CHAPTER 62 : REEZAL REQUEST
ARGHH!!!
Suara mengerang kesakitan oleh Vincent jelas kedengaran,dia tercampak beberapa meter daripada jarak Ikhwan berada. Tangannya menyala api biru di penumbuknya,kemudian dipadamkan lalu diturunkan perlahan-lahan. Mulut Vincent tersembur darah yang amat banyak,Ikhwan melangkah menuju ke arah Vincent dengan pandangan mata yang amat tajam. Kemudian seseorang muncul di hadapan Ikhwan,membelakangkan Vincent yang cedera teruk.
"Siapa kau?" soal Ikhwan pada lelaki yang muncul di hadapannya,mukanya sedikti berusia mungkin lingkungan 40an.
"Greeting your highness....i'm Zack Nova...one from Ten Commander..." ujar lelaki bernama Zack Nova itu
"Ten Commander....hmm?" Ikhwan terkejut apabila Zack mengeluarkan sesuatu dari sakunya,dibaling ke tanah lalu asap yang tebal muncul menghalang Ikhwan dari terus melihat.
"Tak guna....hmph!!" Ikhwan menghayunkan tangannya dan asap yang tebal hilang sekali hayunan,namun dia hanya mendesah kemudiannya kerana Zack serta Vincent telah berjaya melarikan diri. Ikhwan sekadar mendiamkan diri sahaja,Luqman pula sekadar mampu tergamam dan Ikhwan tidak boleh tinggalkan Luqman serta Aminudden yang dalam keadaan cedera teruk. Tidak lama lepas itu Alisa tiba bersama Reezal,melihat keadaan Luqman dan Aminudden yang agak teruk itu segera Alisa segera mendapatkan mereka. Reezal hanya menghela nafas lega kerana anak dia selamat,kemudian dia menoleh ke arah Ikhwan yang bersendirian.
"Wan....." Reezal menghampirinya kemudian menyentuh bahunya.
"Maaf bang aku lambat..." ujar Ikhwan dengan perasaan bersalah.
"Tidak apa...kau dapat elakkan mereka kehilangan nyawa..itu sudah cukup memadai..."
"Bagi aku itu tidak cukup....." Ikhwan kemudian memalingkan badannya,dia menuju ke arah Luqman dan Aminudden yang sedang dirawat oleh Alisa.
"Ikhwan...." Alisa menyedari Ikhwan menghampirinya.
"Macam mana keadaan mereka?" soal Ikhwan dan Reezal hanya memerhatikan dari jauh sahaja.
"Mereka cedera tidak teruk..tiada pendarahan dalaman..." jawab Alisa dan Ikhwan menghela nafas lega dan kemudian van ambulance tiba. Aminudden dan Luqman dibawa masuk ke dalam van tersebut,Reezal menyusul dan Ikhwan melihat kenderaan itu beredar meninggalkannya.
"Ikhwan? Awak okay?" soal Alisa menoleh ke arahnya,Ikhwan hanya tersenyum pahit dan mengusap kepala Alisa sahaja. Ikhwan kemudiannya dia melangkah pergi,Alisa menyusulnya dan kehairanan dengan perubahan sikapnya.
"Awak okay ke tak ni?" soal Alisa menarik lengannya,mata mereka berdua bertentang antara satu sama lain.
"Awak risaukan anak saudara awak bukan?" soal Alisa lagi dan Ikhwan hanya mendiamkan dirinya,pipinya diusap perlahan oleh Alisa.
"Janganlah macam ni..anak saudara awak kedua-duanya kuat..mereka tidak akan apa-apa..." pujuk Alisa risau keadaan tunangnya,Ikhwan hanya memegang tangannya yang membelai pipi Ikhwan.
"Yeah...tapi salah saya mereka kena teruk macam ni..." Ikhwan tersenyum pahit.
"Mereka tidak akan apa-apa jangan risau..." kata Alisa memeluk lengan Ikhwan,kemudian Alisa meletakkan kepalanya dibahu Ikhwan.
"Thanks Alisa...."
"You most welcome...."
Zack membawa Vincent yang cedera parah akibat menerima pukulan daripada Ikhwan,Zahhak pula sekadar mendiamkan diri sahaja. Melihat keadaan rakannya yang teruk,ternyata dia sudah mula hilang sabar. Cindy pula hanya memerhatikan tingkah-laku ketuanya itu,seolah-olah dia tahu apa yang bermain di minda Zahhak.
"Jadi ketua..." Zack bersuara dan Zahhak menoleh ke arahnya.
"Apa tindakan tuan seterusnya?" Soal Zack dengan matanya merenung tajam ke arah Zahhak.
"That prince just let me handle..him..you guys not match for him.." ujar Zahhak melihat Maya merawat Vincent.
"Is he to strong?" Soal Zack.
"Strong than your can imagine.." satu suara menegur dan Zack menoleh. Tiga orang lelaki muncul dan Cindy hanya tersenyum sahaja.
"Shadow,White...Black..." Zack menyebut nama mereka bertiga.
"Mana Xen Yu?" Soal Zack lagi.
"His busy...." ujar White tersenyum dan Black segera menghampiri Vincent yang dirawat oleh Maya.
"Busy?" Zack mengerutkan dahinya.
"Yeah...he's now on training in some place.." kata White lagi dan pada masa yang sama seseorang berpakaian seperti pakaian tradisi orang cina,memegang pedang dan tattoo terlakar pada pergelangan tangan. Lelaki tersebut berhadapan dengan makhluk ghaib yang agak banyak,makhluk tersebut merenung tajam ke arahnya.
"Hah......." nafas ditarik perlahan-lahan untuk melakukan serangan,kemudian makhluk tersebut terus meluru ke arahnya disusuli makhluk yang lain.
"Hmph..." lelaki itu tersenyum licik dan terus melakukan libasan pedang,kemudian dengan sekelip mata kesemua makhluk terus terbelah seribu.
"Lemah....hmm? Apa ni ada pesanan ringkas?" Lelaki itu memeriksa telefon pintar visual miliknya,dan terkejut dengan maklumat yang diterima.
"Woo....Vincent down?" Lelaki itu terkejut dan segera mengemaskan barangnya. Salah seorang daripada 10 Commander,Xen Yu segera beredar meninggalkan puluhan ribu bangkai makhluk yang dihapuskan. Dia tersenyum licik dan ketawa kecil,pada masa yang sama seseorang keluar dari tempat yang tidak dapat dikesan oleh Xen Yu.
"Hmm..not bad..." ujar orang itu dan mengenakan pakaian berhud,kemudian hudnya diturunkan.
"Black Cobra....huh?" Z tersenyum dan pada masa itu Xen Yu menoleh,tiada sesiapa pada tempat Z berdiri.
"Pelik tadi rasa macam ada orang..." gumam Xen Yu dan segera menyambungkan langkahnya,Z pula pada masa itu berdiri di sebalik pokok yang amat besar. Dia tersenyum dan hilang bersama cahaya. Aku rasa dunia ni mungkin menarik...
"Kau pergi ke dunia lain...?" Soal Reezal dan Ikhwan mengangguk,Alisa membantu Razeedah menguruskan taman bunga milik Reena. Reezal dan Ikhwan ketika itu turut berada di situ,Reezal ingin tahu apa yang berlaku sehinggakan keluar naga besar dari portal.
"Ha'ah...tapi aku cukup pasti peredaran masa di dunia Sylvania cepat sedikit dari dunia kita..."
"Sylvania?" Reezal kehairanan.
"Ya...kami masuk dalam dunia dipanggil Sylvania....sama kan dengan maklumat yang diterjemahkan pada dokumen sulit?" Ikhwan berkata lagi dan Reezal mengangguk setuju.
"Hmm never thought that world really exist..." jawab Reezal.
"Yeah...kalau macam tu selain dunia Sylvania tu...ada dunia lain yang kita tidak tahu wujud dalam dimensi lain..." ujar Ikhwan.
"Nanti jangan buat keputusan terburu-buru....kita tak tahu sama ada ia benar-benar sama dengan teori kau katakan..." ujar Reezal sambil menggelengkan kepalanya,Ikhwan pula sekadar menyandarkan badannya di kerusi panjang.
"Yeah just theory..." ujar Ikhwan tersenyum.
"By the way..." Ikhwan menoleh ke arah Reezal yang duduk di sebelahnya.
"Kau latih anak aku lagi jadi lebih kuat boleh?" Ikhwan terkejut dengan permintaan abangnya.
"Kau ada terhantuk ke kat mana-mana dinding?" Ikhwan menyoal semula dan Reezal sekadar tersenyum.
"Itu je permintaan aku..sebab yang tak manjakan diorang cuma kau je antara bapa saudaranya..."
"Never thought i will hear that from you mouth..."
"Just train them...." ujar Reezal.
"No need to worry...i already plan that..." jawab Ikhwan.
Reezal sekadar tersenyum dan lalu bangun dari kerusi,kemudian dia beredar pergi dan meninggalkan Ikhwan. Razeedah pula menyusul sambil melambai tangan kepada Alisa,Ikhwan hanya tersenyum sahaja dan Alisa menghampirinya.
"Apa yang awak berdua bualkan.....?" Soal Alisa ingin tahu.
"Cuma bual adik beradik je...takde pe la.." ujar Ikhwan tersenyum sambil berdiri,kemudian dia mengusap kepala Alisa.
"Jom?"
"Eh? Mana?"
"Hospital...."
Pandangan gelap sedikit demi sedikit menjadi terang,cahaya yang terang membuatkan matanya pedih. Dia pandang kiri lepas itu kanan,memerhati keadaan sekeliling.
"Ko dah bangun dah?" Satu suara menegurnya dan dia menoleh ke arah suara tersebut,Luqman yang sedang di atas katil dipandangnya.
"Lama betul kau pengsan....sehari gak rasanya.." ujar Luqman menghela nafas lega,melihat Aminudden yang baru sedarkan diri itu.
"Ouh..." Aminudden mengingati kembali apa yang terjadi.
"Kau okay tak?" Soal Luqman.
"Okay..tak ada masalah,kenapa?" Aminudden pelik dengan reaksi abangnya.
"Baguslah tak ada apa-apa..."
"Memang la aku kuat..."
"Kuat jadah kau....la..kena panah petir terus pengsan!" Luqman berang dengan reaksi selamba adiknya.
"Relax la nak marah kenapa?" Soal Aminudden hairan dengan reaksi abangnya.
"Kau sikit lagi nak mati..kalau cik Wan tak ada kau memang dah lama arwah kau faham tak??" Luqman meninggikan suaranya.
"Tapi aku tak mati kan?" Balas Aminudden.
"Oi....apa jerit-jerit dalam hospital ni?" Satu suara menegur mereka dan pintu bilik wad dibuka.
"Pak cik..." Luqman terdiam apabila Ikhwan dan Alisa memasuki bilik wad.
"Haih korang ni...tahu la bilik VIP....jangan la memekak.." ujar Ikhwan duduk bersebelahan Aminudden,kali ini Ikhwan berada antara katil Luqman dan Aminudden. Alisa pula hanya duduk di hujung penjuru katil Luqman.
"Cik buat pe kat sini?" Luqman menyoal
KUK!
"Adoi! Apa cik buat ni?" Luqman menyeringai menahan kesakitan.
"Apa punye soalan kamu ni? Buat apa? Lawat kamu la.." ujar Ikhwan.
"Mana la tahu check cik Alisa ke..." jawab Luqman selamba.
KUKK!!
"ADOI! Kena lagi..." Ikhwan mengepal penumbuknya selepas mengetuk kepala anak saudaranya,Alisa kehairanan dengan tindakan Ikhwan kali kedua.
"Tu terlalu tinggi dan terlalu muda kefahaman kamu mengenai hal tu..." ujar Ikhwan geram dan Aminudden hanya mendiamkan diri,dia tidak mengatakan apa-apa kerana salah sikit cakap mesti terima akibat seperti abangnya.
"Adududuiii.......sakitnya...mahu hilang ingatan ni..." ujar Luqman.
"Hilang ingatan? Tak apa cik kasi ketuk lagi kuat biar ingat balik..amacam?" Ikhwan mengepal penumbuknya dan tersenyum dengan pandangan mengerikan.
"Tak...tak jadi hilang ingatan dah hehehe..." ujar Luqman mengangkat tangannya separuh.
"Haih...macam ni...nanti lepas keluar wad pak cik akan ajar kamu full synchro dengan armor equipment tahap seterusnya..." Luqman dengan Aminudden melihat dengan pandangan mata yang bersinar.
"Lepas keluar dari wad...." ujar Ikhwan lembut nadanya,tapi tegas penyampaiannya.
"Baik...." ujar Luqman tersengih.
"Am...kenapa tak synchro masa tu?" Soal Ikhwan menoleh ke arah Aminudden,Luqman terkejut dengan soalan bapa saudaranya pada adiknya.
"Err...." belum sempat Aminudden menjawab,Luqman memotong perbualan mereka.
"Sekejap! Sekejap! Apa maksud pak cik?!" Luqman mencelah dan reaksi yang terkejut.
"Apa kena dengan kamu ni Luq?" Ikhwan kehairanan dan Alisa sekadar menjadi penonton sahaja.
"Cik Wan maksudkan Aminudden boleh gunakan full synchro?" Soal Luqman menuding jari pada Aminudden.
"Yup dia boleh gunakan...."
"Cik ajar dia ke?"
"Aku belajar dari Falcon la ngek..." Aminudden menyampuk dan Luqman terkejut.
"Full synchro bergantung pada minat spirit beast pada tuannya..jika dia suka serta yakin pada tuannya..jadi tuannya bertuah dan berjaya untuk menajamkan skillnya...tapi jika sebalik agak sukar..." terang Ikhwan sambil memeluk tubuhnya.
"Eh?" Luqman masih kurang faham.
"Kirin kurang keyakinan pada Luqman,dan dia meragui kekuatan Luqman untuk asimilasi dengan dia...sebab bila synchro kamu dan spirit beast satu badan..jika kamu mati,dia mati sekali..." Alisa mencelah dan Luqman hanya tergamam.
"Saya tak sangka awak tahu juga mengenai hal ini...." ujar Ikhwan dan bingkas bangun,Aminudden hanya memerhatikan bapa saudaranya.
"Saya juga seorang srikandi..." ujar Alisa turut bangun dari katil.
"Korang berdua rehat dulu ya...sampai dibenarkan keluar..." ujar Ikhwan beredar bersama Alisa.
"Tapi kalau kamu berdua lari dari wad..pak cik letupkan kamu berdua pakai meriam...faham?"
"Erk!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top