CHAPTER 88 : INTO THE DREAM WORLD

BOOMMM...!!!!

Letupan berlaku daripada hasil serangan Ikhwan,kemudian dia berundur ke belakang beberapa langkah. Dia sedar serangan tersebut tidak memberi kesan pada Iskandar,sedikit demi sedikit asap mula hilang. Jamel dan Jane menunggu keputusan,Zeo menjatuhkan rokoknya serta pijak hingga hancur. Luqman dan Aminudden memerhatikan dengan penuh debaran,Stella sekadar mendiamkan diri bersama Elizabeth.

Seseorang meluru keluar dengan tiba-tiba dari kepulan asap hasil serangan Ikhwan dengan pantas,Ikhwan terkejut sebelum dia sempat berbuat apa-apa Ikhwan sudah terpelanting ke belakang. Jamel dan Jane terkejut serta Zeo sekadar memeluk tubuh sahaja,Ikhwan segera mengimbangkan badannya lalu menghasilkan bulatan magik dan dipijak serta menggunakannya pelantar untuk meluru ke arah Iskandar dengan laju.

"Ha...." Iskandar tersenyum kagum dan menyedari Ikhwan mengumpulkan kuasanya pada tangan kanannya.

"Dragon Horns!!" Ikhwan terus meluru dengan lebih laju ke arahnya,Iskandar mengepalkan penumbuk dan menahan.

KRASHH...!!

HUOSHH...!!

Angin menghembus kuat dan membuatkan yang lain tidak dapat membuka mata mereka,Zeo dengan bersusah payah cuba membuka matanya dan terkejut apabila penumbuk Ikhwan berlaga dengan Iskandar. Namun dengan tekanan yang dikeluarkan daripada dua pihak,Ikhwan tersenyum dan tangan kiri ditarik lalu terhasil bebola api biru.

"Huh?" Iskandar terkejut dan tidak sempat melakukan tindak balas,dan Ikhwan terus menghayunkan serangan itu pada perutnya.

"Blue Sphere!" Iskandar tercampak jauh ke belakang,Ikhwan mengurut tangan kanannya.

"Kena ke?" Soal Luqman dan Aminudden mengangkat bahunya sahaja.

"Tak rasanya..." ujar Jamel apabila menunjukkan ke tempat Iskandar yang berdiri tanpa kesan calar.

"Macam kebal pon ada..." kata Aminudden bersahaja.

"Dragon Horns merupakan serangan keempat terkuat Sixth...tapi pengasas mampu menahan dengan tangan kosong..." ujar Zeo dan yang lain tergamam kecuali Jamel.

"Se....serius?" Soal Stella.

"Yeah...." sokong Jamel.

"Serangan utama...?" Soal Elizabeth dan Jamel tersengih.

"Kalau dia gunakan tu confirm runtuh bangunan bersejarah ni sayang oi..." tambah Jamel dan Jane sekadar menggelengkan kepalanya,Stella dan Elizabeth tergamam tambah terkejut.

"Boleh tahan kau ya? Tapi kenapa kau tak guna kuasa naga tu?" Soal Iskandar.

"Not yet.." ujar Ikhwan menggelengkan kepalanya.

"Huh? Karma are you wanna fight me?" Soal Iskandar menyedari Karma merenungnya dari tubuh Ikhwan.

"Bagaimana Karma?" Soal Ikhwan dan Karma hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"Hmm rasanya dia tak mahu,dan saya mengaku kalah..." ujar Ikhwan tersenyum dan Iskandar terkejut lalu menggelengkan kepalanya.

"Kau memang tak pernah nak berubah...ya Karma.." ujar Iskandar berbisik.

"Aku dengar tu Is..." ujar Karma dan Ikhwan hanya kehairanan lalu sekadar tersenyum.

"Aku lupa kamu berdua pernah kenal..seribu tahun yang lepas.." ujar Ikhwan.

"Ya di mana Karma masih lagi seekor manusia naga...sebelum dia menjadi spirit..." Ikhwan membesarkan matanya,terkejut dan menoleh ke arah Iskandar.

"Huh?" Luqman dan Aminudden berpandangan tergamam.

"Eh..." Zeo hanya mampu ternganga,Jamel dan Jane terkejut.

"Emm.." Stella dan Elizabeth berpandangan,Alisa hanya mendiamkan dirinya dan Luna turut terkejut.

"EHH...??!!!" Jeritan yang serentak itu menyebabkan kawasan itu bergema,Karma hanya menekup mukanya.

"Karma?" Soal Ikhwan.

"Kau memang suka kecoh ya? Kau pun sama tidak berubah langsung..!" Karma merengus perlahan berhubung dengan Iskandar secara telepati.

"Hahaha...." Iskandar sekadar ketawa sahaja dan Ikhwan pula hanya memeluk tubuhnya sahaja.

"Aku tak sangka pula kau dipilih menjadi spirit beast biarpun kau adalah raja naga..." ujar Iskandar.

"Urgh...itu bukan urusan kau,Iskandar Al-Muslimin..." balas Karma dan bertukar tempat dengan Ikhwan,mata Ikhwan berubah biru tanda Karma mengambil alih tubuhnya.

"Hahaha...kau ni sama je tahu nak baran..." kata Iskandar sambil memeluk tubuhnya.

"Avesta being captured..." sebaik mendengar berita tersebut,Iskandar terus hilang senyumannya.

"What....?" Iskandar merenung ke arah Karma,suasana seolah-olah menjadi dingin.

"Did you feel something..?" Bisik Jamel dan Jane tidak berkata apa-apa.

"This...." Zeo merasai tekanan yang kuat,dia melihat ke arah yang lain. Luqman dan Aminudden melutut dengan tiba-tiba,tekanan datang dari sifat marah Iskandar begitu menakutkan.

"Huh?" Zeo menoleh ke arah Stella,gadis rambut kelabu itu mampu menahan tapi tidak Elizabeth. Alisa hanya berdiri tenang,bersama Luna dan memerhatikan Ikhwan yang tubuhnya dipinjam Karma.

"Hentikan Iskandar...you scared the other..." kata Karma sambil memeluk tubuhnya.

"Siapa yang tangkap?" Soal Iskandar.

"Seseorang bernama Zahhak.." jawab Karma dan Iskandar hanya menghela nafas pendek.

"Avesta...before he can choose his user..." kata Iskandar dan memandang tepat ke arah Karma.

"Putera keenam generasi kelima...saya mohon selamatkan dunia ni.." ujar Iskandar dan Karma hanya menghela nafas pendek,sebelum dia bertukar tempat semula dengan Ikhwan.

"I will..." ujar Ikhwan mengangguk kepalanya,kemudian Alisa dan Luna menghampirinya bersama yang lain.

"Alisa...kita akan beredar.." ujar Ikhwan masih memandang ke arah Iskandar,Alisa turut sama memandang Iskandar.

Ikhwan menoleh ke arah Alisa,dan Alisa turut memandangnya serta faham lalu mengaktifkan bulatan magik teleportation. Zeo mendapatkan Luna,Aminudden pula berdiri bersebelahan Elizabeth. Stella dan Luqman berpandangan,mereka masih belum dapat bergaul dengan baik. Jamel dan Jane sekadar mendiamkan diri di belakang Ikhwan,Iskandar memandang ke arah Ikhwan.

"Ikhwan Solleh..." Iskandar memanggilnya dan Ikhwan menoleh ke arahnya.

"Take care of her...don't let anyone hurt her..." ujar Iskandar dan Ikhwan hanya tersenyum.

"Don't worry first king..i will protect her....with my own body.." balas Ikhwan dan Iskandar tersenyum melihat mereka lenyap bersama cahaya.

"Kau tak ikut diorang ke?" Soal Iskandar pada seseorang yang berada belakangnya.

"Mr Zane..." ujar Iskandar menoleh ke arah belakang,Z sedang berdiri menyandar dinding dan memeluk tubuhnya.

"Panggil aku Z je sekarang...aku dah lama tinggalkan nama tu..its been thousands year..." ujar Z.

"Hmm....its been a while,where you've been?" Soal Iskandar.

"As you know...travel dimension to dimension...dan serius masa aku pertama kali bersua dengan putera tu aku ingatkan itu kau..." kata Z.

"Haha...aku pun terkejut apabila Solleh ada anak yang seiras aku..dan..no doubt..." Iskandar menghentikan kata-katanya.

"He's the one..." Z faham maksud Iskandar.

"Yeah...bila masanya tiba,aku akan bertindak.." Iskandar tersenyum.

"Kau pasti ke nak buat macam tu?" Soal Z dan Iskandar sekadar tersenyum.

Ikhwan dan Alisa serta yang lain tiba di istana,kemudian muncul Harris dan Mai menuju ke arahnya. Ikhwan kehairanan apabila wajah mereka begitu cemas,dan menunggu mereka hampir kepadanya.

"Harris...Mai.." ujar Ikhwan.

"Ikhwan..Rey Ikhwan..." ujar Mai dan Ikhwan kurang faham.

"Dia sakit...!!" Jerit Mai dan Ikhwan terkejut,dan terus berkejar ke satu tempat.

Sebaik sahaja Zahhak mengumumkan perang,Harris dan Mai membawa Ikhwan ke satu tempat. Satu lokasi menempatkan Reyna atau Rey yang koma,dia koma kerana peristiwa 10 tahun lepas ketika dia menyelamatkan Harris dan Mai. Rey yang dalam keadaan koma,dipandang sayu oleh Ikhwan. Lantas Ikhwan mengarahkan dia dipindahkan dan diberikan rawatan yang sempurna,Harris dan Mai diambil Rumina serta Solleh sebagai anak angkat. Tamat imbas kembali dan masa beralih semula pada Ikhwan,Alisa mengejar dari belakang disusuli oleh Harris serta Mai.

Wad VIP Hospital Mentari

"Reyna!" Rumina yang sedang berada di sebelah katil Rey,terkejut dengan sergahan Ikhwan sebaik memasuki bilik wad.

"Ikhwan...ini hospital suara tu cuba slow kan sikit..." leter Rumina dan Ikhwan tersengih.

"Maaf bonda..bagaimana Rey?" Soal Ikhwan.

"Mungkin dia alami mimpi ngeri..sebab itu dia macam tenat tadi.." ujar Rumina.

"Thank god..." ujar Mai dan Alisa sekadar menghampiri Rey yang masih koma.

"Alisa?" Ikhwan kehairanan dan Alisa tidak memperdulikannya,lalu tangannya mencapai lengan Rey dan dia seperti sedar sesuatu.

"Ikhwan...miss Reyna in danger..."

"What?" Ikhwan terkejut dan Harris segera menghampiri Alisa,lengannya dipegang kasar olehnya.

"Kau merepek apa ha?!" Jerkah Harris dan Alisa hanya merenungnya dengan tenang.

"Harris! If you not let go in one second..i turn you into dust.." Ikhwan memberi amaran dan Harris tersentak lalu melepaskan tangan Alisa.

"Violence is not the answer...." ujar Rumina dan Ikhwan segera mendapatkan Alisa yang sedang mengusap lengannya.

"Are you okay?" Soal Ikhwan memegang lengan Alisa.

"I'm fine...." ujar Alisa tersenyum.

"Jadi miss Alisa..." Mai mula bersuara dan yang lain menoleh ke arahnya termasuk Harris.

"Apa maksud awak Reyna dalam bahaya...." ujar Mai tersekat-sekat.

"Saya tidak pasti...." ujar Alisa.

"Mana boleh tidak pasti huh?" Harris tidak jadi meninggikan suaranya apabila Ikhwan menjelingnya.

"Miss Reyna terperangkap dalam mimpi,dan apa yang saya dapat kesan dia berada di dunia di mana ketika 10 tahun yang lepas...dan Mr Harris saya dapati awak mampu masuk ke dalam mimpi seseorang bukan?" Penjelasan Alisa membuat Harris terkejut.

"Err...ya.." jawab Harris.

"Awak pernah cuba pada miss Reyna?" Soalan Alisa membuatkan Harris terdiam.

"Harris jika kau berdiam diri aku tidak boleh fikirkan cara untuk tolong dia.." kata Ikhwan dan Rumina mengangguk setuju.

"Apa yang dikatakan Ikhwan itu ada benarnya...bonda yakin cuma mereka berdua saja membantu Reyna..." ujar Rumina yang membelai rambut Rey.

"Aku tidak boleh masuk ke dalam mimpi dia..." ujar Harris selepas diyakinkan oleh Rumina.

"Apa maksud kau tak boleh?" Soal Ikhwan.

"Aku pernah cuba tapi ada sesuatu tendang aku keluar.." sebaik mendengar penjelasan Harris,Ikhwan menoleh ke arah Alisa. Mereka berpandangan sebelum mengangguk bersetuju mengenai sesuatu.

"Kau boleh buka pintu masuk ke dalam dunia tu bukan?" Soal Ikhwan dan Harris terkejut.

"Kau tak boleh masuk dalam bentuk fizikal...jika boleh pun hanya 15 minit sahaja..." ujar Harris dan Mai mengangguk.

"15 minutes? I can get it done in 10 minutes...now open that door.." ujar Ikhwan dan Harris hanya menggelengkan kepalanya.

"Kau memang tak pernah berubah..." ujar Harris dan menghalakan tangannya ke arah Rey,lalu diputarkan pergelangan tangan ke kiri sedikit demi sedikit.

"Gate of Dream World....Open!" Harris memutarkan pergelangan tangannya ke kanan dengan laju,dengan sekelip mata pintu bulat bercahaya berada di atas Rey.

"Jadi ini Pintu Dunia Mimpi?" Ikhwan menyoal.

"Ingat Ikhwan...cuma 15 minutes..." Harris memberi peringatan.

"Apa jadi kalau lebih?" Soal Ikhwan.

"Kau akan terperangkap di dunia mimpi selamanya.."

"Wo...aku tak terfikir nak lepak dunia mimpi lama-lama...bagi aku 10 minit...Alisa jom..."

Ikhwan dan Alisa terapung bersama,kemudian mereka terus terbang masuk ke arah pintu tersebut. Harris hanya melihat mereka dengan risau,Mai juga begitu dan Rumina hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Ikhwan akhirnya mendarat di tanah,bersama Alisa lalu memeriksa sekeliling kawasan. Sebuah rumah agam yang besar dan masih sempurna,Ikhwan mengambil keputusan untuk meronda sekitar kawasan.

"Rumah ni besar..." ujar Alisa.

"Ya...tapi kenapa di sini?" Soal Ikhwan.

"Apa maksud awak?" Alisa kehairanan dan belum sempat Ikhwan ingin menjawab,kedengaran suara kanak-kanak ketawa.

Ikhwan dan Alisa berpandangan,suara itu datang dari belakang. Ikhwan berjalan perlahan menuju ke tempat suara itu datang,Alisa mengekorinya dengan perlahan-lahan melangkah. Sebaik tiba di satu sudut rumah itu,Ikhwan mengintai dan terkejut apabila melihat kanak-kanak bermain dengan ceria. Ketawa silih berganti namun matanya tertacap pada gadis yang sedang berdiri memerhatikan kanak-kanak itu bermain,Ikhwan terkejut apabila gadis tersebut menoleh ke arah yang memboleh wajahnya kelihatan. Alisa turut sama terkejut dan gadis itu adalah...

"Rey?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top