CHAPTER 6 : L,A,I ARC ACT 1
Pintu tingkat teratas istana dibuka,kaki seseorang keluar melangkah dan menjejak di lantai tingkat teratas. Ikhwan menggeliat dan mengerang lemah,dia masih terasa mengantuk kerana Alisa turut memasuki biliknya malam tadi. Nasib baik dia masih berjaga,dan tidur di atas lantai beralas tilam simpanan.
Dia berjalan menghampiri jejaring yang dipasang keliling tingkat,dia memandang ke bawah kelihatan beberapa orang suruhan istana berjalan sambil berbual rancak. Dia kemudian menunduk dan terus duduk di atas lantai,lalu baring dan beralas kedua tangannya yang disilangkan.
Awan putih dan langit kebiruan,matanya tertacap memandang ke atas langit serta kepulan awan. Sedikit demi sedikit matanya mula berat,lalu akhirnya dia terlelap di situ.
Luqman melihat cermin di dalam bilik airnya,rambut putih diamati dan hanya keluhan dapat kedengaran. Kuasa kilat spirit beast miliknya menyebabkan rambutnya warna sebegitu,dia kemudian mencuci mukanya lalu keluar dari bilik air.
"Aik? Tidur lagi budak sekor ni?" Luqman tersengih apabila adiknya tidur lena di atas katil.
"Min! Bangun la...dah naik matahari ni weh!" Kata Luqman menggerakkan badan Aminudden.
"Ala....lima minit lagi..." ujar Aminudden memeluk bantalnya,Luqman hanya menghela nafas pendek dan geleng kepala melihat perangai adiknya.
Knock! Knock!
Pintu bilik diketuk dan Luqman menoleh,Aminudden turut menyedarinya. Siapa pula datang ke biliknya,ibunya jauh sekali kerana jarak rumah Reezal dengan istana agak jauh. Berpuluh tapak jika berjalan,putera Mentari yang telah berkahwin diberi rumah yang terletak dalam kawasan istana.
Jadi bagi yang belum berkahwin,contohnya seperti Raffie,Yusri dan Ikhwan juga termasuklah Luqman dan Aminudden. Setiap putera diberi satu bilik,kecuali Luqman dan Aminudden diberi bilik yang agak besar. Tidak lupa juga pada adik kecilnya,Intan.
"Intan?" Luqman terkejut apabila pintu dibuka,adik kecilnya yang berusia 14 tahun berada di hadapan pintu.
"Mana abang Min?" Soal Intan menjengah ke dalam.
"Tu ha...tidur lagi.." Luqman menunjukkan susuk tubuh yang berselubung cadar,Intan segera masuk ke dalam bilik abangnya.
"Haih....cepat la bangun,bukan kita ada perkara yang perlu diselesaikan hari ni?" Intan mengerutkan dahinya,sambil menghampiri Aminudden yang sedang berselubung.
"Ye....ye...tahu la.." Aminudden lantas bangun dan menguap,kemudian mengusap rambutnya.
Intan sekadar tersenyum dan Luqman menghela nafas pendek,dia tahu Aminudden banyak beralah dengan adik perempuan mereka. Sebab itu Intan lebih manja dengan Aminudden,berbanding dirinya mewarisi ketegasan daripada ayahnya.
Sedang dia mengelamun sendirian,kedengaran suara orang menguap panjang. Dia toleh ke arah kanan luar biliknya,Ikhwan yang sedang berjalan ke arahnya.
"Asalamualaikum..." sapa Luqman.
"Waalaikumussalam...ouh Luqman.." jawab Ikhwan mengangkat tangan.
"Pagi cik...."
"Pagi gak.....bye..."
"Ehehe..bye.." Ikhwan berlalu melambai melepas pintu biliknya,Luqman melihat bapa saudaranya pergi sehingga Ikhwan membelok di hujung sudut dinding.
"Mamai lagi...ni mesti cik Alisa masuk bilik dia lagi.." ujar Intan menjengah kepalanya.
"Ha? Cik Alisa? Masuk bilik cik Wan?" Luqman terkejut dan masuk semula biliknya,kemudian mengunci pintu.
"Yeah....dah selalu cik Alisa buat macam tu..." ujar Intan sambil mengemas cadar dan tilam abangnya.
"Hoaaah.....mengantuk betul..." ujar Aminudden mula sedar dari mamai.
"Siapa suruh lewat...." ujar Luqman sambil duduk di kerusi.
"Haha....well..aku ada game best...tak syok tak layan..." balas Aminudden tersengih,Intan sekadar menggelengkan kepala sebaik sahaja habis mengemas.
"Hey dik,tak payah la susah-susah,nanti bersepah balik.." ujar Luqman menoleh ke arah adiknya,Intan.
"Abang berdua jangan la sepahkan bilik ni...kena ingat kamu berdua putera,not a common people..." Intan mula berceramah,Luqman serta Aminudden hanya ketawa sahaja. Pintu bilik diketuk dengan tiba-tiba,membuatkan mereka bertiga tersentak dan Luqman segera menuju ke pintu.
"Boleh kita gerak sekarang?" Wajah Nabill muncul di hadapan pintu,guardian second city.
"Abang Nabill...okay kita gerak sekarang..."
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Tiga hari sebelumnya......
Ikhwan yang beredar pergi diperhatikan oleh Luqman,Aminudden pula sedang bergurau dengan Intan. Selepas perjumpaan dengan para panglima,askar pangkat kapten dan kumpulan assassin. Luqman hanya menghela nafas panjang,dia sedang kebosanan dan jelas terpampang pada raut wajahnya. Siddiq dan Aqirah awal-awal lagi sudah beredar kerana ada misi penting,Nabill salah satu 10 Guardian menyedari hal itu dan menghampirinya.
"Yo putera muda..." sapa Nabill tersenyum,kemudian dia menunduk hormat pada Alisa dan lain-lain.
"Abang Nabill...lama tak jumpa.." ujar Luqman selepas menunduk kepalanya juga.
"Yeah lama tak jumpa..." Nabill duduk di sebelahnya.
"Bosan je muka...?" Nabill membuka topik,Luqman hanya mengeluh nafas berat.
"Bosan la bang...saya duduk terperap di istana sekarang ni.." jawab Luqman sambil memegang pada kerusi di hadapannya,bapanya iaitu Reezal pula sibuk berbincang dengan Aswandy dan yang lain.
Mendengar keluhan si putera,Nabill seperti berakal untuk mencari idea yang bagus. Dia juga ada mendapat pesanan daripada Ikhwan,supaya menjaga anak saudaranya jika perlu. Nabill Hans adalah salah satu 10 Guardian yang menjaga Second City,bersama Azlee Abdullah. Dia merupakan paling muda,berusia 18 dan spirit beast miliknya adalah Silver Wolf.
"Biasa keluar dengan putera bongsu?" Satu suara menegur,Nabill serta Luqman menoleh. Orang itu adalah Azlee,tersenyum selamba.
"Memang la...dia ada urusan peribadi,tak elok ganggu..." balas Luqman menongkat dagunya.
"Kau ada idea ke,abang Lee?" Soal Nabill memandang Azlee.
"Hmm...hey Mel...!" Azlee berfikir sejenak,kemudian Jamel yang berbual dengan Jane dipanggil.
"Eh?" Luqman tidak faham apa yang terjadi,Jamel menghampiri Azlee dan Jane mengekorinya dari belakang.
"Ada apa?" Soal Jamel sebaik mendekati Azlee.
"Kau sabtu ni ada misi kan..?" Soal Azlee memegang dagunya.
"Ha'ah...kenapa dengannya?" Soal Jamel lagi masih tidak faham.
"Misi kelas S kalau tak silap...kan?'' Nabill mencelah,Jamel mengangguk dan menyedari Luqman turut ada di situ.
"Misi apa tu cik Jamel?" Soal Aminudden dengan tiba-tiba muncul,membuatkan Jamel terkejut.
"Astagfirullah...ingat sapa tadi,terkejut aku..." ujar Jamel memegang dadanya.
"Maaf...maaf,jadi misi apa?" Aminudden mengusap belakang Jamel.
"Misi siasatan...aku malas sebenarnya nak pergi,sebab cuma tengok-tengok jer..."
"Kalau macam tu biar kami berempat pergi.." Nabill mencadangkan dan Jamel berfikir sejenak.
"Okay gak tu....tapi berempat? Siapa pergi? Kau?" Jamel menduga sambil menuding jarinya pada Azlee.
"Tak....aku,putera muda Luqman,putera muda Aminudden dan puteri Intan Faressa..." sebaik sahaja Nabill menghabiskan ayatnya,masing-masing menjerit terkejut kerana mendengar nama Intan Faressa.
"Saya nak ikut juga..." Intan mengangkat tangan,Alisa hanya mendengar sahaja perbualan mereka. Tidak mahu masuk campur,kerana tidak melibatkan Ikhwan.
"Baiklah tiga hari...." ujar Jamel mengingatkan pada Nabill.
"Cantekk! Jadi aku kena mintak kebenaran dari putera Reezal.." kata Nabill sambil mencekak pinggangnya,menoleh ke arah Reezal yang masih dalam perbincangan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Masa sekarang....
"Misi memerhati?" Soal Aminudden dalam kepada Nabill,mereka semakin hampir ke arah kereta jenis Mitsubishi Evo 10.
"Waa....kereta lama,tahun terakhir pengeluaran pada tahun 2015..smart bro!" Ujar Luqman mengamati bentuk kereta itu.
"Haha....susah nak cari ni...jom gerak" ujar Nabill tersengih dan masuk ke tempat pemandu,Luqman masuk di tempat hadapan penumpang.
"Yea!" Intan pula memasuki tempat duduk belakang,Aminudden turut menyusul.
Kereta jenis Mitsubishi itu mula bergerak keluar,meninggalkan kota istana dan meredah jalan kota pertama. Ikhwan melihat kereta tersebut beredar pergi,dia menongkat dagu di jendela istana. Sedang dia merenung ke luar,muncul visual skrin dan imej Yusri muncul tersengih.
"Risau ke? Hehe...." soal Yusri pada Ikhwan.
"Kau pulak? Tak risau?" Soal Ikhwan masih menongkat dagunya.
"Ye risau der...tenang dah la.." ujar Yusri mengangkat kening sebelah kirinya.
"Kau ada nampak aku tak tenang ke....?" Balas Ikhwan.
"Hehehe......"
Nabill memandu kereta meluncur laju di jalan,atas lebuhraya dan dia sekadar melihat reaksi selamba Luqman menongkat dagu. Misi mereka adalah sekadar meronda kawasan kampung lama,malah telah ditinggalkan dan pastikan tiada sebarang masalah langsung.
Nabill Hans,umur 18 dan spirit beast miliknya adalah Silver Wolf. Teknik kemahiran adalah pengendalian senjata api,serasi dengan kuasa Silver Wolf yang mampu menyeru segala jenis senjata api. Kemudian bunyi bip berulang kali menyedarinya dari lamunan,dua memeriksa pada skrin dan menyatakan mereka sudah hampir destinasi.
"Nampaknya kita dah nak sampai..." ujar Nabill membelok satu simpang di lebuhraya itu,untuk jalan pintas masuk ke kampung itu.
"Betul ke sini?" Aminudden menyoal dan memerhatikan kawasan jalan pintas,malah keadaan jalannya yang tidak rata. Nabill menghentikan keretanya,tiga beradik itu mendiamkan diri.
"Sekejap....jalan teruk,jadi kena tukar mode..." ujar Nabill menekan satu butang pada skrin sesentuh,kemudian kereta itu seperti semakin tinggi. Luqman memeriksa pada skrin dan terkejut,kerana tayar kereta bertukar besar seperti jenis kenderaan 4 wheel drive.
"Stand by...please wait.." suara wanita kedengaran.
"Kereta ni sedang tukar mode...!" Ujar Aminudden terkejut,Intan pula terasa teruja.
Kereta itu berubah pada badannya,mula menambah sedikit pada skirt bumper,side dan spoiler turut disembunyikan. Tayar kereta pula berubah bentuk yang besar,steering kereta turut berubah jenis yang sesuai.
"Mitsubishi Evo 4WD mode....complete..."
"Okay...kita boleh bergerak sekarang..." ujar Nabill selamba,tersengih melihat reaksi tiga beradik itu. Kereta yang pada mulanya adalah jenis perlumbaan,berubah menjadi kenderaan 4 Wheel Drive.
"Macam Transformer...."
Jauh dari jarak mereka berada,sepasang mata memerhatikan mereka. Tidak dapat dikenal pasti sama ada manusian ataupun binatang,mahupun binatang yang pelik. Ikhwan yang masih berada di tingkap,menurunkan tangannya dari terus menongkat dagu. Dia melihat pada satu arah,air mukanya serius dan itu Yusri menyedarinya.
"Kenapa Wan?" Soal Yusri ingin tahu.
"Aku harap misi mereka sekadar memerhati..." Yusri kurang faham.
"Aku mula terasa tekanan yang kuat dari arah yang sama..." ujar Ikhwan lagi dan Yusri membulatkan kedua anak matanya.
"Luqman,Aminudden,Intan...please be safe..."
Okay info untuk pembaca,kali ni Arc akan menerangkan mengenai tiga adik beradik. Luqman Reezal (16),Aminudden Reezal (15) dan Intan Faressa Reezal (14).
Gambar yang ada diselitkan itu bukan la gambar sepenuhnya,tapi bagaimana reference yang sesuai untuk digambarkan.
Watak utama (Ikhwan Solleh) akan diketepikan dahulu,untuk memberi laluan pada watak adik beradik yang lain.
Soalan : ada follower nak tanya soalan?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top