CHAPTER 7 : L,A,I ARC ACT 2

Kereta milik Nabill meredah kawasan jalan yang penuh lopak,namun terima kasih pada mode 4WD mereka tidak perlu risaukan mengenai hal itu. Hampir satu jam perjalanan mereka,kerana Nabill terpaksa memandu dengan perlahan. Kerana dia ingin mengelakkan keretanya dari rosak,sebab utama bahan gantian keretanya sukar dicari. Logic juga kerana kereta itu dari tahun 2015 pengeluaran,tapi bukan itu dia harus risaukan.

Selain untuk mengelak kerosakan,jalan pintas itu keadaannya begitu teruk. Lopak air sedalam separuh kaki,dan kawasan tanah yang terhakis. Permukaan yang tidak rata,biarpun mod keretanya sudah flexible. Tetapi kerosakan boleh sahaja berlaku,sepanjang perjalanan tangan Nabill berada di kawasan gear.

"Jalan memang teruk macam ni ke?" Soal Aminudden menjengah ke depan.

"Ye la....cuma ada jalan ni je ke?" Soal Luqman pula.

"Tak...ada jalan lain..." mereka bertiga tergamam,apabila Nabill menjawab.

''Dah tu guna jalan sini kenapa?!" Aminudden seperti bengang.

"Kalau guna jalan satu lagi leceh..." Intan mula bersuara,Luqman dan Aminudden menoleh ke arahnya. Nabill pula sekadar tersengih.

"Kenapa pula...?" Aminudden duduk semula di kerusi belakang.

"Macam yang kita tahu,jika misi memerhati ni..mesti la ada laporan mengatakan ada benda yang tidak elok di kawasan yang dilaporkan itu bukan?" Intan berhujah panjang.

"Okay.....teruskan.." Luqman memberi isyarat.

"Mesti jalan ke kampung ni dikawal rapi bukan? Kecuali jalan pintas ini...kita akan berdepan masalah jika berjumpa polis..lagi satu....." Intan menghentikan kata-katanya.

"Lagi satu per?" Soal Aminudden ingin tahu.

"Abang Nabill perasan bukan?" Soal Intan pada Nabill.

"Ya....ada sesuatu memerhatikan kita sepanjang perjalanan..." Luqman terus melihat ke luar,kepala toleh kiri dan kanan.

"Abang...! Buat cam biasa je la,nanti benda tu tahu kita sedar kehadiran dia..." Intan memberi amaran.

"Jadi kenapa tak beritahu awal-awal?" Soal Luqman menoleh ke arah Nabill.

"Sebab benda tu tak buat apa-apa lagi..." terang Nabill dan Luqman hanya menyandar,dan memegang rambut putihnya.

"Aku ada hantar scout drone...nanti ada la tu...mana tahu harimau ke per..." ujar Nabill nak sedapkan hati masing-masing.

"Hmm,harap harimau je la...jangan ada yang pelik-pelik" kata Aminudden berseloroh,Luqman dan Intan memandang ke arahnya.

"What?''

Kereta milik Nabill berhenti di satu kawasan yang agak lapang,kemudian Nabill menekan satu butang di alat kawalan. Luqman dan dua lagi adiknya melihat dengan penuh minat,kepala masing-masing ingin bertanya apa yang dilakukan oleh Nabill?

Camouflage on!

Suara android berbunyi lagi sekali,dan juga tiga beradik itu berpandangan antara satu sama lain. Kemudian Nabill membuka pintu dan keluar dari kereta,Mitsubishi Evo 10 masih lagi dalam bentuk kenderaan pacuan empat roda.

"Eh? Kereta transformed jadi lain...!" Aminudden berkata sebaik sahaja keluar dan menoleh ke belakang,ke arah kereta.

"Ye la....memang camouflage..." ujar Intan melihat keadaan penyamaran kereta itu.

"Pandai abang ubahsuai?" Luqman menyoal sambil memeluk tubuhnya.

"Kota jagaan aku dikenali kota gadget...takkan la aku nak jaga dengan tengok je..." balas Nabill tersengih,Luqman sekadar mengangguk faham.

"Jadi ini laluan belakang kampung?" Soal Luqman melihat sekeliling,kemudian dia perasan ada pondok pengawal di situ. Pondok pengawal...dah usang....

"Yeah...maaf la dah bersemak samun sikit.." balas Nabill mencekak pinggangnya.

Kampung yang mereka ingin periksa adalah perkampungan lama,wujud sudah berpuluh tahun lalu selepas raja pertama mereka mengasaskan negara Mentari. Luqman mengekori belakang Nabill dan Aminudden di belakang sekali,Intan pula di antara dua abangnya.

"Apa nama perkampungan ni?" Soal Luqman.

"Kalau tak silap....kampung Bulan..." ujar Nabill menjawab soalan Luqman.

"Bulan?" Luqman hampir tergelak.

"Yeah...cuba tengok atas.." Nabill mengangkat jari telunjuknya,dan mengarah ke atas.

Luqman mendongak ke atas langit,kemudian dia menyedari pada hari siang kelibat bulan jelas kelihatan. Walaupun hari masih terang,apa yang mengejutkan daun-daun pokok tiada sedikit pun menutupi kampung itu. Jika dilihat menaiki Chopper kampung itu dapat dikesan dengan mudah.

"Apabila waktu malam,bulan amat terang dan cantik...lagipun kampung dijaga turun temurun oleh kerabat diraja..." tambah Nabill lagi.

"Eh...."

"Yeah..antara wasiat pengasas negara ini,Iskandar Syah Al-Muslimin meminta Kampung Bulan dibiarkan...dan dijaga keasliannya..." Nabill menjawab dengan yakin.

Sedang mereka berbual rancak,kedengaran suara bergetar berdekatan. Lantas mereka berempat mendiamkan diri,mereka bergerak menghampiri salah satu rumah dan masuk ke dalam. Nabill memberi isyarat supaya mendiamkan diri,pistol berwarna kelabu gelap diseru olehnya.

Nabill berjalan perlahan bagi mengelakkan bunyi,dan perlahan-lahan menjengah tingkap rumah. Dia terkejut apabila satu kelibat robot memasuki kampung itu,dia hairan bagaimana robot seperti itu boleh berada di sini.

"Gun change sniper....." Nabill menukar pistolnya kepada sniper,kerana dia menyedari lambang seperti ular tedung tertera di badan robot itu.

"Ha...? Robot lagi....?" Bisik Aminudden menjengah dari satu lagi tingkap.

"Shhh.....!" Intan meletakkan jari telunjuk pada mulutnya.

"Sorry...Sorry..." kata Aminudden mengangkat tangan.

Nabill membidik ke arah kepala robot tersebut,dan dengan segera menarik picu. Tepat! Mengenai kepala robot itu,lantas dia keluar dan menuju ke arah robot tersebut. Tiga beradik itu melihat dari dalam,kerana Nabill memintanya jangan keluar.

Nabill menariknya ke dalam sedikit,ke bawah ruang garaj yang berdekatan. Aminudden dan Intan memerhatikan sahaja dari dalam rumah terbiar,Luqman kemudian perasan ada tangga naik ke atas. Kemudian dia mendaki naik ke tingkat atas,Aminudden sedar dan mencuit adik perempuannya lalu mengekori abangnya.

"Hey...tunggu la..." kata Intan mengekori dari belakang,pada masa yang sama Nabill memeriksa keadaan robot tersebut.

Nabill menekan sesuatu pada jam tangannya,muncul skrin dan nama yang tertera Azlee. Agak lama dia menunggu,akhirnya panggilannya dijawab.

"Ye bro?"

"Ha...bang,ingat pasal perjumpaan tentera diraja tiga hari lepas?" Soal Nabill.

"Ouh yang masa putera bongsu bertekak dengan panglima Zach tu ke?" Azlee mengingat semula sambil mengusap dagunya.

"Tak payah la sebut pasal orang tua tu,ni pasal Black Cobra..ni nampak lambang ni?" Nabill mengarahkan skrin pada robot yang telah dijatuhkan olehnya.

"Hmm....kau kat mana ni? Aku datang sekarang..."

"Hey...hey,nanti dulu jangan cari pasal..Kota Gadget tak ada orang jaga kalau kau pergi...biar aku uruskan hal di sini...by the way,aku sekarang di perkampungan Bulan..."

"Kampung lama...huh? Jadi kau nak aku buat apa?" Azlee sekadar menyandar di kerusi,dia sekarang berada berdekatan pintu utama kota itu. Dia hanya meronda di sekitar kota,dan akhirnya berada di pintu utama serta pada masa itu Nabill menghubunginya.

"Hmm...kau rasa macam mana? Nak lapor pada putera bongsu ke?" Soal Nabill dan Azlee berfikir sebentar,kemudian dia seperti mendapat akal.

"Bukan ke misi memerhati? Jadi kau stay on guard buat masa ini..jika ada masa kritikal sangat kau bagi mesej pada aku.." ujar Azlee dan mematikan talian,Nabill mengangguk faham dan masuk ke dalam rumah lama itu.

Aih...mana pula putera dengan puteri ni?

Kedengaran bunyi di tingkat atas,Nabill hanya menghela nafas lega dan mendaki tangga selepas menutup pintu rumah. Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu,Aminudden dan Intan sedang berehat di satu bilik.

"Wei korang buat apa?" Soal Nabill tersengih mengerut dahi.

"Berehat tak tahu ke?" Ujar Aminudden sambil membaca buku,agak lama rasanya sebab itu berdebu.

"Eh? Mana putera muda Luqman?" Soal Nabill lagi sedar Luqman tiada,tidak lama lepas itu Luqman muncul.

"Hey...." Luqman menegurnya.

"Mana putera pergi?"

"Sini...ada benda nak tunjuk..."

Luqman menggamit tangannya memanggil Nabill,kemudian memasuki bilik lain. Intan dan Aminudden menyusul dari belakang,sebaik sahaja masuk ke dalam bilik itu,mereka tergamam kerana terdapat beberapa monitor leper tergantung. Malah berfungsi seperti CCTV,seperti ada orang tinggal di sini.

"What the f....cctv? What the heck is going here?" Soal Aminudden memeriksa keadaan monitor CCTV tersebut.

"I hope i got that question too..." ujar Luqman menoleh ke luar tingkap,dan menyedari kehadiran beberapa orang berpakaian askar.

"Hmm...ada orang,siapa pula ni..." soal Intan menjengah di bawah Luqman,melihat berpakaian lengkap dengan senjata.

"Trouble maybe..."

Yosh! Waa....susah betul buat cerita rupanya? Well moga terhibur. Lepas page ni akan ada fight scene...stay tune..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top