CHAPTER 87 : SUCCESSOR & ANCESTOR

Mereka semua tercengang mendengar penjelasan Ikhwan mengenai lelaki ini,jika orang ini adalah pengasas negara ini sudah tentu umurnya mencecah ribuan tahun. Ikhwan dan Iskandar berpandangan,kemudian bersalaman dan diperhatikan oleh Alisa. Z sekadar memerhatikan dari jauh,dan hilang begitu sahaja.

"Jadi betul ke dia ni pengasas kita?" Soal Luqman masih terkejut.

"Ya lah...mana tahu penyamar ke..." ujar Aminudden dan Ikhwan menggelengkan kepalanya.

"Haih susah kalau ada anak saudara yang biadab macam ni ya? Macam ni la...kamu berdua serang saya dengan serangan kuasa penuh..." ujar Iskandar dan Luqman serta Aminudden tercengang.

"Apa kau cakap hah?" Luqman mula bengang dan Aminudden merenung Iskandar menahan marah.

"Tak payah marah,tak payah tenung cam nak keluar laser...serang je.." ujar Iskandar dan Ikhwan hanya beredar menarik Alisa. Zeo turut sama menarik Luna,Stella dan Elizabeth menyusul. Jamel dan Jane berdiri di belakang dua beradik itu.

"Jangan menyesal kalau cedera parah nanti..." ujar Luqman kilat mula mengelilingi seluruh tubuhnya.

"Same here..." ujar Aminudden menyalakan bara apinya membara di tangannya.

"All out...come at once.." ujar Iskandar

"Bang..." Aminudden menegur.

"Ya aku tahu..." balas Luqman.

Luqman mengecas kilatnya pada sebelah tangan kirinya,Aminudden pula bara merah sebelah tangan kanan. Ikhwan memerhatikan sambil memeluk tubuhnya,Alisa pula risau dengan dua beradik itu. Stella pula ingin melihat sejauh mana yang dikatakan kehebatann Iskandar,Elizabeth menyaksikan dengan teruja. Zeo dan Luna hanya boleh berharap mereka berdua tidak cedera,Luqman dan Aminudden merapatkan tangan mereka.

"Lightning and Flame unite! Destruction Cannon!!" Kuasa mereka berdua digabung dan melancarkan serangan seumpama kekuatan meriam.

"Woo....nice..." ujar Iskandar melihat serangan pemusnah gabungan dua kuasa,Luqman dan Aminudden meluru ke arahnya. Iskandar tersenyum sahaja dan terus menahan serangan tersebut,dengan tangan kosong dan telapak tangannya dipusing kemudian serta-merta serangan tersebut terus hilang.

"APA???" Jerit dua beradik itu serentak,kemudian Iskandar sudah berada di belakang mereka dan Ikhwan sekadar tersenyum sahaja.

"Coup de grace...." ujar Iskandar memegang bahu dua anak muda itu.

"Ha..ha...ha.." Luqman mengeluh menundukkan wajahnya,Aminudden pula mengangkat bahu tanda mengalah.

"Nampaknya pewaris aku semuanya kuat-kuat biarpun usia yang muda..." ujar Iskandar menoleh ke arah Ikhwan yang menuju ke arahnya,mereka berdua berpandangan dengan agak lama.

"Macam tengok cermin..." ujar Ikhwan dan Iskandar serentak.

"Jadi kenapa tuan tidak berada di istana..? Maksud saya tuan selama ini berada di sini?" Soal Ikhwan dan yang lain hanya sebagai penonton sahaja.

"Saya tidak timbulkan kekecohan..." ujar Iskandar pergi ke arah air terjun tersebut,Ikhwan mengekorinya dari belakang.

"Kekecohan?' Ikhwan menyedari sesuatu kemudian dia mengangguk,dan mengerti dengan apa yang disampaikan oleh Iskandar.

"Maksud tuan?" Soal Jamel.

"Tak pelik ke kalau tahu raja tu hidup beribu tahun?" Iskandar tersenyum dan Jamel tersedar kemudian mengangguk faham

"Jadi sebab itu tuan berada si sini?" Stella mencelah dan Iskandar mengangguk,Elizabeth sekadar menjadi pemerhati.

"Ikhwan Solleh..." Iskandar menoleh ke arah Ikhwan.

"Ya tuan?" Ikhwan menunggu kata-kata Iskandar seterusnya.

"Kau ke yang hapuskan Kameel?" Soal Iskandar dan Ikhwan hanya mengangguk.

"Jika kau adalah kelahiran semula generasi aku..Zahhak musuh kamu adalah pewaris kelahiran dia..." jelas Iskandar mendongakkan kepalanya ke atas,masing-masing semua terkejut termasuk Ikhwan dan Alisa mendengar kenyataan Iskandar.

"Zahhak..." ujar Ikhwan berbisik.

"Tuan Raja pertama,pengasas Mentari..Iskandar Al-Muslimin..." Ikhwan menyebut nama penuh Iskandar,kemudian lelaki itu menoleh ke arahnya.

"Dalam masa seminggu negara yang tiada penghuni ni,akan menjadi medan peperangan...jika tuan tidak mahu terlibat pastikan sembunyi tempat yang selamat..." tambah Ikhwan lagi dan Iskandar sekadar tersengih lalu mengangguk faham.

"Boleh saya tanya satu soalan?" Satu suara mencelah dan semua mata memandang ke arah Alisa.

"Alisa?" Ikhwan kehairanan.

"Silakan gadis muda..." ujar Iskandar tersenyum dan dia teringat pada seseorang melihat rupa gadis di hadapannya.

"Semasa tuan memandang saya...tuan ada sebut Aurora...siapa tu?" Alisa menyoal tanpa selindung,Iskandar sekadar tersenyum.

"Dia adalah arwah isteri saya...Aurora Kasem...wajah awak saling tak tumpah seiras dia..." ujar Iskandar.

"Dia...."

"Permaisuri pertama bagi negara Mentari...Aurora Ibanez Kasem...kuasa sama seperti awak.." ujar Ikhwan menerangkan bagi pihak Iskandar,Alisa mengangguk faham.

"Woo...ini kebetulan ke pe...?" Luqman kehairanan.

"Kenapa pula bang?" Aminudden pula kehairanan.

"Pak cik kita seiras pengasas dan cik Alisa pula seiras isteri pengasas..adakah ini hanya cuma kebetulan?.." jelas Luqman.

"Itu adalah takdir..." ujar Zeo yang dari tadi mendiamkan dirinya sahaja,Luna pula sekadar mendiamkan diri sahaja dan itu memang sikapnya.

"Apa maksudnya?" Soal Stella menoleh ke arah seniornya,ketika itu Ikhwan dan Alisa berbual dengan Iskandar.

"Generasi pertama iaitu generasi Iskandar Al-Muslimin adalah generasi terkuat dalam sejarah kerana kehebatan dan kekuatan pengasas kita...itu,setiap kesatria boleh dikatakan mampu menghapuskan batalion tentera beribu dalam satu hari...malah dalam rekod sejarah ada di sebut...semasa berlakunya perang..Iskandar dan juga pengasas Rembulan yang juga adiknya pernah bersatu tenaga berlawan dengan batalion tentera musuh seperti Kameel..." jelas Zeo dan menarik sebatang rokok,lalu Aminudden menyalakan apinya dan Zeo agak terkejut.

"Hehe..." Aminudden tersengih selamba.

"Hmph..." Zeo senyum dan mencucuh pada api Aminudden,Luna sekadar menggelengkan kepalanya lalu pergi menuju ke arah Ikhwan berada.

"Kak Luna tak suka rokok..." ujar Elizabeth menjeling Zeo.

"Tapi kenapa dia masih hidup lagi? Kekal abadi?" Soal Luqman dan Aminudden memadamkan api di tangan dengan meniupnya.

"Dia panjang umur....kuasa dia memberi kesihatan yang panjang..sehingga sekarang.." Zeo menambah lagi.

"Kekal abadi la eh?" Zeo hanya tersenyum mendengar kata-kata Luqman.

"Panjang umur dengan kekal abadi dua perkara berbeza..." ujar Jamel berjalan ke arah mereka sambil memeluk tubuh.

"Apa maksud abang Jamel?" Soal Stella.

"Kekal abadi...kau bunuh dia berkali pun,dia tetap akan hidup semula..ataupun akan sembuh dengan pantas...sukar..untuk bunuhnya..." kata Jamel dan Jane mengangguk faham.

"Panjang umur ni pula..badan kau je yang sihat dan kuat namun tetap manusia biasa,dan boleh dibunuh...." tambah Jamel dan masing-masing mengangguk faham.

"Jadi kekal abadi dan juga panjang umur dua perkara yang berbeza..." ujar Jamel lagi.

"Ouh....tak sangka abang Jamel tahu mengenai seperti ini..." kata Aminudden.

"Oi putera muda...saya tak fasih English...bukan tak pandai bab fakta dan juga sejarah..." kata Jamel mempertahankan dirinya,Luqman sekadar ketawa melihat reaksi Jamel. Zeo pula ketawa kecil mendengar rungutan Jamel,yang lain hanya menekup mulut menahan ketawa.

"Huh? Hey guys....tengok sana..." ujar Jane menuding ke arah satu tempat.

"Wha..?" Luqman terkejut dan Aminudden tersengih teruja,Jamel turut melakukan reaksi yang sama.

Mereka melihat Ikhwan dan Iskandar berpandangan satu sama lain,mereka mengeluarkan aura daya bunuh yang kuat. Zeo sekadar mendiamkan dirinya,Luna pula berundur ke belakang bersama Alisa. Ikhwan menurunkan kotnya dan diletakkan di tepi,tali leher ditarik lalu turut meletakkan pada tempat yang sama.

"Kau serius huh?" Iskandar tersengih.

"Berlawan dengan pengasas negara..itu perlu.." balas Ikhwan bersedia dengan membuka kekuda.

Suasana menjadi senyap sunyi sepi,hanya kedengaran bunyi air terjun di hadapan mereka berdua. Alisa dan Luna memandang dengan debaran begitu juga Zeo,Jamel menarik nafas dan menghembuskan perlahan-lahan. Luqman dan Aminudden berpandangan kemudian menoleh semula ke arah bapa saudaranya,Jane dan Stella serta Elizabeth tidak mahu bersuara takut mengganggu Ikhwan dan Iskandar.

"Kenapa tak mahu serang?" Soal Iskandar dan Ikhwan hanya tersenyum.

"Memang nak serang tapi tak tahu nak mula dari mana....sebab kesemua titik nak serang kau sudah tutup..." ujar Ikhwan dan Iskandar sedikit terkejut,kemudian tersenyum dan ketawa kecil.

Ikhwan sekadar tersengih dan terus menyerbu ke arah Iskandar,lalu dihayunkan penumbuk ke arahnya namun ditahan menepis menyebabkan Ikhwan ke hadapan. Iskandar mengepalkan penumbuk dan Ikhwan pula sedar tindakannya,dengan pantas dia terus berpusing dan melakukan serangan menggunakan siku. Iskandar segera dengan pantas menahan serangan Ikhwan,kemudian terseret beberapa meter ke belakang. Mereka yang menjadi penonton tercengang,Iskandar tersenyum gembira dan menyedari Ikhwan sudah meluru ke arahnya.

"You're totally my true successor..."

"Heh...and you is only our great ancestor..Dragon Claw!!"

"Tumbukan Giga..."

DUSHH...!!!!!

ZUWOSSHHHH!!!

Lagaan akibat impak dari tumbukan dua pihak menghasilkan tekanan yang amat kuat,Jamel dan Zeo tergamam manakala Alisa serta Luna melindungi mata mereka dari terkena habuk yang berterbangan akibat pertembungan dua orang tersebut. Kelihatan Ikhwan dan Iskandar tersenyum sambil berbalas renungan,penumbuk mereka yang bersentuhan dijarakkan perlahan-lahan.

"Heh...hmph!!" Ikhwan tersengih lantas melakukan serangan kaki dengan pantas.

"Hehe..." Iskandar turut berbuat perkara yang sama.

DUSYUMMM...!!!

ZROUSHH...!!!!

Asap tebal terhasil daripada lagaan kuasa aura dari sepakan tersebut,Ikhwan hanya memerhatikan keadaan kawasan dipenuhi asap yang tebal. Kemudian dengan tanpa sempat dia melakukan apa-apa,Iskandar muncul dengan sepantas kilat dan terus meluru serta menumbuk perutnya dengan kuat.

"Gahak...!!!" Ikhwan mengerangkan kesakitan,dia berundur beberapa langkah ke belakang. Alisa tergamam begitu juga Luna serta Zeo,tidak terkecuali Jamel,Jane,Stella,Elizabeth dan Luqman serta Aminudden.

"Takkan baru sakit sikit dah mengalah kot...?" Iskandar melakukan serangan susulan,dan penumbuknya begitu hampir ke arah wajah Ikhwan. Terukir senyuman pada mulutnya,dengan pantas juga Ikhwan memegang pergelangan tangan Iskandar.

"Huh?" Iskandar terkejut sedikit dan Ikhwan menggayakan tangannya seperti menembak,Iskandar dan yang menyaksikan perlawanan itu tertanya-tanya apa maksud tindakan Ikhwan itu.

"Flame Shoot OVERDRIVE..!!"

BOOOMMMM...!!!!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top