantunya dan Eton sendiri setia menunggu anaknya tapi Syakir telah memungkiri semua janjinya pada Eton.
"Eton…"
Berdebar dada Eton sebaik saja mendengar suara yang sangat dirinduinya itu. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya menghadap Syakir yang berdiri di belakangnya.
"Abang…" Terhenti bibir Eton daripada berkata-kata sebaik sahaja melihat seorang wanita yang mendukung bayi berjalan mendekati Syakir.
"Perkenalkan ini isteri abang, Masyari Anis. Ini anak abang, Mya Azlina."
Bagaikan berdentum guruh di langit sebaik saja Syakir memperkenalkan isteri dan anaknya pada Eton. Terketar-ketar bibir Eton mahu berkata-kata. Tubir matanya mula terasa panas.
"Sampai hati kamu buat Eton macam ni. Mana janji kamu pada dia. Bertahun dia tunggu kamu. Semua pinangan yang datang semuanya dia tolak tapi kamu…" Mak Ani menggeleng. Kesal dengan sikap mungkir janji anak lelakinya.
Syakir sekadar menunduk. Tak mampu nak bertentang mata dengan Eton yang sudah berair matanya. Ya dia mungkir janji tapi nak buat macam mana kalau hatinya sudah berubah arah.
"Kenapa? Apa salah Eton?" Serak suara Eton menahan tangisnya. Betapa hancur hati Eton saat Syakir memperkenalkan isterinya tanpa ada rasa bersalah di hati. Bukan sebulan dua dia menunggu tapi lapan tahun. Lapan tahun yang ternyata hanya dia saja yang setia sedangkan Syakir seronok menikmati kebahagiaan dengan wanita lain.
"Abang minta maaf. Abang tak dapat tipu diri abang sendiri bila abang mula cintakan Anis. Bukan niat abang nak lupakan Eton tapi bila kita berjauhan barulah abang sedar perasaan sebenar abang pada Eton selama ni adalah sayang seorang abang pada seorang adik saja."
Tersentak Eton mendengar bicara Syakir. Perlahan-lahan Eton mengundur sambil menggelengkan kepalanya.
"Eton…"
Eton mengangkat tangannya pada Syakir. Dia tidak mahu Syakir mendekatinya.
"Abang minta maaf Eton."
"Eton kecewa dengan abang. Abang tipu Eton. Lapan tahun abang. Lapan tahun Eton tunggu abang tapi…" Eton terus saja berlari meninggalkan rumah Mak Ani. Teresak-esak dia menangis sambil berlari tanpa arah tujuan. Sedar-sedar dia sudah berdiri di hadapan kedai milik Bakar.
Bakar yang tengah sedap kunyah kuih semperit tersedak melihat Eton yang teresak-esak berdiri di hadapan kedainya.
"Kenapa ni Eton?" Kalut Bakar mendapatkan Eton yang sudah duduk mencangkung di hadapan kedainya.
"Dia tipu aku. Dia dah kahwin. Abang Syakir dah ada bini!" jerit Eton sekuat hatinya.
🌺🌺🌺🌺🌺
Padan muka si Eton...
Setia tak bertempat.
Kalaulah dia terima Bakar...
Bahagia ke jannah hidupnya
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top