CHAPTER 8 : GIANT ROBOT
Cover atas tu jangan difikirkan sangat,sebab Ikhwan dengan Alisa ada gak dalam scene ni. Tapi cuma complaints Ikhwan pasal tiga beradik itu.
Luqman melihat beberapa orang berpakaian seperti askar,dengan jelas dia dapat menyedari kehadiran aura yang kuat dari jauh. Nabill dan Aminudden turut sama merasainya,Intan memegang badan abangnya takut dengan tekanan kuasa yang kuat.
"Aish..mesti diorang dah perasan pasal robot tadi..'' ujar Nabill memaksudkan semasa dia menembak robot tadi.
"Bagaimana dengan aura negatif ni?" Soal Aminudden bangun dari duduknya.
"Rasanya itu kena tunggu,kita kena beredar..." ujar Nabill mengaktifkan kuasanya,dua pucuk pistol moden muncul di kedua tangannya,dan segera keluar dari bilik itu.
"Korang gerak dulu..." Luqman mengarah dan dua orang adiknya,mengangguk dan segera keluar kemudian Luqman menyusul selepas melihat sekumpulan orang itu hampir ke arah rumah yang dia berada sekarang.
Luqman akhirnya tiba di kawasan dapur,kelihatan pintu belakang rumah turut tidak berkunci. Lantas mereka pantas beredar meninggalkan rumah tersebut,sekumpulan orang seperti askar itu tidak menyedari kehadiran mereka.
Nabill memerhatikan sekumpulan askar itu yang sedang memeriksa sekitar kawasan kampung,dia dan yang lain berjaya ke kawasan tinggi dan berbukit. Sudut yang tinggi memudahkan Nabill melihat pergerakan kumpulan askar itu,Luqman turut memerhati di sebelah Nabill.
"Jadi macam mana? Kita kena balik?" Soal Aminudden duduk memerhatikan askar-askar itu sambil mencangkung,Intan hanya melihat dan mendiamkan diri.
"Susah juga...kereta abang ada di hadapan pintu pagar kampung.." kata Nabill menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Dia orang perasan ke?" Soal Intan menjengah ke bawah,mengintai sekumpulan askar itu.
"Tak diorang tidak akan perasan...sebab semua teknologi yang ada pada kereta abang amat canggih...harga spare part pun tak kurang hebat...err." kata Nabill yakin dan kemudian menunduk kepalanya.
"Rush aje la...gatal tangan dah ni...!" Ujar Aminudden geram.
"Bertenang....mereka cuma buat tinjauan sahaja tu.." Nabill lantas memegang bahu Aminudden.
"Betul tu Min...ada baiknya kita tunggu.." kata Luqman menyokong kata-kata Nabill.
"What? Come on..." keluh Aminudden segera bergerak mendaki kawasan berbukit itu,Intan hanya menggelengkan kepala sahaja melihat perangai abang keduanya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Ikhwan duduk di balkoni biliknya,dia memandang ke arah di mana Kampung Bulan berada. Terdetik kerisauan pada tiga anak saudaranya,entah kenapa Intan boleh ikut sekali. Alisa yang berada di dalam bilik,hanya melihat sahaja gelagat Ikhwan. Dia kemudian bergerak keluar dan berdiri bersebelahan Ikhwan,kepalanya di letakkan pada bahu kanan Ikhwan.
"You worried about them?" Alisa seperti faham apa yang difikirkan oleh Ikhwan.
"Nabill i'm not worried at all..but just my nephews" balas Ikhwan mengalihkan tangannya,dan memaut bahu Alisa.
"You're nice uncle...you know that?" Kata Alisa masih menyandarkan kepalanya pada bahu Ikhwan.
"Uncle huh? Sound like i'm old..." Ikhwan berseloroh.
"It's suit to you..." kata Alisa tersenyum,dan Ikhwan sekadar menggelengkan kepalanya.
"Just kidding...." tambah Alisa dan Ikhwan tersentak terkejut.
Pandai pula minah ni buat lawak...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Sekumpulan askar akhirnya beredar sebaik tiada apa-apa yang mereka cari,Nabill dan tiga beradik itu menarik nafas lega. Nabill menuruni kawasan berbukit itu,meninggalkan tiga beradik itu kemudian memeriksa serta memastikan jika kumpulan askar itu benar-benar beredar.
Nabill mengeluarkan satu alat seperti alat kawalan,kemudian ditekan pada suisnya terpampang skrin. Malah menunjukkan gambaran di mana terlihat sekumpulan askar itu,bergerak meninggalkan kampung melalui pintu pagar belakang kampung tersebut.
"Wha.....cool,a camera...where you put? When?" Soal Intan ingin tahu,Nabill yang terkejut dengan tiga beradik itu tiba-tiba sahaja menegurnya,sekadar meletakkan jari pada bibirnya.
"Sekejap..." ujar Nabill dan menekan satu butang pada alat kawalannya,kemudian gambaran video kamera bertukar tempat. Apa yang membuatkan mereka hairan,ia mula bergerak memasuki pintu pagar belakang kampung.
"Abang kawal apa ni?" Soal Intan lagi.
"Kereta abang..." sebaik mendengar jawapan Nabill,kedengaran bunyi tayar kereta bergolek. Camouflage yang menutup kenderaan Nabill mula hilang,dan muncul Mitsubishi Evo 10 yang dalam bentuk 4 Wheel Drive.
"Dah macam kereta remote control pun ada..." Aminudden berkata selamba sebaik melihat kereta itu diletak tepi,lebih tersembunyi dan camouflage diaktifkan semula.
"Okay...mari kita mulakan misi memerhati..." ujar Nabill menyimpan semula alat kawalannya.
Mereka berempat memulakan misi memerhati,mereka bergerak dengan dua kumpulan. Intan mengikut Nabill,Luqman sudah semestinya bersama Aminudden. Matahari sudah tinggi menegak di atas kepala,disebabkan musim panas bahang semakin kuat terasa.
"Besar gak kampung ni..." kata Luqman melihat dari kawasan yang agak tinggi,Aminudden pula tidak habis-habis mengeluh.
"Pergh...panas siak!" Omel Aminudden sendirian,Luqman sekadar melihat gelagat adiknya dan menggelengkan kepalanya.
"Kau tercegat apa kat situ? Cepatlah!" Tegur Luqman sambil melangkah ke hadapan,Aminudden cepat-cepat mengekori dari belakang.
"Kalau ye pun tunggu ler..." bebel Aminudden sambil berjalan bersebelahan Luqman.
"Kau tu yang lembap sangat..." kata Luqman selamba.
"Kau lain la,guna kuasa kilat boleh la.."
"Eh....kau apa hal? Tak puas hati?"
"Panas kau tahu tak? P.A.N.A.S,PANAS!"
"Aku tahu eja la! Tak payah la cakap macam tu!"
Sedang mereka bertelagah satu sama lain,muncul satu robot tempur saiznya begitu besar,malah sama tinggi dengan bangunan kompleks dua tingkat. Luqman dan Aminudden yang sedang berperang mulut terdiam,mendongak melihat pada robot tersebut. Kemudian robot itu menyedari kehadiran mereka,lantas mengunci sasaran.
"Mak aih...besarnya..." ujar Aminudden.
''Besar teramat...." Luqman mengangguk.
"Err...bang...?"
"Ye....Min?"
"Rasanya kita patut buat kan?"
"Yes...for our sake......"
"Kita patut LARRRRRIIIIII!!!!!!" Ujar Aminudden melarikan diri,Luqman turut mengikutnya lari.
"Yeah! I'M THINKING THE SAME THING!!" Jerit Luqman.
Robot itu melancarkan serangan peluru berpandu ke arah mereka,kemudian Luqman dan Aminudden mengelak setiap serangan yang diberi. Peluru berpandu tetap dilancarkan,dan ini menjengkelkan Aminudden lalu dia mengaktifkan api merahnya.
"Flame arts style....FEATHERS FLARE!!!" Simbahan api merah yang marak,membuatkan peluru berpandu yang banyak meletup. Kemudian Aminudden menyambung larian semula,Luqman hanya tersengih.
"Hey! Hey!" Jerit mereka sebaik terlihat Nabill dan Intan.
"Huh? Abang berdua ni kenapa? Ehe?" Intan yang ingin marah terus terbantut,Nabill turut terkejut sebaik ternampak robot gergasi mengejar dua beradik itu.

Rupa robot yang serang mereka
Sumber dari Pinterest
"Alamak......" ujar Nabill memegang kepala,tersengih.
"Abis rosak rumah!!" Luqman dah mula menyampah,melihat robot gergasi tu merosakkan rumah dengan melanggarnya. Luqman membrek dan hilang dengan pantas,Aminudden terkejut kemudian sepantas kilat sudah menujah satu tendangan kuat pada robot itu. Tangan Luqman mula mengalir arus kilat,ketika dia masih berada di udara selepas dia menendang robot itu. Walaupun besar saiz robot itu,tidak mengelak ia terseret ke belakang.
"Lightning fists arts..." Luqman merenung tajam,jari digenggam dan hanya dua jari sahaja di keluarkan. Sebelah tangan turut berbuat demikian,lantas arus dialirkan oleh Luqman serta bersedia melakukan serangan.
"Thousands needle!!!" Tusukan jari yang bertalu-talu,membuatkan robot itu semakin terseret jauh ke belakang.
"I'm not done yet...." kata Luqman menggenggam penumbuk tangan kanan.
"RAIKOUKEN!!!"
Nota : RAIKOUKEN : TUMBUKAN PETIR / KILAT
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Macam mana kawan2 sumer okay tak? Scene fight tak banyak pulak,sebab tak kan la nak fight terus...kena la avoid macam misi tu mahukan. Misi meninjau dan memerhati,so akan ada banyak robot muncul.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top