CHAPTER 51 : FESTIVAL TROUBLE
"Aku dapat kau lain kali,memang aku lipat kau macam baju..grr" Omel Jamel sendirian.
"Sabar sayang...tak mahu marah-marah okay?" pujuk Jane yang bersamanya.
Jamel masih lagi merungut disebabkan pertembungan dengan bekas rakan seperjuangan iaitu Raven,gelagatnya diperhatikan oleh Zero yang berdiri tidak jauh dari Jamel. Memerhatikan Jamel yang dipujuk oleh Jane,dia hanya menghela nafas pendek dan apakah reaksi Jamel jika tahu identiti sebenarnya sebagai kembar Raven? Maria hanya melihat sahaja Zero yang sedang melayani perasaan sendirian,pada masa yang sama Ikhwan sedang bersiap-siap untuk pergi pesta festival di Kota Hijau yang diadakan di padang awam.
"Cepat la...nanti lambat pula..." ujar Luqman menoleh ke belakang,Aminudden hanya mengangguk dan Intan turut serta.
"Do i have come too....?" soal Stella yang dipakaikan kimono oleh Alisa, Ikhwan pula sudah lama siap. Dia memerhatikan Alisa yang mengenakan kimono,begitu Stella tetapi matanya tertacap pada Alisa.
"Yeah....you are very cute in kimono..." ujar Ikhwan memeluk tubuhnya,Alisa hanya menjeling ke arahnya.
"What? Ouh..awak lebih cantik Alisa..." pujuk Ikhwan dan Alisa hanya tersenyum.
Pintu biliknya diketuk dan Ikhwan mengagak itu adalah Luqman dan dua orang adiknya,kemudian dia membuka pintu dan tiga beradik itu tersengih di hadapannya. Intan dengan pakaian kimono iaitu pakaian tradisi jepun,ini kerana budaya Mentari sedikit bercampur dengan budaya kemasyarakatan Jepun yang rakyatnya menetap di negara Mentari. Ikhwan mengusap kepala Intan,Luqman dan Aminudden menjengah ke dalam bilik persalinan.
"Woaa....cik Alisa so gorgeous...beatiful and the beast..." kata Aminudden sambil tangannya menghalakan ke arah Ikhwan,Luqman tersengih melihat gelagat Aminudden.
"Siapa kau cakap the beast huh? Amik ni" Satu ketukan mengenai kepala Aminudden.
"Adoi..sakit la cik...gurau je kot.." rungut Aminudden.
"Eh..? Siapa pula ni?" soal Luqman menuding hari pada Stella yang siap berpakaian kimono.
"Aa....lupa nak beritahu,ini kenalkan Stella Hawkins..dia adalah pelajar baru pak cik..." jelas Ikhwan memegang sambil memegang bahu kiri Stella,Luqman mengangguk faham dan Aminudden terus mendekati Stella yang mukanya kemerahan menahan malu.
"Hi...! Saya Aminudden Reezal! Call me Am..nice to meet ya kak Stella!" kata Aminudden mengangkat tangannya tanda memperkenalkan dirinya.
"kak Stella?" Stella hairan dengan panggilan Aminudden.
"Itu panggilan yang sesuai kerana awak atas Aminudden kan? 17 tahun...?" kata Alisa memegang bahu kanan Stella.
"Ermm....hi Am..nice to meet you..." ujar Stella tersenyum ceria,Ikhwan dan Alisa berpandangan lalu tersenyum antara satu sama lain.
"err...kita nak pergi ke tidak?" soal Intan mencelah dengan tiba-tiba.
"Yeah...nak gerak la ni..." balas Luqman menoleh ke arah bapa saudaranya,Ikhwan mengangguk dan tersenyum.
Mereka akhirnya tiba di festival tersebut,dan Alisa dan Stella tergamam dengan kemeriahan festival tersebut. Banyak gerai yang tersusun deretan lorong,kanak-kanak berlari berkejaran sesama sendiri. Kemudian beberapa pasangan berjalan seiring,Ikhwan hanya memerhatikan Alisa yang sedang menyaksikan kemeriahan festival itu bersama Stella. Intan hanya berdiri bersebelahannya dan dia perasan bagaimana perasaan Ikhwan memerhatikan Alisa daripada tepi,pandangan yang penuh kasih sayang dan Intan tersenyum sendirian.
"Alisa..ini baru dari luar..nak tercengang meh masuk..." sapa Ikhwan memegang tangannya,Alisa tersipu-sipu malu kerana tangannya dipegang dengan tiba-tiba.
"Hihi...maaf saya terlalu asyik dengan pandangan sini,terlalu meriah...." ujar Alisa.
"Kemeriahan akan bermula sebentar lagi..." kata Ikhwan berbisik pada telinga Alisa.lantas gadis itu wajahnya kemerahan malu. Stella,Luqman dan Aminudden hanya memandang dengan keadaan pandangan kosong bengang rasanya mereka.
"cik Alisa begitu cantik dengan kimono..." ujar Intan tersenyum.
"Huh...? Te-terima kasih Intan...." balas Alisa dan air mukanya masih menahan malu,lantas tangannya ditarik lembut oleh Ikhwan.
"Jom....cepat..." ujar Ikhwan tersengih dan Alisa mengangguk lalu menyusuli bersama yang lain.
Pada masa yang sama di sudut berbeza seorang pemuda berambut putih,dan sebelahnya seorang kesatria yang telah dibunuh. Dia memandang ke arah festival yang sedang berlangsung itu,matanya tertumpu pada Alisa yang sedang berseronok bersama Intan. Dia tersenyum licik dan menoleh ke arah Ikhwan yang berada di samping Alisa,Ragnarok merenung ke arahnya dengan jarak yang jauh dengan pandangan wajah bengis.
"Tengoklah nasib kau nanti..bagaimana reaksi kau bila aku ambil sesuatu daripada kau..." katanya sambil hilang daripada pandangan,Ikhwan yang sedang memerhatikan gelagat Alisa bersama Intan itu kemudian menoleh ke arah lain kerana dia seperti menyedari kehadiran seseorang.
"Perasaan aku rasanya...." ujarnya sendirian.
Kehadiran orang di festival semakin ramai dan Ikhwan terpaksa berhimpit-himpit untuk melepasi laluan,tangannya tidak lepas memegang tangan Alisa. Jam hampir menunjukkan pukul dua belas malam,namun kemeriahan di festival tidak menghalang mereka untuk merasai keseronokan festival tersebut. Luqman,Aminudden,Intan dan juga Stella tidak terelak untuk berhimpit. Ragnarok melihat dari atas dan tersenyum licik,apa yang dia ingin rancangkan? Kemudian jarinya dipetik dan suasana menjadi huru-hara,Ikhwan terkejut dengan kehadiran kuasa gelap yang begitu negatif.
"Black Cobra?" ujarnya dalam hati dan dengan tiba-tiba,keadaan di kawasan dia berada menjadi tidak terkawal dan pegangan tangannya terlepas.
"Alisa?" Ikhwan menoleh ke belakang,cuba mengejar Alisa yang dibawa arus manusia yang ramai.
"Ikhwan...!!" Jerit Alisa namun jeitannya sia-sia kerana dia sudah berada jauh dari lokasi Ikhwan berada,mereka berdua sepenuhnya terpisah. Festival itu begitu besar dan mustahil untuk jumpa Alisa dalam masa terdekat.
"Ikhwan....." Alisa menunduk dia kecewa kerana terpisah dengan Ikhwan,jalan di bandar ini dia kurang arif kerana kebiasaannya dia ke mana sahaja akan bersama Ikhwan. Dia berjalan sendirian dan tanpa dia sedar kini berada di kawasan yang amat gelap,dia memandang sekitar kawasan kerana baru sebentar tadi dia berada di kawasan festival.
"Ini dekat mana?" soalnya di dalam hatinya,kemudian kedengaran tapak kaki melangkah ke arahnya.
"Siapa tu?" soal Alisa namun tiada jawapan,dan sedikit demi sedikit individu itu mula kelihatan.
"Awak...?" Alisa tergamam dengan kehadiran orang tersebut.
"Hello sayang..awak nampak cantik dengan kimono...." ujar Ragnarok sambil menjilat bibirnya,Alisa segera bersiap sedia.
"cik Ikhwan! Mana cik Alisa?" Pada masa yang sama Aminudden baru sahaja bertemu dengan bapa saudaranya,Luqman,Intan dan Stella menyusul. Ikhwan mula gelisah kerana aura daya negatif mula terasa,dia segera melompat ke arah menara kawalan dan alangkah terkejutnya apabila kesatria yang berkawal kesemuanya telah dibunuh.
"Ya...Allah....kejamnya..." ujar Ikhwan mengetap bibirnya.
"Apa ni?" Aminudden yang muncul di belakangnya terkejut dengan keadaan tersebut,Luqman tidak memberi kebenaran pada Intan untuk melihat.
"Stella awak segera pulang bawa Intan,dan beritahu 4 Guardian untuk datang memberi bantuan...faham?" Arah Ikhwan menoleh ke arah Stella,gadis berambut kelabu itu sekadar mengangguk dan mengajak Intan beredar.
"Am...." Ikhwan memanggil Aminudden namun tidak menoleh ke arahnya.
"Ye...cik?" sahut Aminudden dan diperhatikan Luqman.
"Guna mata Falcon...dan cari mana cik Alisa kamu...sekarang!!"
"Erghhh....!!" Alisa terseret ke belakang dan Ragnarok memberi tentangan hebat padanya,dia mengalami masalah kerana pakaian dia tidak sesuai untuk bertempur. Dia berharap sekarang Ikhwan segera menemuinya,Ragnarok ketawa licik dan terus mengaktifkan sesuatu kerana Alisa tidak terus bergerak.
"Apa awak buat?" soal Alisa dan dia bersusah payah untuk cuba bergerak,Ragnarok berjalan ke arahnya dengan tersenyum.
"Your lips....what kind taste?" ujar Ragnarok tersengih mengusap dagunya,Alisa terkejut dan cuba sedaya-upaya untuk melepaskan dirinya. Akhirnya Ragnarok sudah berada di hadapannya,Alisa bertentang mata dengannya.
"Stay away from me...." Alisa cuba meronta namun sia-sia usahanya.
"Come on...we gonna have a fun for moment...give your lips,then your body..hehe..." Alisa menggigil ketakutan kerana kesucian diragut oleh orang lain selain Ikhwan,matanya dipejam rapat dan bibir Ragnarok sudah mula mendekati bibirnya. Pada masa yang sama Aminudden mencari Alisa,dan dia terkejut dengan keadaan itu sehingga dia terlupa untuk memberitahu bapa saudaranya.
"Am..!! Dapat tak?!" soalan Ikhwan membuatkan dia teringat kembali,dan menoleh ke arah Ikhwan.
"Yeah uncle i found her....but..." ujar Aminudden tersekat,Ikhwan dan Luqman berpandangan kehairanan.
"Tapi apa Am??" soal Luqman pula.
"Better you hurry uncle,miss Alisa is one step ahead...!!!" Wajah cemas Aminudden membuatkan Ikhwan terus bergerak dengan pantas,tanpa sempat mereka mengedipkan mata masing-masing.
Alisa menangis dan mengalirkan air matanya,kerana Ragnarok bakal mengambil segala-gala darinya. Ragnarok tersengih kerana dia bakal merampas ciuman sulung cpu-biology terulung,namun pada masa yang sama satu benda menuju ke arahnya dengan laju.
BOOOMMMMMM!!!!!!!!
Ragnarok mengelak dengan pantas,dan benda tersebut menghempas di hadapan Alisa. Pedang besar berwarna kelabu dan hitam,bersinar disirami cahaya bulan mengambang penuh. Alisa hampir terjatuh namun seseorang muncul dan menahan dari belakang,Alisa menoleh ke arah orang itu dan air matanya mula mengalir kemudian segera memeluknya. Jamel dan Zero muncul di sebelah kanan dan kiri Ikhwan,Luqman serta Aminudden turut menyusul
"Ikhwan......" Alisa mula menangis teresak-esak dan Ikhwan memeluknya untuk menenangkannya,kemudian sebelah tangannya dihulurkan ke arah pedang yang tercacak pada tanah. Pedang itu bergoyang dan tercabut kemudian terus ke dalam pegangan tangan kanan Ikhwan,Ragnarok hanya terdiam kerana pandangan Ikhwan berlainan sama sekali semasa pertama kali mereka bertemu.
"Kau memang cari nahas..." ujar Jamel membunyikan jari-jemarinya,namun Ikhwan menghalang dengan pedang Sacred Royal Blade.
"Sixth?" Zero kehairanan dengan tindakan Ikhwan.
"Alisa...." Ikhwan merenung lembut pada Alisa yang sedang menangis itu.
"Ikhwan..."
"Tunggu sini....saya akan kerjakan mamat tu..." ujar Ikhwan dan melepaskan pelukannya,kemudian Maria muncul dan mendarat di belakang Ikhwan.
"Putera bongsu...." tegur Maria.
"Maria....tolong jagakan Alisa....Jamel dan Zero...don't interfere..." arah Ikhwan tegas dan berjalan ke arah Ragnarok dengan pandangan wajahnya yang bengis semula.
"Ragnarok from 10 Commander..i warn you did i? Don't touch my woman...." kata Ikhwan dan Karma Fang muncul di sebelah tangan kirinya,Alisa masih lagi menangis.
"Come on...just kiss...urgh!!" Belum sempat Ragnarok menghabiskan ayatnya,satu libasan pedang menghiris tubuhnya dan darah tersembur keluar.
"Ergh!!" Ragnarok berundur beberapa langkah ke belakang,Ikhwan berdiri bersahaja merenungnya dan pedang Karma Fang dibasahi darah milik Ragnarok.
"Itu untuk kesatria yang mati kau bunuh..." kata Ikhwan dan pedang Sacred Royal Blade diangkat,pertama kali Ragnarok merasai ketakutan.
"Ini pula untuk setiap darah yang mengalir pada darah kesatria aku..."
ZWOOUUSSSSHHHHHH!!!!!!!
GRUUUUUOOOOMMMMMM!!!!
Hayunan pedang yang kuat itu menyebabkan beberapa kawasan bandar musnah,raja Solleh menyedari perkara tersebut dan segera bangun. Dia menyedari Ikhwan sedang kemarahan,Ragnarok melompat untuk menyelamatkan diri daripada terkena tetakan pedang daripada Ikhwan. Kecederaan dia agak dalam dan menyukarkan untuk dia bertarung,cara terbaik buat masa ini adalah berundur.
"Kau nak ke mana?" ujar Ikhwan sudah berada di belakang Ragnarok,lantas hayunan dilakukan namun Ragnarok terpaksa melawan dengan menghunuskan pedang miliknya.
TANG!!!!
PANG!!!!
TUNNNGGGG!!!!
Pertempuran pedang berlaku di udara dan disaksikan oleh 3 Guardian,Luqman dan Aminudden turut sama juga Alisa yang mula tenang di pelukan Maria. Biarpun dalam keadaan cedera yang teruk,Ragnarok dia mampu menyaingi kekuatan Ikhwan. Jamel bersiul kagum dengan keadaan pertarungan itu berlaku,Zero hanya melihat dengan khusyuk.
ZRAAASSSSSS!!!!!!
"Arghh!!!" Tangan kiri Ragnarok putus dengan hayunan pedang jed biru,namun Ikhwan tidak memberi peluang dengan melibas pedang di sebelah kanannya. Pedang Ragnarok terlepas dari genggamannya,tubuhnya ditetak berkali-kali oleh Ikhwan dengan tetakan yang pantas. Akhir sekali satu tusukan daripada pedang Karma Fang,menembusi tubuh Ragnarok dengan sekali tujahan. Reena yang turut ada bersama Raven dari sudut lain,hanya mampu tergamam dengan tindakan Ikhwan.
"Nicely done.....erghh crown prince...hah..hah...." ujar Ragnarok nafasnya tersekat-sekat,Ikhwan memandangnya dengan pandangan seekor naga buas.
"Tapi Black Cobra tidak akan berdiam diri...kami akan terus berkembang..." sambung Ragnarok tersenyum pahit,menahan kesakitan yang tidak tergambar kesakitannya.
"Kau memang banyak cakap untuk orang yang dah nak mati...berehatlah...hmph.." ujar Ikhwan menyalakan api birunya lalu membakar seluruh tubuh Ragnarok yang tidak lagi bernyawa,tubuhnya terbakar sehingga menjadi debu dan bertaburan di ruang udara. Ikhwan memandang sayu pada debu yang berterbangan,Luqman dan Aminudden berpandangan kemudian mereka serentak berkata.
"Festival Trouble..."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top