CHAPTER 71 : SIBLING TROUBLE
Gambar di atas adalah shopping mall Luqman dan Aminudden berada.
Taman Bunga Mentari
"Err...macam ni ke?" Soal Alisa yang sedang belajar menanam bunga.
"Ha...macam tu la...pandai Alisa belajar.." ujar Reena tersenyum memerhatikan bunga yang ditanam oleh Alisa.
"Selama ni siapa yang uruskan taman bunga ni?" Soal Reena.
"Bonda kita yang uruskan..." Intan mencelah dari tepi,orang yang dia maksudkan adalah Razeedah.
"Eh ye ke?" Reena bagai tidak percaya,Intan mengangguk.
"Bonda kata sayang biarkan..jadi dia uruskan,saya pun tolong juga tahu?" Ujar Intan lagi.
"Terima kasih Intan..." kata Reena sambil mengusap kepala Intan.
"Abih akak ni tak nak ucap terima kasih ke?" Razeedah mencelah tiba-tiba,tidak perasan dari mana muncul.
"Eh..kak mana ada macam tu..." ujar Reena tersenyum.
"Hee....akak gurau je..bagus Reena dah balik.." kata Razeedah tersenyum ceria.
Mereka berbual sambil bergurau,dan Alisa sebagai penonton kerana dia tiada perkara ingin dibualkan. Intan hanya memerhatikan perbualan bondanya dengan Reena. Intan menoleh ke arah Alisa yang tersenyum melihat perbualan mereka,lengan baju Alisa dicuit oleh Intan.
"Hmm? Kenapa Intan?" Soal Alisa.
"Mana pak cik Ikhwan?" Intan menoleh kiri dan kanan.
"Ye la..baru perasan,tadi dia main dengan Qisya...mana pula adik kita seorang ni?" Soal Reena sebaik menyedari ketiadaan Ikhwan.
"Ada tu ha..." ujar Razeedah menuding satu arah,mereka memandang serentak ke arah Razeedah maksudkan.
Mereka berempat tersenyum serentak apabila kelihatan Ikhwan sedang lena di kerusi malas,bersama Qisya turut tidur di dakapannya. Alisa tersenyum melihat Ikhwan yang sedang lena itu,Qisya dipeluk oleh Ikhwan. Wajahnya yang lena bagaikan tiada kerisauan,tiada bebanan yang dihadapinya.
Cip! Cip!
Burung berkicauan membuatkan Ikhwan semakin lena,tidurnya sambil tersenyum. Seolah-olah tiada sebarang tekanan yang dihadapi,Alisa menghampiri Ikhwan yang lena. Razeedah dan Reena berpandangan,Intan sekadar tersenyum dan Alisa memerhatikan ruang sebelah kiri Ikhwan. Ada ruang yang cukup untuknya,kemudian dia segera mengambil tempat tersebut.
"Err...nak biarkan je ke?" Razeedah menyoal dan Reena hanya menggelengkan kepalanya.
"Biarkan saja la...mereka berpelajaran..Ikhwan tidak akan buat apa-apa.." balas Reena dan Razeedah hanya tersengih sahaja.
"Ouh ye...mana Luq dan Am? Tak nampak pula mereka..." soal Reena menoleh ke arah Razeedah.
"Abang pergi shopping mall..." jawab Intan di pihak bondanya.
"Eh?" Reena mengangkat sebelah keningnya.
"Haih budak bertuah tu...tahu saja la.." balas Razeedah menggelengkan kepalanya sahaja,Intan hanya tersenyum dan Reena pula sekadar mengangkat bahunya.
"Hoah...." Aminudden menguap panjang berjalan kawasan membeli-belah bersama Luqman.
"Hey kau muka kenapa? Semangat la sikit!" Kata Luqman menepuk bahunya.
"Kau la...yang tarik aku datang sini kenapa? Sedap tido kot..." rungut Aminudden memeluk tubuhnya.
"Argh kau tido je..renjat karang.." kata Luqman menjeling adiknya.
"Berani buat la..macam la aku tak boleh bakar dia..." balas Aminudden membalas jelingan abangnya.
"Lepas la...!" Sedang mereka bertekak,kedengaran suara seseorang diganggu.
"Eh...Min kau dengar tu?" Luqman cuba menangkap suara tersebut,Aminudden menoleh ke arah satu lorong.
"Hey..." Aminudden menepuk bahu abangnya,kemudian melangkah perlahan-lahan me arah lorong gelap tersebut.
"Lepas la...!" Kelihatan seorang gadis diganggu beberapa orang budak nakal.
"Ada budak perempuan kena kacau..." ujar Luqman.
"Aku tahu tak payah kau nak jadi komentor.." kata Aminudden selamba.
"Alolo...cik adik ni comel,jangan la marah..kita berseronok jom?" Kata budak lelaki yang memegang tangan gadis tersebut,rakannya yang lain sekadar ketawa sahaja.
"Saya cakap lepas,lepas la!" Gadis tersebut masih meronta cuba melepaskan tangannya yang dipegang oleh budak lelaki itu.
"Mana boleh cik adik cantik sangat...hahaha.."
"Hey macam mana?" Soal Luqman.
"Entah...kau kan abang..." balas Aminudden memerhatikan gelagat mereka.
"Ouh...okay,redah je la.." kata Luqman lantas membetulkan jaketnya,dan melangkah ke arah budak-budak lelaki itu berada.
"Haih..." Aminudden menyusul dari belakang.
"Hey korang..." Luqman menegur mereka,budak lelaki itu seramai lima orang.
"Huh? Kau ni siapa pula?" Soal budak lelaki yang memegang tangan gadis tersebut.
"Saya bukan sesiapa pun tapi boleh tak encik lepaskan perempuan tu? Dia tidak selesa tu..." kata Luqman tenang.
"Kau siapa pula nak arah aku? Putera negara ni ke? Baik kau blah kalau tak nak sakit.." ujar budak lelaki itu memarahi Luqman.
"Wei muka tongkang pecah...lepaskan perempuan tu..." Aminudden menegur dari belakang Luqman,budak lelaki itu mula timbul urat pada dahinya.
"Apa kau cakap..." budak lelaki itu mula hilang sabar.
"Aku cakap muka kau cam tongkang pecah..." Aminudden berkata dengan selamba,Luqman menekup mukanya.
"Kurang ajar kau...geng belasah dia!" Dia segera mengarahkan empat orang rakannya untuk memukul Aminudden serta Luqman.
"Eh...aku pun sekali?" Luqman mengeluh sambil mengelak tumbukan budak lelaki memakai snowcap.
"Huh...mereka amatur,hmph!" Aminudden berkata sambil menumbuk salah seorang rakan budak lelaki tersebut.
"Belasah la betul-betul...!! Diorang berdua je kot!" Kata budak lelaki itu.
"Bang kau uruskan dia...sini biar aku sorang handle pon tak pe.." kata Aminudden mengilas tangan budak berhud,lalu menguncinya dan menunjalkan kepalanya meminta Luqman uruskan budak lelaki berlagak sebagai ketua.
"Hoi jangan lari...adoi..!" Kata rakan budak lelaki seorang lagi bertopi,cuba menghalang Luqman namun terkena pukulan senjata rantai Aminudden.
"Sini lawan kau..." ujar Aminudden kemudian terus menghentak kepala budak berhud itu dengan kuat,dan budak tersebut terus jatuh pengsan.
"Satu pengsan....tiga lagi nak uruskan..." kata Aminudden sinis memerhatikan setiap daripada mereka.
"Aku tengah kebosanan..." kata Aminudden lagi sebaik budak snowcap meluru ke arahnya.
"Campur mengantuk...." tambah Aminudden lagi sambil menepis serangan budak snowcap itu,kemudian dicengkam pergelangan tangan budak snowcap.
"Ada yang sudi jadi bahan stretching!!" Kata Aminudden memberi tumbukan padu ke rahang budak tersebut,akhirnya dia terus rebah ke lantai.
"Thank you very much...." ujar Aminudden selamba.
"Hehe..." Luqman sekadar ketawa kecil dan berhadapan dengan budak lelaki yang masih memegang lengan gadis tersebut.
"Oi kau....senang cerita lepaskan dia,dan kau tidak akan dapat sakit...deal?" Luqman memberi peluang dan di belakangnya kelihatan Aminudden membelasah dua lagi rakan budak lelaki itu.
"Kurang ajar...berani kau kacau aku...hmph?" Budak lelaki itu terkejut apabila salah satu rakannya tercampak di sebelahnya,lalu tidak sedarkan diri.
"Told ya..." ujar Luqman mengangkat bahunya sambil tersengih.
"Tak guna kau!" Jerit budak lelaki itu dan Luqman terus meluru ke hadapannya.
"Apa?" Budak lelaki itu terkejut dengan kelajuan Luqman.
"Kita dengan perempuan ni kena berlembut!" Luqman berkata sambil melepaskan satu tumbukan padu ke perut budak lelaki tersebut.
"Kai!" Jerit rakan budak lelaki itu,Aminudden lantas memegang kepalanya.
"Huh?"
"Jangan tengok tempat lain...!!" Aminudden menghadiahkan serangan lutut ke perut rakan budak lelaki itu,kemudian budak itu terus rebah tidak sedarkan diri.
"Pelik gak...pukul sekali je dah pengsan? Samseng apa ni..." bebel Aminudden sendirian.
"Jaga kau!" Ujar budak lelaki itu dan segera melarikan diri.
"Cik tak apa-apa?" Luqman menyoal gadis tersebut.
"Saya tak apa-apa...terima kasih tuan putera..." ujar gadis itu lagi,Luqman terkejut apabila gadis itu memanggilnya putera.
"Err..awak kenal kami?" Luqman menggaru belakang kepalanya.
"Yeah...saya anak salah seorang general yang berkhidmat dengan istana..jadi saya kenal tuan putera sekalian..." ujar gadis itu.
"Ouh...macam tu..." balas Luqman.
"Baiklah tuan putera...saya mohon beransur..." ujar gadis tersebut dan beredar pergi.
"Ha...muka tu dah kenapa? Angau?" Aminudden mencelah daripada tepi.
"Hish..kau ni,aku tak minat mana-mana awek buat masa ni..kau pun tahu kan.." ujar Luqman.
"Ye la tu..abih Eyra Nazira tu apa cerita?" Selamba Aminudden berkata menyebut nama orang tersebut.
"Tak payah la sebut hal lama..." kata Luqman memandang ke arah Aminudden dengan pandangan blur.
"Whatever..." ujar Aminudden beredar pergi,Luqman menggelengkan kepalanya dan menyusul adiknya.
Burung-burung berkicauan membuatkan suasana sekeliling tenang,Ikhwan membuka matanya sedikit demi sedikit. Dia melihat Qisya masih lagi di pangkuannya,dia toleh ke kanan dan terkejut apabila Alisa tidur di sisi kanannya. Dia perhatikan Alisa yang tidur lena berbantalkan bahunya.
"Ouh bagus...sekarang aku tidak boleh bergerak.." bisik hati Ikhwan dan mengusap ubun kepala Alisa,kemudian Qisya diusap olehnya.
"I guess don't have a choice.." ujar Ikhwan tersenyum dan kembali ke mimpinya.
Pada masa yang sama,Aminudden dan Luqman sedang memerhatikan keadaan tempat kompleks membeli-belah yang sibuk itu. Ada yang datang ingin membeli barangan dapur,ada yang sekadar bersiar-siar cuci mata dengan keadaan sekeliling.
"Bosan gila...balik ah..." ujar Aminudden.
"Baru kejap..relax ah..." kata Luqman menoleh ke arahnya.
"Setakat tengok orang je,baik suruh polis!" Aminudden mendengus kegeraman.
"Ala kau ni...huh?" Belum sempat Luqman menghabiskan ayatnya,dalam puluhan remaja menghampiri mereka berdua.
"Huh? Siapa pulak diorang ni? Balaci mana kau upah ni bang?" Aminudden menyoal sambil menuding jari ke arah mereka.
"Balaci? Oi...ko dah pukul adik aku...sedap-sedap mengutuk ku ha?" Salah seorang daripada mereka berjaket kulit hitam menegur mereka.
"Pukul adik kau? Hmm maksud kau budak lelaki tadi ke?" Luqman meneka.
"Ye...kau akan terima pembalasannya! Serang geng...!!" Lelaki berjaket itu memberi arahan kepada rakannya yang lain.
"Eh bang kau matikan plug tadi masa keluar?" Soal Aminudden mengelak serangan mereka.
"Dah....dah aku dah matikan...kau ni lupa tadi kenapa.." balas Luqman menepis tumbukan salah seorang daripada mereka.
"Haih sorry la..kau la yang suruh aku rush...thanks bro..hmph!" Aminudden masih mengelak.
"Tahu dek bonda tak dapat makan malam karang ha.." kata Luqman tersengih.
"Kurang ajar kau ingat kitorang ni lalang ke ha?!!" Kata salah seorang daripada mereka dan terus meluru ke arah dua beradik itu.
Dush!!
Dass!!
Dua daripada mereka diberikan tumbukan daripada Aminudden,kemudian sepakan kuat daripada Luqman. Darah bersembur keluar dari mulut mereka berdua,lelaki berjaket kulit hitam tercengang begitu juga dengan rakannya yang lain. Pada masa yang sama,Luqman dan Aminudden sudah berada di hadapan lelaki berjaket kulit hitam. Satu tumbukan dan tendangan padu diberikan kepadanya.
"DIAMLAH!!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top