CHAPTER 76 : UNEXPECTED REUNION
Alisa tergamam dan Ikhwan hanya menongkat dagunya,Luqman dan Aminudden berpandangan. Mereka pernah mendengar cerita bapa saudara mereka curi keluar istana,tapi tidak tahu mengenai hal ini. Namun mereka berdua mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja,kereta jenis sport membelok ke satu simpang. Akhirnya mereka tiba di satu halaman yang terbiar usang,di papan tanda bertulis 'Mentari Property'
"Saya masuk ke dalam rumah tu...cuba mencari jika ada yang terselamat..namun hampa.." ujar Ikhwan dan kenderaan miliknya masih menyusuri jauh ke dalam.
"Seramai 46 mayat ditemui...dan identiti mereka tidak dapat dikenal pasti...saya berharap 4 orang yang dikatakan selamat itu adalah mereka.." ujar Ikhwan sebaik menghentikan kenderaan di hadapan rumah agam yang besar,biarpun sudah diletupkan selama 10 tahun rumah tersebut masih lagi megah. Cuma bekas dibakar tetap utuh kesannya.
"Saya berharap...Reyna,Mai dan Harris masih lagi hidup.." ujar Ikhwan merenung ke arah rumah agam yang pernah menjadi rumah kebajikan anak yatim.
"Ikhwan...masa yang berlalu,biarkan berlalu.." ujar Alisa sambil memegang bahu Ikhwan.
"Yeah saya tahu,tapi awak nak tahu? Saya berada di sini semasa rumah itu terbakar,dan mengambil masa yang lama merempuh masuk..." ujar Ikhwan menghampiri rumah tersebut,dinding rumah disentuh lembut.
"46 mayat..? Kalau tidak silap penghuni rumah ni..ada dalam 50 orang bukan pak cik?" Soal Luqman dan Ikhwan mengangguk lemah.
"Tapi satu sahaja kemusykilan ni...macam mana mimpi tu boleh ada seorang lelaki berhud?" Ikhwan berfikir mencari jawapan,Aminudden ketika itu seperti terlihat satu kelibat.
"Hey..korang,shh..." Aminudden memberi isyarat supaya mendiamkan diri masing-masing.
"Kenapa ni Min?" Soal Luqman.
"Macam ada orang perhatikan kita je la..." ujar Aminudden memerhatikan keadaan sekeliling.
"Perasaan ko je kot..." ujar Luqman pula.
"Pak cik rasa tak...sebab daya ki ada di sekeliling tempat..." Ikhwan mencelah dan Luqman menoleh.
Ikhwan berjalan mendekati kawasan dinding,dan menyusup perlahan-lahan lalu mengintai ke belakang rumah agam bekas tempat kebajikan Alisa,Luqman dan juga Aminudden menyusul. Dua orang pemuda kelihatan memeriksa sesuatu,apabila diamati betul-betul Ikhwan mengenali mereka.
"Button brothers..." kata Ikhwan
"Diorang lagi..." ujar Luqman.
"Tapi mereka cuma berdua sahaja.." kata Aminudden pula.
"Seorang lagi kena teruk dengan pak long korang..." jawab Ikhwan memerhatikan Jeff dan Dean.
"Eh? Bila kenanya?" Soal Aminudden.
"Yang masa ayah korang pergi negara Rembulan tu..diorang menguruskan eksperimen manusia.." ujar Ikhwan menjelaskan.
"Ouh...." Luqman dan Aminudden mengangguk faham.
"Tapi apa yang mereka buat di sini? Huh?" Ikhwan memerhatikan Jeff dan Dean,kemudian seseorang datang melangkah ke arah mereka.
"Dia...? Tak mungkin..." Ikhwan terkejut apabila mengenali orang yang menghampiri dua orang Button bersaudara.
"Tuan Kennedy..." ujar Jeff menoleh ke arah lelaki bernama Kennedy itu,Dean sekadar menghela nafas pendek.
"Bagaimana?" Soal Kennedy.
"Tak ada yang boleh kita ambil tuan...semua tempat hanya arang sahaja tuan.." jawab Jeff menunjukkan keadaan sekeliling.
"Bagaimana kawasan dalam rumah?" Soal Kennedy lagi.
"Tak boleh masuk tuan..macam ada barriers menghalang.." kata Jeff lagi,Dean hanya mendiamkan diri sahaja.
"Hmm...." Kennedy menghampiri rumah tersebut,dia mengetuk sesuatu.
"Yeah ada pelindung..." ujar Kennedy sebaik menyedari seolah-olah ada dinding lutsinar.
"Hmm...kau mesti boleh matikan pelindung ni bukan?" Ujar Kennedy tersenyum.
"Tak boleh tuan ini pelindung dari kerabat diraja.." jawab Jeff lagi.
"Aku tidak tanya kau la..." ujar Kennedy.
"Huh?" Jeff dan Dean kurang mengerti,kemudian kedengaran tapak kaki melangkah keluar dari sebalik dinding rumah itu.
"Sixth prince...!!" Serentak dua bersaudara menjerit.
"I knew it..." ujar Ikhwan merenung ke arah lelaki,di belakangnya Alisa,Luqman dan Aminudden menyusul.
"Its been a while...right.." ujar Kennedy tersenyum.
"Yeah and you dirty face still the same..." kata Ikhwan membalas.
"Ikhwan Solleh..." ujar Kennedy.
"Ken..." kata Ikhwan pula.
"Huh? Siapa dia Ikhwan?" Soal Alisa tidak faham dengan keadaan yang sedang berlaku.
"Huh?" Aminudden dan Luqman berpandangan dengan Jeff dan Dean.
"Kau budak! Aku ada hutang dengan kau!" Jerit Dean menuding ke arah Luqman.
"Ha? Kau siapa?" Soal Luqman memandang pelik ke arah Dean.
"Err...bang sila rujuk chapter satu dalam siri pertama..." ujar Aminudden memegang bahu abangnya.
"Ha....? Ouh..!! Aku ingat kau..masa tu kau teruk kena tibai kan? Sampai adik beradik kau datang nak backups..lepas tu diorang kena tibai dengan pak cik aku...lepas tu.." Dean bengang dengan kata-kata Luqman terus memotong percakapannya.
"Diam la kau! Aku akan habiskan riwayat kau hari ni.." Dean berang.
"Err..bukan 'tamatkan' lagi sesuai ke?" Kata Luqman sambil mengusap dagu,Aminudden menekup mukanya.
"Kau ada partner yang menarik.." ujar Kennedy tersenyum.
"Mereka anak saudara aku..." jawab Ikhwan tenang.
"Sebelah kau tu pula?" Kata Kennedy lagi mengalihkan pandangan ke arah Alisa.
"Ni tunang aku...kau ada masalah ke?" Kata Ikhwan menjawab soalan Kennedy.
"Kau memang kotakan janji..ye serius dengan perempuan di usia 25 tahun.." ujar Kennedy dengan nada memerli.
"Just shut up...what the hell are you doing here..." kata Ikhwan dan ketika itu Stella serta Elizabeth muncul dengan tiba-tiba.
"Stella? Elizabeth?" Luqman dan Aminudden terkejut dengan kehadiran mereka berdua.
"Sixth..." ujar Stella.
"Bagaimana keadaan dalam rumah tu?" Soal Ikhwan.
"Tiada apa-apa yang kita boleh ambil..kesemuanya hanya barang yang telah dibakar.." jawab Elizabeth serius dan Ikhwan mengangguk faham.
"Eh tu Elizabeth ke? Serius tul muka?" Ujar Luqman berbisik pada Aminudden.
"Aku tak nak komen apa-apa...teruk nanti kena.." balas Aminudden.
"Eleh takkan ta-erk!" Satu anak panah melepasi Luqman,terpacak ke dinding dan Luqman menoleh ke arah si pelaku. Elizabeth.
"Told ya..." ujar Aminudden selamba riak air mukanya.
"You so lucky..." Kennedy bersuara dan Ikhwan memandang ke arahnya.
"Apa yang bertuahnya?" Soal Ikhwan merenung ke arah Kennedy.
"Kau dikelilingi orang-orang yang kau sayang...jadi kau tak pernah rasa kehilangan keluarga..." ujar Kennedy memegang kepalanya,dia mengetap giginya dan kebenciannya pada Ikhwan meluap-lupa.
"Tak pernah rasa kehilangan keluarga?" Ujar Ikhwan melangkah ke hadapan,Alisa hanya memerhatikan sahaja.
"Yeah maybe you right..." ujar Ikhwan berhadapan dengan Kennedy.
"What?" Kennedy terasa tekanan daripada Ikhwan.
"But....50 people in Orphans House,they're my family too.." ujar Ikhwan merenung tajam ke arah Kennedy.
"Bullshit..you're not my family!!" Bentak Kennedy berang.
"I pity you..." ujar Ikhwan merenung Kennedy.
"What did you said?"
"I said...i pity you.."
"Diam....." Kennedy mula marah dan auranya mula kelihatan.
"Tidak menerima kebaikan orang,berlagak macam kau sahaja yang bernasib malang..jangan nak jadi macam budak-budak!!" Ikhwan berkata tegas.
"Diam argh!!" Jerit Kennedy meluru ke arah Ikhwan.
DUSH!!!
"Heh..." Kennedy tersenyum apabila Ikhwan terkena tumbukannya,tangannya masih melekat pada pipi Ikhwan.
"Itu je ke kau boleh buat?" Soal Ikhwan tidak kelihatan reaksi mukanya.
"Apa? Argh!" Tumbukan kemas mengenai perut Kennedy,menyebabkan dia berundur ke belakang.
"This situation so nostalgic right? Ten years ago..i hit you in the same spot..." ujar Ikhwan dan wajahnya serius.
"Kau!" Dean menyerang Ikhwan dengan selendangnya,namun sebelum sempat mengenai Ikhwan,Luqman menembak kilatnya lalu selendang menganjal semula.
"Don't interfere..." ujar Luqman.
"Why you...." Dean kegeraman.
"46 dari 50 orang anak yatim...mana lagi 3 orang yang terselamat?" Soal Ikhwan merenung ke arah Kennedy.
"I blow them up.." ujar Kennedy dan Ikhwan mengepal penumbuknya.
"Rey,Mai dan Harris..aku lihat rumah itu meletup dengan mereka..boom!..hahaha.." ujar Kennedy tersenyum lalu ketawa.
"Kau tidak siuman Ken...aku patut bakar kau 10 tahun lepas.." ujar Ikhwan menyalakan api merahnya.
"Hahaha....betul!! Aku memang tidak siuman..semua orang di rumah tu bencikan aku! Semua aku buat tidak kena! Apa sahaja aku buat salah!" Bentak Kennedy.
"Adakah itu sebabnya kau mengikut organisasi bernama Genesis?" Soal Ikhwan.
"Bagaimana kau tahu..?" Kennedy terkejut.
"Jangan pandang rendah pada negara Mentari..maklumat seperti itu adalah senang bagi aku,dan ini.." ujar Ikhwan menunjukkan sekeping gambar,Kennedy terkejut kerana itu adalah gambar dia sedang bertemu Zahhak.
"Aku tahu Black Cobra ada kena mengena dengan Genesis,tapi tidak sangka pula mereka snap gambar kau...ini dinamakan takdir.." ujar Ikhwan lagi dan Kennedy semakin marah.
"You done Ikhwan!!!" Kennedy meluru ke arah Ikhwan dengan laju,namun gerakan Ikhwan lebih pantas.
"Fourth Dimension..."
"Argh!!" Kennedy tercampak ke belakang semula,Dean segera menyambutnya.
"Tuan tak apa-apa?" Soal Dean dan Kennedy mengangguk lemah.
"Kau dengar sini Kennedy..." semua mata tertacap pada Ikhwan,termasuk Kennedy sendiri.
"Kalau aku dapat tahu mengenai eksperimen manusia tu lagi..aku akan pastikan kau tidak akan terlepas!" Tambah Ikhwan lagi.
"Kau memang tak berubah ye..suka menyibuk hal orang lain.." ujar Kennedy sambil mengusap perutnya.
"Ini negara kami...nak buat eksperimen terkutuk tu jangan di negara ni! Jangan cemarkan negara kami!" Bentak Luqman dan Aminudden mengangguk,Elizabeth serta Stella turut bersetuju.
"Like uncle like nephew huh?" Kennedy berkata sinis dan tangannya diangkat ke atas,muncul meriam yang besar. Ikhwan sedikit terkejut,Alisa hanya tergamam begitu juga yang lain.
"Go to hell..." tambah Kennedy lagi
"You wanna kill me huh?" Ikhwan berkata tenang.
"Yeah! Pergi mati la!!" Meriam tersebut melancarkan serangan,Ikhwan memerhatikan sahaja serangan itu dengan tenang.
"Pak cik!" Ujar Luqman cemas,Ikhwan lantas mengaktifkan meriam naganya.
"DRAGON DESTRUCTION CANNON!"
BOOMMMM!!!
Letupan yang dahsyat berlaku,cahaya menutupi kawasan tersebut. Seseorang memerhatikan kejadian itu berlaku,lelaki berhud yang Ikhwan lihat ketika dalam mimpi. Sedikit demi sedikit cahaya hasil pertembungan dua meriam lenyap,dan Ikhwan menyedari Kennedy serta Button bersaudara telah berjaya melarikan diri. Ikhwan diperhatikan oleh lelaki berhud itu,apakah tujuannya? Kawan? Atau lawan?
"Kita akan berjumpa nanti Ikhwan..." sejurus berkata lelaki berhud itu terus hilang bersama cahaya.
"They got away..." ujar Luqman menoleh kiri dan kanan,Aminudden hanya mendiamkan diri sahaja.
"Stella,Elizabeth..." Stella dan Elizabeth menoleh ke arah Ikhwan.
"Kamu berdua boleh pulang dahulu ke istana.." ujar Ikhwan lagi,mereka berdua mengangguk.
"Ikhwan...dia tu Ken ke?" Soal Alisa menghampiri Ikhwan,Stella dan Elizabeth beredar. Luqman dan Aminudden pula meninjau kawasan berhampiran.
"Ye..dan saya tidak sangka,dia terselamat..maknanya..." Ikhwan menoleh ke arah Alisa.
"Maknanya...kemungkinan ada tiga orang lagi yang terselamat.." Alisa menyambung ayat Ikhwan,mereka mengambil keputusan untuk pulang dan Ikhwan memberi arahan pada beberapa kesatria Mentari untuk mengawasi bekas rumah anak yatim ini.
"Ouh ya..apa maksud H.O.H? HOH ke?' Soal Aminudden dalam kereta.
"Haunted Orphanage House...." jawab Ikhwan yang sedang memandu.
"Ouh...ingatkan macam abang Jamel buat tu,hoh..hoh..hoh.." balas kembali Aminudden.
"Apa tu?" Soal Luqman kehairanan.
"Ye la..kan biasa abang Jamel buat macam tu masa hisap rokok tu.." kata Aminudden lagi sambil melakonkan cara menghisap rokok,Alisa dan Ikhwan berpandangan lalu tersenyum.
"Ingat pebenda la....." jawab Luqman lemah.
Hachiu!!
Jamel mengesat hidung dan terpinga-pinga,Jane hanya memerhatikan sahaja reaksi Jamel.
"Selsema?" Soal Jane.
"Tak kot..tapi macam orang mengumpat pasal saya.."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top