CHAPTER 54 : CAMPING BREAK?

Jamel yang masih dalam keadaan terkejut mengekori Ikhwan dan yang lain-lain,biarpun sukar untuk dipercayai namun dia sudah berada di dunia lain. Alisa yang memerhatikan keadaan Jamel,mencuit lengan baju kot Ikhwan.

"Jamel tu okay ke tak?" Soal Alisa risau.

"Jangan risau...dia tu kuat..nanti dia okay la kejap lagi.." balas Ikhwan tersenyum.

"Cik Okay tak ni?" soal Aminudden menjengah ke arahnya.

"Aku nampak macam okay ke?" Jamel berkata dengan mukanya kurang bersemangat,Ikhwan dan Alisa sekadar terus berbual.

"Sekarang apa plan kau putera?" soal Jamel dan Ikhwan segera menghentikan langkahnya,Alisa dan Aminudden memfokuskan pada Ikhwan.

"Plan aku? Kita kena mencari maklumat apabila kita tiba di perkampungan nanti.." ujar Ikhwan sambil menyambung perjalanannya.

"Takkan itu saja...." Jamel mengerutkan dahinya sambil mendepakan tangannya.

"Hmm..betul juga,sebab kita tak tahu sini guna duit jenis macam mana.." balas Ikhwan sambil mengusap dagunya.

"Ha..baru sekarang nak fikir..." keluh Jamel menghela nafas pendek.

"Kira okay dari depan kaunter check in baru nak fikir..." ujar Ikhwan sambil tersenyum mengangkat kening.

Jamel sekadar mendesah dan Ikhwan segera menyambung langkahnya,Alisa dan Aminudden sekadar mengekori dari belakang. Tidak sampai beberapa jam mereka berjalan,akhirnya tiba di satu perkampungan yang agak meriah. Tapi dari gaya pemakaian mereka begitu berlainan,Ikhwan menoleh ke arah Jamel dan mengangguk faham.

"Kita akan berpecah dua kumpulan,Am kau dengan Jamel..pak cik dengan Alisa..." arah Ikhwan dan selepas diberi penerangan mereka berdua segera berpecah.

"Hmm....macam mana kita nak berinteraksi dengan manusia di dunia ni?" soal Alisa selepas berjalan beberapa langkah,Ikhwan memandang ke arahnya sambil berfikir dan hanya mengangkat bahunya.

"Well lets give a shot..." Ikhwan segera menghampiri salah satu penduduk di situ yang sedang berehat.

"Err..maafkan saya..." Ikhwan menegur dengan berhati-hati,lantas penduduk yang sedang berehat menoleh ke arahnya.

"Ye...ada apa-apa yang boleh saya tolong?" soal penduduk itu sambil tersenyum,Ikhwan menghela nafas lega kerana dia boleh bercakap dengan bahasa normal.

"Macam ni saya ingin tahu...jika ada perkara pelik berlaku di sekitar sini?" Soal Ikhwan dan raut wajah penduduk itu berubah cemas.

"Jangan risau..jangan takut..saya cuma bertanya..." kata Ikhwan lagi menenangkan penduduk itu.

"Perkara pelik ye? Rasanya seperti ada satu..." kata penduduk itu.

"Ouh...boleh ceritakan?" Pinta Ikhwan sambil tersenyum.

"Jika tidak silap beberapa bulan lalu kecoh tentang kerabat tertinggi diraja kena serang tanpa tahu penyerangnya.." ujar penduduk itu sambil mengusap dagunya.

"Kena serang tapi tak tahu penyerangnya?" Ikhwan mula terasa pelik,dia sendiri pun minta berita pelik memang pelik dapatnya.

"Bagaimana keadaan mangsa...?" Soal Ikhwan lagi.

"Mangsa kehilangan banyak darah dan dari apa yang saya dengar,katanya penyerang disyaki mencuri darah mangsa..." tambah penduduk itu menerangkan dengan bersungguh-sungguh,Ikhwan dan Alisa berpandangan sesaat.

"Baiklah...terima kasih..." ujar Ikhwan bersalaman dengan penduduk itu,Alisa menunduk hormat kemudian berlalu meninggalkan penduduk itu.

"Hmm...mereka daripada mana ye? Pakaian mereka berbeza..." ujar penduduk itu sambil menggaru dagunya.

"Bagaimana?" Alisa menyoal Ikhwan.

"Masih kurang jelas..seolah-olah saya terlupa mengenai sesuatu..." ujar Ikhwan menoleh ke arah Alisa.

"Putera..." Jamel muncul bersama Aminudden.

"Bagaimana?"

"Kurang jelas...diorang cakap pasal kerabat diraja kena serang,darah kena curi...dalam 18 orang mangsa setakat ini..." jelas Jamel memeluk tubuhnya.

"Ini dah jadi kes serius ni..." kata Aminudden mengangguk.

"Sabar....kita kena fikirkan sesuatu..tapi sebelum tu kita kena bergerak terus...mana tahu jumpa capital city?" Balas Ikhwan bersahaja.

"Jika itu sahaja peluang untuk dapatkan maklumat yang lengkap...aku ikut je.." kata Jamel yang masih memeluk tubuh.

"Jadi kita bergerak sekarang...." ujar Aminudden dan Ikhwan serta Alisa mengangguk bersetuju.

"By the way...can i ask you something?" Alisa menghentikan langkah Ikhwan.

"Semasa Z kata kita berada di dunia Sylvania...awak macam terkejut dan seperti tahu mengenainya..." tambah Alisa lagi,Ikhwan menoleh ke arah Jamel dan pemuda berambut panjang itu mengangguk tanda tak ada masalah jika Alisa ingin tahu.

"Sylvania merupakan dunia dimensi yang antara terdekat dengan dunia kita..jadi ada yang tertulis dalam Lost Temple itu diterjemahkan pada dokumen yang awak dan Am baca...jadi sebenarnya Lost Temple itu adalah tempat asal satu puak belajar mengenai Secret Dark Magic..." ujar Ikhwan menyandar dinding.

"Secret Dark Magic?" Alisa terkejut dan Aminudden turut sama tercengang.

"Peristiwa itu berlaku semasa zaman pengasas negara Mentari...raja Iskandar Syah Aludin...dan dia cuba berunding dengan ketua di situ namun hampa keputusannya dan raja Iskandar Syah terpaksa mengambil keputusan supaya menyerang tempat dipanggil Lost Temple...namun raja Iskandar tetap seorang manusia dia hanya kurung ketua tempat itu di antara dua dimensi...iaitu antara dunia kita dan dunia Sylvania...."

"Tapi bagaimana awak tahu mengenai Sylvania...?" Soal Alisa lagi.

"Setiap tulisan tugu pada dinding itu menceritakan dunia itu...dan juga mengenai dunia lain.." jelas Ikhwan.

"Teori yang boleh diambil kira portal itu memang aktif sejak kali terakhir serangan itu,dan mungkin masa kita kena sedut masuk tu adalah cubaan seseorang untuk memasuki atau membuka ruang dimensi...." tambah Ikhwan lagi.

"Untuk apa?" Soal Jamel.

"Membebaskan ketua yang dikurung pada dimensi antara dua dimensi?" Mendengar jawapan Ikhwan mereka terkejut.

"Well...kisah tu sudah berlaku beribu tahun yang lalu..tak mungkin ada anak murid dia or something like that try to release the leader.." kata Ikhwan tersenyum.

"Yeah english..." ujar Jamel menggaru dagunya.

"Tapi kalau anak murid yang pak cik katakan masih berusaha..tak mustahil jika orang itu masih hidup..contohnya magik hitam untuk kekal abadi?" ujar Aminudden memberi pendapat dan Ikhwan terdiam sejenak,apabila diingat semula ada tercatat mengenai magik untuk kekal abadi dalam rekod istana.

"Kadang kala otak kau ni boleh guna gak ye Am?" ujar Ikhwan sambil memeluk tubuhnya.

"Amboi gurau kasar pak cik ni..." kata Aminudden pula menjeling tersenyum ke arah bapa saudaranya,Alisa menggelengkan kepalanya.

"Satu lagi putera..." Jamel mencelah kerana mengingati sesuatu yang penting.

"Ye Mel? Ada sesuatu yang kau ingat?"

"Aku tadi baru teringat ada tanya apa nama tempat ni..dan ada yang menjawab ini berdekatan dengan kerajaan dipanggil Earthland...." jelas Jamel mengusap belakang kepalanya.

"Kerajaan Earthland...." Ikhwan hanya mengangguk dan menyambung perjalanannya dan disusuli yang lain.

Pada masa yang sama Aydan yang baru beredar meninggalkan Isabelle sedang duduk berehat di taman,dia mula kebosanan yang teramat dan ingin keluar mencari keseronokan. Dia sudah dapat agak ayahanda serta bondanya tidak akan memberikan keizinan untuknya,jadi dia mengambil keputusan untuk menyelinap keluar.

"Kau nak ke mana?" suara orang yang dia kenali menegur dari belakang.

"Pak cik Zen....err.." Aydan mendesah kerana usahanya disedari oleh penjaganya iaitu Zen yang ditugaskan untuk mengawasinya.

"Kau ni memang tak boleh nak pantang leka sikit je..mula la..." rungut Zen sambil memeluk tubuhnya.

"Ala bosan la duk dalam istana jer..biasa boleh je keluar macam selalu..."

"Menjawab ha..menjawab? Kamu tahu tak sekarang tengah kecoh pasal kerabat diraja kena serang dan paling teruk darah mereka dicuri...ni kau nak kena serang jugak ke?" Zen berleter panjang.

"Aydan lawan balik je la kalau kena serang..." Aydan menjawab acuh tak acuh.

"Kesemua mangsa jenis level bukan calang-calang Aydan....bukan senang Aydan nak lawan dengan kuasa kamu yang masih di luar kawalan kamu tu..." satu suara menyampuk dari belakang,seorang wanita anggun dan cantik menghampirinya.

"Kak Anna..." Zen terkejut dengan kehadiran wanita dipanggil Anna olehnya.

"Bonda...boleh la,Aydan bosan ni...." pujuk Aydan menghampiri bondanya.

"Tak boleh Aydan...selagi tidak selesai kes itu kita dan kerabat diraja yang diarahkan untuk berlindung di dalam istana...." Anna cuba memujuk anaknya,namun Aydan terus merajuk dan segera beredar.

"kak Anna nanti Zen pergi nasihatkan dia..."

"Tak apa Zen...selain kes ni kamu ada sedar apa-apa?"

"Maksud kakak?"

"Kakak ada dapat kesan daya kuasa yang amat kuat..."

"Musuh ke?"

'Kurang pasti lagi...Zen tolong siasat hal ini..."

"Baik kak Anna...saya akan siasat secepat mungkin..." ujar Zen segera beredar dan Anna mendongak ke atas langit.

"Kuasa yang hampir serupa dengan Pierce...:

HACHIU!!!!

"Selsema?" Soal Alisa sambil menghulurkan tisu pada Ikhwan.

"Tak tahu la..melainkan ada orang bercakap mengenai saya..." ujar Ikhwan mengambil tisu yang dihulurkan.

"Siapa nak cakap pasal putera dalam dunia ni?" soal Jamel bergurau.

"Entah la..Mel...nampaknya kita kena bermalam di luar malam ni..." kata Ikhwan mendongak ke langit yang semakin gelap,Jamel menoleh ke arah persekitaran dan tiada tanda-tanda ancaman.

"Am cari kayu api..." ujar Ikhwan.

"Hoh?"

Unggun api yang marak meliuk-liuk apabila ditiup angin,Aminudden merenung ke arah api tersebut dan kemudian menoleh ke arah Ikhwan dan Alisa serta Jamel yang mendiamkan diri mereka. Mungkin mereka masih terkejut sepertinya,Jamel mengikat rambutnya yang panjang dan segera menyeluk ke dalam poket seluarnya.

"Korang tepi sikit...." ujar Jamel menunjukkan kapsul,Ikhwan terkejut dan menarik Alisa lembut. Aminudden menurut dan menjarakkan dirinya dari Jamel,lantas semua orang sudah jauh daripadanya lalu Jamel membaling kapsul itu.

BOMM!

"Nasib baik la aku ada teringat bawa benda ni.." ujar Jamel seiring kapsul itu meletup dan menjelma khemah yang agak besar.

"Bagus kau ingat...kalau tak memang nyamuk minum darah free.." ujar Ikhwan pula menepuk bahunya,Jamel sekadar tersenyum selamba.

"Sudah baik kita masuk dulu...berehat dan fikir apa rancangan kita esok.." cadang Alisa dan mereka bersetuju serentak,khemah tersebut berbentuk khemah berkembar jadi satu khemah boleh berkongsi dua orang.

"Well...good night.." kata Aminudden sebelum memasuki khemah yang dikongsi dengan Jamel.

"Good night...Am..." balas Alisa dan Ikhwan tersenyum,

"Itu aku faham..dan selamat malam..." kata Jamel sudah memasuki khemah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top