CHAPTER 70 : SAME LIKE OLD TIMES

Ikhwan berdiri di pertengahan tanah lapang yang rumputnya seperti permaidani,tangannya di kuak ke bawah dan nafasnya diatur dengan baik. Angin bertiup lembut ketika ini,dia memejamkan matanya dan mencari ketenangan dalam hatinya. Kemudian kedua tangannya diangkat sehingga paras dada,tangan mula digerak seolah menari namun Ikhwan sedikit pun tidak bergerak pada kakinya. Alisa pula hanya melihat daripada jauh,kerana tidak mahu mengganggunya dan kot hitam Ikhwan dipegang erat. Tidak lama lepas itu Ikhwan segera mula melakukan gerakan pada kakinya,setiap pergerakannya bergerak ikut aliran angin. Setapak dua tapak kemudian pergerakan kombo,Ikhwan kembali berundur dua tapak dan mengatur nafas perlahan-lahan.

"Cik Alisa! Huh? Apa yang pak cik buat tu?" Intan tergamam dengan pergerakan ayah saudaranya.

"Dia berlatih..." balas Alisa tersenyum masih memerhatikan Ikhwan berlatih.

"Cantiknya pergerakan pak cik..." ujar Intan tersenyum kagum,dan Alisa mengusap kepalanya.

"Jadi itu gerakan Tinju Naga Purba? Macam kung fu pun ada..." ujar Reezal yang muncul bersama Razeedah.

"Abang Reezal...." Alisa sekadar tersenyum kemudiannya.

"Yeah Tinju Naga Purba merupakan gabungan tinju china dan teknik cakar naga...lagipun kenapa nak hairan..." ujar satu suara dan Reezal menoleh,Elena Cruise tersenyum sambil melambai ke arahnya.

"Tinju tu kuat ke ayahanda?" Intan menyoal tanda ingin tahu,Reezal sekadar tersenyum memandang ke arah Ikhwan yang leka berlatih.

"Yeah tinju tu memang kuat..." kata Reezal sambil duduk bersebelahan Intan dan Alisa,Razeedah pula duduk sebelah kiri Alisa dan mereka berbalas senyuman.

"Siapa selain Ikhwan yang ada tinju naga purba?" Soal Alisa.

"3 orang dalam 5 Element Dragon..." jawab Elena sambil memerhatikan Ikhwan.

"Huh? Abang Luqman ke?" Soal Intan tersenyum ceria,Elena membalas senyumannya.

"Ikhwan Solleh,Amien Khaizo dan Farhan Tuzeman...." jawab Elena dan Reezal mengangguk tanda menyokong jawapan Elena.

"Cik Alisa tak ada tinju tu?" Intan menoleh ke arah Alisa.

"Tak ada sayang....cik Alisa guna teknik sendiri..." jawab Alisa sambil mengusap kepala remaja berumur 14 tahun itu. Reezal dan Razeedah berpandangan melihat cara Alisa melayani Intan,mereka tersenyum dan merasakan Ikhwan akan okay jika terus bersamanya.

"Alisa...." Alisa menoleh ke arah Reezal yang memanggilnya.

"I'll leave Ikhwan to you..." ujar Reezal lagi dan Alisa terkejut pada mulanya,kemudian tersenyum mengangguk faham. Reezal mengusap kepalanya kemudian Reezal menyedari ada benda terbang ke arahnya,lalu mengelak dengan pantas dan dia menoleh ke satu arah.

"Ouh...my hand slip...." ujar Ikhwan tangan kanannya berasap,Elena tersengih dan menelan air liur. Reezal hanya menghela nafas pendek menekup muka dan tersenyum sinis lalu ketawa kecil.

"Challenge accepted!!" Ujar Reezal tersengih menahan geram,Ikhwan hanya memeluk tubuhnya sambil tersenyum.

"Orah!" Reezal terus meluru ke arah Ikhwan,dan Razeedah hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

"Haih...macam budak-budak...." ujar Razeedah dan Alisa sekadar ketawa kecil.

"Oi...bang kau dah jarang berlatih ke? Macam kena pukul dengan bantal je rasanya ni..." ujar tersengih selamba,dan Reezal pula timbul urat di dahinya.

"Banyak cakaplah kau!" Kata Reezal menghayunkan penumbuknya.

DUSSHH!!!

"Erghh!" Ikhwan menahan tumbukan abangnya,dan terseret ke belakang.

"Boleh tahan...." kata Ikhwan mengurut kedua tangannya,kemudian api merahnya menyala marak.

"Red flame? Sure not go with blue....?" Soal Reezal sinis.

"Don't underestimated...bro,just come..." ujar Ikhwan dengan posisi bersedianya.

"Alright...don't cry if you lose!" Reezal terus menyeru sarung tangan besi Mighty Bison,dan meluru ke arah Ikhwan dengan laju.

"Gauntlet!!" Serentak tinju mereka berlaga,dan tekanan angin yang kuat terhasil.

"Gauntlet?" Alisa hairan bagaimana Reezal turut mempunyai skill yang sama?

"Gauntlet teknik asal abang Reezal..." satu suara menegur dan Alisa menoleh,Reena berdiri di sebelah kanan sambil mendukung Qisya.

"Auntie Alisa hai....!" Sapa Qisya tersengih.

"Akak Intan...!" Tambah Qisya menegur Intan.

"Hi...Qisya,dah makan?" Soal Alisa sambil bangun dari duduk di atas rumput seperti permaidani,Intan turut sama diikuti Razeedah.

"Wacha!" Ikhwan melakukan sepakan pantas,Reezal mengelak dengan mudah namun Ikhwan tersenyum.

"Huh?" Reezal tidak faham senyuman Ikhwan,dan tapak tangan Ikhwan terbuka luas di hadapan muka Reezal.

"Burn!!"

"Alamak...."

ZUWOOOSHH!!!

"Hehe...." Ikhwan ketawa kecil sambil berundur ke belakang,melihat muka rentung Reezal dan urat di dahinya bertambah.

"Haih la Ikhwan ni..." kata Reena tersengih dan Alisa pula yang mendukung Qisya.

"Go! Go! Go uncle Ikhwan!!" Sorak Qisya kegirangan.

"Huh? Hi Qisya..huh? Nanti pak cik bawa jalan-jalan....hahahaha!!" Ikhwan berlari dikejar oleh Reezal yang berang mukanya dibakar Ikhwan.

"Lari uncle lari!! Hahaha....." sorak Qisya dan Alisa hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

"Haih la diorang ni...." ujar Raven muncul dengan tiba-tiba di sebelah Elena.

"Awak ni....bagi la salam ke pe...terkejut saya tahu tak?" Elena mula berleter.

"Maaf la...saya tak sengaja.." ujar Raven menoleh ke arah Ikhwan yang dikejar oleh Reezal.

"Kenapa tu?" Soal Raven.

"Keenam sembur api ke muka kedua..." terang Elena dan Raven ketawa sambil memegang perutnya.

"Ahahahahah....!!" Elena hanya menggelengkan kepala melihat reaksi Raven.

"This is for the first time i seen you laughing like that...." sebaik sahaja mendengar kata-kata Elena,Raven berhenti dari ketawanya.

"Is that true?" Soal Raven dan Elena mengangguk,perbualan mereka diperhatikan oleh Alisa,Reena dan Razeedah.

"They're suit for each other..." ujar Razeedah dan Reena serta Alisa sekadar tersenyum.

"Jangan lari kau setan! Sini kau aku tibai!" Reezal mengejar Ikhwan dengan mukanya rentung.

"Kalau boleh tangkap la...hehe..huh?" Langkah Ikhwan terhenti apabila menyedari kehadiran sesuatu.

"Dapat kau...!" Namun tumbukan Reezal ditahan dengan kemas oleh Ikhwan,kemudian Reezal sedar mata Ikhwan merenung ke atas.

"Apa yang kau tengok? Huh...? Kapal perang...besarnya?" Reezal kaget dengan kehadiran kapal armada tersebut,lambang pula jelas tertera milik Black Cobra. Kemudian beberapa orang turun mendarat di hadapan mereka berdua,Black,White dan Cindy daripada 10 Commander.

"Mereka bertiga ni...." Ikhwan cuba mengingati kembali siapa mereka.

"Siapa kamu bertiga?" Soal Ikhwan sambil memeluk tubuhnya,Cindy tertunduk bengang dan Black mula hilang sabar serta White hanya ketawa kecil.

"Kurang ajar!!" Jerit serentak Black dan Cindy,Ikhwan segera mengetuk tapak tangannya mengingati semula nama mereka.

"Ha...aku ingat itu hari masa di England aku campak kau kan?" Kata Ikhwan menuding jari ke arah Black,White hanya menekup mukanya menahan gelak manakala Black urat pada dahinya mula kelihatan.

"Nanti-nanti korang berdua...ini bukan tujuan asal kita.." White menahan Black dan Cindy dari terus menyerang.

"Huh?" Reezal berpendapat White seorang yang budiman.

"Minta maaf atas kebiadaban kawan saya..." ujar White sambil menunduk hormat.

"Oi!" Black dan Cindy kurang puas hati dengan tindakan White.

"Apa-apa saja la...apa kau nak?" Soal Ikhwan tanpa selindung.

"Kami membawa tawaran daripada ketua kami,Zahhak Nightwing..." mendengar nama Zahhak disebut,dahi Ikhwan mula berkerut.

"Tawaran? Tawaran apa?" Soal Reezal dan Raven sudah berada bersebelahan Ikhwan.

"Ketua kami memberi tawaran untuk kita bergabung tenaga..."

"I refuse.." ujar Ikhwan memotong kata-kata White,Black dan Cindy terkejut.

"Kami memberi peluang pada kamu...tapi berani kau..." Black mencelah dari belakang.

"Aku tidak akan bekerjasama dengan perosak seperti kamu semua...Zahhak sudah bunuh Zero.." kata Ikhwan lembut.

"And you kill Ragnarok..." kata Cindy pula.

"Yeah....because he's hurt Alisa...and her pride.." ujar Ikhwan api biru membara,Raven pula turut menyalakan apinya namun apinya berwarna hitam. Reezal pula meregangkan ototnya,White menarik senjatanya dan Black bersiap sedia serta Cindy menarik pedangnya.

"Aku tidak berminat dengan sasaran korang,apa yang aku nak cuma kemusnahan korang..." kata Ikhwan dan Raven mengangguk setuju,Reezal pula hanya mendiamkan dirinya.

"Apa yang mereka cakap tu?" Soal Razeedah dari jauh,Alisa hanya mendiamkan dirinya biarpun dia dengar apa yang mereka cakap. Tetapi dia memilih untuk berdiam diri sahaja,Reena memerhatikan sikap Alisa

"Jadi kamu semua inginkan peperangan?" Soal Cindy menghunuskan pedangnya.

"Dunia sentiasa akan ada konflik,tidak kira peperangan berlaku atau tidak...aku hanya bertindak menyeimbangkan keamanan..." Ikhwan berkata dengan tenang,Reezal dan Raven tersenyum mendengar kata-kata Ikhwan. Alisa turut sama mendengarnya,dia mengangguk lalu turut tersenyum.

"Huh!" Cindy sekadar menghela nafas panjang,kemudian dengan pantas dia sudah berada di hadapan Alisa yang mendukung Qisya.

"Huh? Alisa,Qisya!" Reena terkejut dan Razeedah turut sama,Intan hanya mampu tergamam.

"Tengok kau boleh selamatkan dia tak!" Cindy menoleh ke arah Ikhwan dan Reezal serta Raven berada,sebaik mata pedang sudah dihunuskan pada leher Alisa.

"Huh?" Namun dia terdiam sebaik menyedari Ikhwan tiada dalam pandangannya,tiba-tiba bilah pedang miliknya terasa ditolak dan Cindy terkejut.

"Hah?" Black hanya mampu tergamam,White tersenyum sinis.

"Aku kalau boleh tak nak sentuh perempuan..." ujar Ikhwan menolak mata pedang dengan dua jari telunjuk serta jari hantu,dia membelakangkan Alisa yang mendukung Qisya. Cindy terpaksa berundur ke belakang.

"No way...how you can move that fast?" soal Cindy.

"Pyro...." ujar Ikhwan perlahan berbisik.

"As you wish my lord.." Pyro bersuara dan tangan serta kaki Ikhwan mula berapi.

"Weapon equipment Dragon Arms!" Ikhwan mengepal penumbuknya yang bersalut zirah besi.

"Huh? Kuasanya berlainan dari sewaktu aku dan Ragnarok bertemu dia kali pertama..." ujar Cindy dalam hati sambil berundur dua langkah ke belakang.

"Cindy..." Black cuba membantu namun dihalang oleh Raven.

"I'll be you opponent..." ujar Raven.

"Traitor...." ujar Black bengis.

"Jadi aku kena berlawan kau ke?" Soal White.

"Kalau kau nak berlawan.." ujar Reezal memeluk tubuhnya.

"Baguslah aku sebenarnya...malas nak bertarung tanpa sebab yang kukuh.." ujar White sambil duduk bersila di tanah,Reezal hanya memerhatikan dia dengan kehairanan.

"Jikalau begitu sertailah kami.." White terkejut dengan tawaran Reezal.

"Pengkhianat!" Jerit Black terus menyerbu ke arah Raven.

"Hmph! Amaterasu!" Api hitam membara membara.

"MAYA!!" Jerit Cindy dan serangan anak panah berwarna biru laut menghujani ke arah Ikhwan,Cindy dengan segera mengelak.

"Kak Razeedah!" Ikhwan meminta bantuan Razeedah,kakak iparnya mengangguk faham.

"Mystic Garuda...Mystic Wing!"

BOOMMMM!!!!

BOM! BOM!!!!

Razeedah berjaya membuat perlindungan,Ikhwan hanya memerhatikan dari mana serangan tersebut. Matanya mencari di mana sumber tembakan anak panah itu,dia menoleh ke arah Alisa yang mendukung Qisya. Kemudian Reena pula dipandangnya,kakaknya hairan dengan tindakan adiknya.

"Akak saya perlukan bantuan akak..." ujar Ikhwan tersenyum sinis,Reena seperti memahami permintaan Ikhwan.

"Same like old times..." kata Reena berjalan dan berhenti di sebelah Ikhwan.

"Yeah...." zirah sarung tangan mula berapi.

"Heh...." Reena pula tangan mula diselaputi ais,sedikit demi sedikit menunjukkan bentuk zirah sarung tangan dihasilkan kuasa ais.

"Sabertooth Tiger arms equipment.."

"Lets do this little brother!" Ujar Reena tersenyum dan tangannya dihulurkan ke arah Ikhwan.

"Yeah..big sister...." Ikhwan merapatkan tangannya ke tangan kakaknya.

"Haa......" mereka menghela nafas pendek,kuasa dikumpulkan dan anak panah masih berterusan menyerang tanpa henti.

"Eye to eye......" ujar Ikhwan memulakan kata-katanya.

"Tooth for tooth....." sambung Reena pula dan tapak tangan mereka mula bercahaya.

"Evil shall perish....here forth we need the light! Unison Raid!!" Serentak dua beradik selesai berkata,Razeedah melepaskan kuasa perisainya.

"Haa?! Ouh that must be hurt.." ujar Maya yang menyedari satu cahaya menghampirinya.

BOOMMMMM!!!

"MAYA!!" Jerit Cindy dan Black yang sedang bertarung dengan Raven turut menyedarinya.

Lantas Cindy terus melompat ke atas kapal disusuli Black dan mendapatkan Maya yang hampir terjatuh,Ikhwan dan Reena hanya memerhatikan sahaja. White sekadar mendesah sahaja,Reezal pula menoleh ke arah Ikhwan. Ikhwan menggelengkan kepalanya meminta abangnya membiarkan sahaja.

"White we have retreat immediately right now..." kedengaran suara Black dari alat penghubung mereka.

"Baiklah...." ujar White berdiri semula dan tersenyum ke arah Reezal.

"Tawaran awak menarik,saya akan fikirkan..." ujar White dan terus melompat masuk ke dalam kapal perang tersebut.

"Hmm....kapal besar tu hilang..." ujar Qisya mendongak ke atas sambil memerhatikan kapal itu beredar.

"Untung aku tidak 'hilangkan'...." ujar Ikhwan mematikan kuasa zirahnya,dia tersenyum merasakan kuasa barunya serasi dengan tubuhnya.

"Thanks Karma,Pyro...." ujar Ikhwan tersenyum,Karma dan Pyro sekadar tersenyum sahaja.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top