CHAPTER 80 : WRATH OF THE DRAGON
(Jika ingin lihat bagaimana Pyro,tekan pada gambar atas..rasanya Karma aku dah tunjukkan bukan? Macam belum je..)
Ikhwan mengibaskan tangannya dan menggeliat untuk menyegarkan matanya,keadaan perkampungan agak teruk dan mujurlah Hamizi sempat tiba. Dia memulihkan keadaan tanah yang hancur akibat serangan lelaki berambut emas itu. Alisa sekadar memerhatikan sahaja keadaan itu,Ikhwan pula ketika itu membaca doa untuk ketenangan pada mangsa eksperimen. Waktu sudah menunjukkan lewat malam,sekarang ini sudah jam tiga pagi.
"Moga roh kamu dicucuri..rahmat.." Ikhwan menamatkan bacaan doanya.
"Ikhwan?" Alisa menyapa dan Ikhwan kembali bangun,menoleh ke arah Alisa.
"Phew...aku berkejar balik semata-mata nak rapatkan tanah je..serius la korang..." ujar Hamizi mengeluh.
"Relax la..kau lama-lama kat oversea buat apa?" Ujar Rasyid tersengih.
"Urusan kerja la kau ingat aku melancong ke pe?" Hamizi menjelingnya dan Rasyid hanya tersengih,Syafina sekadar menggelengkan kepalanya. Taufeq dan Soufy berpandangan,Farhan pula yang sekadar menjadi penonton.
"Hmm...." Ikhwan memerhatikan sesuatu.
"Kenapa ni?" Soal Alisa.
"Farhan!" Jerit Ikhwan dan Farhan segera ke arahnya,Alisa masih tidak faham. 5 Element Knights yang ada terkejut dengan jeritan Ikhwan memanggil nama Farhan.
"Kenapa tu?" Soal Hamizi.
"I don't know..." jawab Rasyid.
"Like a serious matter...." ujar Syafina.
"Kita tengok je la dulu..." ujar Taufeq sambil memeluk tubuhnya.
"I don't know Taufeq...when Ikhwan make a face like that..something not good will happen.." ujar Soufy dan Taufeq hanya mendiamkan dirinya sahaja.
"Alisa awak nampak arah saya pandang ni? Tolong amati betul-betul.." ujar Ikhwan pada Alisa.
"Huh? Ba..baiklah..." biarpun masih kurang faham,Alisa terus melakukan apa yang dipinta oleh Ikhwan. Sebaik dia memfokuskan matanya,dia terkejut apabila lelaki yang berambut emas menuju ke arahnya. Apa yang mengejutkan dia adalah lelaki itu datang bersama sebuah kapal armada,dan Alisa menoleh ke arah Ikhwan semula.
"Bagaimana?" Soal Ikhwan dan Alisa mengangguk kepalanya,sebenarnya Ikhwan sudah nampak namun dia perlukan Alisa untuk memastikan apa yang dia nampak.
"A god with help battleship huh?" Ujar Farhan tersenyum,dan Ikhwan hanya menghela nafas lemah.
"Ha...aku tengah tak ada mood ni.." ujar Ikhwan meletup jari-jemarinya,Farhan faham benar perangai sepupunya itu sekadar tersengih.
"Bertenang bro..cool..." ujar Farhan memegang bahu Ikhwan.
"Aku tengah cool la ni kan?" Ujar Ikhwan dan menuju ke arah lima orang sahabatnya,mereka hanya memandang Ikhwan yang menuju ke arahnya.
"Kamu berlima tolong pertahankan kampung ni..aku,Alisa dengan Farhan akan uruskan kapal tu..boleh?" Ujar Ikhwan memberi arahan.
"Sure..i leave that ship to you..." ujar Taufeq tersenyum.
"Good.." Ikhwan dengan tiba-tiba mengangkat tangan ke arah kapal itu bakal muncul,kemudian satu serangan misteri melanggar dinding lutsinar.
"What?" Rasyid terkejut dan Soufy menyeru pedangnya,Syafina menarik senapang hitamnya. Hamizi pula tersenyum sambil melagakan dua penumbuknya,Taufeq hanya mengecas kuasa kilatnya.
"Nampaknya mamat emas tu dah mulakan serangan.." ujar Ikhwan menjeling ke arah tempat diserang.
"Ha? Ada barriers..!" Lelaki berambut emas itu mengetap gigi kegeraman.
"Alisa..." Ikhwan menoleh ke arah Alisa.
"Ikhwan..." Alisa menunggu kata-kata seterusnya daripada Ikhwan.
"You can catch up my speed?" Soal Ikhwan tersenyum dan Alisa terkejut pada mulanya namun tersenyum selepas itu.
"Don't underestimated your fiancee.." balas Alisa sambil menarik lengan Ikhwan,dan pipinya dikucup.
"Hey..." Ikhwan mengusap pipinya yang dikucup,Alisa sekadar tersenyum manis.
"They forgot we still here.." ujar Rasyid.
"What? Are you jealous....." kata Hamizi menjeling ke arahnya.
Ikhwan dan Farhan berpandangan,Alisa menyeru pedangnya. Ikhwan dengan Karma Fang,Farhan pula dengan Wyvern Sword. Rambut Ikhwan,Alisa dan Farhan serentak berubah warna. Rasyid dan Soufy hanya memerhatikan sahaja,Taufeq memeluk tubuhnya. Syafina dan Hamizi berpandangan kemudian tersenyum. Manakala lelaki berambut emas itu sudah bersiap sedia untuk menyerang,kemudian kedengaran satu suara menyapa.
"Raiden....kau jangan suka sangat..jangan lupa lawan kau tiga dari Lima Naga Elemen..." suara itu berinteraksi melalui kuasa magik.
"Heh..jangan risau ni Raiden...the Lightning God.." ujar lelaki berambut emas yang dipanggil Raiden.
"Don't get to cocky..." ujar suara itu sebelum senyap.
"Yeah...yeah...baiklah..." senjatanya mula mengecas dan serangan dilancarkan,Ikhwan dan Alisa serta Farhan sedar akan perkara itu.
"Lompat!!" Jerit Ikhwan dan mereka bertiga terus melompat.
"Baiklah aku mulakan dulu..." ujar Hamizi dan menghentak kedua penumbuknya ke tanah,serangan Raiden ditahan dengan kemas olehnya.
"Good job Hamizi..." Ikhwan terus menuju ke arah Raiden berada,mereka bertentang mata dan Ikhwan terus meluru ke arah Raiden dengan laju.
"HMPH!!" Ikhwan menghayunkan pedangnya dan Raiden turut menyerang balas..
TANG!!!
ZUWOSSHH!!
Impak lagaan libasan dua kuasa menyebabkan tekanan angin yang kuat,Farhan menangkis setiap serangan yang datang dari kapal armada tersebut. Biarpun susah Farhan masih bersikap bersahaja,pedangnya mula diselubungi putaran elemen angin lalu dihayunkan ke arah kapal armada tersebut. Alisa pula menyeru meriam kepala naga,dan melancarkan serangan susulan.
BOOMMM!!
KZZZTT....
Walaupun dengan gabungan serangan Alisa dan Farhan,kapal tersebut masih gah terbang menuju ke arah perkampungan tersebut. Manakala Ikhwan dan Raiden masih bertempur,lagaan demi lagaan senjata mereka dan menghasilkan percikan api.
TANG! TANG!
ZRANGG!!
ZRANGGG!!
Lagaan senjata Ikhwan dan Raiden itu membuatkan kapal turut menerima kerosakan akibat tekanan kuasa mereka,Raiden berundur ke belakang lalu menarik nafas panjang sebelum dilepaskan dengan kuat. Senjata miliknya yang seakan pedang laser dipegang kemas,kemudian senjatanya yang terapung di belakang disasarkan ke arah Ikhwan.
"Huh?" Ikhwan menyedari dan segera menyeru pedang-pedang yang berpuluh ribu,lalu dibentuk seperti perisai dan Raiden melancarkan serangannya.
"Mati!!" Jerit Raiden sambil melancarkan serangan.
ZROOOSHHHH!!
Ikhwan hanya mampu untuk bertahan,kerana jika dia mengelak habis perkampungan di belakangnya yang dipertahankan akan musnah. Kemudian dengan tiba-tiba Amien Khaizo muncul membuat penampilan sambil tangan kanan angkat ke atas langit,bajet konon bergaya rasanya dan membuatkan Ikhwan melenyapkan ribuan pedangnya tanpa sengaja.
"Amien?" Ikhwan terkejut dan Amien sekadar tersenyum menunjukkan tanda V padanya.
"Let me join you bro...hmph..!!" Ujar Amien menahan serangan Raiden dengan sebelah tangan kiri.
KZZZTTT!!!
Amien hanya tersengih menahan serangan tersebut,Ikhwan memerhatikan sahaja kemudian memeluk tubuhnya. Amien menoleh ke arahnya,Ikhwan seakan faham dan meriam naga diseru. Amien segera menolak serangan tersebut ke atas langit,kemudian letupan yang dahsyat berlaku. Raiden merengus kegeraman merenung pemuda yang menggagalkan serangan dia,Amien tersenyum licik lalu melutut dan Ikhwan yang sudah bersedia dengan meriam naganya.
"What the...." Raiden membulatkan matanya.
"Hey fake God..!!" Jerit Ikhwan.
"Huh?" Raiden memandangnya.
"Take this...." ujar Ikhwan perlahan dan mulut naga itu mula bersinar.
ZUOMMM..!!!!!
"Ouh...shit!!" Raiden tidak sempat mengelak.
BOOMMMMM!!!
Letupan berlaku dengan dahsyat,Amien tersengih gembira menoleh ke arah Ikhwan. Namun Ikhwan menggelengkan kepalanya tanda belum selesai,Amien menyedari kehadiran seseorang lalu menoleh semula ke depan. Asap dan api hasil dari letupan itu sedikit demi sedikit mula lenyap,dan Raiden yang sedang melutut malah dia masih terselamat.
"Siapa kau?" Soal Amien merenung ke arah penyebab Raiden masih terselamat,seorang pemuda berambut merah membelakangkan Raiden tersenyum licik.
"Ron...." Raiden termengah-mengah.
"Aku dah cakap bukan..jangan terlalu yakin..." ujar Ron tidak memandangnya,Raiden terus terdiam.
"One after another one..." ujar Ikhwan merenung ke arah lelaki bernama Ron.
"Aku tak tahu apa tujuan kamu buat semua ni..tapi aku pastikan kamu berdua mendapat pembalasan hari ini..." ujar Ikhwan menyalakan api bara birunya,Ron hanya mendiamkan dirinya membalas renungan mata biru Ikhwan.
"Hmph!" Ikhwan mengibaskan memadamkan api birunya.
"Heh..." Ron senyum sinis.
Ikhwan dan Ron terus bergerak lalu bertembung,mereka berdua menghayunkan penumbuknya dan impak yang kuat menyebabkan kerosakan teruk pada badan kapal. Ikhwan menangkap penumbuk lawannya,Ron terkejut sebelum ditarik dan satu tumbukan tepat mengenai perutnya. Amien hanya menyaksikan pertarungan tersebut,Ron tersenyum sinis sekali lagi dan terus menumbuk tepat ke pipi Ikhwan. Sekali lagi tangannya ditangkap,Ron terkedu apabila dia seperti berhadapan dengan seekor naga buas sebelum penumbuk menghinggap wajahnya dan terpelanting ke belakang.
"Heh.." Ron teruja dan melakukan back-flip,aura gelapnya dikeluarkan dan Ikhwan aura biru bercahaya menyelubungi tubuhnya.
"Hah......" Ikhwan mengumpulkan tenaganya secukupnya,pandangan dia dan Ron bertembung.
"LETS HAVE A FUN!! URGH??" Ron sekali lagi apabila tumbukan Ikhwan sudah mengenai perutnya,Raiden terkejut apabila gerakan Ikhwan begitu pantas. Ron bergerak berundur ke belakang akibat tekanan tumbukan daripada Ikhwan,namun serangan putera itu tidak berhenti di situ.
"Dragon Ancient Fist..." Ikhwan terus melakukan tumbukan tepat ke muka Ron,dan serangan lutut pada perutnya. Serangan kaki dan tangan berubah mengikut giliran,akhir sekali kedua telapak tangannya dilekapkan pada perut Ron sekali lagi.
"Apa.....?" Ron tidak mampu melawan.
"Dragon Burst!!" Serangan bertemakan tekanan ki dilakukan,dan Ikhwan menghulurkan sekali lagi tapak tangannya untuk penambahan.
"One Inch!!" Ron tercampak laju ke belakang,Raiden segera melompat dan menyelamatkannya.
"Waa....dapat lihat serangan penamat terulung milik Ikhwan...aku memang bertuah..." ujar Farhan melihat dari udara,Alisa terasa kagum.
"Apa nama serangan itu?" Soal Alisa dan Farhan tersenyum.
"Wrath of the Dragon..." ujar Farhan.
"Aku akan ingat ni putera bongsu...ba..baik kau bersedia..!" Ron memberi amaran biarpun mulutnya sudah berdarah teruk.
"Hmm...." Ikhwan berlari mengejar ke arah mereka,Ron mula menggigil ketakutan.
"Rai.....den.... te....teleport!" Jerit Ron dan Raiden segera mengaktifkan bulatan magik,Ikhwan pula sudah menyalakan api birunya dan melompat ke arah mereka. Namun sudah terlambat apabila mereka hilang,Ikhwan hanya menahan geram dan api birunya semakin marak serta
"DRAGON HORNS!!" Serangan itu menembusi kapal armada tersebut,Amien segera melompat menyelamatkan dirinya dari bakal terkena tempias letupan kapal armada itu.
BOOOMMM...!!!!
"Woo....badass...." ujar Hamizi menyaksikan serangan Ikhwan.
"Dah lama tak nampak skill tu kan?" Soal Rasyid terkejut,Soufy hanya mendiamkan diri sahaja.
"Dalam 9 tahun masa di Akademi Crystals Merongwahsa..." jawab Syafina.
"Yeah...that's true..." ujar Taufeq.
Ikhwan mendarat ke tanah,kapal yang jauh berada di atas meletup dengan kuat. Tekanan angin yang kuat terhasil,Farhan hanya tenang melihat kapal armada yang sedang meletup itu. Alisa pula sudah meramal tindakan Ikhwan seterusnya,lantas Ikhwan mendongak ke atas dan bulatan magis simbol kepala naga serta tulisan purba muncul sebaik dia mengangkat ke atas langit.
"Pyro,Karma..." ujar Ikhwan dan air mukanya masih serius.
"As you wish my lord..." serentak dua naga itu menyahut arahan tuannya.
"Come forth you guys!" Jerit Ikhwan dan bulatan magis menjadi dua,rakan-rakannya yang lain termasuk Alisa terkejut.
"You got be kidding me right?" Farhan berkata seraya tersengih.
"Pyro Knight of Dragon! Karma King of Dragon!" Pyro serta Karma diseru serentak,lantas mereka berdua membuka mulut lalu menembak seumpama meriam.
"TWIN DRAGON BREATH!!" Tembakan tersebut menyerang kapal armada yang sedang meletup tiada henti-henti,sebaik terkena semburan naga umpama meriam. Kapal tersebut terus hancur menjadi debu,sebaik selesai melakukan tugas mereka lantas berubah menjadi cahaya dan masuk kembali ke dalam tubuh Ikhwan.
"Dua naga dalam tubuh dia?" Amien terkejut dan tersengih lalu ketawa kecil.
"That's we called a Wrath of the Dragon..." ujar Farhan tersenyum gembira sambil memeluk tubuhnya,Alisa turut sama tersenyum menoleh ke arah Ikhwan.
"Ikhwan....."
Okay guys...sorry for the delay,otak ada blank sikit...and please komen and vote..
Thanks for your support!!
(Bow)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top