CHAPTER 86 : ANCESTOR

Para kesatria negara Mentari gigih menjalani latihan hasil latihan Reezal sebagai Komander tentera,Raffie memberi bantuan dalam latihan manakala Yusri pula memeriksa setiap data yang digodam untuk maklumat bagi Black Cobra. Dia tersenyum kerana membaca sesuatu yang menarik dari dalam komputer super miliknya,Reena pula melatih skuad barunya dan dipenuhi dengan ahli wanita. Elena dan Raven membantunya,ada juga yang suka mendekati Raven ketika waktu rehat mereka. Elena mengembungkan pipinya tanda protes dan dipujuk oleh Reena,Solleh pula sibuk mengatur strateginya dan ditemani oleh isterinya iaitu Rumina.

"Bagaimana keadaan sini Jamel?" soal Ikhwan ketika itu berada di tengah tanah lapang.

"Hmm...tiada sebarang masalah rasanya..." jawab Jamel dan Ikhwan berjalan sekeliling kawasan tersebut,Alisa dan Jane menjadi penonton sahaja.

"Pak cik!" Aminudden memanggilnya daripada jauh,Ikhwan bergegas berlari ke arahnya.

"Kenapa Luqman? Aminudden?" Ikhwan menyoal dan Luqman menuding ke arah bawah,kelihatan beberapa makhluk aneh berkeliaran.

"Jadi negara yang ditinggalkan ni tiada langsung penduduk la?" Ikhwan menduga dan Z muncul dari belakang,Ikhwan hanya menghela nafas mengeluh.

"Jangan terlalu cepat membuat keputusan...." ujar Z dengan wajahnya yang serius,Ikhwan sekadar terdiam begitu juga dua orang anak saudaranya.

"Jadi apa pendapat kau mr.obvious?" balas Ikhwan memeluk tubuhnya,Alisa pula ketika itu menyedari sesuatu dari belakang lalu menoleh serta terkejut.

"Minotaur?" ujar Alisa tergamam dan Jane menoleh,Jamel sedar kehadiran makhluk separuh lembu dan manusia.

GROAAHH!!!!

"Huh?" Ikhwan serentak menoleh bersama yang lain ke arah di mana jeritan itu datang,kelihatan Jamel menahan serangan seekor minotaur.

"Jamel!" Jane mula risau.

"Jane bawa miss Alisa dari sini!" Arah Jamel.

"Tapi awak..."

"Cepat..!!!"

Jane terkejut apabila Jamel menjerit,dia segera menarik Alisa untuk berlari ke arah Ikhwan berada. Jamel tersengih dan mengeluh perlahan,menyesal kerana tinggikan suara pada orang yang dia sayang. Kemudian dia sedar minotaur itu cuba menghayunkan tangan sebelahnya,dan Jamel berundur ke belakang dengan pantas.

"Sikit lagi nak jadi penkek.." ujar Z bersiul kagum,Ikhwan hanya mendiamkan diri melihat pertarungan itu.

"Ohoo....main kasar ha?" Jamel berkata dengan selamba,minotaur itu berlari ke arahnya dan Jamel menarik kakinya.

"Nah!"

DUSH!!

Satu sepakan padu mengenai muka minotaur tersebut lalu terseret ke belakang,tidak lama makhluk itu memandang ke hadapan semula dengan muka bengis. Air liur mula keluar sebaik dia mengangakan mulutnya,Jamel menunjukkan muka reaksi geli dengan air liur.

"Ek eleh geli la sial!" Jerit Jamel menyepak dagu makhluk tersebut,sehingga terdongak kemudian serangan Jamel tidak terhenti di situ.

"Tujahan Harimau!!"

DUSH! DUSH!!

Sepakan menujah mengenai perut minotaur itu dengan dua kali tujahan,makhluk itu menahan senak kemudian dia sedar Jamel sudah berada di hadapannya dengan kakinya menegak. Makhluk itu kaku tidak sempat berbuat apa-apa,Jamel hanya menyeringai mukanya teruja.

"Muka abang Jamel memang macam tu ke?" Soal Alisa dan Jane sekadar tersengih ketawa kecil.

GROARR!!!

"DIAMLAH!! HIYARGHH!!!" tendangan tepat menghentak kepala minotaur tersebut dan terus menamatkan nyawanya.

"Yeah!" Luqman dan Aminudden menjerit teruja,mereka bertepuk tampar.

"You got a strong soldier..." ujar Z.

"They're not my soldier..." Z menoleh ke arah Ikhwan yang menyangkal kata-katanya.

"They're my friends!" Tegas Ikhwan berkata dan Z sekadar mengangkat tangannya tidak mahu berdebat dengannya.

"Mengencess...sangat ambik ubat!" Seloroh Jamel menunjukkan jari tengah pada bangkai makhluk tersebut,Jane menekup mukanya sambil menggelengkan kepalanya.

"Why i'm fall to someone like him?" Jane berkata selamba.

"Aku faham tu!!" Jerit Jamel menoleh ke arah Jane.

"Diamlah!" Balas Jane pula.

"Haih..." Ikhwan mengeluh perlahan dan Alisa menghampirinya.

"Sixth..." kedengaran suara menegur di alat komunikasi yang dipasang pada telinga.

"Zeo? What it is?" Soal Ikhwan menjawab teguran si pemanggil,Zeo yang bersama Luna dan Stella serta Elizabeth,lokasi berubah pada Zeo.

"Kenapa ada sesuatu ke?" Soal Ikhwan dan Zeo hanya menghela nafas pendek.

"We're in front of some place call ruin..." ujar Zeo.

"Whoa....ruin?" Ikhwan terkejut.

"Yeah...what are we suppose to do?" Soal Zeo bertanyakan soalan.

"Just give a shot...we will be there...don't do anything stupid.." kata Ikhwan dan Zeo hanya mengangguk faham,kemudian dia menoleh ke arah Luna yang bersama dua orang pemanah.

"Lets go check inside..." ujar Zeo dan mereka mengangguk faham.

"Kenapa Ikhwan?" Alisa menyoal dan Ikhwan sekadar mengusap kepalanya.

"Guys Zeo jumpa Ruin.." ujar Ikhwan menoleh ke arah yang lain.

"Ruin? No wonder...this is nation once upon time.." ujar Z tersenyum.

"English....okay keenam..kita nak ke sana ke?" Soal Jamel dan Ikhwan tersenyum.

"Okay tak payah tanya...dah tahu jawapannya.." Jamel sudah dapat mengagak jawapan Ikhwan.

"Bagus...jom gerak..." ujar Ikhwan bersama Alisa,Luqman dan Aminudden serta yang lain mengangguk faham.

"Whoa...this place so dark inside..." ujar Elizabeth berbisik dia memeluk lengan Luna.

"Hey you are elit...at least show some courage will ya?" Kata Stella bengang,Zeo sekadar menyalakan api keemasannya menerangi kegelapan dalam Ruin tersebut.

"I can see the light..." ujar Zeo melihat cahaya,sedikit demi sedikit mereka semakin hampir dan..

"Wha....this can't be real..." ujar Elizabeth tergamam dan Stella menunjukkan reaksi yang sama.

"Waterfall inside Ruin?" Zeo bermonolog sendirian.

"Everyone...get down..." ujar Luna menyedari kehadiran seseorang,mereka terus ditarik meniarap.

"Apa hal ni...." Stella tidak puas hati sebelum menghabiskan ayatnya,Zeo menutup mulutnya.

"Shh...sana.." kata Zeo.

"Hmph...hmph..." Stella cuba berbicara namun sukar.

"Huh?.." Zeo kehairanan.

"Umph...hmph!!" Stella menunjukkan tangan Zeo yang menekup mulutnya.

"Ouh sorry..." ujar Zeo dan melepaskan tangannya.

"Ha...hurm?" Stella menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Zeo.

Seseorang sedang berjalan perlahan menuju ke arah air terjun,rambutnya berwarna biru bersinar dan pemuda itu berpakaian gaya yang amat berlainan. Seperti pakaian dinasti Qin negara china,rambutnya sahaja pendek dan Zeo menyedari sesuatu lalu memeriksa sesuatu telefon pintar. Luna hanya memerhatikan gelagat suaminya,pemuda itu pula wajahnya sukar dilihat kerana membelakangkan mereka.

"Dapat!" Zeo berkata teruja namun masih berbisik.

"Kamu semua tengok ni..pakaian lelaki itu sama seperti zaman tahun era raja kedua memerintah..." ujar Zeo dan mereka bertiga terkejut,kemudian mereka menoleh ke arah lelaki tersebut.

"Jadi siapa lelaki tu?" Stella menyoal dan Zeo hanya mendiamkan diri sahaja.

"Guys? Dia pusing ke arah sini..." Elizabeth memberi amaran,mereka cepat-cepat menunduk namun Zeo mengintai dan dia tergamam.

"Sixth?" Zeo tergamam melihat lelaki itu memiliki rupa yang serupa Ikhwan,namun lelaki itu cuma rupanya lebih matang.

"Awak betul...wajah dia seiras abang..." ujar Luna dan abang itu dia maksudkan adalah Ikhwan.

"Tapi dia bukan Sixth...sebab daya ki berlainan..." ujar Stella dan Zeo hanya mendiamkan diri,kemudian dia berdiri dan lelaki itu sedar kehadirannya kemudian sekadar tersenyum.

"Zeo?" Luna kehairanan dan memerhatikan Zeo yang turun ke bawah,kemudian mendekati lelaki itu.

"Jarang ada pelawat...apa khabar?" Soal lelaki itu tersenyum tenang,Zeo hanya mendiamkan diri dan memerhatikan riak air muka lelaki saling tak tumpah sama dengan Ikhwan.

"Jawab la sesuatu...awak tak bercakap macam saya ni cakap seorang diri..." ujar lelaki itu tersengih.

"Maaf...." Zeo menunduk dan lelaki itu kehairanan.

"Hah?" Lelaki itu tidak faham dengan maksud Zeo,Luna yang memerhatikan dari atas sekadar mendiamkan diri. Stella dan Elizabeth turut sama tidak bersuara.

"Just wanna confirm something..." ujar Zeo sebelum mengangkat tangannya dan menyalakan api emasnya.

"Hmm...." lelaki itu sekadar tersenyum dan menurunkan tangannya ke bawah.

Zeo terus meluru ke arah lelaki itu dan menumbuk,namun ditahan dan Zeo terkejut apabila lelaki itu menahan api emasnya dengan tangan kosong sahaja. Tetapi Zeo sedar sesuatu lantas berundur ke belakang,menyedari tangan lelaki itu diselubungi aura ki yang mampu memotong apa sahaja. Zeo tersenyum dan menyalakan api pada kedua tangannya,api menyala dengan membara dan terima kasih pada professor Zahari kerana menciptakan sarung tangan khas yang mampu membuatkan dia menggunakan api emas tanpa mencederakan dirinya.

Zeo memejamkan matanya menumpukan kuasanya,lelaki itu sekadar tersenyum tenang. Sebaik sahaja matanya dibuka,Zeo terus meluru ke arahnya dan menyerang,setiap serangan Zeo ditahan kemas oleh lelaki itu dengan mudah. Kemudian Zeo menyerang dari satu sudut titik buta,namun lelaki mampu mengelak dengan pantas.

"Boleh tahan....serang titik buta saya,tapi saya dah berlatih lama...jadi bukan masalah untuk mengelak.." ujar lelaki itu dan Zeo terus meluru ke arahnya.

"Burning Fist!!" Serangan Zeo semuanya ditujukan pada muka serta badan,namun lelaki itu tetap menepis serta mengelak dengan mudah.

"Hah!!!" Zeo terus melakukan serangan deras.

"Hmph!" Lelaki seiras Ikhwan tersenyum seketika,kemudian air mukanya berubah serius dan Zeo menyedari daya bunuh yang amat kuat. Lantas dia berundur ke belakang,lelaki itu yang air mukanya serius tersenyum semula.

"Bagus...kau tahu elak dari bahaya..." ujar lelaki itu.

"Zeo!" Luna terus bangun dan mendapatkan suaminya.

"Senior!" Stella dan Elizabeth menyusul.

"Seperti yang aku agak..." satu suara menegur dari belakang Zeo dan tiga yang lain.

"Ouh....." lelaki itu tersenyum melihat orang yang menegurnya.

"Sixth..." Stella berkata perlahan,Alisa terkejut melihat rupa lelaki itu.

"Woo...." Jamel tersengih dan Jane hanya tercengang.

"Doppelganger?" Ujar Luqman memandang lelaki itu kehairanan,Aminudden sekadar mengusap belakang kepalanya.

"Sudah berdekad ya...?" Soal Ikhwan berdiri di sebelah Zeo,Alisa tidak henti-henti melihat Ikhwan dan lelaki itu.

"Aurora....." ujar lelaki itu memandang Alisa.

"Siapa dia Sixth..?" Soal Stella.

"He is our ancestors....Iskandar Al-Muslimin...." ujar Ikhwan tenang.

"HAH??!" Jerit mereka serentak dan Ikhwan hanya menutup telinganya.

"Hello...." ujar lelaki dipanggil Iskandar itu menyapa.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top