CHAPTER 98 : DEPART
(Kapal di atas adalah salah satu kapal tempur milik negara Mentari,juga kapal yang Ikhwan di mana sedang berada)
BOoM...!!!
KaBOom...!!
DooOOM...!!!
Soufy memerhatikan keadaan perang,kemudian sekali sekala dia memukul drone yang cuba menyerangnya. Syafina memusingkan senapangnya dan menembak satu persatu drone yang sedang terbang,dia menembak kemudian menukarkan pelurunya dengan laju lalu menyambung serangannya.
"Bertuah betul...dah la sesat lepas tu buat keputusan sendiri.." kata Soufy geram,Hamizi pula sibuk menghancurkan drone yang ada.
"OraAhh...!!!" Hamizi menghentak tanah dan tiang-tiang yang tinggi terhasil keluar dari tanah,drone yang tidak sempat mengelak meletup sebaik melanggar tiang tersebut.
"Tenang Soufy...kau sendiri tahu Rasyid lebih suka solo.." ujar Hamizi sambil mengibaskan kedua telapak tangannya.
"Haih aku tahu tu..tapi ketua kita pun dah lari entah ke mana.." ujar Soufy mengingati Taufeq segera beredar selepas mendengar jawapan dari Rasyid.
"Sudah...kita tengah perang ni..saya penat tembak sorang-sorang kamu berdua tahu berbual je ke?" Sampuk Syafina dan Hamizi serta Soufy berpandangan.
"Baik madam..." jawab Hamizi segera beredar dan membantu kesatria pihak Bayu melawan askar drone.
"Awak tu nak tercegat ke pe?" Soal Syafina dan Soufy tersedar dari lamunan.
"Ah ye...maaf.." ujar Soufy menyeru senjatanya dan meluru ke arah askar robot tempur.
"Hiah..!!"
Taufeq pada masa itu mengambil keputusan untuk membantu Rasyid,dia dapat mengesan di mana Rasyid berada dan bergegas ke tempat yang ditetapkan. Pada masa yang sama Noh dan Zaren pula sedang bertempur di kawasan berdekatan tepi pantai,Noh menghunuskan pedangnya dan terus melibas satu persatu drone yang cuba menyerangnya. Zaren membetulkan pegangan kerambit miliknya,dan terus menyerang dengan gerakan amat pantas serta sukar dikesan oleh mata kasar manusia biasa.
"Bilangan mereka macam makin bertambah je.." ujar Noh.
"Perasaan kau je kot.." kata Zaren tenang.
"Tak ni memang makin cepat,kau tengok tu.." ujar Noh sambil menuding jari telunjuk ke arah langit.
"Kau ni apa...huh?" Ayat Zaren terhenti dan terkejut dengan bilangan drone yang banyak dari udara.
"Hey Long...look over there.." ujar Reezal mencuit bahu Aswandy.
"Huh? Holy craps...what the hell?" Aswandy terkejut dengan sekumpulan drone yang beribu jumlahnya datang dari udara.
"Gaia Dragon Ultimate Technique.." seorang pemuda berambut hitam,parut di pipi kanan dan tangannya dipasang meriam.
"GAIA CANNON..!!!" Jerit pemuda itu dan menyerang ke arah ribuan drone tersebut,lalu dengan sekelip mata habis drone dihapuskan.
"Amien Khaizo...nampaknya dia memang turut serta..." ujar Reezal tersengih dan Reena turut menyedari kehadirannya.
"Ikhwan minta tolong..rasa bersalah kalau menolak.." ujar Amien sebaik mendarat di hadapan Aswandy dan Reezal.
"Terima kasih Khaizo.." ujar Reezal dan Amien memberi tabik hormat.
"No sir its my duty to protect our nation.." jawab Amien.
"Good lets continue.." ujar Reezal memalingkan badannya menghadap para drone yang dihantar lagi.
"I don't have any problems.." ujar Rayyan sambil meregangkan ototnya.
"Yeah..." ujar Raven pendek.
"Lets go partner.." kata Rayyan menoleh ke arah Raven.
"Hmph.." Raven tersenyum dan membetulkan jaket kulitnya.
"Abang.." panggil Reena dan Rayyan menoleh ke arahnya.
"Don't overreaction...." pesan Reena dan air mukanya serius.
"Don't worry...i'll be okay..." ujar Rayyan tersenyum.
"Raven..!" Elena menghampiri Raven.
"Ye?" Raven kehairanan kerana muka Elena merah menahan malu
"Ja...ja..." Elena tidak dapat mengeluarkan kata-kata,Raven tersenyum dan mengusap kepalanya. Elena terkejut dengan tindakan Raven,dia mendongak dan matanya bertentang dengan mata Raven.
"Saya janji akan kembali...." ujar Raven dan Elena tergamam.
"Kembali kepada awak..." sambung Raven lagi dan Elena menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
"Reena dan Elena..." Aswandy memanggil.
"Ya Long?" Jawab Reena dan Elena sekadar mendiamkan dirinya,Raven dan Rayyan sudah beredar bergerak ke lokasi lain.
"Stay with us.." ujar Aswandy dan Reezal mengangguk setuju.
"Baik brother..hehe.." ujar Reena tersengih dan Elena tersenyum.
"HIAH..!!!" Keith menghayunkan pedangnya dan Yusri menahan setiap hayunannya.
"Oi...apa ni takkan bertahan je..?" Keith tersenyum dan Yusri sekadar berlagak seperti tiada apa-apa.
"Oi kau dengar ke tak ni..!!" Jerit Keith dan Yusri mengelak tetakan daripada Keith.
"Kau serang apa der..? Senang betul nak predicts gerakan kau..." kata Yusri sambil tersenyum selamba dan itu menaikkan kemarahan Keith.
Keith menarik nafas dalam-dalam,kemudian dihembuskan perlahan-lahan. Pedangnya disimpan semula ke dalam sarung,badannya direndahkan ke bawah. Yusri tersenyum apabila mengenali gaya posisi serangan Keith itu,lantas dia segera menukarkan anak matanya berubah dari hitam kepada kelabu.
"King Falcon...pinjam pedang kau.." ujar Yusri sambil menyimpan semula Kunai Bayu miliknya.
"Guna berapa lama yang kau nak..." satu suara kasar menegur dan muncul pedang katana mata bilah berwarna perak.
"Apa..itu..?" Keith mengenali pedang yang baru sahaja diseru oleh Yusri.
"Falcon Silver Katana..." ujar Keith dan Yusri tersenyum.
"Ouh..kau tahu pasal pedang ni.." kata Yusri tersengih.
"Mestilah pedang kau tersenarai dalam 10 Sacred Blade dalam dunia selain Sacred Royal Blade.." ujar Keith lagi.
"Apa kata kita tamatkan perbualan,dan mulakan serangan?" Soal Yusri dan menghayunkan katana tersebut.
"Huh? Apa?" Keith segera mengelak hayunan tersebut,apa yang mengejutkan hayunan itu mengenai sebuah gunung dan terbelah dua.
"What a holy..power..." ujar Keith sendirian.
"Mana kau tengok tu?" Yusri sudah berada di hadapannya.
"Cih..!!" Keith mula bengang.
TANG..!!!
Raffie dan X terseret ke belakang sebaik hayunan mereka berlaga,malah memberikan impak tekanan yang kuat. Raffie hanya menarik nafas panjang,Kerambit Kilat dipegang rapi dan mata kerambit mula disalurkan kuasa kilat. X pula tidak sangka kehebatan Raffie lebih dari jangkaannya,tanpa membuang masa Raffie melakukan hayunan dengan gerakan pantas.
"Ergh..!!" Terkial-kial X mengelak dan dia memusingkan badannya.
Sebaik dia membetulkan posisi badannya,dia menyedari Raffie sudah hampir ke arahnya. Lantas dia segera menahan sahaja buat masa sekarang,Raffie meluru ke arahnya dengan laju.
"LIGHTNING THRUST..!!" X tercampak ke belakang dan berguling beberapa kali,kemudian dia dapat langkahnya dan kembali berdiri.
"Not bad prince..." ujar X dan topengnya calar sedikit,Raffie mensasarkan topengnya namun gerakan pantas X melompat sedikit berubah sasaran Raffie tanpa sengaja.
"Nice move mask guy..kau ubah kedudukan kau...kalau tak topeng kau dah pecah.." ujar Raffie tersenyum.
"Ia lebih kepada refleksi.." ujar X tenang.
"Refleksi huh..." Raffie mengangguk faham dan dengan tiba-tiba dia sudah berada di sebelah kiri X.
ZRASSH...!!!
X segera menahan libasan kerambit milik Raffie dengan pantas,namun tidak terelak X tercampak ke tepi.Raffie tersenyum sinis melihat reaksi X,ternyata bukan refleksi yang dinyatakan oleh X.
"Reflection your ass .." ujar Raffie dan badannya diselubungi kilat kuning,X terkejut dengan kuasa Raffie dan ketika itu Raffie sudah berasimilasi dengan White Liger.
"Get up mask guy...we still have a thing to discuss.." ujar Raffie memusingkan kerambitnya dua tiga kali.
"People don't call you lightning prince for nothing..." ujar X bangun dari jatuhnya.
"Kau pun apa kurangnya...mampu menahan serangan aku,6 Cobra Knights from Black Cobra..Xander Grain.." ujar Raffie dan X terkejut.
"Kau...."
"Kenapa? Terkejut? Xander Grain lahir pada tahun 2017,negara asal tidak diketahui dan seorang pengintip pada asalnya namun setelah keluarga kau mati dibunuh akibat penganiayaan..kau berpaling tadah dan hilangkan diri..sampai sekarang,tak sangka pula kau sertai Black Cobra..." ujar Raffie panjang lebar.
"Sial kau..!!" X terus meluru ke arah Raffie.
"Bring it on..!!" Raffie bersiap sedia.
Pada masa yang sama,Zahhak memerhatikan skrin visual di mana pertempuran dua pihak berlaku. Cindy dan Vincent hanya mendiamkan diri mereka,aura gelap Zahhak dirasai begitu kuat tekanannya. Dia mencari kelibat sasarannya,namun hampa dia tidak dapat menduga di mana sasarannya. Orang itu tidak lain tidak bukan,adalah Ikhwan Solleh.
"Mana kau raja naga..." ujar Zahhak sambil menongkat pipinya.
"FLAME SPEAR..!!" Lembing api dibaling dan mengenai salah satu robot gergasi.
KRONGG...!!!
"Hehe..terbaik.." ujar Rasyid dan terus menuju ke lokasi lain.
"Hoi Syid..!!" Taufeq muncul dengan tiba-tiba.
"Ish kau kuss semangat..." kata Rasyid memegang dadanya terkejut kena sergahan Taufeq.
"Hehe...sorry-sorry.." ujar Taufeq memegang bahu Rasyid.
"Kau dengan Ikhwan sama je..suka sergah macam tu.." rungut Rasyid lagi,Taufeq sekadar tersenyum sahaja.
"Hmm...speaking of which...err...where is he?" Soal Taufeq kehairanan kerana sebentar tadi dia mendengar suaranya dalam alat komunikasi.
"Don't ask me...I don't know.." ujar Rasyid dan Taufeq segera merenjat drone yang ingin menyerang mereka.
"Hmm..." Taufeq mendongak ke atas kemudian tersenyum sendirian.
"Kau kenapa senyum sorang-sorang? Gila?" Soal Rasyid sambil membaling lembing ke arah salah satu drone yang lain.
"Aku tahu rasanya Ikhwan di mana sekarang ni.." ujar Taufeq tersenyum.
"Mana?" Soal Rasyid.
"Langit..." ujar Taufeq dan segera membantu para askar yang sedang bertempur.
"Langit?" Rasyid kehairanan.
Pada masa yang sama sebuah kapal pesawat berwarna hijau coklat,sedang berada di ruang udara. Luqman dan Aminudden memandang ke bawah,melihat keadaan medan peperangan.
"Waa..kinda havoc down there.." ujar Aminudden risau.
"Yeah...pak cik...." ujar Luqman pula menoleh ke belakang,di mana Ikhwan sedang duduk bersebelahan Alisa.
Zeo sekadar memerhatikan apa yang berlaku di bawah,Luna pula hanya memegang tangannya. Max sekadar memeluk tubuh,Azlee pula menongkat dagu dengan kedua tangannya. Air mukanya serius begitu juga Iris,Stella dan Elizabeth lebih banyak berdiam diri. Jane juga turut sama berdiam diri.
"Bagaimana? Kita dah sampai ke koordinat yang dituju.." Soal Jamel yang keluar dari tempat pilot,Ikhwan tidak berkata apa-apa kemudian bangkit dari kerusinya.
"Lets join the show..." ujar Ikhwan tersenyum dan Alisa menggelengkan kepalanya sahaja.
Pintu kargo dibuka dan Ikhwan berdiri megah,melihat ke bawah dan pertempuran berlangsung dengan sengit. Luqman mula pucat mukanya melihat ketinggian dia berada sekarang,Iris sekadar tersengih melihat reaksi anak saudaranya. Aminudden mengatur nafas,Ikhwan memusingkan badannya menghadap yang lain.
"Baiklah kita lompat dari sini...sebelum tu saya mintak satu sahaja dari kamu,tolong jangan mati.." ujar Ikhwan air mukanya serius,Zeo dan Luna mengangguk begitu juga Max.
"Aku tak kan mati dengan mudah!" Kata Jamel mendabik dada,Jane mengangguk setuju.
"Jangan risau putera...aku akan jaga puteri Iris dengan baik.." Azlee berkata sebaik pandangan Ikhwan beralih ke arahnya.
"Baiklah...bergerak sekarang..!!" Sebaik Ikhwan berkata,Zeo segera melompat keluar bersama Luna dan Max. Jamel dan Jane menyusul kemudiannya,Azlee mengangguk dan segera melompat disusuli Iris.
"Ke..kena lo..lompat ke?" Soal Luqman sebaik pandangan mereka ke arahnya.
"Huh kau kenapa bang? Takkan takut tinggi kot..." ujar Aminudden sinis.
"Ma-mana ada aku okay je.." kata Luqman menafikan.
"Okay after you..." ujar Aminudden lagi tersengih.
"K-kau ingat aku takut ke ha..?" Kata Luqman lagi dan Aminudden hanya mengangkat kening sebelah kiri.
"Aku tak cakap apa-apa okay.." Aminudden mengangkat tangannya separuh,Luqman melihat ke bawah dan jantungnya berdegup laju.
"Err..." Luqman mula berpeluh dan Ikhwan sekadar menghela nafas kemudian mendekati Aminudden.
"Am..do your thing..." ujar Ikhwan berbisik dan Aminudden tersenyum sinis lalu menghampiri abangnya.
"Huh Amin?" Luqman kehairanan dengan tindakan Aminudden menjengah ke bawah.
"Hmm...tinggi jugak..tapi.."
"Tapi pe..?"
"Kau kena terjun gak.." ujar Aminudden menyepak abangnya keluar dari kapal tersebut.
"Huh? Arghhhh...!!! AKU BUNUH KAU NANTI MIN..!!!!" Jerit Luqman tercampak keluar dari kapal,sehingga tiada lagi kedengaran suaranya.
"JUMPA KAT BAWAH NANTI..!!" Jerit Aminudden tersengih.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top