CHAPTER 53 : SYLVANIA WORLD
"Dunia lain? Macam mana kita boleh termasuk ke dunia lain?" soal Aminudden cemas dan melihat keadaan sekeliling,Alisa menoleh ke arah Ikhwan mengharap jawapan.
"Portal tadi mungkin puncanya.." ujar Ikhwan menjawab soalan Aminudden.
"Awak cakap macam tu saya turut terfikir benda yang sama..." celah Alisa memegang lengan Ikhwan,Aminudden pula sekadar mendesah kemudian memeriksa pada telefon pintarnya.
"Tak ada line...bagus!" rungut Aminudden menghela nafas pendek,Ikhwan sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya melihat karenah anak saudaranya.
"Maybe we should look around..." cadang Alisa dan Ikhwan bersetuju,lalu menarik Aminudden beredar.
"Alamak..." Alisa terkejut dan di hadapannya ada hutan terbentang sepanjang mata memandang,dia menoleh ke arah Ikhwan yang merangkul bahu Aminudden.
"Bagaimana?" soal Alisa lagi.
"Isn't obvious? Just keep moving..." ujar Ikhwan dan melangkah masuk ke dalam hutan gelap itu,disusuli oleh Alisa yang tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
Mereka berjalan merempuh kawasan hutan tersebut,namun bagi mereka agak hairan kerana hutan itu terlalu sunyi. Jika kebiasaan hutan tidak terlalu sunyi seperti sekarang,Aminudden mula terasa takut dan menoleh ke belakang takut-takut ada binatang buas ingin menyerang mereka. Ikhwan hanya menyentuh bahu Aminudden memberitahu agar teruskan berjalan,Alisa turut mendiamkan dirinya dan teruskan melangkah. Ikhwan sudah awal-awal menyedari ada sesuatu sedang memerhatikan mereka,namun oleh kerana benda itu tidak melakukan sebarang tindakan jadi dia hanya membiarkan sahaja.
GROAHHH!!!
HARRR!!
KROOOARR!!!
Beberapa makhluk yang menakutkan muncul dari sebalik pokok yang sudah mati dan menghalang jalan di hadapan mereka,Ikhwan hanya melihat setiap bentuk pada makhluk tersebut. Alisa dan Aminudden segera dalam keadaan bersedia,Ikhwan hanya memberi isyarat supaya tidak melakukan apa-apa.
"Pak cik tak kan kita nak tengok je?" soal Aminudden menoleh ke arah bapa saudaranya yang bersahaja itu. Salah satu makhluk itu meluru ke arah Ikhwan,dan Aminudden tidak sempat berbuat apa-apa kerana makhluk itu lebih pantas
"Ikhwan!" Jerit Alisa mula risau,Ikhwan hanya mengaktifkan api birunya dan terus menumbuk ke arah makhluk berbentuk pokok itu. Makhluk itu terbakar sehingga menjadi debu,kemudian Ikhwan merenung ke arah makhluk yang masih ada.
"Mari..." ujar Ikhwan menyalakan api birunya,makhluk tersebut seperti teragak-agak untuk menyerang.
"Tak nak serang? Kalau macam tu biar aku yang datang pada kau!!"
Pada masa yang sama seseorang seperti merasai daya kuasa milik Ikhwan yang membakar makhluk pokok tersebut,mata biru pemuda itu melirik ke luar jendela seperti dari dalam istana. Kemudian datang pula seorang gadis berambut putih,menghampiri pemuda itu dan menepuk bahunya.
"Wooo!! Terkejut aku la...!!" ujar pemuda itu kegeraman.
"Tepuk je kot..apa yang teruk sangat.?" gadis itu mengerutkan dahinya melihat reaksi pemuda itu.
"Apa-apa saja la.." kata pemuda itu merengus dan kembali melihat ke luar jendela.
"Apa yang kau tengok Aydan?" soal gadis tersebut menjengah ke luar jendela.
"Kau tak rasa apa-apa ke Isabelle?" kata pemuda itu pula menoleh ke arah gadis bernama Isabelle,pemuda bernama Aydan itu wajahnya serius dan itu mengejutkan Isabelle.
"Rasa pelik dengan muka kau ada la...huh?" Isabelle terhenti dari berkata apabila merasai kuasa yang kuat,kemudian dia menjengah ke luar jendela. Aydan pula yang kehairanan dengan tingkah laku Isabelle.
"Apa ni...kuasa ni terlalu kuat sampai kita dapat rasa..?"
"Don't ask me...i don't know..." ujar Aydan menjungkitkan kedua bahunya,Isabelle cuba fokus semula kemudian hampa kerana daya kuasa yang kuat itu telah lenyap.
"What? It's gone!!" rungut Isabelle menghentak bingkai jendela,Aydan hanya perlahan-lahan melangkah pergi meninggalkan Isabelle yang merungut sendirian.
Ikhwan memadamkan api birunya selepas selesai menghapuskan seluruh makhluk yang menyerang mereka,Aminudden pula hanya merungut sambil memeluk tubuhnya. Kecewa kerana tidak dapat turut serta,Ikhwan meninjau kawasan hutan sekeliling dan memastikan makhluk yang lain sudah melarikan diri. Alisa kemudiannya menyentuh tanah dan mencari jalan keluar,akhirnya dia berjaya mendapatkan arah untuk jalan keluar.
"Ikhwan...saya dah dapat jalan keluar..." ujar Alisa sambil bangun dari melutut,Ikhwan mengangguk faham dan menyambung perjalanannya.
Mereka tiba di pintu keluar hutan tersebut,kemudian menoleh kiri dan kanan. Ikhwan bertanya dalam hati arah mana mereka harus tuju? Apa pilihan mereka ada dan teruskan perjalanan,sehingga Ikhwan menyedari kehadiran seseorang sedang berehat di tepi jalan.
"Ada orang.." ujar Alisa.
"Nak tanya ke? Faham bahasa kita ke orang tu?" soal Aminudden menoleh ke arah bapa saudaranya.
"Just give a shot.." ujar Ikhwan menghampiri pemuda yang sedang berehat.
"Hello....can i ask you something?" soal Ikhwan sebaik mendekati pemuda tersebut,biarpun terkejut namun pemuda itu segera bangun dari tempat dia duduk.
"Sorry-sorry you can sit.." kata Ikhwan lagi.
"No..no it's okay...so what do you want to ask?" soal pemuda itu sambil tersenyum.
"Can we know what the name of this place? This WORLD?" Soalan Ikhwan membuatkan pemuda itu terkejut lalu terdiam sebentar,namun beberapa saat kemudian dia kembali menjawab.
"You are in Sylvania..." jawab pemuda itu dan Ikhwan terkejut kerana dia seperti pernah mendengar nama Sylvania.
"Sylvania? You not kidding right?"
"I'm not kidding...and let me guess are you from another world right?" soalan pemuda itu kali ini mengejutkan Ikhwan.
"How do you know? Who are you?" soal Ikhwan tergamam,kemudian tidak lama lepas itu Alisa menghampirinya bersama Aminudden.
"Just call me Z...nice to meet you.." ujar pemuda bernama Z itu sambil menunduk hormat,Alisa dan Aminudden yang mendengarnya terkejut.
(info cara sebutan Z adalah zi)
"Okay....so...."
"Guna je bahasa kamu...saya boleh faham..." ujar pemuda itu tersenyum.
"Err...." Aminudden hanya mendiamkan dirinya sahaja,Alisa turut melakukan perkara yang sama dan membiarkan Ikhwan berbicara dengannya.
"Okay...Z,kamu orang dunia ni?"
"Bukan..."
"Jadi?" soal Aminudden mencelah,Ikhwan menjelingnya.
"Hmm...mungkin Penjelajah Dimensi...?" teka Z sambil menggaru dagunya.
"Kau hilang ingatan apa? Dah la..bagi tahu cara nak balik ke dunia asal aku" ujar Ikhwan menghulurkan tapak tangannya.
"Aku tak boleh tolong sebab aku cuma boleh bawa diri sendiri ke dimensi ke dimensi yang lain..." jelas Z menggelengkan kepalanya.
"Aku suruh bagitahu,bukan bawa kitorang pulang.." Ikhwan menghela nafas pendek,Alisa dan Aminudden mendiamkan dirinya tidak mahu menyampuk.
"Ouh...kau kena cari Lost Temple la camtu..." ujar Z menjawab soalan Ikhwan.
"Macam tu je ke?" soal Ikhwan memeluk tubuhnya.
"Tak gak...Lost Temple susah nak cari mana lokasinya...aku pun tak tahu tapi itu saja la cara yang boleh bawa kamu semua pulang ke dunia asal..." jelas panjang lebar Z dan kemudian satu cahaya mengelilinginya.
"Huh?" Ikhwan,Alisa dan Aminudden tersentak.
"Jadi saya doakan maju jaya...and patut korang bagi salam..saya islam la..bye-bye..." ujar Z lagi dan hilang dimamah cahaya,suasana menjadi sunyi sepi seiring dengan angin bertiup.
"Arghh!!! Dia blah gitu jer plak!!" jerit Aminudden sambil mulutnya berapi,Ikhwan menggaru kepalanya memerhatikan anak saudaranya sedang merungut.
"So apa plan kita sekarang ni?" soal Alisa.
"Cari Lost Temple...cari sampai dapat..kalau gagal kita akan terkurung dalam dunia selama-lamanya..." balas Ikhwan melangkah pergi dan disusuli oleh Alisa.
"Huh? Tunggu la weh!!" jerit Aminudden mengejar mereka berdua.
"Bagus satu persatu masalah aku kena hadap..." rungut Ikhwan.
=============================================
Dunia Mentari
Jamel menghentikan kereta jenis Chevrolet di sebelah kereta Ikhwan,dia kehairanan kerana kenapa letak kereta di sini. Lantas dia mendongak dan kelihatan sebuah temple di hadapannya,lagi bertambah hairan kerana sebelum ini dia tidak pernah terbaca mengenai sejarah sebut tentang Lost Temple.
"Mungkin aku patut check..mana la tahu jumpa putera bongsu ke kan.." Omel Jamel sendirian dan mendaki sehingga tiba di pintu masuk Lost Temple.
"Pelik aku tak rasa daya ki putera.." Jamel terasa perasaan yang kurang enak bermain di mindanya,dia lantas menggelengkan kepalanya tanda tidak mungkin itu terjadi.
Langkah dimulakan dengan penuh berhati-hati,dia menjengah masuk ke dalam pintu kemudian perasaan seram mula menyerang fikirannya. Tapi sebab risau pada Ikhwan dia gagahkan juga keberanian dalam dirinya,dengan tanpa sebarang isyarat api obor yang berada di dinding menyala sepanjang jalan.
"Kuss semangat...dah berjaya takutkan aku dah temple ni.." ujar Jamel tersengih sendirian,kemudian dia seluk ke dalam saku seluar mengeluarkan lampu suluh.
"Untuk langkah berjaga-jaga jika black-out..." katanya lagi menyedapkan hatinya.
Dia mula berjalan maju ke hadapan dan timbul syak wasangka yang pelik kerana Lost Temple terlalu longgar pertahanan kerana dia boleh memasuki dengan mudah,sedangkan sebelum ini dia pernah memasuki mana-mana kawasan runtuhan ataupun kawasan tinggalan purba dan perangkap yang dipasang boleh mencabut nyawanya.
"Hmm? Tempat apa ni?" Akhirnya Jamel tiba di kawasan sama di mana Ikhwan dan lain-lain disedut masuk ke dalam portal,Jamel meneliti setiap ukiran tulisan tugu pada dinding bilik aneh itu.
"Hmm...pintu ke dunia sylva....nia?" Jamel terkejut dan jangan hairan kerana Jamel boleh membaca tulisan purba,biarpun dia tidak fasih berbahasa inggeris.
ZZZRTTTT......
"Okay sekarang apa...huh?" Jamel memusingkan badannya dan dia tergamam kerana portal mula bercahaya.
HUWOOOSSHH!!!!
"Alamak ni yang tak best nii!!!!" jerit Jamel apabila disedut masuk oleh portal itu.
"AKU ADA DATE LA!!!"
=========================================
"Hmm?" Ikhwan sedang berjalan merentasi kawasan desa,terasa aura daya ki yang dia kenali. Lantas segera dia menoleh ke belakang,hud jaket Aminudden ditarik.
"Adoi..sakit la pak cik.." rungut Aminudden.
" Am...guna mata Falcon fokus ke arah jam 12 pandangan pak cik..." arah Ikhwan dan Alisa kehairanan dengan tindakan Ikhwan.
"Ba....baik!" Aminudden menurut dan fokus ke arah yang ditunjukkan oleh Ikhwan.
"Bagaimana?" Aminudden pada mulanya agak sukar untuk mendapatkan imej yang jelas,namun lama kelamaan dia berjaya dan terkejut apabila melihat seseorang sedang jatuh dari langit.
"cik Jamel??" Aminudden terjerit tanpa sengaja,dan Ikhwan segera terus terbang menuju ke arah di mana Jamel sedang terapung buat masa ini.
"Ergh...macam mana aku boleh kat tempat tinggi ni? Wow...boleh tahan permandangan dari atas ni..hm.." ujar Jamel sendirian dan dia seperti melihat seseorang sedang terbang ke arahnya,dan diamati betul-betul dia terkejut.
"JAMEL!!" Jerit Ikhwan terbang dan berhenti di hadapannya.
"Putera bongsu?!" Jamel tercengang dengan kehadiran Ikhwan.
"Tak ada masa nak cakap sekarang tinggal berapa kaki je ko dengan tanah...cepat sambut tangan aku.." arah Ikhwan dan Jamel menurut lantas dia menyambut tangan Ikhwan,dan segera dibawa ke arah Alisa dan Aminudden berada.
"Okay trimas....sekarang..huh!! Boleh beritahu apa yang sedang berlaku?" soal Jamel terpinga-pinga.
"Mel kau kena tarik dengan bulatan bercahaya?" soal Ikhwan.
"Ya..sebentar tadi aku berada di dalam tempat panggil temple?"
"Lost Temple...." ujar Aminudden menambahkan maklumat untuk Jamel.
"Okay terima kasih putera muda....dan aku tanpa sempat buat apa-apa ditarik ke dalam dan tup! Aku berada di udara...dan putera bongsu datang...okay dan aku ada DATE! Habislah aku mesti Jane marah!!" Jamel memberi penerangan dengan terperinci namun dia tetap tidak terelak dari kebingungan.
"Bertenang Jamel...pertama sekali kita berada di dunia lain.." terang Ikhwan cuba menenangkan Jamel.
"Dunia lain?" Jamel sekali tercengang.
"Ya..dan nama dunia ini dipanggil sylvania..." sambung Ikhwan memeluk tubuhnya melihat kiri dan kanan,Jamel menoleh ke arah Aminudden dan Alisa. Mereka berdua mengangguk tanda menyokong kenyataan Ikhwan.
"Mampos la aku...." Jamel mengeluh sambil menundukkan kepalanya.
"Sorry Mel..date boleh lain kali..."
"Cakap senang la...huhu"
=======================================================================
Attention guys...ini aku dah mintak kebenaran dari @Nur_Haura dan dia telah memberi keizinan untuk meminjam beberapa watak dan dunia Sylvania jadi kalau korang rasa okay tak okay sila beri komen ye....kalau korang senyap tanda korang setuju cerita menarik muehehehehehe
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top