CHAPTER 55 : CHILDPLAY
Malam itu agak sunyi dan tiada bunyi cengkerik atau sewaktu dengannya,Aminudden sudah tidur nyenyak lama. Jamel hanya menjengah melihatnya,kemudian sekadar menggelengkan kepalanya. Dia bagai tidak percaya wujudnya dunia lain,dulu semasa kecil perkara ini pernah diberitahu oleh ketua puaknya mengenai wujudnya dunia lain. Seperti tidak masuk akal jika difikirkan,kemudian dia terfikir keadaan Jane.
"Aku harap dia tidak merajuk..." ujar Jamel menghela nafas pendek,lalu baring dan tidur.
Khemah Ikhwan dan Alisa pula berlainan kerana Ikhwan tidak dapat tidur,Alisa hanya melihat Ikhwan yang sedang memeriksa sesuatu pada telefon visualnya. Entah apa yang dicari olehnya,Alisa sekadar tersenyum lalu mendekatinya. Kepalanya diletakkan pada bahu kiri Ikhwan,terkejut dengan tindakan Alisa itu Ikhwan sekadar mengusap kepalanya.
"Can't sleep yet?" soal Alisa dan Ikhwan sekadar tersenyum.
"Ha'ah...jika saya berada di tempat baru atau tidak dapat dikenal pasti..memang perkara biasa.." balas Ikhwan dan Alisa seperti risaukannya.
"Jangan risau..paling biasa satu hari je..lepas tu saya dah okay.." ujar Ikhwan menoleh ke arah Alisa,kepala Alisa diusap perlahan olehnya.
"Sudah la...tu,awak masuk tidur dulu..okay?" pinta Ikhwan lembut dan Alisa senyap.
"Eh...? La...dah tidur? Adoi....hmm" Lantas Ikhwan meletakkan Alisa disebelahnya,kemudian selimut ditarik untuk menutupi tubuh Alisa.
"Sleep well my queen..."
Matahari terbit dengan cerah pagi itu,Aminudden menggeliat kemudian menyedari Jamel masih lagi lena. Lantas dia segera keluar dari khemah,dia perasan Ikhwan sedang berdiri merenung ke arah kawasan matahari terbit. Dia perlahan-lahan menghampiri Ikhwan,menyedari dengan kehadiran Aminudden,Ikhwan sekadar tersenyum menoleh ke arah anak saudaranya.
KRAHH......
"Huh?" Ikhwan dan Aminudden menoleh serentak,beberapa makhluk pelik muncul di hadapan mereka.
"Apa pula pagi-pagi ni.." Rungut Aminudden.
"Am...!"
"huh?"
"Care to morning exercise with uncle?"
"With my pleasure..hahah"
Alisa bangun dari tidurnya dan menoleh di sebelahnya,Ikhwan sudah tiada di sebelahnya lalu dia bangun keluar dari khemah. Dia menggosok matanya kemudian menyedari Ikhwan sedang mengibaskan tangannya yang sedang membara api merah,Aminudden pula sedang menghentak makhluk yang terakhir.
"Pagi-pagi dah muncul..haih" rungut Aminudden.
"Okay la tu..ada gak bahan nak buat senaman pagi" kata Ikhwan menepuk bahu anak saudaranya,Alisa sekadar tersenyum melihat Ikhwan yang sedang bergurau dengan Aminudden.
"Pagi...hoah...." Jamel keluar dari khemah dengan muka mengantuknya.
"Lambat betul kau bangun..matahari dah terbit awal dah.." ujar Ikhwan mencekak pinggang sebelah tangan.
"Ahahah....korang sempat pulak tibai natang tu..pe? Pelik semacam..." kata Jamel menudingkan jarinya pada makhluk yang bergelimpangan di hadapan Ikhwan serta Aminudden.
"Entah la...aku mana la tahu natang tempat dunia ni.." jelas Ikhwan menoleh ke arah makhluk yang ditumbangkan olehnya,kemudian Ikhwan mengaktifkan api biru lalu membakar makhluk yang sudah tidak lagi bernyawa. Pada masa yang sama juga,Isabelle yang sedang duduk bersantai menghirup udara pagi yang segar mengesan kuasa tersebut.
"That power again..." gumamnya perlahan.
"Baiklah...korang shall we move?" ujar Ikhwan selepas membakar habis makhluk tersebut.
"SURE!" kata Aminudden mengangkat tangannya.
"Why not...HOAHHHH....." kata Jamel.
"Sudah-sudah la menguap tu..." Ikhwan berkata sambil menggelengkan kepalanya.
"Tu la...bleh speaking plak tu.." tambah Aminudden menggaru dagunya menjeling Jamel.
"Aku faham gak english..tapi tak semua...tapi kalau korang bantai semua b.i memang aku tak boleh nak go on ler..." balas Jamel menekan sesuatu pada khemah dan berubah menjadi kapsul semula.
Alisa sekadar ketawa kecil dan menoleh keadaan sekeliling,tiada tanda-tanda mencurigakan dapat dia kesan buat masa ni. Ikhwan pula memeluk tubuhnya dan mendongak ke atas langit,burung-burung berterbangan sambil berkicauan merdu. Kemudian dia memulakan langkah beredar dari kawasan tersebut,Alisa menyusul dan diikuti Aminudden serta Jamel yang terakhir.
Astland Castle
"Kau ni kenapa? Muka macam cacing kepanasan je?" Soal Aydan sebaik menghampiri Isabelle.
"Sibuk la kau..jangan kacau la.." kata Isabelle merengus geram.
"Pulak? Tanya elok-elok kena marah..tu belum campur tanya maki hamun tu...." Omel Aydan menggelengkan kepalanya.
"Kau tu tak ada rasa apa-apa ke semalam?" soal Isabelle menjeling ke arah Aydan,namun pemuda itu menggaru dahinya.
"Kau dapat rasa apa?" ujar Aydan mengerutkan dahinya dan Isabelle menekup mukanya lalu menghela nafas pendek.
"Bengap betul la abang kembar aku sorang ni lah...aku dapat kesan daya tenaga yang amat kuat dan kau blah tinggalkan aku sorang-sorang masa tu..." jelas Isabelle merenung abang kembarnya itu.
"Hmm...Demonic Spirit?" soal Aydan menggaru dagunya.
"I'm not sure.....but that power very strong.....like Pierce..." jelas Isabelle lagi.
"Huh? Naga tua tu? Mana mungkin ada naga sekuat dia..." balas selamba Aydan.
"I hear that kid...." suara garau mencelah dan Aydan menelan air liur,Isabelle hanya memeluk tubuh melihat gelagat abang kembarnya.
Aydan de la Ralynne adalah pewaris naga selepas bondanya Annabella de la Fryswellendine,namun berlainan dengan sikap kembarnya iaitu Isabelle de la Raylnne,dia sukakan kebebasan. Tapi disebabkan dia kalah pertaruhan dengan ayahandanya,Eidan de la Ralynne dia terpaksa mengikut kata ayahandanya menjadi crown prince. Biarpun seorang putera namun sikap tidak melambangkan seorang putera jika dilihat oleh orang luar.
"Betul pe kau naga tua,dah beribu tahun kau hidup kan?" kata Aydan selamba dan sudah biasa bergaduh dengan Pierce.
"Herr...kenapa la Anna malang sangat dapat pewaris macam kau ni...malas la nak layan baik tidur balik lagi bagus dari layan budak pra-matang macam kau ni..hmph.." kata Pierce selamba dan terus senyap.
"Biadab betul...grr" keluh Aydan dan dia terdengar deheman adik kembarnya.
"Erk...Isabelle..hehe...sorry i forgot okay lets continued...what kind power? Like Pierce? You really believe that?" soal Aydan wajahnya kembali serius.
"Ehem..thats true...." jawab Isabelle memeluk tubuhnya.
"Nemesis?"
"No..because that power not sense as a negative or demonic...but same like Holy Beast..." Aydan membesarkan matanya terkejut.
"Woo....you not joking right?"
"I'm afraid not...." Aydan terdiam dan menundukkan kepalanya sambil dagunya diusap perlahan,dia mendongak ke atas langit.
Someone with the power like Holy Beast?
Ikhwan dan yang lain-lain tiba di sebuah bandar,mereka cuba mencari maklumat yang berguna namun sekadar kecewa mereka dapat. Masing-masing berehat di tepi jalan bandar,dan orang awam yang berada di situ memerhatikan mereka. Mungkin dari gaya penampilan baju mereka begitu berbeza dengan orang di bandar,Jamel menguap panjang dan menyebabkan orang awam yang memerhatikannya segera beredar. Ikhwan sekadar menggelengkan kepalanya,lantas memejamkan matanya.
"Bagaimana Karma?" Ikhwan berinteraksi dengan Karma.
"Tiada apa yang dapat aku cari...jika aku buat lebih dari itu,orang yang berkuasa di dunia akan mengesan aku..." Balas Karma.
"Ini memang teruk" kata Ikhwan dan kembali membuka matanya.
''Ikhwan?" Alisa terkejut dengan tindakan Ikhwan yang beredar dari situ.
"Kita cari maklumat di tempat lain..." cadang Ikhwan dan Alisa sekadar mengangguk serta mengekorinya. Jamel dan Aminudden berpandangan,mereka berdua hanya mengangkat bahunya.
"Kenapa ni?" Soal Alisa risau.
"Saya okay..." ujar Ikhwan berjalan sehingga keluar dari bandar di pintu satu lagi.
"Cuma kita termasuk ke dunia lain,saya agak bingung...." kata Ikhwan masih lagi berjalan namun perlahan,Alisa hanya tersenyum mendengar jawapan Ikhwan lalu tangannya memegang tangan Ikhwan.
"Alisa?"
"Kita sama-sama hadapinya...bukan awak seorang diri okay?" Pujuk Alisa dan Ikhwan sekadar mengangguk lemah.
KYAAA!!
Ikhwan dan Alisa serentak terkejut,apabila mendengar jeritan seorang perempuan pada satu arah. Jamel dan Aminudden berpandangan,kemudian segera berkejar ke arah jeritan itu berada. Mereka melepasi Ikhwan serta Alisa,kemudian berlari dengan langkah yang pantas. Pada masa yang sama makhluk yang serupa orc cuba mendekati seorang wanita sudah terbaring di atas lantai,ketakutan melihat rupa orc yang begitu hodoh.
"Dunia ni pun ada natang hodoh macam ni ke?" Soal Jamel menggaru kepalanya,Aminudden awal-awal sudah melakukan serangan mengejut.
"Falcon Double kick!" Satu tendangan dua kaki menujah pada orc tersebut,terseret jauh orc dibuat oleh Aminudden.
"Cik adik okay?" Soal Jamel memapah gadis tersebut,dan segera membawa ke tempat yang jauh sedikit daripada Aminudden serta orc yang tercampak ke belakang.
"Tak elok serang seorang wanita..." ujar Aminudden menggoyangkan jari telunjuknya,orc itu bangkit semula dan mengaum sekuat hati.
"Pergh....kuatnya bau..berapa lama tak cuci gigi ni?" Seloroh Aminudden bersahaja sambil mengibas tangan di hadapan muka,orc itu tiada balasan dan menyerbu ke arah Aminudden.
"Hoho...this should be fun...." ujar Aminudden mendepakan tangannya,air mukanya serius dan meluru ke arah yang sama dengan orc tersebut.
Satu tumbukan dihayunkan oleh orc tersebut,Aminudden mengelak dengan melompat ke udara. Orc tersebut tersengih licik,lantas senjata pada tangan satu lagi dihayun ke arah Aminudden dengan deras. Lengan Aminudden dibuat perisai lalu,akibat tetakan senjata seperti bentuk belantan baseball membuatkan Aminudden tercampak jauh. Jamel yang sudah membantu gadis itu menyelamatkan diri,menyedari keadaan itu lalu melompat serta menyambut Aminudden.
"Putera muda okay?" Soal Jamel kemudian menoleh ke arah Orc yang sedang berjalan menuju ke arah mereka.
"Saya okay cik Jamel.....tapi orc tu memang kuat...dia seolah-olah pandai berlawan...tu yang tercampak..saya ni" jelas Aminudden sambil mengurut lengannya.
GROAHHH!!
Jeritan ngauman Orc itu kuat kedengaran oleh mereka berdua,tidak lupa Ikhwan dan Alisa yang menjadi penonton sahaja. Jamel dan Aminudden berpandangan lalu tersengih licik,kemudian Jamel meregangkan ototnya. Setiap bunyi dikeluarkan dari leher ke lengan dan jari-jemarinya,kemudian Jamel menumbuk dan menarik tanah menjadi ketulan besar pada cengkaman tangannya.
"Oi mak ko hijau Orc...sambut hadiah untuk kau!" Jerit Jamel membaling ketulan tanah gergasi ke arah Orc tersebut,Orc itu seolah-olah tidak takut kemudian tersengih.
"Huh?" Jamel terasa pelik dengan senyuman Orc tersebut.
GROARR!!
DUSH!
KROUNGG!!
Aminudden dan Jamel tercengang kerana Orc tersebut menumbuk hancur ketulan gergasi itu,dan pada mulanya tercengang Aminudden serta Jamel tergelak besar. Mereka ketawa sehingga Orc itu terasa hairan.Alisa turut sama dan menoleh ke arah Ikhwan.
"Mainan kanak-kanak" Serentak tiga pemuda itu berkata,Jamel dan Aminudden bersiap sedia membuka langkah.
"Harimau Putih..." ujar Jamel tersengih licik.
"Aku dah lama sedia..." Seekor Harimau putih berperisai bersuara.
"Bagus...tangan aku dah menggigil ni.." kata Jamel.
"Falcon...." kata Aminudden pula.
"Ready when you are my lord.." sahut Falcon.
"Cakar Harimau Puaka..." Jamel membetulkan kekudanya,Aminudden menyusul di sebelahnya dan Orc itu seperti faham lalu bersiap sedia.
"Flame Arts Style...." bisik Aminudden dan Jamel terus meluru ke arah Orc itu dengan larian yang begitu pantas,Orc tersebut seperti kaku kerana gerakan larian Jamel begitu pantas. Kemudian dengan sepantas kilat Jamel dengan Aminudden sudah berada di hadapan Orc tersebut.
"Ribuan Cakaran Tanpa Bayang!!" Serangan cakaran tanpa henti di udara,Aminudden pula tangannya sudah membara menyala api merahnya.
"Crimson Wings Slash Heaven!!" Serangan Aminudden berunsur api,berbentuk seperti sayap merempuh Orc tersebut dan membakarnya sehingga menjadi debu.
"See? I told...just childplay..." ujar Ikhwan sambil memerhatikan mereka berdua dengan memeluk tubuh,Alisa mengurut dadanya tanda lega.
"Kerja bagus putera..!" Jamel berkata sambil bertepuk tampar dengan Aminudden.
"Cik Jamel pun apa kurangnya...ribuan cakaran tanpa bayang! Zas! Zas! Haha" ujar Aminudden mengajuk gerakan Jamel sebentar tadi,Alisa hanya memerhatikan mereka berdua sambil menggelengkan kepalanya.
"Oh My God...."
=============================================
Okay guys! Habis satu episod baru..so macam mana boleh terima untuk peminat cerita Sylvania..lepas ni mungkin Ikhwan dan Aydan akan bertembung...
So guys...keep support...
Love you all...muah
(Bow)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top